Saturday, December 31, 2011

Kargo barang-barangku sampai dari Sabah

  Bermula jam 6.00 pagi, 5 Disember 2011, semua barang-barang dan kereta Unser telah mula bergerak dari Felda Sahabat.  Aku mula menaiki van SMK Desa Kencana pukul 8.40 pagi bersama suami dan anak bongsuku.  Kami sampai ke Lapangan terbang Lahad Datu pukul 10.00 pagi.  Kemudian ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke KLIA.  Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam, di Lendu, Melaka.
   Pada 1.00 petang , 1.1.2012,  lori pun sampai ke rumah  guru di  SBPI Sabak Bernam membawa barang-barang dari Pelabuhan Kelang. Semua barang-selamat sampai tetapi aku begitu terkejut apabila kerusi kayuku tidak dibalut seperti syarikat kargo dahulu.  Kaki kipas anginku pula dah pecah.  Sekarang tugasku pula membuka dan menyusun semua barang .  Syukur alhamdulillah , walaupun menghadapi taufan washi, janji petang Sabtu 31.12. 2011, kemudian pada pukul  3 atau 4 pagi, perjalanan kargo memakan masa lebih kurang 3 minggu, tetapi kalau mengikut tahun tentulah setahun. 5.12.2011 - 1.1.2012.






Tuesday, December 27, 2011

Jom sihatkan badan

 Sempena cuti sekolah ni, agak banyak masa .  Jom kita sihatkan badan dengan senaman.  Di rumahku ini banyak alat-alat menjaga kesihatan yang kami beli.  Suamiku ini banyak beli alatan kesihatan tetapi kurang menggunakannya.
 Jadi sambil berkemas dan membuat kerja-kerja rumah, sempatlah aku menggunakan alat senaman tersebut.  Malangnya akubukanlah orang yang sangat berdisiplin, tetapi cuba mencuri waktu bersenam pada sebelah pagi dan sebelah petang 30 minit cukuplah.  Jom kekawan dan anak-anak sekalian bersenamlah, jaga kesihatan.
 Teringat pula ketika di klinik, ada seorang mak cik tu memberi pendapatnya.  Mengikutnya orang-orang sekarang ini tak macam dulu.  Orang dulu kuat dan bertenaga walaupun sudah berumur.  Apa pendapat anda?  .
  Alat senaman yang ada di rumahku, basikal proform CardioCrosstrainer dan body tone II kubeli  pada 28.03.2004.

Mesin urut dan urut kaki ini suamiku beli , dia tak guna, jadi kugunakanlah sayang dari tersimpan sahaja.  Ada lagi tilam batu jed tersimpan di bilik atas , jadi gajah putih.
        Alat kuning yang ada pedal ni untuk urut kaki, lengan dan peha, boleh terbalikkan, tetapi ku terbalik dah tergelincir mesinnya, jadi sekarang kena urut menghadap atas sahaja.
                      Alat ini untuk rampingkan pinggang, boleh twist.
  Kalau bosan-bosan bolehlah pergi gym kecil saya ni.

Pokok bunga

  Pada masa dulu, rajin tanam bunga.  Lihat ini banyak pokok bunga yang dah mati.  Jadi ku susun sahaja pasu bunga ini. Ingatkan nak simpan di bawah dekat dengan reban ayam.  Aku pun dah tak bela ayam sejak tinggalkan rumah bulan 4 tahun 2010.  Pokok-pokok bungaku banyak yang dah mati.
  Kini, sepanjang cuti sekolah asyik mengemas dan pokok-pokok bunga yang terbiar ni tak berjaga.  Hari ini sempatlah menggemburkan tanah di dalam pasu bunga.  Pokok-pokok bunga macam dah merajuk, ada yang layu dan ada yang hidup subur hingga menjalar-jalar .
     Banyaknya pasu yang dah ditelangkupkan apabila banyak pokok bunga yang dah mati
        Berserabutnya pokok ni, sepatutnya pokok bunga ini ada tiang untuk      memanjat, tapi ku buang saja, tanam yang anak .
                                       Pokok bunga yang tak berjaga
                Aku sebenarnya suka tanam pokok bunga yang berbunga.





                         Dah alih anak pokok ni, kuranglah serabutnya.

  Jadi hari ini, ubah anak pokok dan pokok-pokok bunga yang dah merimbun , ku alihkan ke pasu lain.  Buang terlalu banyak.  Biarlah pokok bunga ini hidup subur.  Kalau boleh bercakap, tentu dia kata apalah tuan aku ni, biarkan aku begini.  Aku memang tak pandai kot untuk menghias rumah atau aku tak cukup tangan.  Aku sebenarnya suka tanam pokok bunga yang berbunga, pokok berdaun hijau ini sebenarnya sesuai ditanam di bandar sebab di bandar hutan batu di kampung hutan hijau.  Dulu, cantik pemandangannya sebab suka tanam bunga daisy, bunga matahari dan bunga yang berwarna-warni.  Kawan pun melihat rumahku macam tanam bunga, kini tidak.

Thursday, December 22, 2011

Terseliuh sampai 4 orang tukang urut

 Ketika  sibuk membeli-belah di Tesco buat persiapan kedua-dua anakku ke SBPI dan SMK Syarifah Rodhiyah , suatu peristiwa yang tak mungkin kulupakan telah terjadi . Sibuk setiap hujung minggu, mana nak masak, mana nak pergi menziarahi mereka kerana seorang di Selandar dan seorang lagi di Semabuk. Pada masa itu kalau pergi menziarahi mereka dari 10.00 pagi hingga  balik pukul 10.00 malam.
  Kakiku terseluh di depan Tesco, terkulai hendak pijak pun susah,jadi terpaksa diampuh.  Semua ini gara-gara nak cepat balik ke rumah, nak sembahyang zohor di surau Tesco, agak keberatan almaklumlah aku tak bawa telekung, nak guna telekung di situ tak tahan baunya.  Jadi aku terkocoh-kocoh dalam pada itu aku tergelincir betul-betul depan pintu keluar.  Sakitnya betul-betul tapak kaki tidak boleh pijak.
  Aku terus ke rumah ibu saudaraku, dia memang pandai mengurut.  Dia terkejut melihat aku terpaksa dipapah kerana kaki sebelah kananku itu.  Dia mengurut dan membalut kakiku dengan jadam dan kain.  Sejak hari itu terpaksalah jalan berjengket.  Setelah berurut 3 kali masih lagi sakit.
  Di sekolah semua rakan sejawat terkejut.  Mereka sibuk menyindir hai main bolakah sampai cedera, aku buat tak kisah.  Tak simpatipun.  Pada masa itu aku mengajar tahun 5 , kelas di tingkat 4, nak naik satu cerita, nak turun rupa-rupanya lagi sakit, mungkin berat badan kita menekan ke tapak kaki.
  Sejak dari itu, aku sibuk mencari tukang urut.  Setelah 3 orang mengurut masih lagi belum sembuh.  Menurut seorang kawan, ada tukang urut yang pandai.  Dia urut lembut sahaja.  Aku pun pergi kepadanya.  Mula-mula tension juga dengannya, dia sibuk mencari kad pengenalannya.  Lama juga aku menunggu.  Akhirnya sekali pegang dan urut pada urat yang terseliuh itu berbunyi , tup.  Dia pun berkata ha dan masuk semula urat tu, sebab itu kaki kamu sakit.  Setelah tiga kali berurut, kakiku pun sembuh.  Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 ketika anak sulungku memasuki SBPI di Selandar.

Friday, December 16, 2011

uniknya, menghargai kemahiran

 Cuba kita lihat di sekelilling kita.  Banyak perkara atau barang-barang atau produk dicipta oleh manusia.  Manusia pula mempunyai berbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.
  Cuba kita lihat daripada sekeping papan, ditoreh atau dipotong untuk mecipta sesuatu.

 Benda ini saya beli di pasar gantung Tawau.  Mula-mula takut juga hendak dirikan benda ini, amat sensitif, kalau salah , terburai.


Malangnya setelah beberapa kali buka tutup atau pasang tutup, tiba-tiba sahaja tangkainya patah.  Hendak buang sayang sebab belum gunakan.  Jadi dicari gam Gajah digamkan semula, dah cacat sikit.  Benda ini sebenarnya tempat letak barang atau buah-buahan . Sebelum kembali ke Semenanjung adalah beberapa buah tangan yang dibeli untuk kenangan semasa berkhidmat di sana.

Thursday, December 15, 2011

Teknik Bacaan Kuat

  Kita sebagai guru mestilah sesekali menguji bacaan murid kita yang selalu gagal dalam subjek Bahasa Melayu.   Walaupun kita tahu BM adalah subjek yang dianggap mudah tetapi tidak semua murid kita menguasai kemahiran membaca.  Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa daerah atau loghat bahasa.
 Untuk mengetahui bacaan mereka lancar atau tidak, kita mesti uji mereka dengan bacaan kuat.  Walau aliran kini tidak menitik beratkan bacaan kuat tetapi sebagai guru kita mestilah mengetahui kelemahan murid.
  Kaedah bacaan kuat ini khas untuk murid PROTIM atau murid yang lembab atau kurang cerdas IQnya.  Kekadang mereka menulis perkataan dengan ejaan salah. Semasa saya mengajar di Sabah, banyak kesalahan ejaan,
 lain dieja  lain dibatangkan/menyebut bunyi perkataan tersebut.
   Contoh-contoh kesalahan paling kerap, mereka eja meraka-puas dibetulkan masih lagi salah. Cedera- cederah, (ditambah h )parah dieja para (dilenyapkan h). Susah betul  hendak mengajar mengikut sebutan yang betul, kv, kvkv, kvk dan sebagainya walaupun dibantu dengan kemudahan komputer. Perisian program PROMILL amat membantu saya.  Kekadang 'fed up' juga asyik ulang-ulang dan selalu  tidak hadir ke sekolah.
   Gambar di bawah sekadar hiasan


alat atau BBM nilai murni

   Sebagai guru Tahun 6, bukan mudah untuk mengajar nilai-nilai murni kertas Penulisan bahagian C.  Aku sudahpun  lupa  bila agaknya aku mengikuti kursus format baru bagi  kertas penulisan ini, kalau tak silap tahun 2004, dan format baru ni bermula pada tahun 2005.
   Untuk mengajar nilai-nilai murni ni sebenarnya murid-murid yang rajin membantu ibu bapa di rumah dan rajin membaca boleh mengenal pasti nilai-nilai murni serta  boleh membezakan nilai-nilai tersebut kerana nilai-nilai murni ini kadang-kala bersangkut -paut.

 Untuk lebih  menarik lagi, kalau dulu nilai murni ini ku buat dalam bentuk daun, atau baju, sekarang ini ku buat dalam bentuk bunga  dan dipamerkan di dinding atau di papan kenyataan supaya mereka dapat mengingati dan menghayatinya.   Selalunya , aku memberikan petikan pendek untuk mereka mengesan nilai murni tersebut secara lisan, kemudian barulah menjawab latihan secara bertulis, itupun setelah mengadakan perbincangan. Kadang-kala beri masa 20 minit pun tak siap, jadi terpaksalah kuberikan jawapan penuh terutama kepada murid yang lemah .

Kaedah mengajar secara individu

   Apabila kita berdepan dengan murid yang kurang membaca atau tidak pandai membaca , sebagai guru kita mestilah membimbing mereka secara individu.  Anak murid tahun 6 ada yang tidak keliru tentang huruf abjad, terutama b dan d, huruf kecil dan huruf besar.
  Langkah pertama mengimbas balik huruf abjad - besar dan kecil.  Kemudian ,ku guna perisian PROMILL- Program Pemulihan Latihan Lanjut.  Mereka boleh akses sendiri di pusat akses untuk latihan pengukuhan .
  Langkah kedua cara menulis huruf , aku gunakan buku garis tiga yang ada  warna merah dan dua baris biru.   Cukup susah nak megajar mereka kerana mereka main hentam sahaja.  Penat aku tuliskan contoh tulisan tersebut.
  Langkah ketiga , aku mengajar membaca ikut modul PROTIM.  Jangan marah cikgu kalau cikgu naik angin kerana cikgu hanya ajar beberapa kali , sepatutnya kamu sendiri yang mengulang kaji di rumah.  Ini tidak, kalau ada cikgu ajar, adalah belajar.  Kalau tidak hilang semua, ajar semula.  Tetapi syukurlah daripada  14 orang murid PROTIM , lulus 9 orang, murid yang lima orang ni memang ada yang tak menduduki kelas tahun 1 , kekadang lompat terus tahun 3 tetapi seorang murid perempuan yang ada kemahuan berusaha bersungguh-sungguh  lompat terus tahun 4 boleh membaca. Itulah hakikatnya , kalau hendak seribu daya. Beginilah ragamnya murid-murid ada yang lambat daftar kerana masalah surat  lahir atau surat beranak, tinggal jauh dari sekolah, kemiskinan dan ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak.  Kita sebagai guru hanya boleh membantu dan membimbing mereka jika mereka ke sekolah, masalah ponteng satu hal pulak.




Jom Operasi mengemas rumah

  Sejak balik dari 5 Disember 2011, aku asyik mengemas rumah.  Sedikit demi sedikit.  Mula-mula rumput yang panjang telah di mesin oleh suamiku.  Anak bongsuku ini agak lambat sedikit buat kerja, malahan kerja mesti dibuat bersama-sama dengannya.
   Mengemas di dalam rumah dan diluar rumah amat memenatkan.  Maklumlah sudah lama tak kerja keras.  Di luar rumah pokok duri tujuh bilah ni dah sama tinggi mencecah bumbung.  Kata orang makan pucuknya baik untuk elak kanser,  aku pula tanam sahaja.



  Buaian ku ini dah mula berkarat.  Kalau dulu ibuku selalu duduk di buaian ini.  Kini beliau tinggal di Kuala Lumpur.  Aku mesti cat semula supaya tidak cepat berkarat dan reput.  Sudah lama tak main cat, maksudnya mengecatlah.


   Pokok-pokok di tepi pagar ni pula dah tinggi.  Terpaksa dibuang sahajalah nampaknya.  Pokok daun merah ni orang kata buat kibas orang yang kena buatan orang,aku tanam sahaja sebab nampak cantik sedikit . Siapa pulak nak jadi bomoh tukang kibas.  Kini terpaksa ku buang supaya tumbuh daun yang lain.   Inilah nampaknya aktiviti aku semasa cuti sekolah ini,
                   Bahaya sungguh pokok bunga kertas ini, tajam durinya.
              Ini daun pokok bunga merah , aku dah lupa namanya.
             Terpaksalah buang pokok peria katak yang memanjat pagar ni, kata orang buah peria ubat kencing manis dan daun berguna untuk sesiapa yang sangat kulit , gatal-gatal.

Tuesday, December 13, 2011

UPSR 2010 - 2 Sekolah dalam setahun 2010

  Pada tahun 2010 memang bersejarah buatku.  Aku mengajar di dua buah sekolah- satu di Sekolah Kebangsaan Dato' Naning dan kedua di Sekolah kebangsaan Sahabat 4, Sabah.
  Aku mengajar murid tahun 6 di SKDN, Melaka. Aku sebenarnya begitu berat meninggalkan murid-muridku yang bakal menduduki UPSR.  Aku guru Bahasa Melayu mereka dari tahun 4 hingga 6.  Aku ambil mereka dari kelas PROTIM dan ku didik hampir 3 tahun malangnya aku meninggalkan mereka pada 16 April kira-kira 5 bulan lagi mereka akan menghadapi peperiksaan.
  Aku cuba mencadangkan Cikgun Hamidah sebagai ganti tugasku.  Cadanganku diterima.  Alangkah gembira hatiku apabila mendapat keputusan yang begitu menggembirakan  apabila keputusan UPSR diumumkan , Pemahaman mendapat 99% seorang sahaja calon gagal dan Penulisan  96% .  Guru besar dan guru-guru tahun 6 berterima kasih kepadaku.
  Manakala di Sabah , aku mengajar STF bagi murid tahun 6 di sekolah itu  dan sempat memberi ceramah Teknik menjawab  kertas Penulisan di SK Sahabat 4, SK Cenderawasih, SK Tanjung Labian, SK Fajar Harapan dan Kolej Kini.  Sempatlah jberjumpa murid-murid yang berlainan budaya, bahasa, adat dan kepercayaan. Memang jelas dan nyata kebolehan mereka amat berbeza dengan murid-murid di Semenanjung.

Thursday, December 8, 2011

Episod pindah 2010- Sabah

 Pertukaran suamiku Ke Sabah amat mengejutkan aku.  Memang aku tidak bersedia hendak mengikutnya.  Tetapi dia menyuruhku mengisi borang pindah.
  Semasa itu borang pindah mula-mula diperkenalkan secara online.  Oleh kerana online bulan April, maka aku mengisi borang secara offline.
   Beginilah kisahnya.  Aku hantar sendiri borang itu di kaunter di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.  Tiba di kaunter, kerani yang bertugas enggan menerima borangku.  Dia memintaku menunggu pertukaran secara online.  Aku pun berbalas jawab.  Aku memberikan alasan ada dua jenis pertukaran: online dan offline.  Offline untuk kes-kes kronik dan kritikal.
  Dalam pada bertengkar itu, keluarlah seorang pegawai.  Aku sudah lupa namanya.  Apa masalah ini?. Aku pun menerangkan masalahku.  Dia pun melihat borangku. "Oh, Isteri timbalan Penolong Pegawai Pejabat Daerah Melaka Tengah.  Maka kerani tadipun menerima dan meneliti borangku dan ada surat keizinan suami yang tidak ku sertai.  Aku terus menelefon suamiku yang berada di Sabah minta fakskan surat tersebut.  Maka selesailah masalahku dan borang diproses dengan cepat.  Hantar pertengahan bulan Februari, pertengahan bulan Mac dah ada keputusan.  Cuma menunggu jawapan dari Jabatan Pelajaran Sabah.  Aku lagi terkejut apabila JPNS telefon bertanyakan statusku dan PPD Lahad Datu meminta aku memilih sekolah yang berdekatan.  Syukur alhamdulillah.

Episod pindah 2002- Melaka

 Dari mula mengajar memang tiada niatku untuk memiliki kereta.  Dalam hatiku , aku mesti membina rumah sendiri.  Walaupun dah berkahwin selama 7 tahun, namun kami tidak mempunyai rumah sendiri.
  Aku pun membuat rumah di atas tanah pusaka ayahku. Kami terpaksa membuat join loan kerana pinjaman rumah hanya terhad .  Setelah ada rumah atas pinjaman kerajaan, aku pun mohon pindah.  Permohonan ku tidak menghadapi masalah kerana memang yakin dapat kerana ingin menduduki rumah sendiri.
  Kebetulan, kakakku bekerja di Kementerian Pelajaran dan ada kenalan dalam bahagian pertukaran.  Maka mudahlah aku meminta mereka menempatkan aku sekolah yang terdekat dengan rumahku.  Manakala suamiku yang pada awalnya enggan berpindah, akhirnya bersetuju .  Malangnya dari jawatan Ketua Penolong Pengarah bahagian perkhidmatan menjadi guru biasa di SMK Talib Karim.  Kasihanku melihatnya monyok sahaja.
Tetapi alhamdulillah akhirnya bulan April dia menjadi GPK HEM di SM Dato' Said bersebelahan dengan sekolahku yang kedua di Melaka.

Episod pindah 1989 -1

  Ada sesiapa yang nak kongsi cerita.  Jom baca kisah ini.  Kisah ini terjadi pada tahun 1989.  Aku  bertunang selama setahun dengan Abdul Malek bin Haron.  Pada masa itu dia bertugas di SMK  Dato' Onn , Butterworth.  Aku pula mengajar di SK Sri Subang Jaya 2, Selangor.
  Oleh kerana dia meminta aku memohon pindah maka beberapa masalah yang ku hadapi.  Bukan mudah guru muda seperti aku untuk bertentang mata dan muka dengan beberapa orang pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang kebetulan bertiga di meja itu.
  Aku masih ingat lagi, guru besarkutak mahu menghantar borang permohonanku.  Memanglah kerana tarikh dah tutup.  Maka aku pun hantar sendiri.  Aku terus berjumpa dengan pegawai tersebut, maklumlah orang veteran , semua lelaki berbadan besar pula.
 Ha, cikgu apa masalahnya?. Saya nak hantar borang pindah ini.  Cikgu nak pindah mana? Pulau Pinang , jawabku.  Kenapa hantar lewat? Mereka pun meneliti borangku dan aku menceritakan masalahku.  Alangkah terkejutnya aku, mereka kata cikgu baru bertunang, belum tentu jadi kahwin, orang yang sudah berkahwin pun bercerai.  Apabila mendengar jawapan itu, berderailah air mataku.  Aku memang sensitif .  Air mata terus mengalir tidak berhenti-henti.
  Melihatkan keadaan itu, maka mereka pun berkata, " Ai, cikgu datang tadi cantik-cantik , ni menangis.  Tidak apalah nanti kami proses borang itu. Sampai sekarang suamiku menyimpan surat akuan sendiri dan akuan sokongan dari majikan.  Walaupun dah kekuningan , dia masih menyimpan surat itu.

Monday, December 5, 2011

Selamat Tinggal Felda Sahabat

 Jam 6.00 pagi 5 Disember 2011, semua barang telah masuk ke dalam lori dan kereta Unser suamiku dipandu oleh Ajip, pemuda panggilan pekerja syarikat tersebut.  Mereka datang bertiga dari Tawau pukul 4.20 ptg sampai ke Felda Sahabat pukul 9.50 malam.  Mereka berehat sebentar dan sibuk nak menyewa resort di sini dan minta tangguh subuh baru nak mula tugas.
   Bagi kami yang menunggu dari pagi hinggga ke petang tak muncul-muncul, kami membantu packing barang-barang masuk kotak. Kami bertegas kami mesti selesaikan kerja-kerja dan angkut barang -barang dulu sebab akan kami meninggalkan rumah sewa E26B, Jalan Halia, Felda Wilayah ini sebelum pukul 8.00 pagi.  Mereka mula membuat kerja dan mendaftar semua barang bermula pukul 10.20 sehingga pukul 5.30 pagi barulah selesai.  Itupun banyak kerja mereka yang telah kami bantu.  Mereka hanya buka meja bulat itu sahaja.  Katil dan tilam sudah kami cerakinkan macamlah buat pengiraan matematik.  Mereka sepatutnya ada perkiraan waktu.
  Kami yang biasa pindah -randah pun pandai target dan bajet  masa.  Dulu dari Pulau Pinang sebelum lori angkut barang bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari , kira-kira pukul 1.00 tengah hari semuanya dapat diselesaikan.  Kerja-kerja ini mudah, angkat barang masuk kontena. Bayarannya pula RM800 ringgit dari 864, Paya Keladi Masjid menuju ke Lendu , Melaka.
  Pengangkutan kargo berisko sebab barang dimasukkan ke dalam kotak dan dibalut dengan palstik.  Kalau banyak kotak banyaklah kerja. Itupun kami dan bantu mereka.  Sakit pinggang angkat barang dan urat saraf sebab tidak pernah kerja berat seharian suntuk.







  Dari felda sahabat 8. 30 pagi sampai ke Lapangan Terbang Lahad Datu pukul 10.00 pagi. Pukul 11.35 kami kapal terbang kipas MH 3015 sampai Ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu  pukul 1.00 petang.  Sementara menunggu pukul 3.25 ke KLIA kami sembahyang dan akses fb. Kami sampai ke KLIA pukul 6.00 petang.  Anakku yang sulung sampai pukul 7.00 malam. kami ambil kereta dan terus pulang ke rumah.  Kami selamat sampaio ke rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.  Sayonara Felda Sahabat dan Sabah.  Mungkin sesekali peristiwa semalam menggamit memori.  Maafkan daku wahai warga Sabah sekiranya kenangan semalam mengguris hati dan perasaan.  kita sebagai manusia saling memerlukan dan hidup dengan aman serta bahagia.