Monday, December 31, 2012

Takdirmu Si Atos

Kereta ini ku beli tahun 2004.  Pada masa itu gajiku masih kecil, ditambah hutang belajar, hutang rumah dan kekadang hendak ketawa aku dibuatnya.  Apa tidaknya, gaji sekadar cukup makan dan pakai untuk aku.  Yang lain-lainnya terserah pada bahu suamiku, namun begitu biasalah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Faham-faham sahajalah.  Walaupun gaji siswazah namun kedua-dua kami memikul tanggungjawab yang berat pertama : merantau, kedua, menyambung pelajaran dengan perbelanjaan sendiri.
      Kereta Atos ini ku beli dengan  wang muka hampir RM5000 dan bayaran bulanan RM500.  Kini dan tinggal RM2500 sahaja lagi.  Masalahnya , keretaku ini telah beberapa kali dilanggar . Tahun 2006, ketika ingin membantu anak buahku di SMK Teknik , Alor Gajah, aku dilanggar ketika sedang perlahan memasuki kawasan dalam sekolah, kereta itu dengan lajunya tidak membelok ketika selekoh. Ah, Berdentum, kena pintu bahagian belakang pemandu. Kemek sudah, claimed insurans NCB kosong sudah.
  Kemudian tahun 2008 sekali lagi si penuntut UiTM Alor Gajah yang menunggang motorsikal  pula merempuh keretaku lagi.  Entahlah, aku yang sudah lama menanti di persimpangan masuk ke rumahku membelok ke kanan, tiba-tiba dia pula memotong sebelah kanan, apalagi menghentam pintu belakangku dan dia melambung naik ke atas bonet keretaku kemudian dia tercampak masuk ke dalam longkang.  Aku tidak tahu mana datangnya dia yang meluru memotongku sedangkan kawannya memotong di sebelah kiri.  Aku ingat dah selesai masalah tetapi fail timbul sehingga aku ditelefon semasa di Sabah, Sabak Bernam dan akhirnya aku tandatangani fail di SK SUngai Sireh pada bulan Mei tahun 2012 ini.
   Ada-ada sahaja si Atos ni, kemudian tahun 2010 ketika anak sulungku memandunya sekali lagi dicium oleh kereta lain di Shah Alam.  Tahun 2011 pula, kakakku memandunya pula akibat mengantuk atau terlalu letih ketika hendak menyambut Hari Raya terlanggar kereta di hadapan, dah cacat sedikit. Pada tahun 2012 pula , si Atos dihentam lagi di pintu belakang sebelah kiri oleh kereta Gen 2.  Peliknya enjin si Gen 2 terus mati , tak boleh hidup akibatnya ditarik. Si Atos tetap maintain dengan pintunya yang kemek.
   Tetapi sekarang si Atos telah dibaiki kerana stoppernya dah rosak, akibatnya air keluar mencurah-curah.  Oleh itu , kami baikinya di bengkel Aye dan rakan sepakat di Sungai Buluh.  Puas dicari apa masalahnya, ingatkan radiator, pam air rupa-rupanya stopper.....benda yang kecil sahaja...buka semua kat enjin lamanya dari pukul 12.00 - 5.30 petang baru selesai....         Alhamdulillah..kenapalah pihak pengurusan UiTM tak buat bulatan yang betul, mengelirukan pengguna siapa yang harus berhenti, jalan siapa kerana di situ telah 5 kali berlaku kemalangan.  Uniknya yang salah hanya penuntut bukan pensyarah....di mana keadilan.  Semoga peristiwa ini membuka minda dan membawa keadilan kepada pengguna jalan raya di kampus  UiTM, Sungai Buluh itu.
 Seterusnya ada tindakan pihak pengurusan UiTM terhadap kejadian ini dan wartakan jika ia bulatan yang sebenarnya.  Letakkan bulatan yang bersimen atau kon atau garisan putih yang timbul bukan hitam seolah-olah hiasan.

Sunday, December 30, 2012

Kemelut yang belum selesai

31 Disember 2012 menutup tirai, akan muncul 2013.  Ingatkan pertukaranku diluluskan.  Inilah kali pertama dalam perkhidmatan permohonan pertukaranku tergantung tanpa jawapan.  Bermula dari seminggu sebelum tutup sekolah pada 8 November ku menelefon PPD dan JPNS untuk memastikan status pertukaranku namun sehingga kini masih tidak ada jawapan secara formal, yang ku dapati  adalah secara lisan.
    Maka dengan itu , bermakna aku masih perlu memandu sejauh 121km pergi dan balik ke Sungai Sireh, tak apalah mungkin dah takdir perjalanan hidupku begini.  Apa yang perlu ku lakukan segala-galanya telah berlalu pengalaman pahit tergantung perpindahan, perbalahan dengan pegawai di Putrajaya, pemotongana gaji dan bayaran balik terlebih gaji RM9+++ dan seperkara lagi gajiku masih lagi DG41 walaupun telah dilantik DG44 selama 3 tahun. Biarlah mungkin itu adalah cabaran besar buatku walaupun dah berbagai usaha ku lakukan beremail kepada edu.kpm., PT sekolah, CC perkhidmatan di PPD dan guru besar.  Permasalahan utama mesti disebabkan Buku Rekod Perkhidmatan dan masalah berpindah -randah walaupun segala dokumen surat-surat perlantikan, pengesahan, surat kenaikan gaji tahunan dan salinan slip gaji telah ku berikan.
   Biarlah segala-galanya akan terungkai sedikit masa lagi.  Doaku agar kehadiran 2013 memberi sinar dan semangat baru kepadaku.  Satu azam yang akan kupahatkan ialah keinginanku memohon guru cemerlang ke DG yang seterusnya .  Semoga Allah memberkati usaha dan memakbulkan permintaan hambanya yang menghadapi segala pahit getir perjalanan hidup sebagai guru yang berbaki sedekad lagi . Semoga semangat berbakti dan meneruskan tugas sebagai pendidik akan kuat seampuh dan sekental semangat besi waja.....Seperkara lagi semoga Allah beri kesihatan yang baik buatku ..... aamiiin....

Friday, December 28, 2012

Takdirnya Nasib ibuku.

Perkahwinan dengan suami pertamanya memang begitu tragis buat ibuku.  Sebaik-baik selepas majlis bersanding, dia pun berasa bagai ada mencucuk-cucuk di badannya.  Bermula dari situ, sakitnya berpanjangan.  Memang menjadi adat  orang dahulu kala, sekiranya ditimpa penyakit begini, tentulah bomoh menjadi pengubatnya.
  Mengikut cerita mak saudaraku dan saudara-maraku, ibuku telah dibuat atau dianiaya orang.  Dia dibuat dengan ditanam benda di dalam longkang kerana    dendam dan marah kepada suami ibuku yang tidak berkahwin dengan anaknya.  Penyakit ibuku semakin melarat apabila tiga orang anaknya yang masih kecil meninggal dunia satu persatu.  Ekoran peristiwa itu menekan hidupnya tambahan pula suaminya seorang polis ingin membawanya berpindah.  Arwah datukku menghalang kerana penyakit misteri ibuku ini.
   Sebenarnya orang yang menganiaya ibuku ini adalah jiran sebelah rumah datukku.  Dia tidak mahu melihat kebahagiaan ibuku.  Seingatku berbagai-bagai bomoh dan dukun dipanggil oleh arwah datuk dan nenekku dan kami juga pernah berusaha untuk mengubatnya tetapi sehingga sekarang penyakit ibuku masih lagi belum sembuh.
  Mungkin tekanan hidup masih kecil , sebagai anak sulung yang terpaksa menjaga adik, membuat kerja-kerja rumah dan membantu ibu bapa seperti membelah pinang untuk dijual , menjaga kerbau dan sebagainya.  Ditambah pengalaman hidup susah pada masa zaman Jepun yang memaksa menanam ubi kayu dan sentiasa melarikan diri kerana orang Jepun akan memperkosa anak dara dan menyeksa dan membunuh.  Keadaan ini menambah penderitaannya kerana kadang-kala beliau hilang ingatan.
   Bercakap sendirian dan dunianya penuh dengan kenangan silam yang berputaran di ingatannya. Ibuku pernah dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan dan beliau  juga boleh menceritakan pengalaman bagaimana otaknya 'dikaran' .  Kasihan juga aku mendengarnya .  Memang aku masih ingat peristiwa itu kerana arwah bapa saudaraku sendiri yang memanggil pihak hospital kerana ibuku mengamuk ketika itu.  Mungkin fikirannya runsing kerana ketiadaan wang untuk menanggung perbelanjaan hidup kami sekeluarga.
   Sehingga kini sudah habis daya dan upaya kami mengubati ibu , pernah juga ke Darul Syifa' malangnya masih juga gagal.  Kini kami tawakal sahaja dan mengambil menerima bahawa beliau  sakit psikiatri yang memerlukan ubat penenang , kalau tidak beliau akan terus memikirkan peristiwa lalu dan kenangan zaman silam.
  Kepada insan yang pernah menganiaya ibu, memang malang buatmu kerana tidak sempat memohon maaf kepada ibuku kerana ketika itu berada  di Pulau Pinang sedangkan kamu di Melaka.....terpulanglah kepada Allah s.w.t
dan kami pun tidak tahu apakah sebabnya ibu tidak boleh sembuh seperti dahulu....kasihan hidupnya..  wallahu 'alam bissawab.

Saturday, December 22, 2012

Securik memori luka 2012 (episod 2)

    Selepas kembali ke Sabah, aku terima surat yang back dated , kelulusan pertukaranku.  Itupun atas rasa ketidakpuas hatiku terhadap kemelut yang kuhadapi.  Ku adukan kepada eduweb,kpm. Alhamdulillah berbagai insan ingin menghulurkan bantuan namun segala kesukaran telah kulepasi.
   Kemudian aku menangguhkan tugas sehingga 5 Mac 2012 walaupun tarikh pertukaranku bermula 1 Feruari 2012.  Pada 25 Mac suamiku datang mengambilku dan menyelesaikan urusan kereta yang terbengkalai akibat kemalangan itu.  Itulah hikmahnya kemalangan tersebut, kereta dibaiki daripada 25 Oktober 2011 hingga 13 Januari 2012. Selesai urusan kereta , barulah kami bertolak balik ke Sabak Bernam.
  Setelah bertugas di sekolah baru, bermasalah pula tentang gajiku.  Semua elaun seberang laut terpaksa diberhentikan.  Kerani di Sabah buat gaji sampai Mac. Mulai bulan April gajiku dibayar di sekolah baru.  Terkejut beruk dan terhentak jiwaku apabila gaji dipotong hingga sifar.  Mulai bulan April sehingga bulan Ogos gajiku dipotong kerana terlebih bayar.  Aku dimarahi kerana tidak peka kepada gaji.  Kepada siapa harus ku persalahkan, mengapa aku? Bukan aku yang buat gaji atau sengaja suka-suka minta gaji lebih?  Itukan kerja PT dan AG Sabah.
   Kedua, kecewa demi kecewa ku hadapi kerana ingatkan berita gembira dapat surat pengesahan DG44 seawal 12//1/2012 cantik tarikhnya.  Tetapi seceria  hati dan perasaanku.  Sejak bertukar awal Mac sehingga sekarang kenaikan gaji tahunan belum dibuat hanya kenaikan 13% pada tangga gaji lama.  Sekiranya anda dalam situasi begini bagaimana?  Sudahlah sekolahku jauh 121km pergi dan balik, duit minyak RM70 tiga hari, persediaan kelas baru , penyesuaian situasi tempat kerja baru dan tempat penginapan baru.  Jelas segala-galanya menambah bebanan di hatiku.  Namunku pujuk hati dan perasaan untuk membina semangat jati diri sebagai seorang pendidik yang berjiwa cemerlang.
   Aku sekali lagi membuat aduan kepada eduweb,kpm.  Kini rasa tak tertanggung sekali lagi disebabkan buku perkhidmatanku yang tidak diposkan ke Kuala Selangor, walaupun telah ku iriingi dengan surat dan panggilan telefon.  Dek kerana BRP gajiku masih belum naik dan masih lagi DG41 sejak 24 Ogos 2010-31 Disember 2012.  Kecewaku dengan sikap manusia yang telah mengabaikan tanggungjawab hingga mengakibatkan orang lain menanggung penderitaan dan kekecewaan. Sekali lagi aku bertindak berjumpa sendiri CC di Kuala Selangor buat kali pertama setelah 9 bulan bertugas di sini.
    Sekiranya anda di tempatku , wajarkah aku bertindak begitu?  Aku tahu aku bukan manusia sempurna, boleh bersabar ?...Semoga Allah memudahkan urusan perkhidmatanku yang berbaki  sedekad lagi.

Securik memori luka 2011-2012 (episod 1)

  Setelah mengharungi 28 tahun menjadi seorang guru, perkhidmatanku melakar sejarah.  Mulai tahun 2011,kemelut  pertukaranku lalui  begitu sukar.  Tragedi 25 Oktober,2011 tetap terpahat dalam memoriku.  Kemalangan yang ku alami menyebabkan keretaku  susut nilai RM20 000 .  Namun aku bersyukur aku tidak sedikitpun cedera hingga ada antara rakan sejawat mengatakan aku ada ilmu kebal, di balai polis pula..minggu cikgu kemalangan dan ada suara yang mengatakan ada orang hendak mengenakan cikgu....hahaha...Ya..Allah sahaja yang melindungi hamba yang meletakkah seluruh jiwa dan raganya kepada-Nya.
   Selepas itu aku turun-naik ke Putrajaya BSM (Bahagian Sumber Dan Manusia) dan JPNS . Kemelut lagi.  Berbagai-bagai manusia disebut seperti rakan sejawat semaktab, sekampung yang boleh menyelesaikan masalahku namun hampeh....dan sekarang kalau ada sesiapa menyebut nama orang tertentu di bahagian Putrajaya dalam hatiku ...tak ada sesiapa boleh menolongku  kecuali Allah sahaja..jemu sudah.  Sebabnya kami sendiri , aku dan suami jumpa sendiri Timbalan Pengarah untuk mendapat kelulusan pertukaran.  Orang kampung senang cakap ...sebut saja nama orang tu angkat telefon dah selesai masalah....
   Kemudian angkara SBPA pula tergantung keputusan pertukaranku.  Aku terpaksa balik semula ke Sabah.  Perkara yang tetap dalam ingatanku..macam mana status pertukaran saya...  . Mudah dan bersahaja kerani bahagian sumber manusia itu menjawab" Di mana cikgu dibayar gaji, di situlah tempat cikgu".  Aku pun berangkat balik ke Sabah.  Yang kukesalkan 2 kali borang perpindahan tak diterima di mana salahnya?.   Kedua, kesalnya aku,  penyelia sekolah rendah di Putrajaya yang enggan mendengar masalahku dan katanya. "kalau cikgu beri saya borang ni apa boleh saya buat?".
   Pengajarannya daripada peristiwa ini ialah kita mestilah berusaha sendiri  dan janganlah berharapkan sangat dengan surat-menyurat ...perlu susuli dengan panggilan telefon dan kita mesti tahu bagaimana hendak selesaikan masalah.

Thursday, December 20, 2012

Securik Kisah Ibu

Seperti yang ku katakan  ibuku adalah seorang yang unik.  Hendak ku ceritakan mulanya dari mana, aku sendiri tak tahu.  Yang pastinya hidupku penuh tragis dan bersejarah.  Kami adik-beradik membesar umpama membantu ibu membanting tulang.
  Ayahku sebenarnya seorang yang berharta.  Namun atas sebab-sebab ketamakan saudara-maraku dan kesilapan ayahku , ada harta tersebut dijual atau dimonopoli oleh mereka.  Keadaan ini berlaku kerana ibuku hanya seorang perempuan yang tidak berpelajaran tinggi sementelah tidak berapa tahu tentang harta pusaka.  Cukuplah hanya 3  3/4 ekar  tapak rumah  dan ladang getah itu sahaja yang kami miliki itupun dituntut oleh arwah adik datukku.
     Getah itu ditoreh dan dibahagikan mengikut sistem pawah. Malangnya mereka mengambil kesempatan atas kelemahan seorang janda , aku masih ingat setiap kali pergi ke Lendu, setiap kalilah kami  ditipu. Katanya hujan setiap kali hendak menjual getah, setiap kali hendak mengambil duit getah.
   Adpun secebis kisah sebelah arwah saudaraku yang telah meminjam wang yang ku kira banyak dan aku masih ingat namanya dan kampungnya Padang Kambing dan dah jadi arwah (Y)  , janjinya kepada arwah bapaku akan memulangkan duit kepada anak-anak untuk perbelanjaan sekolah. Hampeh, sekali pergi berinya RM20 atau kekadang RM10 rumahnya besar, berpangkat maklumlah  tentera.
 Begitulah nasib ibuku seorang janda muda dipermain-mainkan dan nasib kami anak yatim yang dianiaya, tetapi kami masih bersyukur dapat menumpang makan sedikit harta sebelah nenek kami seperti kelapa, kebun getah dan tapak rumah sekadar dapat sara diri untuk hidup. Zaman dulu mana ada 1960-an  ada bantuan ibu tunggal, anak yatim atau bantuan PPR.  Bekerja sendirilah kalau mahu hidup........bersambung

Wednesday, December 19, 2012

PMR Straight A , Anak-anakku TahniaH!

 PMR tahun 2012 berulang kecemerlangan bagi anak-anakku.  Alhamdulillah.  Pertama, anak sulungku , Zati Iwani dapat 8A, Nur Syarafina 9A  aliran Agama, kini Ainun Syamirah 8A,.  Aku gentar juga kerana dia ni lain sedikit.
  Dahlah  bertukar-tukar sekolah kerana mengikut kami berpindah.  Sekolah pertamanya, SMK Gafar Baba sekolah Kluster terdiri daripada pelajar-pelajar pintar 2 kelasnya terdiri daripada murid- murid UPSR 5A, kemudian SMK Desa Kencana , Lahad Datu Sabah tingkatan 1-2, seterusnya SMK Munshi Abdullah , Sungai Air Tawar, Selangor.  Memandangkan asyik bertukar sekolah ,sudah tentu aku bimbang akan prestasi pelajarannya.

  Syukurlah, Allah tetap memakbulkan permintaan hambanya.  Tetapi aku sungguh pelik dia ni tidak ada kemahuan untuk tinggal di asrama atau keinginan ke sekolah berasrama penuh ataupun Maktab Rendah Sains Mara.  Entah apa dalam pemikirannya, aku sendiripun tak tahu.  Tetapi terpulanglah kepadanya untuk memilih jalan hidupnya sendiri.  Keadaan ini berbeza dengan kedua-dua kakaknya yang tahu membuat keputusan dan jurusan mana yang hendak dituju.  Semoga Allah memberikannya arah dan tujuan memilih jalan yang betul.

Monday, December 17, 2012

sawah padi bertukar kebun sayur

 Setelah padi kurang berhasil dan kebanyakan petani bertukar arah menanam sayur maka kebanyakan menanam sawi, petola, cili hidup, timun dan sayur kailan.  kebanyak kaum Cina telah lama monopoli perniagaan ini.  Kami orang-orang Melayu yang kekurangan modal kebanyakan bekerja mengambil upah menanam sayur atau mengikat pokok timun atau petola naik ke junjung.
  upahnya amat sedikit RM1.20 dari pukul 2.00 petang hingga 6,00 petang.  Rehat hanya sebentar lebih kurang 20 minit sahaja, sudah tentu kami terlepas sembahyang Asar.  Kalau sembahyang pun terpaksa balik ke rumah dahalu, mandi dan bersihkan diri.  Begitulah kehidupanku selepas balik dari sekolah kalau ada kerja, buka selalu ada peluang.  Aku pergi sekolah belajar di sekolah sahaja balik dari sekolah campak beg, Kemudian pergilah cari makanan kambing seperti daun sena atau jati.
 Ada jugalah kami adik beradik menanam empat petak sawah dengan petola. penatnya Allah sahaja yang tahu.  Kekadang untung kekadang tidak.  Kayu  junjung terpaksa dicari atau dibeli, tahi ayam sebagai baja, racun dan benih selain penjagaan rumput.  Penat-penat mengutip hasil sayur dijual kepada orang tengah harga ditolak hanya 4 sen sekilo yang diambil oleh lori. Harga pasaran sebenarnya 40 sen.  Tengoklah sejauh mana tenaga petani dikerah dan diperah.  tetapi kita manusia yang lemah pada masa itu terpaksa mengalah kerana kalau tidak ke mana handak dibawa  petola yang banyak itu.  ...    bersambung...   kerja begini kulakukan sehingga aku dapat melanjutkan pelajaran ke asrama Munshi Abdullah pada tahun 1978 semasa tingkatan 4. ....ada sesiapa yang senasib denganku.....jom kita kongsi zaman kecil kita.

seminar isu LGBT

   5 November 2012 buat pertama kalinya, aku dapat berhimpun berjumpa dengan guru-guru di Kuala Selangor.  Perhimpunan itu dalam anggaran 800 orang.  Aku memandu kereta dari Sabak Bernam pada pukul 6.20 pagi.  Dalam kepalaku nanti hendak berhenti mengambil Cikgu Rokiah bt Awang dan Ustazah  Julaina di hadapan masjid di Sungai Sireh.
    Tetiba, aku mendapat panggilan telefon, tidak kujawab kerana aku sedang memandu.  Kali kedua, aku terpaksa menjawab walau pun ketika itu aku sedang memperlahankan keretaku kerana sebuah kereta telah terperesok di bawah lori.  Nasib baik bonet keretanya sahaja.
   Pendek cerita, hanya kami berdua, aku dan cikgu Rokiah sahaja pergi.  Sampai di One Plaza, Kuala Selangor kudapati telah ramai cikgu yang hadir.  kami bersarapan dulu pada pukul 8.00 pagi.  Masuk ke dewan itu terlalu sejuk, jadi ku ambil blazer .
   Isu LGBT ini sebenarnya telah lama berlaku.  Kini semakin menular dan menjadi-jadi.  Lesbian, Gay, Biseksual dan transgender adalah penyakit muda-mudi zaman sekarang.  Ditakuti virus ini merebak di seluruh negara.  Masing-masing ingin mendapatkan kebebasan di luar batasan agama.  Sekiranya gejala ini terus merebak  dan tak ditangani alamat hancurlah negara kita .  Tujuan seminar ini mengingatkan peranan guru bahayanya penyakit ini.
  Menariknya penceramah Tn hj Hushim adalah bekas kaunselor sekolah STAR dan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor juga adalah mantan guru disiplin STAR adalah guru sekolahku tahun 1980-1981.
  Pengajaran daripada seminar ini adalah implikasi daripada  perasaan tidak puas hati terhadap insan terbabit terhadap  ibu bapa, tekanan perasaan daripada adik-beradik ataupun mangsa buli daripada rakan-rakan.  Perkara ini haruslah dipandang berat oleh ibu bapa, masyarakat dan komuniti .
            Peserta seminar di Ballroom One Plaza, Kuala Selangor.
              Tn Hj Hushim bin Hj Salleh, kaunselor berdaftar , penceramah LGBT
              Tn Hj Mahmud, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri  Selangor
Bukan mudah dalam menangani isu ini yang semakin menular akibat kurangnya didikan agama dan menadpat sokongan daripada Barat dan negara-negara barat pula mengiktiraf perkahwinan sejenis bahkan ada ulama songsang pula pada akhir zaman ini.
  Diharapkan pendedahan ini dapat menginsafkan insan-insan lain supaya berbalik ke pangkal jalan....semoga mendapat hidayah daripada-Nya Allah s.w.t.

Sukan SKSS

 Hari sukan di SKSS juga amat meriah dan mencatat sejarah dalam perkhidmatanku.  Biarlah aku tidak menceritakan mengapa ia begitu unik sekali bagiku? Ingatkan lagu Sitri Nurhaliza,'Biarlah Rahsia".  Ingin kupaparkan di sini sukan ni  biasa-biasa sahaja.  tetapi yang meriahnya, pertandingan khemah tercantik...masing-masing buat surprise sahaja...ada menyorok-menyorok - sembunyi-sembunyi tetiba ...hebatnya! menghias khemah dengan maskotnya sekali.
   Hari sukan  kemuncaknya pada Hari Ahad, Sabtu persediaan di samping sukaneka.  Di luar pagar sekolah terdapat jualan makanan seperti kuih-muih, makanan berat mi goreng, nasi goreng, dan burger, sosej serta buah-buahan.  Jualan lelong -pakaian , kasut , brooch dan tudung juga ada .
  Oleh kerana, aku ni tinggal jauh di Sabak bernam hendak menunggu sehingga petang berhari-hari, maka pandai-pandailah aku membawa diri. tak laratlah setiap hari memandu 121 km dua hala.  Jadi aku umpama "chipsmore" kalau pagi hingga pukul 5.30 petang tidaklah menunggu sampai pukul 6.30 petang atau pukul 7.30 petang.  Tahu-tahulah sukan ini bukanlah sesuatu acara yang 'punctual'.
               bertugas sebagai pegawai pencatat lompat tinggi sahaja
                                     mana lagi ni, lambat pula?
       Hadiah paling simple  besen tak perlu balut, jimat boleh buat topi semasa panas dan payung semasa hujan......hehehe
        Johan rumah hijau pertandingan khemah tercantik unik sebab tajuknya flora - banyak guna bahan semulajadi tumbuhan.




sekian.....sukan 2012 ....penuh sejarah...hehehe...macam orang nak kenduri kahwin 7 hari....

Saturday, December 15, 2012

Sawah padi - aktivitiku

  Pada masa dulu , padi ditanam dua kali setahun.  Padi pula enam bulan baru dituai. Ketika itu sekitar tahun 1960-an. Seingatku semasa aku darjah empat(1972), aku sudah mudah mengambil upah mengubah anak benih padi.  Ramai kawan sekolah sebaya denganku mengikut orang tua mengambil upah mengubah anak benih.
   Pada masa itu upahnya RM1.20 sahaja. Kerja mengubah mula pukul 2.00 petang hingga 6 .00 petang. Penat juga berendam dalam air di sawah ketika panas terik dan terpaksa berlumba dengan orang lain, kalau tidak kena marah. Aku pula main tanam sahaja, nasiblah anak benih tu hendak hidup atau mati.  Kalau mati nanti pemilik sawah akan tanam semula atau disebut 'sulap'.
   Setelah musim menuai,  pokok padi ini tinggi, maka batang padi ditinggalkan 2 ' . Pada waktu malam, belalang akan hinggap pada batang padi yang ditinggalkan ini. Kami orang Melaka dan Negeri Sembilan akan mencari belalang pada waktu malam dan menangkap seterusnya memasukkan ke dalam botol minuman seperti  sarsi.  Kami gunakan pelita untuk menyuluh belalang di sawah pada malam yang gelap itu. Paling baik menangkap belang selepas hujan kerana belalang  banyak .
  Belalang ini kami jual atau masak sendiri. Belalang ini sedap dibuat sambal atau masak lemak cili padi.  Sebelum itu dicelur dahulu dan dibuang sayap dan ketik atau kakinya.
  Kemudian kegiatan ekonomi di kampungku dah berubah,  beralih kepada pertanian komersial iaitu bertanam sayur pula.....bersambung.

Wednesday, December 12, 2012

Secebis kisah hidupku - zaman kecil

Aku anak yatim semenjak 3 bulan dalam kandungan ibuku. Ibuku pula janda muda semenjak usia 27 tahun sehingga menjangkau 70 tahun usianya kini.  Walaupun janda muda,  dia perlu meneruskan kehidupan.
   Dengan tulang empat kerat dan tenaga yang tak sekuat mana, hanya menoreh getah sekeping dua untuk menyara keluarga. Dengan anak tiga orang yang masih kecil , dia terpaksa membuat berbagai kerja seperti mengayam tikar terutama ketika musim hujan.  Kami hanya makan apa yang ada.
  Kebetulan arwah datuk ada mempunyai sedikit harta pusaka yang boleh dimakan bersama dengan arwah nenek.  Kami pun rajin membantu nenek menjaga kedai runcitnya. Kekadang pula membantu membuat air batu Malaysia yang pelbagai rasa seperti milo, asam jawa, kacang dan sebagainya.
  Arwah nenek juga ada membela kambing. Jadi kami  menolong mencari daun-daun sena  atau menyabit rumput untuk diberi makan kepada kambing.
  Akhirnya nanti ada anak kambing itu akan diberi kepada kami. Jadi kami yang tidak berkemampuan bela kambing bawah rumah kerana rumah kami rumah kampung yang bertiang tinggi. Rumah itupun pemberian arwah adik ibu dengan pertukaran mesin jahit dan basikal .  Penat juga bela kambing di bawah rumah kerana tahi kambing dan kencing kambing yang berbau, jadi kena rajin menyapu bawah rumah.
   Zaman kecilku dan adik-beradik tidaklah sebebas mana dengan anak-anak lain yang berpeluang belajar. Kami bergelumang dengan kerja untuk menyara hidup. Sekiranya tidak bersekolah, kami membantu ibu mencabut sekerap di mangkuk getah dan mengangkat susu getah atau mengangkat air di perigi atau mencari kayu api di ladang getah.  Kekadang kami mencari cendawan pada tunggul kayu getah yang mati ketika musim hujan untuk dibuat lauk atau mencari pucuk paku di tepi-tepi sungai berdekatan dengan kebun getah.
    ....bersambung..

Pertemuan Keramat 12/12/2012

   Aku hanya bersekolah di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah(STAR), Kelang ,Selangor di pertengahan tingkat Enam Rendah dan Enam Atas  pada tahun 1980-1981.  Yang aku pasti perpindahanku kerana mengikut abang dan kakakku yang bekerja di Kuala Lumpur. Kupilih sekolah ini kerana mempunyai kemudahan asrama sama seperti  sekolahku: Sekolah Munshi Abdullah Batu Berendam Melaka.
    Aku terpaksa menukar kertas salah satu Geografi ketika itu kerana ia tidak didaftar  di STAR ,jadi aku terpaksa belajar sendiri.  Namun aku bersyukur,aku mampu memperoleh prinsipal bagi kertas itu.  Dalam pada sibuk bertukar sekolah, aku pula kurang mengenali rakan-rakan baru kecuali yang tinggal di asrama.
   Yang ku pasti, semasa tingkatan enam atas, aku telah mengadakan group perbincangan yang terdiri daripada 4 orang iaitu, aku, Norafidah, Salmah dan Fauziah.  Ketiga-tiga rakanku ini pernahku temui dan kujejaki. Namun terputus hubungan dengan Fauziah sehingga kini.
  Dengan kemudahan ICT melalui media  seperti sms dan   FB memudahkan kami bekas pelajar  STAR mencari geng seangkatan 1980-1981.
  Hari ini 12/12/2012 tarikh keramat pertemuanku dengan Salamah dan Fadilah .  Aku sebenarnya telah bertemu dengan Fadilah dua hari yang lalu tetapi kerana ingin berjumpa dan mengeratkan persahabatan kubawa Salmah bertemu dengan Fadilah.  Kami berborak panjang.  Banyak yang dibualkan namun kotak mindaku hanya ada sedikit tentang kawan-kawan masa silam setelah 31 tahun tidak bertemu.  Sesungguhnya 12/12/2012 adalah tarikh keramat  bagi kami bertiga.  Akan kujejaki sedikitdemi sedikit kawan-kawan sekolah, semaktab, setugas atau sejawat dan sebagainya sebagai penghubung tali persaudaraan.

Wednesday, November 28, 2012

Hari Guru di SKSS

  Sambutan hari guru di SKSS sangat meriah.  Sambutan ini diadakan pada 24 mei 2012. Oleh kerana banyak aktiviti yang dijalankan maka masa tidak mencukupi.  Antara acara wajib ialah perutusan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Ucapan Ketua Murid, Ucapan GUru Besar dan Ucapan YDP PIBG.  Menariknya di sekolah ini, guru yang paling senior akan mewakili ucapan perutusan Menteri pelajaran dan ketua Pengarah Pelajaran.
  Selepas itu, kami sempat bergambar dan kemudian diadakan acara permainan bagi guru lelaki dan perempuan.  Biasalah guru lelaki dengan bola sepaknya dan guru perempuan dengan sukaneka.  Oleh kerana aku lebih kepada guru perempuan , maka ku rakamkan acara ini.  Antaranya, bolinh kelapa, bola beracun dan menjaringkan bola yang ada air ke dalam gol (tudung) yang dipegang oleh dua orang guru.
  Selepas itu, jamuan makan dan akhirnya pertukaran hadiah dan majlis penyampaian hadiah bagi setiap acara yang dipertandingkan.









Semoga kami guru-guru SKSS dapat meraikan hari guru dengan penuh bermakna.
  

FB dan SMS - jejak pertemuan

  Peristiwa itu akan kuingat sampai bila-bila. Pada malam 29/2/2012  semasa sibuk 'update' FB aku terima SMS daripada kawan lama sekolahku di STAR , Kelang, Selangor.  Aku hanya bersekolah di situ setahun setengah sahaja, iaitu pertengahan Tingkatan Enam Bawah dan Enam Atas tahun 1980-1981.
   Selepas mendapat keputusan STP, masing-masing dengan haluan, aku pula terus ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu.Batu Rakit , Kuala Terengganu pada tahun 1982-1984.  Selepas itu aku mengajar di Sekolah Sri Subang jaya 2, Selangor.  Walaupun mengajar di Selangor, kami terputus hubungan.
   Ketika itu kami menginap di Hotel Gaya sebelum menamatkan perkhidmatanku di Sabah, tetiba aku mendapat SMS daripadanya.  aku sebenarnya dah ingat-ingat lupa maklumlah dah 27 tahun kami tak jumpa.  Tentu banyak perubahan yang pastinya umur dan fizikal.  Kami berjanji menunggu di lobi hotel dalam pukul 8.00 lebih.
   Sebaik sahaja , dia sampai, kami berpelukan dan tak ku sangka suaminya orang Jasin, Melaka.  Kami dibawa ke Tanjung Aru  makan malam sambil berbual-bual. Begitulah takdirnya pertemuan pada saat akhir perkhidmatan di Sabah.  terima kasih atas jemputan dan pertemuan serta belanja makan, semoga persahabatan dan perhubungan kita berkekalan.
    Sekali lagi kami dapat bertemu di Hari Raya Aidil Fitri di rumahku di Melaka. kali ini telefon dan SMS  juga jadi penghubung.
 



 Setelah lama tak jumpa, SMS , FB dan telefon penghubung kami.  Syukurlah sekurang-kurangnya kami dapat berbual mesra dan berharap persahabatan ini berkekalan.
              Pertemuan kedua pada Hari Raya Aidil Adha 2012 di rumahku .

Tuesday, November 27, 2012

Taman haiwan di Tropicale Bukit Tinggi

  Berpusing-pusing dalam kawasan bukit Tinggi itu,selepas "Japanese Village" kami jumpa berbagai aktiviti lasak seperti flying fox, juggle tracking , titian kanopi dan sebagainya.
 Tempat yang sesuai dituju ialah taman haiwan.  Harga tiket RM3 tak kira dewasa atau kanak-kanak.  Satu paket makanan RM3.00, kami beli untuk si kijang.  Jadi, kami masuk sempat memberi kijang makan dan menangkap beberapa ekor arnab.
 Kami pergi ke kandang keldai,  busuknya bau.  Tetapi kerana ingin sangat hendak bergambar dan memegangnya , kami mendekati juga.  Terkejut juga anakku apabila salah seekor keldai itu menggigit bajunya.
   Di taman haiwan itu , terdapat kandang kecil .  di dalamnya ada dua ekor merak, kura-kura dan hamster.  Di hadapannya pula terdapat kandang arnab.  Terdapat kijang yang jinak yang  mudah diberi makan dan menghampiri kita.





  Kami melintas di "Horse Trail" masuk sahaja RM2.00 kalau nak menunggang kuda tak tahulah berapa harganya.  Tetapi ku lihat yang mmenunggang kuda kanak-kanak sahaja kerana kuda itu dipegang oleh petugas di situ.  Akhirnya pukul 6.00 petang , kami ke masjid sembahyang jamak dan seterusnya berangkat balik meninggalkan Bukit Tinggi.

Tanjung Simpang Mengayau

  Tanjung Simpang Mengayau , di Kudat adalah destinasi utama kami bercuti selama 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu.  Tanjung Simpang Mengayau ini dikenali sebagai "The tips of Borneo " kerana pertemuan antara laut China Selatan dan Laut Sulu.  Kelihatan Rumah Api di Pulau Kalampunian.
    Ramai orang datang ke sini untuk melihat matahari terbenam dan pertemuan  kedua-dua air laut tersebut.  Oleh kerana di sini bebas dari   pencemaran air, asap atau debu, maka udara segar dan nyaman .  Tambahan pula , terdapat kemudahan restoran, kedai cenderamata, chalet-chalet dan tempat rekreasi .
  Kami  hanya dapat singgah sebentar sebab sudah pukul 5.15 petang tambahan pula hari mendung .  Hanya satu jam sahaja, kemudian gerimis. Oleh itu kami tidak bernasib baik melihat matahari terbenam.  Hanya sebentar tepat pukul 6.15 kami beredar kerana sudah maghrib dan kamu lalui jalan singkat kononnya hendak cepat.  Alangkah takutnya kami kerana terasa terasing nampak rumah sebuah, sebuah  di dalam hutan.  Maklumlah lampu-lampu jalan tidak ada dalam kawasan pedalaman itu kecuali di bandar-bandar.
   Namun kami berpuas hati dapat melihat dan menghirup udara segar pada waktu petang di pantai itu.  Memang Sabah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.









Monday, November 26, 2012

Kundasang

 Kundasang , selalunya kami singgah makan di sini dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Felda Wilayah, Lahad Datu , Sabah.  Udaranya agak sejuk kerana tanah tinggi dan menghampiri kaki Gunung Kinabalu.
   Di sepanjang jalan, masih terdapat kedai-kedai kayu atau papan yang menjual sayur-mayur, buah-buahan dan kuih-muih.  Tetapi sekarang ini separuh daripada kedai papan atau kayu tersebut telah dirobohkan kerana melebarkan jalan raya dan mungkin akan dibina kedai yang lebih selesa dan bersih.
  Bagiku Kundasang , udaranya nyaman dan sejuk tetapi tidaklah sesejuk di Cameron Highlands.  Di Cameron Highlands banyak menjual sayur-mayur, buah-buahan dan cenderamata.  Keadaan ini berbeza dengan di Kundasang yang hanya menjual  makanan.  kalau hendak membeli bakul-bakul, bantal, hasil-hasil krat tangan singgahlah di pekan Nabalu.  Banyak t-shirt, anak-anak patung, barang mainan, perhiasan dan sebagainya.




  Sayur-sayuran amat murah di sini berbanding dengan di Felda Wilayah tetapi kita mestilah pandai memilih sayur yang tahan lama dan simpan di dalam peti sejuk.

Kolam Air Panas Ranau

  sebelum balik ke felda Wilayah, kami singgah di Kolam Air Panas Ranau.  Puas kami berpusing-pusing mencari simpang masuk ke kolam ini.  Agak jauh terpencil di pedalaman.  Aku memang tak pandai nak mengagak berapa km yang harus kami tempuhi.
   Walaupun hari dah petang lebih kurang pukul 3.00, kami hanya inbgin melihat-lihat kawasan kolam air panas ini.  kalau hendak mandi membazir sahaja sekadar melihat dan meninjau keadaan tempat dan kemudahan yang disediakan bagi pelancong atau pengunjung.
   Terdapat beberapa buah kolam air panas yang disediakan untuk mandi dan  paip air panas.  Di bahagian atas pula, terdapat beberapa buah kolam air panas yang berasap dan dibiarkan mengalir ke kolam-kolam mandi.  Air di kolam itu tidaklah terasa panas sangat.
   Disediakan juga chalet-chalet untuk penginapan. Kami terus naik ke bahagian atas lagi sehingga menyeberang jambatan gantung menuju ke taman kupu-kupu dan melihat di sekitar hutan semulajadi.  Terdengar bunyi cengkerik dan unggas serta serangga kecil dan aliran air terjun.
  Terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai-bagai  barangan seperti pelampung, baju mandi dan cenderamata untuk dibawa pulang di sepanjang jalan sebelum  masuk ke pintu kolam air panas itu.






 

Muzium Negeri Sabah

Pada 18 Jun 2011, kami telah pergi melawat Muzium Negeri Sabah yang letaknya di kota Kinabalu.  Sungguh besar dan luas kawasan muzium yang kami lawati.  Rasa-rasanya tidak cukup waktu kami pergi dari mula masuk pukul 9.00 pagi hingga1.00 petang kerana terpaksa meneruskan perjalanan menuju ke Simpang Mengayau untuk melihat matahari terbenam.
         Muzium ini pula terbahagi kepada 2 iaitu muzium sejarah dan muzium sejarah Islam dan sejarah warisan perkampungan etnik yang terdapat di Sabah.  Luasnya tidak larat nak berjalan kaki kerana setiap pelosok ada keistimewaannya sendiri.
     Cuma kami pilih-pilih sahaja di bahagian muzium negeri , muzium sejarah Islam dan sejaran warisan terutama rumah-rumah tradisional etnik  di situ.
          gambar mesin getah rata dan nipis , mesin getah bunga.





.
           Rumah tradisional - dapur kayu siap peralatan menangkap ikan dan nyiru, terendak dan sebagainya
       bergambar di hadapan sebelum masuk ke pintu muzium negeri Sabah