Wednesday, January 18, 2012

Taman Rekreasi Bagan Nakhoda Omar

   Semenjak tinggal di SBPISB ini, aku sempat singgah ke kampung nelayan Bagan Nakhoda Omar ini.  Ku dapati semua nelayan dan komunitinya terdiri daripada kaum Cina. Komuniti mereka bukan banyak.  Orang-orang Melayu biasanya tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri.  Kebanyakan tapak rumah nelayan ini ditambak atau didirikan di atas tiang kerana dibina di tepi laut atau  paya bakau.




  Pada kesempatan ini , aku merakam pemandangan di Jeti Kelangt Paradise Waterfront Resort.  Aku sekadar sing melihat keindahan alam semula jadi.  Kepada sesiapa yang biasa melihat orang-orang Cina di sini atau di Pulau Ketam membuat ikan kering atau udang sudah tentu tidak akan membelinya.  Terpulanglah kepada individu untuk menilainya.  Tambahan pula kita sendiri tidak tahu dari mana kita beli produk itu.  Minta-mintalah kita dijauhkan dari rasa waspada di atas kebersihan produk tersebut. Oleh itu,kalau belilah ikan bilis atau ikan kering dari sumber yang kita ketahui.

Thursday, January 12, 2012

Mutiara dan barang hiasan dari Sabah

  Selama hampir dua tahun tinggal dan mengajar di Sabah aku tidak ketinggalan membeli mutiara dan barang hiasan dari negeri bawah bayu itu.  
  Aku tidaklah pandai memilih atau membeli barang-barang mutiara ini.  Aku pergi ke Pasar Gantung Tawau,   beli sahaja, kekadang bertanya kepada beberapa peniaga itu bagaimana nak bezakan mutiara air masin dengan mutiara air tawar.
 Aku lantak beli sebagai buah tangan atau cenderamata untuk keluarga.  Ada antara kawan-kawan yang mencadangkan aku berniaga ketika balik dari Sabah.
  Aku memang bukan kaki berniaga, tak berminat, bukannya apa, aku teringat dahulu emak saudaraku berniaga kain baju, berebut-rebut hendak beli tetapi bila nak bayar liat, akhirnya hancur.



 
 brooch yang dipakai sepasang di bahu  tetapi selalunya cicir                      sebab aku suka gantung handbag kat bahu.

                                        gelang mutiara dan  "bangle"
brooch yang berjuntai

  Ni, saja-saja nak tayang barangan yang ku beli, tak mahal sebab itu kalau hilang taklah  rugi sangat.

Gara-gara mesin basuh rosak

  Aku ini memang cari penyakit, selalunya aku akan membasuh baju setiap hari, ini tidak ku kumpul banyak-banyak kononnya nak jimat air, sabun dan tenaga.
  Gara-gara mesin basuh rosak aku terpaksa membasuh pakaian dengan tangan. Mestilah dengan tangan , takkanlah dengan kaki.
 Teringat pula semasa hidup susah dulu, terpaksa membasuh pakaian di telaga.  Nah, Tengok banyaknya pakaian yang hendak ku basuh ini!.


   Dalam pada membilas pakaian itu, teringat pula aku akan pesanan mok tehku iaitu ibu saudara sebelah ibuku.  Arwah selalu berpesan selawat, biarkan air mengalir.  Kalau kita nak masak, semasa mencuci sayur, ikan atau daging ayam selau mengingatkan dah selawat, berapa kali?.  Yang peliknya kenapa kalau bintang 2 kaki, 2 kali selawat dan empat kaki empat kali, betulkah? Ada sesiapa yang boleh dapatkan saya jawapannya, sebabnya orang dulu-dulu tak boleh tanya mengapa?.

Gara-gara elektrik

  Dalam sejarah hidup semalam 11/1/1202, ketika menghuni rumah guru dua tingkat di SBPI Sabak Bernam, satu kejadian yang mungkin terpahat dalam ingatanku.
  Pada malamnya, memang dah diberi simpton-simpton atau tanda-tanda, lampu berkelip-kelip seakan-akan tak cukup bekalan elektrik.  Kemudian , apabila lampu lain dipasang, lampu ditingkat atas akan padam.   Kipas angin yang dipasang nombor satu lajunya lebih dari tiga.  Ingatkan tak ada apa-apa.
  Jam 6. 00 pagi, tiba-tiba meletup, "PoP" berbunyi dan berbau  hangit.  Rosaklah penyambung/ extension cord.  Suami pula memanggil juru elektrik di sekolah.  Dia memberitahu supaya melihat permasalahan bekalan elektrik .  Aku memberitahunya kipas angin, radio, plug komputer dah rosak mungkin arus elektrik tak dapat dikawal.  Dia pun membaikinya, entah apa yang dibuat, aku pun tak tahu.
   Ingatkan dah elok, malangnya tiba-tiba meletup lebih kuat daripada pagi tadi, TV LED yang  baru suamiku  beli berasap , berbau hangit .  Terkejut aku.  Aku  pun cepat-cepat menutup suis dan cabut plug.  Perasaan takut, cuak dan risau membelenggu diriku.  Apa tidaknya! masih lagi berbau hangit.  Takut berlaku litar pintas.  Gara-gara bekalan elektrik yang tidak dapat dikawal itu, mesin basuh, peti ais, astro, tv,  3 adapter  komputer, kipas angin, radio dan charger handphone lingkup.  Akibatnya  hampir RM3700 terpaksa dibelanjakan untuk membeli tv, peti ais, mesin basuh dan  2 adapter komputer.  Kalau tidak aku mati kutulah nak membaca berita.


  Peristiwa ini sepatutnya memberi pengajaran kepada kita , jika berlaku seperti ini sila tutup semua suis dan cabutkan plug dari suis.  Semoga pembaca dapat pengajaran daripada peristiwa ini.

Monday, January 9, 2012

SBPISB- penginapan 2012

   Rumah dua tingkat pernah menjadi idamanku.  Akukah yang sering merasai tidak berpuas hati? Mengapa?.  Dulu , aku mengimpikan rumah dua tingkat di tepi jalan dan berberanda di tingkat atas agar aku dapat menikmati pemandangan dari atas yang ku rasa skop penglihatan lebih luas.
  Kini, aku menginap di rumah guru dua tingkat tetapi aku berasa agak rumit kerana apabila berada di tingkat bawah terpaksa naik ke tingkat atas untuk keperluan diri seperti sembahyang, tidur dan sebagainya.  Tingkat bawah , ruang tamu, dapur, sebuah bilik dan sebuah setor.  Rumah dua tingkat ini luas, rasa-rasa tak berbaloi kalau kami bertiga sahaja menginapnya sedangkan dua orang anakku belajar di UitM.  Serba salah juga apabila kita berumah besar .  Nasib baiklah aku membina rumah sendiri setingkat setengah, sebabnya hanya bilik atas untuk ruang bacaan.
  Rumah guru yang kuhuni ini ada 4 bilik , satu stor atau kecemasan bilik kecil bujang, 3 bilik air.  Dari segi perabot, ada sofa, kusyen kayu, almari pakaian, meja makan, katil dan tilam bagi setiap bilik dan kabinet dapur.  Sekiranya mana -mana guru yang menetap di sini  ini tidak perlulah membawa perabot kecuali peti ais dan mesin basuh serta keperluan persendirian.  Agak selesa tinggal di sini kerana keselamatan terjamin dan dalam komuniti  yang baik.  Keadaan di sini aman di kelilingi  keindahan alam semula jadi : kehijauan pokok kelapa sawit, pokok pisang dan pokok kelapa, selain pokok hutan bakau .
  Di hadapan sekolah ini terdapat parit yang besar di mana kudapati ada yang memancing ikan.  Ada kemudahan lain seperti politeknik dan mungkin ada kawasan rekreasi kerana aku melihat ada bas pelancongan yang menuju ke sini tetapi aku tak berapa pasti.
 Oleh cermin tingkapnya terlalu terang dan tranparensi, tidak seperti rumahku sendiri , maka langsir menjadi masalah kepadaku.  Untuk menjahit langsir, mesin jahit tepi dan mesin jahit ada tetapi semuanya dalam kotak .  Masalah utama tiang benang jahit tepi entah ke mana gerangan letaknya.  Ingat-ingat sebelum ke sekolah di saat guru lain mengajar , aku masih di rumah menunggu surat bolehlah aku menjahit , tergendala juga kerjaku.
                                Ruang tamu yang luas, sofa dan kusyen
                  Tingkap 3 daun, 4 daun  banyak menggunakan langsir
Sliding door 4 daun
                                          Tangga menuju ke tingkat atas
                                           Master bedroom yang luas
                                            Bilik pertama di tingkat atas
                           Bilik kedua menghadap ladang kelapa sawit
                                    Pandangan  dalam kawasan sekolah
                                       Pandangan dari bilik atas
                                  Rumah-rumah guru dan kuarters guru
     Cuaca agak panas di sini  mungkin di tepi laut.  Malam pun panas.  Kediaman ini 19 km jauhnya dari jalan Sungai Besar dan penghujung kampung.  Inilah kediamanku yang kelima buat masa ini.

Sunday, January 8, 2012

UPSR 2011- Prestasi BM

  Tahun 2011, merupakan cabaran bagiku.  Apa tidaknya, aku diberi amanah mengajar dua kelas tahun 6.  Sebenarnya aku mengajar murid-murid ini Matematik pada tahun 5.  Memang aku kenal benar mereka  tetapi melalui subjek matematik, kritikal  sungguh, maklumlah buku teks Bahasa Inggeris, terpaksa menggunakan terjemahan Bahasa Melayu.
  Aku begitu arif tentang perangai, disiplin dan prestasi pembelajaran mereka.  Mungkin kesilapan dari bawah atau sikap mereka, ibu bapa atau tiada kesedaran tentang pentingnya pelajaran atau keadaan sekitar menjadikan mereka seperti itu.
 Keputusan peperiksaan akhir tahun 5, memeranjatkanku maklumlah aku tidak pernah mengajar di Sabah.  Murid PROTIM sahaja 16 orang.  Kalau kita kelas pertama itu, mestilah kelulusan 100% tetapi ku dapati ada yang gagal Penulisan.
 Memang benar-benar mencabarku, kerja rumah tak pernah siap. Kalau dari 71 orang murid hanya 8 orang sahaja yang buat kerja rumah.  Belum lagi kerja sekolah yang tak siap, masalah disiplin terutama ponteng sekolah, bergaduh, mengolok, dan sebagainya.  Masalah tidak mahu mendengar nasihat guru dan tunjuk ajar menjadi cabaran bagiku.
  Berbagai-bagai pendekatan yang  kugunakan, kekadang rasa penat dan tak berbaloi.  Apa tidaknya, ajar hari ini, bila cuti sahaja, hilang, ajar semula, umpama masukkan air ke dalam baldi yang bocor dah selalu ku gelar tanah jerlus .  Aku terpaksa mengadakan kelas tambahan setiap Sabtu bermula bulan Februari hingga Julai .  Masa korikulum buan Mei, ku minta GPKokum beri laluan kelas tambahan.  Masa-masa yang cikgu lain pergi kursus atau mesyuarat, ku ambil sebagai kelas relief walaupun tidak ada arahan.  Aku ambil inisiatif sendiri walaupun kadang -kala nak termuntah mengawasi pembelajaran mereka. Ada masa sampai 3 jam aku bersama mereka dalam sehari, bayangkan lamanya. Apa tidaknya, pembelajaran 100% di sekolah.
   Akhirnya, aku berpuas hati juga dengan kenaikan Peratus kelulusan Pemahaman walaupun 2.3% dan Penulisan 12.9%. Aku kasihan juga kepada guru-guru lain kerana peratus kelulusan subjek lain merosot.  Memang kami dah jangka keputusan begitu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian .  Kita sebagai guru dapat mentaksir kebolehan dan pencapaian anak-anak didik kita, cuma kita boleh mengawal, merancang, melaksana dan keputusannya Allah yang tentukan.  Walaupun kita telah berusaha tetapi pastikan usaha kita itu berterusan, bukan tahun 6 , baru nak buka langkah alamat bersilat kilat atau berkungfu pun tak dapat menampung keciciran 3 tahun penting pada Tahap 2, tahun 4 hingga 6.
  Buat guru-guru di sekolah tersebut telah kuminta pembantu teknik makmal komputer memasukkan perisian CD Bahasa Melayu Tahun 4, 5 & 6. Kajian Tempatan 4,5,6 dan Perisian Program PROMILL (Program Pemulihan Latihan Lanjut) khas untuk  PROTIM Bahasa Melayu sebagai bahan membantu guru-guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran.  Aku juga berharap gunakan satu masa daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk menggalakkan murid membaca dan meminjam buku di perpustakaan.
  Itu sahaja yang dapat ku kongsikan pengalaman dan pengetahuanku selama aku mengajar di situ bermula dari 19 April 2010 hingga 2011.  Selamat berjuang demi anak bangsa, SK Sahabat 4, Lahad Datu, Sabah.

Friday, January 6, 2012

Rumah Guru di SBPI 2012

  Tahun 2012 adalah permulaan menginap di sini, iaitu pada malam 1/1/2012 sementara menunggu barang-barang kargo sampai ke rumah.  Barang-barang sampai pada 1.00 petang.  Semalam sahaja bermalam kemudian kami balik semula ke rumah sendiri di Melaka.
 Pada 3/1/2012 hingga kini menginap di sini. Kalaulah sekolah yang disebutkan itu telah tetap dan dapat surat penempatan rasmi, bermaksud aku terpaksa memandu sejauh 56km pergi dan 56 km balik.  Mampukah aku hendak memandu atau aku sendiri kehilangan kenyakinan atau aku perlu mengharungi liku-liku hidup sebegini.  Aku sendiri terpaksa gagahkan hati jua jika tiada pilihan.

  Suamiku mula mencari rumah sewa yang berdekatan, kalau perlu lebih baik beli sahaja memandangkan tempoh perkhidmatan yang masih ada sedekad lagi,  tengoklah keadaan.  Buat masa ini tinggallah di sini.
  Tiga hari sudah berlalu,nama sekolahku masih lagi di awang-awangan,tunggulah surat mungkin minggu depan sampailah...mudah-mudahan.
Alhamdulillah.....tidak dipaksa balik ke Sabah semula.

Thursday, January 5, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (5)

Pada 3 Januari 2012, aku pergi ke JPNS untuk bertanyakan keputusan pertukaran sekolah. Jawapan yang ku terima,  kami baru dapat surat.  Minggu lepas (Tahun lepas 2011) baru dapat surat, tahun 2012 agaknya baru buka surat.
  Tiada pilihan lagi, suamiku sebenarnya memang marah tetapi dia nampak cool sahaja.  Dia sudah membuat surat rayuan terus kepada pengarah pelajaran Selangor dan KSU. Memang kami bernasib baik, kebetulan Timbalan Pengarah ada.  Suamiku terus menceritakan hal sebenar dan menunjukkan surat-surat berkenaan.  Dengan lembutnya dan cepatnya, beliau memanggil KSU dan memohon mencari sekolah yang sewaktu dengan suamiku.  Walaupun dari kata-katanya, guru BM berlebih 51 orang, beliau mencadangkan sekolah yang berdekatan dengan Kuala Selangor di sebelah Utara.  Membuat keputusan bukanlah memakan masa yang lama, perjumpaan sekitar 11.45 hingga 12.00 tengah hari.
   Tepat pukul 12.45 tengah hari, kami mendapat jawapan melalui telefon.  Nama sekolahku , Sekolah Kampung Sungai Sireh.  Dalam perjalanan balik mataku tak terlepas memandang dan suamiku mengira jarak dari SBPI , katanya 56km pergi dan 56 km balik.  Sempat juga dia bertanya kepada Timbalan Pengarah perlukah aku ke sekolah.  Beliau menyatakan tunggu surat dulu. Sehingga kini 5 JANUARI 2012 aku belum mendapat surat.  Aku belum ke sekolah lagi , takut pula surat pertukaranku ke Sabah sedangkan aku ada di Sabak Bernam.  Nanti ku telefon sahaja BSM dan ambil surat tersebut, tunggu pula entah berapa lama untuk membuat surat dan ditandangani oleh KSU , BSM.  Apa-apa pun aku bersyukur tidak dipaksa balik ke Sabah.  Pahit getir yang kulalui di saat penghujung sedekad lagi menamatkan  perkhidmatan akan terukir di sepanjang hayatku.  Sabah ..oh..Oh,Sabah..Putrajaya..oh.,Putrajaya Selangor..Oh...Selangor - siapakah yang bersalah..akukah yang menjadi mangsanya.

Kemelut Pindah-2011-2012 (5)

  Sebaik mendapat berita itu , aku terus menelefon suamiku yang berada di Sabak Bernam.  Dia mengajakku terus ke JPNS.  Semasa di kedai, aku berjumpa dengan orang kampung Lendu,  mereka berasa pelik mangapa aku belum balik ke Sabah.  Aku menceritakan perkara sebenar dan ku beritahu mereka aku belum dapat keputusan pindah sekolah, kalau tidak dapat aku terpaksa membuat pilihan cuti tanpa gaji. Adalah seseorang bernama Ibrahim memberikan aku nama    pegawai khas di KPM , katanya boleh membantu.
  Pada 30 Disember , aku dan suamiku ke Putrajaya. Aku  membuat surat rayuan ke KPM selain memohon salinan surat di BSM.  Malangnya semasa ingin berjumpa dengan pegawai tersebut, beliau tidak ada di pejabat,maka kami tinggalkan surat itu .  Suamiku dan aku memang kenal pegawai itu kerana mantan sekolah suamiku dulu, pegawai PPD dan JPN Melaka.
 Setelah mendapat salinan surat dari BSM, kami ke JPNS.  oleh kerana malas nak menceritakan, aku terus menunjukkan surat tersebut.  Petugas itu pandai pula, "Oh,cikgu yang dari Sabah tu?" Kami baru terima surat cikgu.  Masih lagi belum proses, agak-agaknya mereka telah menghafal namakudan mungkin menjadi bualan mereka.  Apa tidaknya berkali-kali telefon bila kita hendak mengetahui nama mereka pandai pula menyorok, alah cikgu telefon sahaja nombor ini.  Dalam hatiku bagaimana  agaknya kerja buat mereka ini.

Kemelut Pindah-2011-2012 (4)

 Pada 12 Disember aku telefon JP Sabah menanyakan tentang surat pelepasan .  Katanya Timbalan pengarah ada hari Selasa 13 Disember dan akan difakskan kepada Pn Rozianna Wati Binti Romli, BSM.
  Pada 22 Disember pula akan telefon BSM, oleh kerana sibuk dan pegawai menanda tangani SBPA, maka petangnya ku telefon lagi.  Katanya surat baru dapat, puan telefon terus ke JPN Selangor. pada 29 atau 30 Disember.  Dalam pada itu, suamiku ada juga  ke JPNSelangor bertanya tentang surat dan memohon kerjasama pegawai di unit naik pangkat dan KSU .  Mereka menyatakan tidak menerima sebarang surat permohonan. Aku semakin pelik bagaimana perkara begini boleh terjadi. Khabar angin kuterima mereka menyatakan tiada kekosongan guru BM di sabak Bernam malahan  terlebih 90 orang, kekosongan di SRJK (C ).  Aku semakin kecewa.
  Pada pagi 29 Disember aku pun telefon ke JPN Selangor mengenai keputusan etukarku.  Dari jam 9.30 hingga pukul 10.15 pagi , talian telefon asyik engaged sahaja.
Kemudian dapatlah juga bercakap tetapi pegawai tidak ada, katanya telefon selepas pukul 4 petang kerana pegawai ada taklimat SBPA.  Maka kutunggu lagi.  Seharian tidak menjadi kerja, tugasku memasak dan ke kedai.
Tepat pukul 4.15 petang ,aku menelefon lagi.  Ku tanya lagi mengenai borang etukarku. Mereka asyik menyuruhku telefon talian sekian ke sekian.  Aku semakin sakit hati apabila ada  yang  menjawab secara kasar.  Mereka ingat kita ini main-main kot.  Ku lepaskan marahku, kerana mereka "passed" telefon dari satu talian ke satu talian.
  Dalam pada aku membebel itu mereka terus letakkan telefon itu.  Petang itu juga aku menelefon Putrajaya meminta surat salinan kebenaran ke JPN Selangor. Aku lagi terkejut beruk apabila mereka menyatakan surat baru diambil oleh PAR JPN Selangor.

Wednesday, January 4, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (3)

  Aku sebenarnya makin hilang kepercayaan kepada perkhidmatan yang bertindan-tindih ini.  Bagaimana perasaan kita , jika surat kita diperam 2 minggu, pelepasan JPN Sabah bertarikh 11 November 2011, Pn Aishah pegawai  di PPD menghantar borang tersebut ke JPN Sabah.  Surat bertarikh 11 November itu pula bila akan sampai di Putrajaya?
  Aku sendiri berusaha menyelesaikan masalah ini.  Aku pun pergi ke bekas sekolah lamaku untuk  menggunakan faks sekolah , hantar borang eTukar 1, Tukar 2 gc dan membuat memo memohon kebenaran JPN Sabah pada 8 Disember 2011.  Pegawai yang bertugas tersebut terkejut, cikgu nak pindah mana pulak ni?.  Sebenarnya pegawai memang aku selalu bertanya mengenai perkhidmatanku dan beliau juga memang kenal aku sebaik sahaja memperkenalkan diriku melalui telefon.  Nasib baik mantan guru besar dan Pn Norlinda Jusoh sudi membantuku mengfhantar faks tersebut.
 Oleh kerana malu , asyik menefon, aku pun meminta suamiku bertanya akan surat tersebut pada 12 Disember.  Aku pula menelefon Putrajaya kerana menuntut janjinya.  Pegawai tersebut selamba menjawab, saya sibuk minggu ini.
Kecewanya aku tak terkata, tetapi firasatku tetap betul.

Kemelut Pindah 2 tahun 2011-2012 (bhgn 1)

 Selama mengajar 27 tahun, ini kali keenam aku mengisi borang pertukaran pada tanggal 21 Oktober 2011.  Aku mengajar di sebuah sekolah di hujung dunia di Sabah.  Pertukaran ini telah ku lalui dengan pelbagai kemelut, tidak seperti pertukaran yang lain.
  Pertukaran ini merupakan sekolah yang ke-8 pada penghujung sedekad hendak pencen.  Kalau dikira prosesnya memakan masa 2 tahun.  Bermula dengan borang eTukar pertama yang ku isi tanpa iringan surat sekolah atau majikan. Kali pertama hantar borang pada 24Oktober 2011. Hanya disebabkan surat itu dan surat memohon membawa balik kenderaan ke Semenanjung , aku terpaksa memandu sejauh 120 km pergi dari Felda Sahabat ke PPD Lahad Datu dan 104 km balik. Mengapa? Tentu pembaca tertanya-tanya.  Sebabnya, aku kemalangan ketika 16km lagi sampai ke rumah.
  Aku tidak tahu di mana silapku.  Mungkin kepalaku  berserabut dengan pelbagai masalah dan gesaan , ditambah dengan ketidakberanian mengharungi perjalanan yang begitu jauh,  Tetapi yang kupasti, aku keletihan, tidak cukup rehat dan yang pasti itulah kehendak Allah, Dia juga yang Maha mengetahuinya.  Peristiwa ini tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku, berlaku pada jam 11.30 pagi , 25 Oktober  2011, 2 km lagi ke bandar Cenderawasih.  Peristiwa ini mengingatkan aku agar menghadapi sesuatu dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.  Mungkin peristiwa ini mendekatkan aku kepada-Nya selain mencuci dosa-dosa.

Kemelut Pindah-2011-2012 (2)

  Pada 22 November, 2011, aku pun menelefon Putrajaya, bahagian sekolah harian bertanyakan tentang keputusan borang tukar.  Namun aku gagal mendapat jawapan.  Daripada risikanku, memang borangku salah alamat dan kurang satu borang.  Rupa-rupanya pertukaran guru cemerlang tak sama dengan guru biasa.
  Maka pada 30 November 2011 ku isi lagi borang kedua, suami hubungi pegawai yang bertugas minta percepatkan borang tersebut supaya sampai ke Unit Naik Pangkat , JP Sabah di Kota Kinabalu.
  Pada 7 Disember 2011. Aku pergi ke Putrajaya, kononnya nak mengesan borang etukarku ke Pengurusan sekolah harian.  Aku ingin bertanya keputusan pertukaran tersebut.  Alangkah terkejutku apabila mereka berkata tarikh etukar dah tutup dan rayuan-rayuan pun diproses  pada 14 hingga 19 November 2011.
  Dalam pada berbalas jawab dengan  pengelola itu dan tetiba aku mengungkitkan pertukaran ku dulu seperti ini juga. Beliau mengatakan aku mengugutnya pula. Tiba-tiba  muncul Timbalan Penolong Pengarah yang ingin membantu aku menyelesaikan masalah ini.  Tetapi beliau mengarahkan aku mengisi borang tersebut mengikut negeri Selangor, tidak boleh letak Daerah Sabak Bernam.  Pening aku dibuatnya. Dalam pada itu aku pun menunjukkan surat guru cemerlang, beliau dengan cepat menyuruh aku pergi ke Bahagian Sumber Manusia , unit naik pangkat.
  Susahnya nak bertukar kali ini, berbagai-bagai rintangan dan pegawai atau kerani aku telefon.
 Kemudian aku ke BSM , E12 tkt 4 unit naik pangkat.  Aku menceritakan perkara tersebut.  Dengan selambanya dia menjawab ,"Oh, ikut pertukaran pasangan, tidak susah".  Aku pun bertanya tentang borang keduaku, memang mereka tidak terima.  Maka aku memberikan kedua-dua salinan borang yang telah ku isi, dia pun membuat salinan tersebut.  Dia berjanji akan menelefon Jabatan Pelajaran Sabah untuk mendapatkan  pelepasan .

Sunday, January 1, 2012

i City

Pada 1.1.2012, tepat jam 8.40 malam, kami bertolak balik ke Melaka dari SBPI Sabak Bernam setelah menerima barang-barang dari Sabah. Aku singgah ke UiTM Shah Alam untuk menghantar surat dan telekung yang kubeli dari pasar gantung di Tawau .
Oleh kerana secara tidak sengaja dan tersalah masuk simpang menuju ke rumah sewa anakku, kami melalui jalan yang sesak. Mengapa? Oh, orang ramai sibuk melihat keindahan i City pada waktu malam. I City pada waktu malam disinari lampu yang berwarna-warna nampak meriah.
Melalui jalan itu rupa-rupanya terpaksa membayar tiket masuk dan bayarannya RM10. Walaupun bukan tujuan kami untuk melihat keindahan lampu tersebut namun kami sempat melihat keindahan bandar i City. Lihatlah keindahan panorama yang sempat kurakam dari kereta ketika melalui jalan ini