Friday, April 1, 2011

kisah lucu

  Kisah ini berlaku pada zaman remaja lagi.  Suamiku pada masa itu telah melanjutkan pelajarannya di Pulau Pinang.  Memang dia hidup berdikari sejak dari tingkatan 1 lagi.
     Ceritanya begini.  Ketika hendak ke Pulau Pinang , dia terpaksa menaiki feri.  Tunggu punyalah tunggu hendak naik feri Pulau Pinang, bukannyalah lama.  Mana tidaknya, feri yang datang silih berganti,  Feri Pulau Angsa , Feri Pulau Undan, Feri Pulau Rimau, Feri Pulau Tualang, Feri Pulau Talang-Talang  dan Feri Pulau Kapas sedangkan Feri Pulau Pinang tidak kelihatan.
    Agaknya dah lama sangat menungggu, maka seseoranga pun bertanya kepadanya nak ke mana.  Maka orang itu pun menyuruhnya naik mana-mana feri kerana semua feri itu menuju ke Pulau Pinang.  Sekiranya dia masih  menunggu feri Pulau Pinang alamat tak sampailah destinasinya.  Pelik bukan kerana feri Pulau Pinang memang tidak ada.