Sunday, April 29, 2012

Sekolah Sungai Sireh 2012

  Pertukaran ku terlerai apabila SBPA ditangguhkan.  Setelah kembali semula mengajar di SK Sahabat 4, akhirnya aku mendapat surat pertukaran melalui faks yang dihantar oleh BPSM dikuti dengan panggilan telefon.
  Gembiranya hatiku kerana selama ini aku terpaksa naik-turun ke Putrajaya dan ke JPN Selangor.  Manakala di Sabah pula, guru besar SK Sahabat 16, Encik Jeniar Subah menawarkan pertolongan dan membenarkan aku menginap di Flat Guru, bersebelahan Sekolah Kebangsaan Sahabat 16.  Sebelum ini aku tinggal sendirian di rumah Felda selama 5 hari.
    Kakakku meminta ketua jabatannya untuk membantu.  Akhirnya setelah 2 minggu di Sabah , aku mula memberitahu suamiku agar membeli tiket pulang .  Terpulang kepadanya kerana dia sendiri akan mengambilku dan menempah kargo untuk membawa kereta Vios balik ke Semenanjung.
                                   wakaf dan terdapat sebuah akuarium
                                  papan kenyataan
                             

                                                  laluan ke kantin
tapak perhimpunan
   Aku bersyukur kerana tidak mengikut kata suamiku, kerana menurutnya biarlah aku menangguhkan sehingga bulan 6.  Akhirnya aku balik pada 1 Mac dan melaporkan diri ke SK SUngai Sireh pada 5 Mac 2012.
                    Surau tempat ibadat dan bacaan Yasin serta p & p P.  Agama Islam.
                                         Dihiasi taman bunga
             Makmal komputer dan wakaf duduk untuk melepaskan penat-lelah

    Sayang sekali sekolah ini jauh dari SBPI Sabak Bernam.   Jaraknya 60.5 dari kuarters guru Sabak Bernam . Ini bermakna aku terpaksa memandu sejauh 121 km pergi dan balik.   Pada mulanya, aku ingin menyewa rumah di Bagan tengkorak atau Tanjong Karang tetapi memandangkan rumah pengetua ini juga terpaksa disewa RM700 sebulan , maka niatku terpaksa kukuburkan.  Tengoklah nanti kalau ada rezeki mungkin tindakan drastik patut kuambil kerana selama ini aku kepenatan.
  Pagi-pagi lagi terpaksa bangun pukul 5.00 pagi dan 6.30 pagi terpaksa bertolak ke sekolah.  Kalau memandu setakat 80-100km/j kukira memakan masa 1 jam. Jadi aku terpaksa memandu dengan kelajuan 110-120km/j kalau hendak sampai ke sekolah pada pukul 7.10 pagi.   Semoga Allah memberikan semangat dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Thursday, April 26, 2012

sejarah tercipta lagi- gaji dipotong April 2012

   Telah beberapa kali aku berjumpa dengan kerani sekolahku.  Sejak berpindah ke SK Sungai Sireh pada 5 Mac 2012,  banyak dugaan yang terpaksa ku hadapi.
    Pada 25 Mac aku dipanggil oleh keraniku lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Aku diberitahu bahawa gaji dipotong sehingga tinggal sifar.  Menurutnya , itu bukan kiraannya.  AG yang memotong terus sebanyak RM4500.
   Aku begitu terkejut kerana sepanjang bertugas hampir 28 tahun dan kali kelapan bertukar sekolah, inilah saat terciptanya sejarah.  Bagaimana perasaan anda jika perkara ini berlaku?.  Sebelum ini, dia sibuk mempersoalkan kesalahan kerani sekolah lamaku, Mariah , Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 kerana tidak memotong elaun khidmat awam sebanyak RM300 walaupun aku telah mendapat elaun keraian RM400.  Manalah aku tahu, ingatkan untunglah kalau memangku DG44 sebelum dapat pengesahan.  Hatiku terguris asyik-asyik mempersoalkan mengapa elaun-elaun ku banyak  dan tambahan lagi meminta surat memangku serta elaun memangku Guru Cemerlang DG 44 (KUP) .  Janganlah asyik mencari kesalahan oraang lain.  Memanglah kerani sekolahku tersilap, tetapi mengapa tidak dipersalahkan AG Sabah dan aku pula dikaitkan sama.  Sabar sahajalah apa nak buat kamu dah potong gajiku tetapi aku mempersoalkan juga mengapa diganggu jadual potongan insuranku dan Biro Angkasaku.
    Sungguh bijak , AG katakan.....sampai jitu dan tepat, sampai jadi 0.00 gajiku.
Tak apalah.

Tuesday, April 17, 2012

Keceriaan Kelas 4 USAHA 2012

    Selasa 17 April, aku balik lambat sedikit.  Aku cuba melekatkan kata-kata motivasi ini.  Sebelum rehat sudah kuukur panjang kata-kata itu supaya sepadan dengan ukuran panjang dinding.   Ada pula paku di tengah-tengah dan jam.
  Maka jam kualihkan ke kayu white board manakala paku itu kubuangkan, nasib baik ada bawa penukul.  Lama juga nak lekatkannya memakan masa 1 jam.
Pertama mesti  ukur supaya lurus, kedua nak membuang dauble tape dan melekatkan ke dinding.
                         dah penuh ku lekatkan gambar di  papan kenyataan
                    susahnya nak lekatkan kata-kata motivasi dan jam dialihkan ke    white board.
                Langsir tahun 2008, kalau tak silap masih kusimpan semasa pertandingan ceria merdeka di SKDN.
 Bunga ini adalah cenderamata yang suami ku dapat, jadi tidak perlu ku keluarkan duit membelinya.



                    Bunga telur ini ku kumpul-kumpul dan reben pengikatnya adalah bekas reben pengikat  hamper-hamper yang ku simpan.  Inilah bunga pahar simpulan bahasa dan perumpamaan.

Monday, April 16, 2012

makeup kedua kelas 4 Usaha

   Aku selalu balik lambat.  Kekadang memeriksa buku, kekadang menceriakan kelas.  Bukan mudah , terpaksa pula berfikir nak wujudkan sudut pembelajaran.
  Akhirnya , aku tetapkan dahulu tapaknya di sudut belakang. Kupilih meja yang dikeratkan kakinya , jadi macam meja Jepun.  Pekerja swasta yang membantu memotong kaki meja ini.
   Kemudian kubeli tikar getah 4 .5 meter  dan kertas laminate.  Perbelanjaan sebanyak RM90 termasuk sugar paper dan kertas warna.  Konon-kononnya nak buat kata-kata motivasi, entah jadi ke tidak,  Tidak apalah buat sudut pembelajaran dulu supaya murid-murid boleh membaca.





   Lihat sudut pembelajaranku ini, kuharap semua murid dapat memanfaatkannya membaca.  Kelak akan kuminta mereka membawa bahan bacaan seperti majalah-majalah kanak-kanak.

make up pertama kelas 4 Usaha

   Untuk mengikis cat lama , makan masa.  Hendak minta pertolongan murid-muridku ini mula-mula rajin, kemudian beransur-ansur bosan.  Maka dibiarkan lama sangat aku pun bosan juga.
  Aku minta pendapat guru-guru lama dan bertanya sana -sini, akhirnya ku buat keputusan drastik upah sahajalah.  Beli cat murah sahaja RM35, cat kapur dan harga  pengikis, berus dan roller berjumlah RM41.  Upah  orang mengikis dan mengecat RM100 untuk bilik darjah ini.  Sudah takdir agaknya cat warna biru muda tidak ada, maka ku pilih sahaja warna kuning lembut.



  Inilah sedikit sebanyak perubahan yang mampu ku buat.  Sebenarnya aku ingin membuat sudut pembelajaran tetapi bahan bacaan tidak ada.  Maka perlahan-lahan ku buat dan "laminate" agar tahan lama.  Ada bahan-bahan yang ku buat semasa di Sabah dahulu, jadi selamatlah duitku.
 

merubah wajah kelasku 4 Usaha 2012

    Sejak berpindah ke Sungai Sireh pada 5 Mac bermulalah tugas kembali menjadi guru kelas.  Sejak bertukar ke Sekolah Sahabat 4 , Sabah, pada 16.4.2010, aku tidak menjadi guru kelas.  Aku hanya mengajar murid tahun 4, 3 dan 5 manakala Tahun 2011 aku mengajar murid tahun 6 Arif dan 6 Adil bagi subjek terasku iaitu Bahasa Melayu kedua-dua kertas Pemahaman dan Penulisan.
   Lihatlah perubahan kelasku ini.  Pada mula-mulanya dicat warna coklat tua tetapi aku lihat kelas ini suram sahaja.  Kerja-kerja pula banyak yang hendakn diselesaikan.  Langkah pertama mengubah  wajah ialah dengan mengikis cat lama kerana catnya terlalu tebal.  Apabila dicat baru, maka berkuping-kuping terkeluar catnya.
                                 cat di dinding ini aku dan suamiku kikis.
                              cat warna asal yang baru dicat oleh guru sebelumku.
                                          dibantu oleh murid-muridku

   Lihatlah langkah pertama ini, murid-murid tolong mengikis catnya.

Tuesday, April 3, 2012

membuat ABM -nilai nilai murni di SK Sungai Sireh

  Entah kali ke berapa aku membuat ABM mengenai  nilai-nilai murni ini, aku tak kira.  Yang pastinya, aku setiap kali mengajar Bahasa Melayu, aku pasti membuatnya.  Bukan untuk menunjuk rajin tetapi memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
  Tetapi kali, aku rasa kertas warna yang kugunakan warnanya telalu pucat mungkin sepucat semangatku.  Entahlah malas hendak ke kedai untuk membeli kertas warna yang baru.  Tambahan pula kali ini banyak dugaannya.
  Puas kufikir  bentuk, dulu kuguna mobail baju melalui teknik lipatan, hendak kubuat bunga raya, agak sukar kerana ada stigmanya, maka bentuk paling mudah bunga yang sama seperti di SK Sahabat 4 , Sabah, yang kutinggalkan sebagai buah tangan dan tanda kenangan yang aku pernah bertugas di sekolah itu.  Semoga murid-murid yang belajar din kelas itu mendapat manfaatnya.





  Inilah hasil tanganku yang tak seberapa dan mungkinkah aku akan membuatnya lagi setiap kali aku berpindah ke sekolah baru?

Sakit, lenguh-lenguh sendi

   Setelah 3 minggu berulang- alik dari rumah ke sekolah yang sejauh 121 km pergi dan balik, aku kini semakin tidak bertenaga.  Maka mulai pada 31 Mac hingga 2 April 2012, terpaksa ke klinik Nurul Huda untuk mendapatkan rawatan.
  Pada mulanya, aku dah makan panadol tetapi tak berkesan.  Semua sendi sakit-sakit dan terasa lemah hendak bertugas.  Maka aku cuti sakit pada 2 April.
  Setelah makan ubat demam, antibiotik dan sakit badan, timbul pula sakit pedih ulu hati.  Aku tak tahu apa sebabnya.  Semasa di sekolah pada hari ini, Selasa, terasa pedihnya.  Aku ke kantin untuk makan  supaya dapat menghilangkan rasa pedih ulu hati.  Namun pedih ulu hati itu datang lagi.  Aku hanya mampu bertahan.
  Semasa memandu balik dari sekolah, tiba-tiba sakit ulu hati berulang lagi.  Aku berdoa agar selamat semasa memandu.  Menggelodak di dalam perut, angin atau pilu terasa.  Sebaik-baik sampai di rumah, aku lumurkan minyak angin cap kapak, alhamdullah lega rasanya, semoga semua ubat yang dimakan dan digunakan berkesan.  Hanya Allah sahaja yang menyembuhkan-Nya.