Wednesday, November 30, 2011

Masa mengubah segalanya

    Allah telah menentukan sesuatu itu dengan penuh hikmah-NYa.  Aku begitu buntu,  Aku fikir apakah dosaku ini?  Berdosakan aku mencari jawapan atas segala kejadian.
    Adakahperistiwa ini  menguji kesabaran dan keimananku.  Entahlah Dia sahaja yang mengetahuinya.  Semasa mula-mula membeli kereta Vios ini dalam hatiku adalah untuk memudahkan urusanku, tambahan pula aku memang memerlukannya untuk ke sekolah, ke kelas tambahan dan sebagainya.
  Ku renungi dan tafsir apakah hikmahnya, apakah kesalahanku dan dosaku?. Aku tidak sangka masa begitu cepat merubahnya.  Sejak kemalangan itu dan berita perpindahan ini amat menguji keimananku.  Berbagai dugaan yang berlaku dan berbagai cabaran terpaksa ditempuhi.
  Tengoklah sejak 25/10 sudah sebulan lebih kereta ini duduk di bengkel.  Sedetik sahaja telah merubah keadaannya.  Dari sebuah kereta menjadi rangka sahaja.  Inilah perkembangannya pada 30/11/2011. Aku telah pergi 6 kali, tanda tangan, jumpa bos, ke Urus Setia Lahad Datu, untuk memberi persetujuan kereta itu diganti bumbung dan ada perubahan sedikit pada  struktur kereta itu. Sekarang ini tengah tunggu pesanan alat gantian dari Thailand pula .Terbengkalai lagi. Terpaksa pula diperiksa Puspakom , macam lambat lagi .  Semoga Allah memberikan aku kesabaran dalam menunggu pelbagai cabaran hingga semua urusan selesai.
                             Kemalangan 2 km lagi tiba ke pekan  Cenderawasih.
         Kereta berpusing ke arah bertentangan , terlanggar tiang telefon dan termasuk ke dalam parit.
     Cermin belakang pecah, bumbung kemek, pintu belakang kemek,bumper depan pecah dan lain-lain yg tidak diketahui.






 Gambar ini akan jadi kenangan seumur hidupku.   Kemalangan ini akan terpahat dalam hatiku semoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hidup ini.
  Aku terpaksa balik ke Semenanjung sebelum sempat kereta ini siap.  terpaksa buat surat lagi dan meminta pertolongan orang lain dalam menguruskan hal ini.  Apa-apa pun aku seharusnya lebih berhati-hati pada tahun 2012 /1433 H ini.

Tuesday, November 29, 2011

Panorama di bandar Lahad Datu

 Bandar Lahad Datu adalah bandar yang paling hampir dengan Felda Sahabat.
Bandar ini telah pesat membangun.  Hampir dua tahun di sini, terdapat beberapa bangunan yang akan menarik ramai lagi penduduk datang berhijrah atau menjadi pemustautin di sini.
    Baru-baru ini kompleks beli-belah Servay dan  hotel telah dibina di Taman Seri Perdana .Bnnyak lagi taman perumahan, balai polis baru dan Jaya Jusco yang akan dibina di tepi laut. Apa yang kulihat di sini, orang  kaya semakin kaya, orang miskin akan lebih miskin.  Perbezaan dari segi ekonomi amat ketara.  Kasihan kepada penduduk-penduduk yang di pedalaman, kos hidup  amat tinggi.  Harga rumah di sini berlipat ganda berbanding di Semenanjung kecuali kalau kahwin dengan orang kaya Sabah, barulah selesa.  Kalau tiidak sengsara bha.
   Apa-apa pun sebenarnya kita mestilah berusaha, kalau dapat kahwin dengan orang kaya pun belum tentu kaya kecuali  dia dah wasiatkan semua hartanya kepada kita.   Itu hakikat kehidupan. Kita mestilah berusaha sendiri untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.
  Lihatlah panorama bandar Lahad Datu yang terletak di pinggir laut.






                                     Pasar ikan dan pondok guna sama
                                  di hadapan pasar di tepi laut
                                        Pemandangan rumah di tepi laut.

Unik

  Dalam perjalanan balik dari Pantai Kahapan pada 28 November semalam, kami terlihatlah beberapa panorama.

   Antaranya adalah gambar lori ini.   Ada sesiapa boleh kritik membina sahaja. lori yang sepatutnya tidak boleh dipandu di jalan raya kerana terlalu buruk, berkarat, tak ada plate/ nombor pendaftaran dan rasa-rasanya macam nak terbarai sahaja...tengok tu...berlubang-lubang badan  lori ni.  Di Sabah ini tidak ada penguatkuasa yang melilau kalau ada tentu dah kena saman.....

Seri Jati

  Ramai yang berkata, perabot jati di Sabah murah.  Maka termakanlah kata-kata itu.  Jadi aku dalam hendak tak hendak untuk memuaskan hati pergi ke Seri Jati di Tawau.
    Ibarat Sang Musang tak dapat makan anggur, katanya masam.  Begitulah ku pujuk hati kerana hendak beli takut menambah berat dan biaya kargo pindah belum tentu dapat.  Takut-takut kena tanggung sendiri.  Oleh itu ku jamu mata dan duduk sahaja di sofa jati yang dipamerkan di situ.
    Banyak perabot jati yang cantik .  Daripada benda-benda  kecil sehinggalah perabot yang besar- besar. Tidak apalah bukan rezekiku.  Mungkin salah masa dan ketika.




Monday, November 28, 2011

Pasar Gantung di Tawau

   Selepas bersarapan, kami terus pergi ke pasar gantung di bandar Tawau.  Inilah kali terakhir mungkin kami ke sini.
  Barang-barang perniagaan seperti kain baju, telekung, t-shirt, jubah dan sebagainya digantung.  Barang-barang kristal dan mutiara bermacam-macam jenis.  Ada mutiara air tawar dan air masin.  Mutiara air masin cantik berkilat, mahal harganya.  Barang-barang kraftangan seperti bakul, segala jenis alat perhiasan dari kayu, kulit siput, rotan dan buluh banyak dipamerkan.
  Lihatlah pemandangan din pasar gantung Tawau ini.

                       barang-barang perhiasan diri diperbuat daripada kristal
   barang-barang rumah seperti dulang, tempat simpan sudu dan garfu, bakul dan sebagainya.

Bandar Tawau

 Selepas ke rumah Ustazah Arbayah, kami terus makan dan selepas ke Hotel King Park.  Bilik 801, tkt 8, bilik ini pernah kami bermalam bersama anak-anak semasa bersiar-siar di Tawau. Kami tempah dua bilik bersebelahan dan ada pintunya di dalam yang  boleh pergi ke bilik sebelah , jadi mudah berkomunikasi.


                   Perhatikan roundabout ini fokus pada tiang bulat warna hitam kuning tu, mudahkan pusing sahaja di situ.  Tak perlu pusing jauh-jauh.  Inilah yang uniknya di bandar Tawau, kekadang roundabout nya semudah ABC ada tanda bulatan putih sahaja, boleh pusing.
   Pemandangan di bandar Tawau dari Hotel tersebut adalah seperti dalam gambar.  Nasib kurang baik kerana aircon kurang berfungsi, panas dan line internet tak berfungsi.  Puas suamiku sambungkan line ke komputer ribaku namun tak berjaya.  Apa boleh buat tidur sahaja pukul 11.42 terjaga, ku cuba akses internet, berjaya pula.  Jadilah burung hantu, berjaga malam sehingga pukul 4.00 pagi tidur semula dan bangun pukul 5.15 untuk sembahyang subuh.  Check in pukul 4.00 ptg 27 Nov check out pukul 9.00 pg 28 November 2011

Pantai Kahapan

   Teringin melihat keindahan Pantai Kahapan, 10 km dari Tungku.  Selalunya pergi balik ke bandar Lahad Datu mesti melalui perkampungan.  Nama-nama kampung agak berlainan.  Aku hanya tahu Kampung Telisai sahaja, lain-lain kampung sepanjang jalan 120 km ke bandar aku tidak tahu.
   Apa yang penting, ku ingin melihat pantai ini.  Dari  jauh cantiknya pemandangan air laut yang membiru di kaki langit.  Setiap kali ke bandar, aku tidak berkesempatan untuk singgah.
  Hari ini, 28 November 2011 sebelum meninggalkan Sabah , aku mesti singgah walaupun sebentar.  Waktu  maghrib hampir tiba, pukul 5.30 petang kami singgah juga dalam perjalanan balik ke rumah. Hanya 15 minit sahaja , kami terpaksa beredar balik kerana masa yang terlalu  cemburu.
pemandangan dari jeti
                             
                          ramai pengunjung yang mandi-manda di pantai
                         Gembiranya mereka menikmati ketenangan air laut


                                          bergambar bersama suami
                                              bersama anak bongsu
  Lihatlah keindahan pantainya.  Ramai kanak-kanak mandi dan penduduk tempatan beriadah.  Malangnya banyak sampah sarap.  Itulah kelemahan orang-orang kita tentang kebersihan pantai.

Majlis Perkahwinan Di Sabah

   26 Nov 2011 adalah kali terakhir agaknya menghadiri majlis perkahwinan di rumah Cikgu Najeerah bt Lamundur, GPK Kokum .
   Walaupn tidak ada kad, namun senang sahaja  mencari rumahnya, Ka Silabukan , Peringkat  2, kira-kira 85  km dari Felda Sahabat.
  Kami mencari arah rumah pengantin, mula-mula masuk simpang ada arah, kemudian simpang lagi, ada arah, selepas itu, kami tak tentu arah, sebabnya dah terlepas daun kelapa.  Mana tidaknya, daun kelapa sama dengan pokok kelapa dan rumput di kiri-kanan jalan.  Kalau di Semenanjung, cari sahaja bunga manggar. Akhirnya sampai juga setelah bertanya kepada seorang penduduk kampung di situ.
                             sempat bergambar bersama dengan pengantin
                               
                    Jalan masuk ke khemah tetamu dan pelamin pengantin
             tiada meja, hanya kerusi-kerusi yang disediakan untuk tetamu
                                              pemandangan di khemah
                                   rumah penduduk tempatan yang berjiran
                   
              Jalan masuk ke rumah pengantin, di kiri kanan daun kelapa

Sunday, November 27, 2011

jom singgah rumah Arbayah

Sebelum kaki melangkah meninggalkan Sabah, aku sempat singgah di rumah Ustazah Arbayah Suwandi, di Taman Muhibbah, berdekatan dengan Sekolah Menegah Teknik, Tawau.
Konon-kononnya nak bagi surprise, tetapi hilang punca bila tak jumpa sekolah teknik tu, yang kutahu nak pergi ke sekolah teknik ikut Jalan Kuhara. Sedang berhenti nak cari GPS, tetiba saja keretanya berhenti. Jadi kami ikut sahaja. Nasib baik juga , kalau kami cari sendiri tak jumpa, sebab jalannya berbelok-belok dan berliku-liku. Ingatkan taman Muhibbah itu sederet atau sekelompok, tetapi rumah-rumah di situ dibina berperingkat-peringkat. Tambahan pula, kawasan itu baru siap dibina. Kalau tanya jiran-jiran tentu tak kenal. Rumahnya pula yang kedua hujung sekali.
Syukur akhirnya dapat juga berjumpa dan sempat merakamkan secebis kenangan di nrumahnya.

jom singgah rumah Arbayah

    Sebelum kaki melangkah meninggalkan Sabah, aku sempat singgah di rumah Ustazah Arbayah Suwandi, di Taman Muhibbah, berdekatan dengan Sekolah Menegah Teknik, Tawau.
   Konon-kononnya nak bagi surprise, tetapi hilang punca bila tak jumpa sekolah teknik tu, yang kutahu nak pergi ke sekolah teknik ikut Jalan Kuhara. Sedang berhenti nak cari GPS, tetiba saja keretanya berhenti. Jadi kami ikut sahaja. Nasib baik juga , kalau kami cari sendiri tak jumpa, sebab jalannya berbelok-belok dan berliku-liku. Ingatkan Taman Muhibbah itu sederet atau sekelompok, tetapi rumah-rumah di situ dibina berperingkat-peringkat.           Tambahan pula, kawasan itu baru siap dibina. Kalau tanya jiran-jiran tentu tak kenal. Rumahnya pula yang kedua hujung sekali.
Syukur akhirnya dapat juga berjumpa dan sempat merakamkan secebis kenangan di rumahnya.