Saturday, March 24, 2012

Lawatan ke Loji Penapisan Air Sungai Sireh

   Pada  22 Mac 2012, seramai 120 orang murid Tahun 4-6 SK Sungai Sireh berpeluang melawat ke Loji Pembersihan Air Sungai Sireh sempena Hari Air Sedunia.
   Semua murid berkumpul di kantin sekolah.  Sebanyak 2 kali pengangkutan dengan menaiki trem.  Aku pula tak melepaskan peluang kerana kebetulan aku mengajar kedua-dua  kelas Tahun 4.
  Banyak manfaatnya, selain dapat makan angin melihat keindahan sawah padi dan keadaan rumah kampung , dapat juga pengetahuan dan pengalaman.
  Selain mendengar taklimat dan ceramah tentang air , kami diberi juga diberi cendera mata. Masa lawatan antara pukul 10.30 pagi hingga 12.20 tengah hari.
Walaupun masa yang agak singkat namun aku berpuas hati dapat naik trem , itu yang penting dan bermakna.














Wednesday, March 14, 2012

semalam 2hari di PPUM- Pusat Perubatan Universiti Malaya

   Hari Isnin, 12 Mac, ibuku dimasukkan ke hospital PPUM untuk pembedahan mata sebelah kiri.  Kalau dulu bulan September, 2011 pembedahan mata sebelah kanan kerana ada ketarak pada kedua-dua matanya.
   Kami tak tahu beliau tak nampak.  Hanya dapat diketahui apabila  air yang dituangkan ke dalam cawan tumpah.  Walaubagaimanapun kami bersyukur pembedahan mata sebelah kanan membolehkannya nampak.  Kos pembelian kanta mata di hospital ini berharga RM800 dan kos ubat-ubatan 300, sementara kemudahan wad adalah biaya kerajaan kerana kita kaki tangan kerajaan.
   Nak jadi cerita bermula pukul 12 tengah malam, sekiranya kita hendak menjalani pembedahan , tidak boleh makan sehingga keesokan harinya.  Tetapi ibuku berlainan pula, dah tuang air teh ke dalam cawan dan baru hendak membuka plastik yang berisi roti ditegur oleh seorang pekerja.  Nasib baiklah, kalau tidak pembedahan mata akan tertangguh.
  Aku sempat bermalam di kerusi malas menunggu ibuku.  Pagi-pagi lagi , dia telah dibawa ke dewan bedah pukul 7.45 pagi, kemudian aku menunggu hingga pukul 12.35  tengah hari baru selesai dan dihantar ke wad semula.  Aku bimbang juga kenapa lama sangat sedangkan pembedahan itu memakan masa 1jam sahaja.  Menurut juru rawat, 13 Mac tu ramai yang membuat pembedahan mata.
   Semasa di hospital itu, aku sempat berkenalan dengan seseorang yang memanggil dirinya kakak.  Kasihan, dia menghidap diabetes, sebelah kaki kirinyanya telah dipotong manakala jari kelingking sebelah kanan dah 'gangren' .
Suaminya pula sentiasa di sisinya.  Beruntunglah si isteri jika si suami setia seperti itu.




  Semoga pembedhan ini membolehkan ibuku melihat dengan jelas.  Amin ya rabbal alamin...

Tuesday, March 13, 2012

Majlis Perkahwinan -eratkan persaudaraan

     Ahad 11 Mac 2012 - Aku sempat menghadiri majlis perkahwinan anak  sepupu sebelah  ibuku.  Anaknya lelaki, anak ketiga pula tu, kalau mengikut orang tua-tua melangkah bendul 2 orang abangnya.
   Zaman sekarang kita tidak boleh jangka dan menunggu , terutama masing-masing pula mempunyai kehendak dan perasaan.  Kepada ibu bapa sekiranya anak-anak ingin mendirikan rumah tangga , biarlah mereka pilih dan menentukan pilihan sendiri.  Biar mereka tahu betapa beratnya menggalas tanggungjawab apabila berumahtangga.
   Apa-apa pun, kami mengucapkan "Selamat Pengantin Baru , sabar, cekal dalam mengharungi liku-likuhidup  berumahtangga dan semoga berkekalan".  Dengan adanya majlis ini dapatlah kita berjumpa dan mengeratkan hubungan persaudaraan.





   Sayangnya kesempatan ini sekejap sahaja kerana aku tinggal di Sabak Bernam dan majlis ini di Bukit Rambai , Melaka.