Wednesday, February 29, 2012

Menumbuk

  Selepas pergi ke Kuala Penyu, kami meneruskan perjalanan ke Menumbuk.  Bukannya apa saja-saja nak berjalan, hasrat hati hendak pergi ke Labuan, namun hajat tak kesampaian kerana kami tak merancang terlebih dahulu.
  Pada kesempatan ini, aku dapat melihat keindahan alam semula jadi dan mendapat pengetahuan melalui pemerhatian sahaja.  Sepanjang jalan menuju ke Menumbuk, ku dapati rumah kediaman agak jarang-jarang menunjukkan penduduknya tidak padat atau kurang.
  Punca pendapatan masih lagi pertanian kerana ku lihat pondok-pondok di tepi jalan hanya ada jagung, nanas, kelapa dan sagu. Pendapatan penduduk hanya kepada hasil tangkapan ikan dan berniaga kecil-kecilan.  Ada mini shell atau kedai kecil menjual minyak petrol dalam botol-botol kecil kerana di sepanjang jalan menuju ke Menumbuk tidak ada shell, Petronas dan stesen minyak yang besar.
  Menumbuk hanya pekan kecil sahaja dan terdapat jeti untuk ke Labuan.  Kemudahan feri dan bot sahaja menuju  destinasi Ke Labuan.  Aku sempat mendapatkan maklumat daripada  kaunter feri tersebut.  Kalau hendak ke Labuan terpaksa menempah tiket terlebih dahulu atau bermalam di Labuan.
  Kami hendak menjamu selera di sini tetapi memandangkan tiada banyak pilihan kedai makan, maka kami pun cepat-cepat meninggalkan pekan ini.
 
 
                                     Replika hasil laut pekan Menumbuk
                                   

         Sebuah papan tanda yang istimewa dari bulatan Beaufort- Kuala Penyu yang menarik perhatian kami.
 

Tuesday, February 28, 2012

Kuala Penyu

   Kami bergerak dari Hotel Gaya ke kuala Penyu pada waktu pagi, entah pukul berapa aku tidak pasti.  Yang kupasti ingin kujelajahi pantai barat Sabah ini sebelum berangkat pulang 1 Mac 2012.
   Kami ikut perjalanan sepanjang persisiran pantai.  Jaraknya dari Kota Kinabalu 116 km ke Kuala Penyu. Sepanjang jalan, ku dapati jalan rayanya elok tak seperti di Sandakan dan Lahad Datu. Pembangunan banyak dilakukan di sini.
   Dari segi bangunan, bentuk rumah dah banyak yang berubah.  Kebanyakan rumah batu,ada juga rumah tradisional.  Tetapi sumber pendapatan penduduk Papar masih lagi kepada ikan dan pertanian.  Sepanjang jalan terdapat pondok-pondok jual ikan bilis, udang dan ikan kering.  Hasil pertanian seperti nanas, jagung, kelapa dan sagu.
   Kami melihat pemandangan di kampung yang masih lagi tradisional dan ada sedikit pemodenan.  Kami sempat melihat bandar -bandar kecil , tidak seperti bandar-bandar di semenanjung.  Bandar Kuala Penyu, Beaufort dan Membakut.  Terdapat landasan kereta api dari Beaufort ke Inanam.


                                                jalan raya yang elok




jambatan gantung
                                        bot nelayan di Kuala Penyu

                                     kedai-kedai di Kuala Penyu
                               bandar Membakut - perusahaan kuih tradisional
                                                   surau di Membakut
Gerai-gerai makan dan kedai buku dan pakaian
Terdapat banyak kemudahan asas seperti surau, sekolah, dan perpustakaan serta dewan orang ramai di Membakut.
   Semuanya ini akan menjadi ingatan dan pengetahuan kepadaku sepanjang berkhidmat di Sabah ini walaupun hanya lebih kurang setahun 10 bulan.

pertemuan yang tak dijangka - kawan lama bekas STAR

  Hari ini 28/02/2012 tidak kuduga dapat bertemu dengan rakan lama tingkatan 6 atas sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Kelang , Selangor (STAR).  Setelah hampir 31 tahun , kami bertemu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu,Sabah.
  Pertemuan tidak dirancang.  Aku memang sentiasa 'update statusku di FB atau di blogku'.  Pada saat akhir, perkhidmatanku sebelum balik ke semenanjung, Hjh Hamidah bt Sarbani, sempat berchatting dan berfacebook bertanya khabar dan ingin berjumpaku.  Hanya sekelip mata, kami dapat menghubungi antara satu sama lain.
  Pertemuan diatur kerana dia dan suaminya tinggal di sekitar Kota Kinabalu, kalau tak silap Taman Permai.
  Hanya melalui sms, pertemuan diatur , kami menunggu di ruang lobi Hotel Gaya dan akhirnya kami makan di Tanjung Aru, restoran di tepi laut.  Kuasa Allah dan aturan-Nya yang menemukan kami. Sekiranya pertukaran ku ini tidak tergantung tentulah aku tidak dapat menemuinya.  Pertemuan itu menemukan orang Melaka, suamiku orang Ayer Paabas, aku Sungai Udang dan suaminya orang Jasin manakala Hamidah  orang Selangor, kawan sekolahku.
                   
   Semoga persahabatan ini berkekalan .  Terima kasih atas belanja makan malam di Tanjung Aru.  Pertemuan yang tidak diduga.  Syukur Alhamdulillah.

tayar !oh ,Tayar!

  Sejak kemalangan 25 Oktober 2011 sehingga 12 Januari, 2012 kereta Viosku duduk di dalam bengkel Sun Hoe di Lahad Datu.  Pada 13 Jan hingga 24 januari kereta itu duduk di bawah khemah kuarters guru.  Aku tidak tahu berapa lama kereta itu tidak bergerak.
  Setibanya  aku ke Felda Sahabat pada 25 Januari 2012 aku  pun memandu kereta itu dan menggunakannya  pergi dan balik ke sekolah.  Syukurnya tidak ada apa-apa yang berlaku terhadapnya.   Cuma aku musykil sedikit apabila kereta berkunci, but boleh dibuka tanpa berbunyi.
  Sejak itu 2 kali berulang alik dari Lahad Datu, kereta itu tidak meragam.  Tetapi pada pagi 26 /02/2012 ketika di Hotel Dynasty tayar belakang sebelah kiri pancit.
  Kemudian kami ke Tawau, balik dari Tawau kurang angin lagi.  Kami pam tayar itu. Setelah 2 kali diperiksa tiada kebocoran.  Alhamdulillah.  Kemudian, kami ke Kota Kinabalu pada 27/02/2012.  Pada  malamnya pula, tayar depan sebelah kiri pula kempis.  Kami pam di stesen minyak Petronas.  Hari ini 28/02/2012, kami pergi ke Kuala Penyu. Dalam perjalanan tayar itu kempis lagi.  Kami singgah di Shell untuk dipam menambah angin.  Kemudian , terasa kurang angin diperiksa di kedai  Tayar Silverstone di Beaufort.
  Di situ teknik menggunakan air sabun tanpa membuka tayar untuk mencari  kebocoran  menimbulkan tanda tanya bagiku.  Belum pernah kulihat.  Setelah tidak berjaya, dia pun membuka tayar tersebut dan puas dia mencari di mana bocornya tayar itu, direndam dalam air dan dibubuh air sabun, namun tak jumpa.
  Dalam pada itu suamiku bergurau ada hantu kot ikut masa kemalangan dulu sebab dah berjangkit dari tayar belakang ke tayar depan.  Puas sipekerja itu membaca doa dan bismillah agar berjumpa  kebocoran itu , akhirnya suamiku menyarankan agar bubuk minyak kat tayar itu.  Mungkin dah  lama tayar kempis dan minyaknya dah kering maka terdapat ruang yang membolehkan angin keluar sedikit demi sedikit.  Entahlah aku pun tak tahu apa sebabnya.  Menjadi misteri buatku yang tak ada ilmu tentang tayar.


 

duitku tak bernilai

  Pada 26/02/2012 kami ke Pasar Gantung Tawau atau Central Market Tawau.  Hajat hati membelah-belah kali terakhir.  Mula-mula kami pergi ke Pasar Besar untuk membeli ikan bilis, udang kering dan ikan keropok.  Aku sebenarnya nak neli ikan kering yang lain tetapi memandang makan ikan kering terlalu kerap boleh karang gigi dan darah tinggi, aku lupakan saja.
   Kemudian aku ke Pasar Gantung Tawau.  Hajat hati nak cari kain batik dan apa-apa barang yang menarik hatiku.  Aku ini bukanlah pandai sangat menawar dan nak cakap dialek Sabah, pakat gelak diorang.
  Dalam pada memilih key chain di sebuah gerai, aku tidak dilayan.  Aku menawar harga key chain itu. Selain aku, kedengaran dialog orang semenanjung. Ku kerling sedikit.  Tak perasaan rombongan pelakon Jalaludin Hasan.  Patutlah aku tak dilayan.  Kecil hatiku.
   Maka aku pergi ke kedai bertentangan. Alangkah baiknya sipeniaga, ku tawar harga key chain itu dapatlah kurang sedikit, maka ku beli 15.  Jangan lihat pada rupa atau nama, bukannya duitku tak laku.  Maaflah kalau tak sudi orang dapat rezeki.

Monday, February 27, 2012

Perjalanan ke Kota Kinabalu 27 Februari 2012

  Dari Lahad Datu, kami bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 8.48 pagi.  Sebelum bertolak tayar belakang sebelah kiri kami periksa dulu di pusat servis tayar.  Setelah dua kali diperiksa tak juga jumpa sebab pancit pada hari Ahad itu.  Jadi takut pancit, kami periksa sekali lagi.  Ternyata tidak ada kebocoran.
  Sepanjang perjalanan ke Sandakan ternyata jalannya masih agak teruk.  Di persimpangan check point, kami mengisi minyak penuh tangki takut kehabisan , tak sampai ke Ranau pula nanti.
   Tiba di Ranau kami sembahyang di Masjid Al-Rahman.  Masjid ini masih lagi ditambah bangunannya.  Walaupun hampir siap, tandas wanita masih belum dapat digunakan, kononnya nak tunggu dirasmikan.
  Dalam perjalanan menuju ke Kundasang dah mula berkabus. Kemudiaan ku lihat 3 buah bas Sida Ekpress sederet bergerak serentak. Aku tidak faham sikap pemandu bas itu sering memotong di jalan raya 'double line' kerana berbahaya kepada penumpang dan pemandu yang lain.
 Tepat pukul 5.30 petang, kami selamat sampai ke Gaya Hotel. Kami akan bermalam di sini selama 3 malam sebelum menaiki kapal terbang MAS pukul 2.00 petang pada 1 Mac 2012 kelak.  Syukur alhamdulillah selesai episod kedua sebelum balik ke semenanjung.  Kami jadi orang kaya sepanjang minggu ini kerana tinggal di hotel, kelak kami jadi macam cerita P. Ramlee ' Ibu Mertuaku', mula-mula tinggal di hotel kemudian di rumah sewa dan akhirnya di bawah kolong... aduh bah , jangan begitu.

              Pandangan dari atas Shell minyak check point Sandakan-Beluran
                      Tiga buah bas Sida Ekspress yang berderet - sikap pemandunya kurang berhemat di jalan raya boleh berbahaya kepada penumpang dan pemandu lain.
                          Kabus yang tebal mengganggu dan melambatkan perjalanan
                               Kabus di sepanjang jalan Kundasang kemudian hujan
                               Ruang rehat dan disediakan tiga buah komputer
                                      Hotel Gaya berdekatan di tepi laut
                           Banyak tempat beli-belah di Kota Kinabalu ,hotel ini berdepan dengan Suria Sabah

Hotel Silam Dynasty

 Aku dan suamiku bermalam selama 2 hari di Hotel Silam Dynasty selama 2 malam, pada 26-27  Februari 2012. Hotel itu betul-betul terletak di bandar Lahad Datu. Bayarannya RM 250 untuk sebuah bilik.  Biliknya kecil sahaja.  Kemudahanya seperti hotel-hotel biasa tetapi biliknya kecil, air panas pula tidak berfungsi, kalau kena dengan penghawa dingin , tentunyalah sejuk tambahan pula pada waktu pagi.
   Yang menghairankan dahlah mahal , sarapan pagi hanya untuk seorang sahaja.  Jadi kami terpaksa menambah RM11.50 bagi seorang.  Pelik  betullah.  Inilah kali pertama aku menginap di hotel yang sarapan pagi untuk seorang.      Namun begitu layanannya agak memuaskan kerana tempat parking kereta ada pekerja yang menjaganya. Pada pagi 26 Februari itu tayar belakang kereta sebelah kiri pancit, pekerja itu kata nak beritahu tetapi tak tahu empunya kereta. Mereka pun menolong menukar tayar spare sementara sampai ke tempat servis tayar.
  Aku sempat merakam panorama sekitar hotel tersebut.


                                        Rakaman gambar pukul 6.00 pagi
                      keadaan di bandar ini lengang pada waktu pagi jam 6.00
                                               Pukul 7.00 pagi


                         Bilik agak sempit, tetapi boleh nak sembahyang ada tempat.

                                       Pukul 8.20 keadaan dah mula sibuk

Saturday, February 25, 2012

Sambil Menyelam Minum Air

  Pada Sabtu, 25 Februari 2012 , aku memandu kereta Viosku  dari Felda Sahabat 16  menuju ke Lahad Datu.  Sehari sebelumnya, aku sudah memasukkan semua baju ke dalam beg namun ada lagi baju-baju yang belum dikemaskan lagi.  Aku cuba mendapatkan tidur yang secukupnya kerana aku takut tragedi  25 Oktober 2011 tahun lepas berulang . Aku perlu memandu sejauh 120 km menuju ke bandar. Aku mahu segala-galanya berjalan dengan lancar.
  Pukul 8.00 pagi, aku sudah membawa beg pakaian turun dari tingkat 4 untuk dimasukkan ke dalam but kereta.  Kemudian beg pakaian kedua ,telekung serta barang-barang kecil dikira 3 kali aku turun naik membawa barang-barangku.  Aku sempat mencuci kereta ala mandi kerbau kerana  kotornya di bahagian "body kereta".  Selepas itu aku menuju ke sekolah untuk menghantar buku murid yang telah ku periksa dan buku ringkasan mengajar.
   Tepat pukul 9.52 pagi , aku memandu kereta selepas mengisi penuh tangki minyak.  Sempat seseorang menegurku jalan jauh.  Aku hanya mengangguk kepala sahaja.  Pukul 11.24 aku sampai di lapangan terbang Lahad Datu.  Janji nak pergi menziarahi si bayi anak Kasmia tetapi Amra, Ayu dan Nunni belum kelihatan.  Aku menelefon Amra, dua kali tak diangkat.  Telefon Kasmia bertanyakan rumahnya, manalah tahu senang kot nak jumpa.
   Sebelum ini dah tanya, mungkin senang nak cari kot.  Tetapi arahan tak jelas, bertentangan dengan keterangan dari  Nunni, tambahan pula kampung itu tak berpapan tanda.  Kalau sekiranya arahan jelas dan maklumat tepat tentu aku dapat mencarinya.   Aku cuba sendiri namun salah masuk simpang, ku ambil simpang Jalan Assam, rupa-rupanya simpang itu bertentangan dengan bangunan IOI, bukan bersebelahan.
   Sedang aku memandu, tiba-tiba telefon berdering. Ku berhenti di simpang dan bertentangan Amra , Ayu dan seorang lagi rakannya, aku lupa namanya ada di dalam kereta, berhentii.  Kami berjanji jumpa di Servay.  Akhirnya dapatlah kami membeli cendera mata untuk si bayi.  Nama si bayi Mia Hanisah bt Supardi. Masing-masing sibuk nak mengendung si kecil.  Syukurlah sempat juga menzirahi si bayi sebelum berangkat meneruskan destinasi.
  Kemudian aku mendapat sms , suamiku dah tiba.  Aku dengan bingkas bangun dan terus ke lapangan terbang Lahad Datu, tepat pukul 2.30 kami menuju ke  'Silam Dynasty Hotel' menginap di situ untuk meneruskan perjalanan ke Tawau.


 

Friday, February 24, 2012

keindahan panorama pantai felda Sahabat 23/02/2012

   Entah mengapa seminggu terakhir aku di sini, tiba-tiba sahaja terdetik di hatiku untuk melihat keindahan pantai.  Kalau dulu petang-petang begini tentulah anak bongsuku ku ajak menyusuri pantai tersebut.
  Rupa-rupanya, panorama keindahan laut nan membiru kelihatan ketika terpancar terik matahari.  Aku sempat merakam keindahan laut nan membiru pada petang semalam ketika pukul 2.15 petang.  Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.  Allah telah mendetikkan hatiku melihat ciptaan-Nya.
   Sesungguhnya tanah Sabah yang luas terbentang ini sebenarnya mempunyai keunikan sendiri.  Sekiranya kita hanya membaca atau mendapatkan maklumat daripada bahan bacaan atau menonton video tidaklah sama dengan pengalaman yang kita alami sendiri.
  Lihatlah panorama yang sempat ku rakam sebelum meninggalkan negeri yang luas ini.



Thursday, February 23, 2012

Teknik menjawab soalan BM UPSR 2012 SK Sahabat 4

  Pada 22 Februari 2012, sekali lagi aku memberi ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR kepada semua murid Tahun 6.  Mereka seramai 68 orang, tetapi aku belum  dapat memastikan berapa orang yang hadir .
  Awal pagi , penyelaras Tahun 6, Pn Anis Firdaus dan AJKnya telah pun menyediakan pembesar suara, LCD , skrin , bahan bacaan dan nota menjawab soalan.  Aku masih menggunakan laptop yang mengandungi semua bahan untuk ceramah pada hari itu.  Kerjaku jadi mudah kerana telah beberapa kali menjadi penceramah di beberapa buah sekolah  Felda Sahabat ini.  Mula-mula tiba, Sekolah Cenderawasih telah mengundangku , kemudian di Kolej Kini, Sk Tanjung Labian, SK Fajar Harapan dan SK Tungku.
  Aku berharap agar ilmu yang ada ini dikongsi bersama dengan guru-guru yang lain.  Alhamdulillah semua guru yang mengajar Tahun 6 terlibat mengikut jadual waktu mereka.  Guru-guru Tahun 6 yang terlibat antaranya Ustazah Zamzilawati , Pn Lorne, Pn Siti Mazrah, Pn Hardiyana, En . Aiman, En. Halim, En Zulkarnain, Cik Amra dan  Pn Adina Intang.  Majlis bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.  Terdapat masalah teknikal terhadap LCD yang baru diganti  tidak boleh disambungkan dengan laptopku yang baru ini.  Namun demikian kami guna sahaja LCD mudah alih sahaja seperti yang selalu kugunakan di kelas 6 Adil.
  Alhamdulillah majlis dapat dijalankan seperti yang dirancang.  Semoga anak-anak didik Tahun 6 ini dapat memanfaatkan ilmu yang diberi dan menggunakan teknik yang betul ketika menjawab soalan UPSR kelak.  Harapanku mereka dapat mengalahkan prestasi murid-muridku tahun lepas.  Ini bermaksud mereka mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh.  Selamat menduduki peperiksaan UPSR dan cemerlang di dunia dan akhirat.  Jadilah orang yang berguna pada masa hadapan.
      Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan mengikut pelbagai kecerdasan.






         En Mohd Helmi juru teknik komputer sedang menyediakan pa sistem


             Pn Adina Intang, GPK HEM, penyelarasTahun 6 Pn Anis Firdaus, penceramah dan guru Bahasa Inggeris Pn Siti Mazrah.
                                Cendera mata daripada Penyelaras Tahun 6 , memang pandai dan peka terhadap kehendakku, rupa-rupanya tudung yang tak jadi kubeli jadi milikku.  Terima kasih daun keladi, kalau ada minta lagi...hehehe.