Thursday, July 26, 2012

pekan Nabalu

Sebelum ke Kota Kinabalu, kami sempat singgah di Gua Batu Tuluq kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pekan Nabalu.   Di sini kami tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan  pekan Nabalu yang kira-kira 32 km dari pekan Ranau dan 40 km dari bandar Tamparuli.
   Pemandangan ini kami ambil pada sekitar jam 6.15 petang.  Almaklumlah bertolak dari Felda Sahabat pukul 9.00 pagi, kemudian singgah di Gua batu Tuluq   dari pukul 12.25 hinggalah pukul 1.20 tengah hari.  Sampai di KK  pukul 8.30 malam dan menginap di Gaya Hotel.
   Inilah pemandangan yang ku kira tercantik yang pernah kulalui.  Keindahan panorama di sekiitar Gunung Kinabalu.  Syukurlah walaupun tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu dapat naik tangga tempat melihat Gunung Kinabaludan  pemandangan di sekitarnya di pekan Nabalu .  Dapatlah kami lihat Gunung Kinabalu dari jauh.











  Kenangan ini dapatlah kami lalui bersama sekeluarga kerana kedua-dua anakku dari UiTM sedang bercuti.  Tidak kuingati bila tetapi yang pastinya cuti penggal kedua tahun 2011.

Tuesday, July 10, 2012

pertandingan syarahan dan ujian bertulis BM

 Pertama kali menjadi jemputan sebagai hakim bagi pertandingan syarahan di SRJK (C) Khai Tee, Pasir Penambang agak mebimbangkan aku. Kenapa? Pertama tak pernah menjadi hakim , kedua: sekolah itu belum kuketahui di mana lokasinya.
 Pertama, mendapatkan maklumat memang mudah daripada kawan-kawan dan rakan setugas.  kedua mencari, melilau mata mencari sambil memandu, akhirnya terlepas sampai ke jalan menuju ke Stadium Tertutup Kuala Selangor.  Di sinilah pentingnya kita mengetahui peta dan lokasi sesuatu tempat yang dicari.  Akhirnya berjaya juga dijumpai tepat jam 9.30 pagi aku disambut dengan mesra oleh tuan rumah: guru-guru sekolah tersebut.'










 Alangkah gembira dapat bertemu rakan baru dan guru-guru yang sememangnya begitu ramah terutama semasa majlis berlangsung.  Pertandingan syarahan dan ujian bertulis Bahasa Melayu di SRJK (C) Khai Tee ini adalah peringkat Negeri Selangor.  Walaupun peserta kurang fasih dan tidak menghayati teks syarahan namun mereka cuba untuk mengingati agar persembahan mereka lancar.   Ucapan tahniah kerana usaha mereka amat gigih menghafal teks walaupun tidak dapat menghayati atau menjiwai teks yang telah disediakan.  Semangat ini patut dicontohi kerana usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang baik.