Tuesday, September 18, 2012

Episod 2 - Naluri seorang ibu

    Aku pun masuk ke asrama putri.  Tidak ada  kebenaran pengawal keselamatan dan warden, bagaimana hendak kutemui mereka.  Oleh kerana pada masa itu pukul 1.30 pagi, aku masih mendengar suara riuh- rendah penghuni asrama di blok yang kuhampiri.  Aku pun memberi salam dan memberitahu mereka, aku ingin berjumpa dengan anakku dan sebutkan nama anakku .  Nasib aku baik, kebetulan mereka memang kenal anakku dan anakku memang berehat di bilik mereka.
  Dengan pertolongan mereka, aku berjaya memasuki blok dan bilik anakku.  Dengan cepat dan pantas aku mendapatkan anakku dan bertanya akan keadaannya.  Aku sebagai ibu amat pelik mengapa anakku dibawa ke hospital tetapi tidak diberikan ubat.  Berbekalkan ubat klinik sahaja adalah tak memadai kerana sudah seminggu dia demam tidak kebah lagi.
  Aku dengan segera memintanya menelefon suamiku di kereta kerana aku seorang sahaja yang boleh memasuki bilik asrama puteri itu. Aku bertanyakan keadaannya dan memberitahunya adakah dia ingin mengikut aku balik ke Melaka.  Aku segera meminta suamiku menelefon warden asrama supaya membenarkan anakku di bawa pulang.
   Warden asrama tersebut terkejut bagaimana aku boleh masuk dan berjumpa dengan anakku.  Dengan nada yang agak marah, dia ingin mengetahui siapakah yang pandai-pandai menelefon dan memberitahuku. Memang semua pelajar asrama putri dimarahi di hadapanku.  Bagus juga tak seorangpun yang berani membuka mulut malahan anakku sendiri tidak memberitahunya.
   Dengan nada yang merayu dan menyatakan ketidakpuas hati terhadap GPK HEM yang membawa anakku ke hospital pada pukul 10 malam hingga 12 malam tetapi mengikut kehendak anakku balik tanpa mendapatkan  rawatan doktor.  Seperkara lagi yang menyakitkan hatiku ialah apabila warden asrama menyatakan semasa dia melihat anakku berehat di bilik sakit itu ,dia tidur dengan nyenyaknya.
  Kenyataan yang masih lagi terngiang-ngiang di telingaku ialah apabila dia berkata, kalau dah ibu bapa datang dari jauh dan pagi-pagi pukul 2.00 , sudah tentulah dia memberi kebenaran walaupun dalam hati keberatan, tambahan pula aku masuk ke asrama tanpa kebenarannya. Maafkanlah daku kadangkala terpaksa melanggar peraturan apabila kejadian ini berlaku kepada anakku.  Aku yakin setiap ibujuga akan bertindak sepertiku.
   Pada pukul 2.30 pagi kami pun bertolak balik ke Melaka.  Tiba di rumah pukul 4.00 pagi dan pada pukul 6.00 pagi terpaksa bangun pula ke sekolah.  Memang aku tidak pernah mengambil cuti atau kesempatan kerana aku mengajar murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
  Sebelum ke sekolah, aku sempat berpesan kepada anakku agar cepat bersiap untuk ke hospital Alor Gajah.  Aku balik ke rumah ,kebetulan masa free "tidak mengajar" dan murid-murid tahun 6 Mawar di SKDN telah dibekalkan kerja-kerja dan harapan mereka membuatnya sementara aku ke hospital.....bersambung.

Impak Insiden 31 Ogos

   Semalam, 17 September 2012, aku mendapat panggilan telefon daripada si pemandu kereta Viva Elit.  Dia meminta aku membayar sebanyak RM250 untuk menggantikan side mirrornya.  Aku begitu terkejut, Mengapa?
  Side mirror kereta Viosku baru RM140 , cermin RM75, Signal RM55 dah upah pasang RM10.  Inikan pula cermin sisi kereta Viva Elit yang lebih mahal mengganggu ketenangan fikiranku.  Maklumlah lebih sudu daripada kuahnya.
       Daripada teman-teman , aku mendapatkan maklumat selain daripada internet dan paling yang aku pasti ku pergi sendiri ke kedai alat ganti yang kubaiki cermin sisi keretaku.  Memandangkan harganya begitu murah RM140, aku menyedari aku ditipu .  Menyampahnya aku kepada seorang lelaki ini , berbicara lembut disulami dengan assalamualaikum serta mudah menyusun kata memohon maaf kepadaku kerana menyusahkan.
      Oleh sebab, aku dah berjanji untuk membayar ganti rugi itu, maka aku meminta suamiku bertemu dengannya dan memberikan wang itu.  Tetapi suamiku tidak mahu berbuat demikian.  Dia dengan suara yang agak tinggi menelefon dan bertanya cermin apakah yang ditempah dan di kedai mana.  Dengan jujurnya, dia menjawab side mirror harganya RM140 dan upah cat RM60.  Jumlahnya tentu RM200, mengapa pula meminta RM250.  Jadi sebagai orang tengah suamiku meminta dia memberikan nombor akaun bank agar mudah memindahkan wang ke akaun banknya.
    Bukan aku tidak mahu membayar ganti rugi, agak-agaklah. Janganlah hendak menipu kerana akhirnya tembelang akan diketahui  juga.  Aku memang amat benci kepada orang yang suka menipu, sebab itu kalau boleh aku tidak mahu berjumpa dengannya  dan pindahkan wang melalui akaun sahaja.  Semoga pengalaman ini menjadi panduan kepada semua.

Monday, September 10, 2012

Naluri seorang Ibu ( episod 1)

  Peristiwa ini benar-benar berlaku kepada anak keduaku.  Pada masa itu, dia bersekolah di KISAS- Kolej Islam Alam Shah pada tahun 2008.  Pada mulanya, dia memberitahuku bahawa dia demam.  selepas seminggu dia memberitahu demamnya belum baik.
  Tiba-tiba, suamiku mendapat panggilan telefon mengatakan dia demam teruk.  panggilan pukul 9.00 itu mengejutkanku.  Apalagi aku bingkas bangun dan meminta suamiku pergi ke Kelang.  Pada masa itu, kami tinggal di Melaka. Maka suamiku mengatakan jauh dan meminta warden asrama membawa anakku ke Hospital.  Melalui telefon, anakku telah dbawa ke hospital.
  Aku pula mendesak suamiku agar pergi sendiri tetapi dia keberatan.  Aku pula dengan lelehan air mata memaksa suamiku.  Lebih kurang pukul 11.00 malam kami bertolak dengan menaiki kereta Unser.  Dia memandu kereta dengan laju sehingga berbunyi tayar kereta.  Anak sulungku dapat mengagak tentu suamiku marah terhadapku.
   Setiba di Simpang Ampat, suluhan lampu memaksa kami berhentu ke tepi.  Kami ditahan kerana memandu melebihi had.  Maka dengan lembutnya, suamiku memohon maaf dan memberitahu anak kami sakit dan berada di Kelang.  Tanpa banyak bicara, kami dibenarkan meneruskan perjalanan ke Kelang.
   Lebih kurang pukul 1-00 pagi, kami sampai di muka pintu.  Pintu pagar sekolah ditutup.  Aku pun memberi salam, malangnya tak seorang pun pengawal ada di situ.  Kebetulan ku lihat ada tiga orang pelajar asrama putera sedang berjalan.  Aku pun memberitahu mereka bagaimana hendak masuk melihat anakku yang demam.  Melalui  mereka,  kuketahui  ramai pelajar yang demam lebih kurang sepuluh orang.
   Salah seorang daripada mereka membuka pagar dan membenarkan kami masuk.  Menurutnya lagi, mak cik masuk sahaja, nanti adalah pengawal di pintu masuk asrama.  Setiba  di asrama, kulihat lampu terpasang, keadaan terang benderang , kipas angin berpusing, malangnya tak seorangpun pengawal yang ada.  Suamiku pula meminta aku balik sahaja memandangkan tidak ada apa-apa yang boleh kami lakukan.   Aku pula enggan dan tidak berpuas hati kerana bukan mudah alang-alang dah sampai mesti selesaikan masalah ini...... bersambung.

Sate, oh, Sate!

  8/9/2012 jamuan Hari raya di kelasku.  Atas permintaan, aku memenuhi kehendak murid-muridku. Sate adalah menu utama, selain kek, bihun dan mi goreng adalah sponsor daripada ibu bapa mereka selain daripada kuih-kuih raya.
  Aku pula memesan sate melalui sms sahaja.  Penjual sate itu meminta ku mengambilnya sendiri.  Pagi-pagi lagi, murid-muridku yang ringan tangan membantu membuat backdrop - membantuku melukis huruf mengikut masternya, menggunting manakala aku menampalkannya "JAMUAN AIDIL FITRI 4 USAHA" di papan putih. Sementara murid lain membancuh air oren sunquick dan membeli ais.  Pandai-pandailah kamu membuat air sebab air , sunquick, bekas dan senduk telah kusediakan.
  Tibalah masa untuk mengambil sate yang dipesan melalui nama "Yati Sate" . Aku betul-betul bertanya kepada muridku yang mengetahui rumah si penjual sate itu.  Maka salah seorang murid lelaki memberitahu dia tahu akan rumah Yati Sate itu.  Maka akupun membawa tiga orang murid sebagai peneman tambahan pula  mereka berebut-rebut handak menaiki keretaku.
  Berdasarkan maklumat dan tunjuk arah, aku pun berhenti ke rumah yang diketahui tadi.  Kulihat tak seperti rumah penjual sate. Rupa-rupanya salah rumah.  Maka anak si empunya rumah itu pun menunjukkan rumah yati sate.  malangnya , maklumat tak lengkap, maka salah lagi.  Aku cuba menelefon si penjual sate namun tak diangkatnya. Seterusnya aku pula bertanya kepada salah seorang penduduk di situ. Dia pun memberitahuku.  Aku tidak pasti.  Maka akupun sebut bangunan  atau apa-apa tanda yang boleh dikenalpasti.  Dalam pada itu aku pun menyebut sekolah agama dan dia pun memberitahuku rumah ketiga.
   Akupun menuju ke tempat itu dan aku bernasib baik rumah si penjual sate  terletak di tepi jalan dan nampak anaknya sedang mengipas sate.  Syukurlah, kalau tidak tak makanlah  sate , murid-muridku!.  Pengajaran daripada peristiwa ini ialah beritahulah maklumat dengan lengkap agar senang dicari atau dijumpai destinasi yang dikehendaki manakala kepada anak muridku pastikan anda benar-benar tahu.











Ayam, oh , Ayam!

  Setiap kali memasak ayam, pastinya ingatanku berputar kepada suatu peristiwa mengenai seorang guru di SK Paya Keladi, Pualau Pinang.  Biarpun peristiwa ini dah berlalu lebih kurang 15 tahun, aku masih ingat nama guru itu.  Biarlah aku rahsiakan.
  Peristiwa bermula, dia menceritakan tiba-tiba dia sekeluarga berak darah. Maka pergilah ke hospital.  Apabila berjumpa doktor, maka doktor pun bertanya apakah puncanya. Dia memberitahu makan seperti biasa. Maka timbul keraguan doktor tersebut. Ingat balik kamu sekolah makan apa.
  Setelah difikir-fikir barulah dia teringat akan peristiwa itu. Peristiwa bermula apabila anaknya yang dipanggil Saddam tidak mahu membeli tepung gandum di kedai.  Bukankah kita selalu membasuh ayam menggunakan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir.
   Maka dengan jalan pintas, dia pun mencalitkan sedikit sahaja Axion kepada ayam itu menghilangkan hanyirnya. Pada sangkaannya sedikit sahaja takkan menjadi apa-apa, rupa-rupanya angkara axion itu, ahli keluarganya berak darah.  Kasihan, nasib baik tak memudaratkan sangat.  Oleh itu, kepada pembaca janganlah sesekali membasuh ayam dengan axion kerana bahaya kepada perut kita.

Saturday, September 1, 2012

Di sebalik ucapan persaraan Guru Besar SKSS

  Sambutan majlis persaraan En. Adnan bin Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh kali ketiga telah dibuat di sekolah pada malam 29 Ogos. 2012.  Kali ini diraikan dengan ahli keluarga warga SKSS dan 20 jemputan JKK kampung termasuk datuk penghulu.
  Kemeriahan bermula dengan anak-anak kecil berlari-larian berjumpa dengan rakan sebaya serta guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG dan jemputan yang hadir.  Didahului dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan wakil guru, tayangan video ucapan persaraan dari guru-guru penolong pentadbir, ketua panitia dan murid-murid yang dihasilkan oleh juruteknik makmal komputer dengan kerjasama ajk yang dilantik.  Terdapat juga temubual atau wawancara dengan isteri beliau mengenai hobi dan perancangan selepas bersara.
   Ungkapan beliau yang menarik hatiku ialah kalau guru tidak berminat untuk mengajar, mintalah berkhidmat di PPD atau Jabatan.  Seterusnya beliau menyatakan cukuplah sekadar 34 tahun beliau berkhidmat dan pencen pada umur 55 tahun.  Mungkin beliau ada perancangannya sendiri.  Pesanan beliau kepada guru-guru muda berkhidmatlah dengan dedikasi demi anak bangsa.
  Pesanan ini mengingatkan aku bahawa bukanlah aku ingin berkhidmat sehingga 60 tahun. Aku sebenarnya ingin menikmati perkhidmatan yang lebih panjang kerana aku masih keberhutangan pinjaman perumahan selain ingin menebus kerugian di sepanjang perkhidmatan PPPLD di mana guru-guru kelulusan STP kerugian 15% ,ketika di DG 29 terlepas kenaikan DG32 ,gaji  kenaikan tahunan yang lebih rendah daripada DG 41 sehingga sekarang terngiang-ngiang cebikan rakan yang tidak melanjutkan pelajaran menikmati kenaikan gaji lebih daripada guru yang telah melanjutkan pelajaran.  Aku berharap dengan semangat dan harapan , kubina pertahanan memperteguhkan jiwa meranduk liku-liku perjalanan dan menempuh segala cabaran , inovasi atau paradigma terkini pendidikan negara.  Moga-moga Allah memberkati usahaku di samping dapat  kulunaskan harapan dan impian yang belum dapat dirungkai.
                         persediaan awal - khemah-khemah untuk jemputan
                                        hadirin dan hadirat yang hadir

                 ucapan mantan guru besar yang bersara pada 21 Ogos 2012
                    tayangan video - temubual dengan isteri beliau

                             Sesetengah tetamu makan di kantin sekolah


tersumbat pula salur air

  Seperti selalu , singki di dapur ini tersumbat tetapi hari ini sedang aku memasak tetiba sahaja air bertakung di lantai.  Nasib baik perasaan. Menjerit aku sehingga suamiku terkejut.  Tersumbat pula saluran air ini.  Rupa-rupanya saluran air dari singki bersambung dengan mesin basuh.
  Kali ini air melimpah di lantai dapur.  Tidak boleh dijolok dengan dawai atau lidi mesti ada pengepam air. "Rasa-rasanya ada pengepam air", kata suamiku. "Mana ada, tukan kat rumah Melaka?", jawabku.
  Maka akupun memberi cadangan agar beli pam di Parit Baharu.  Macam-macam pula dugaan minggu ini.  Minggu lepas, kereta Unser meragam dah duduk dalam bengkel, semalam side mirror pecah, dan hari ini salur air pula tersumbat.

  Setelah dipam, barulah air boleh mengalir.  Oleh sebab takungan air itu, maka aku terpaksa membasuh lantai dapur yang kukira melekit.  Pelik juga bagaimana lantai di rumah ini boleh lekit.  Mungkin bawaan air laut sebab rumah atau kuarters guru ini dekat dengan laut.  Jadi tak semena-mena aku terpaksa membasuh lantai dan membeli pam tandas.  Dulu, beli pelapik tandas.  Yang peliknya pelapik tandas di rumah sendiri lebih  murah daripada pelapik tandas di kuarters yang kudiami ini.

Sambungan Insiden 31 Ogos 2012

 Berbalik peristiwa semalam, setelah kedua-dua side mirror rosak, kami pun berhenti, van itu pun berhenti.  Setelah berbincang , maka aku dan pemandu kereta Viva itu akan menyelesaikan perkara ini kemudian kerana sudah hampir maghrib.  Dalam pada itu, dia pun bertanya ,  " Dari Sabah?". Mungkin   melihat nombor pendaftaran keretaku. Dia memberitahuku dia pinjam kereta saudaranya mungkin alasan supaya aku membayar ganti rugi.
   Aku memberikan nombor telefon bimbit dan memberitahu di mana aku mengajar dan tinggal.  Akhirnya kami setuju untuk membaiki sendiri kerosakan.  Aku menunggu juga panggilannya kerana bertanggungjawab atas insiden ini. Sebelum bersurai, sempat juga dia menasihatkan anakku agar memandu dengan berhati-hati.  Aku juga ingin menasihatkan dia agar berilah laluan kepada pemandu lain agar insiden seperti ini tidak terjadi namun ku pendamkan sahaja kerena itu adalah takdir dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
  Esoknya, aku dihantar oleh suamiku ke sekolah, alasannya ingin mencari barang. Rupanya-rupanya dia marah pada masa aku telefon memberitahu kejadian itu.  Katanya, bayar sahajalah. Sementara aku mengajar kelas Asnaf, dia mencari alat ganti di Kuala Selangor.  Hendak dijadikan cerita, kebetulan dia disapa oleh seorang pemuda, "Assalamualaikum, cari side mirror?" . "Ya, jawab suamiku. Entah siapa anakku langgar semalam agaknya". "Dialah yang langgar kereta saya".  Side mirror dia pun macam side mirror keretaku , belum dapat dibetulkan.  Itulah takdir namanya. Pengajaran daripada peristiwa ini jangan kita berbohong mengatakan kereta pinjam padahal kereta sendiri. Akhirnya tembelang pecah juga tanpa disangka.

Insiden Semalam 31 Ogos 2012

 Semalam 31 Ogos 2012, ketika negara kita mencapai kemerdekaan, aku pula dihimpit insiden.  Entah mengapa, Allah sahaja yang Mengetahui-Nya.  Yang pastinya kita harus mengambil iktibar dari kejadian semalam.
  Balik daru rumah terbuka sempena Hari Raya dan Hari Ulangtahun perkahwinannya, aku memenuhi undangannya.  Aku mempelawa suami dan anak sulungku.  Suamiku enggan pergi kerana ada perkhemahan di sekolahnya.  Manakala anak sulungku pada mulanya enggan pergi tetapi kupujuk dengan alasan aku yang memandu.
   Meskipun anakku mempelawa ayahnya sekali lagi namun siayah tetap dengan pendiriannya.  Anakku pula sanggup menawarkan diri memandu kereta Viosku.
  Pada awalnya perjalanan berjalan lancar tetapi kesukaran mencari rumah walaupun telah disertakan peta.  Maklumlah kawasan kediaman itu asing bagiku.  Akhirnya kami tiba dengan selamat apabila menggunakan GPS dan kebetulan bertembung dengan rakan sekolah yang baru balik dari rumah itu.
  Kami bertembung dengan ramai guru SKSS.  Tetiba En Mohd Adnan, mantan guru besar bertanya," Mana ustaz?".  Sambil lewa kujawab, "tak larat" , katanya.  Tak Larat makan?.  Selepas menjamah sate, rojak, roti canai dan kelapa muda , kami pun beredar.
  Dalam perjalanan itu, berbuallah aku dengan anakku.  Kali ini, dia memandu begitu laju antara 120 -140km.   Aku biarkan sahaja kerana aku rasa tidak ada apa-apa.  Setiba dalam perjalanan ke Sabak Bernama, tiba-tiba sebuah lori memakan  jalan kami, anakku sempat membrek.  Aku pun berkata kepada anakku, kita mesti berhati-hati, kita tak jangka apa akan berlaku di hadapan kita.
  Perjalanan diteruskan hingga menuju ke Simpang Bagan Nakhoda Omar, di situlah sebuah lori berhenti untuk mengambil buah kelapa.  Anakku mengikut sebuah van di belakang, van itu memakan jalan dan nasib kami tak baik apabila bertembung dengan sebuah Viva.  Pertembungan itu menyebabkan side mirror dengan side mirror pecah.  Namun kami bersyukur tidak tercalar atau kemek mana-mana badan kereta dan yang paling penting sekali tidak ada kemalangan jiwa.
  Aku pada masa itu agak marah juga kepada pemandu lori itu kerana pintu lorinya terbuka menyebabkan pemandu lain terpaksa memakan jalan untuk mengelakkannya.  Pengajaran daraipada insiden ini ialah kita harus berhati-hati.  Bukan sebelah pihak sahaja semua pengguna jalan raya.