Wednesday, July 6, 2011

Goa Gomantung (Sabah)

  Kekadangkita selalu membayangkan keindahan tempat pelancongan di negara kita seperti yang dipaparkan di dalam internet, begitu jua aku.  Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hatiku.  Bayangkan aku, suamiku dan anak bongsuku bergerak dari rumah Felda Sahabat 16 menuju ke Kota Kinabalu yang sejauh 506 km dan terpaksa menginap di Hotel Shangrila semata-mata ingin mengetahui dan melihat sendiri keindahan tempat menarik di negeri bawah bayu ini.  Dalam perjalanan pulang , maka kami singgah ke Goa Gomantung.  Dalam hatiku terbayang keindahan gua itu seperti Gua Kelam di Perlis, di mana air sungai mengalir , terbentuk kolam untuk mandi-manda, dan wakaf untuk berehat .  Keindahan alam semulajadi dan tambhan panorama keindahan alam yang dicipta oleh manusia menjadikan tempat percutian itu amat menarik. Keadaan ini jauh panggang dari api, bukan nak mengata tetapi itulah kebenarannya.
    Walaupun tidak dikenakan bayaran tiket yang mahal hanya RM2.00 seorang, tetapi mengecewakan kami.  Di pintu gua itu didirikan pangkin untuk berehat.  Terdapat sebuah rumah pekerja yang menjaga dan mengambil sarang burung layang-layang.  Mengikut mereka, sarang burung layang-layang putih amat tinggi nilainya.  kebetulan semasa kami memasuki gua itu bukan masa mereka memungut musim sarang burung.  Melalui papan kayu yang menjadi jalan menuju masuk ke dalam gua itu bukanlah sukar.  Malangnya di sepanjang perjalanan berbau busuk, banyak lipas dan tahi kelawar.  Pemegang di sepanjang jalan kayu itu dibaluti tahi kelawar maklumlah gua itu ada yang terbuka bermaksud berlubang. Air hujan atau embun akan masuk ke dalam gua dan ada cahaya yang menembusi gua itu. Di dalam gua yang gelap disinari lampu yang kurang terang, tangga buluh yang panjang dan tali terdapat di dalam gua ini untuk kemudahan pekerja memanjat mencari dan mengutip sarang burung layang di atas gua ini.  Lihatlah panorama pencarian saya mengenai Goa Gomantung ini.


di hadapan  pintu masuk kaunter  tiket RM2.00

                                     papan laluan masuk ke dalam gua

                              pangkin untuk berehat di hadapan pintu gua
                                      Pemandangan di hadapan gua
       banyaknya lipas dan tahi kelawar, sepatutnya ada penjaga yg   membersihkan laluan ke dalam gua ini