Wednesday, November 28, 2012

Hari Guru di SKSS

  Sambutan hari guru di SKSS sangat meriah.  Sambutan ini diadakan pada 24 mei 2012. Oleh kerana banyak aktiviti yang dijalankan maka masa tidak mencukupi.  Antara acara wajib ialah perutusan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Ucapan Ketua Murid, Ucapan GUru Besar dan Ucapan YDP PIBG.  Menariknya di sekolah ini, guru yang paling senior akan mewakili ucapan perutusan Menteri pelajaran dan ketua Pengarah Pelajaran.
  Selepas itu, kami sempat bergambar dan kemudian diadakan acara permainan bagi guru lelaki dan perempuan.  Biasalah guru lelaki dengan bola sepaknya dan guru perempuan dengan sukaneka.  Oleh kerana aku lebih kepada guru perempuan , maka ku rakamkan acara ini.  Antaranya, bolinh kelapa, bola beracun dan menjaringkan bola yang ada air ke dalam gol (tudung) yang dipegang oleh dua orang guru.
  Selepas itu, jamuan makan dan akhirnya pertukaran hadiah dan majlis penyampaian hadiah bagi setiap acara yang dipertandingkan.









Semoga kami guru-guru SKSS dapat meraikan hari guru dengan penuh bermakna.
  

FB dan SMS - jejak pertemuan

  Peristiwa itu akan kuingat sampai bila-bila. Pada malam 29/2/2012  semasa sibuk 'update' FB aku terima SMS daripada kawan lama sekolahku di STAR , Kelang, Selangor.  Aku hanya bersekolah di situ setahun setengah sahaja, iaitu pertengahan Tingkatan Enam Bawah dan Enam Atas tahun 1980-1981.
   Selepas mendapat keputusan STP, masing-masing dengan haluan, aku pula terus ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu.Batu Rakit , Kuala Terengganu pada tahun 1982-1984.  Selepas itu aku mengajar di Sekolah Sri Subang jaya 2, Selangor.  Walaupun mengajar di Selangor, kami terputus hubungan.
   Ketika itu kami menginap di Hotel Gaya sebelum menamatkan perkhidmatanku di Sabah, tetiba aku mendapat SMS daripadanya.  aku sebenarnya dah ingat-ingat lupa maklumlah dah 27 tahun kami tak jumpa.  Tentu banyak perubahan yang pastinya umur dan fizikal.  Kami berjanji menunggu di lobi hotel dalam pukul 8.00 lebih.
   Sebaik sahaja , dia sampai, kami berpelukan dan tak ku sangka suaminya orang Jasin, Melaka.  Kami dibawa ke Tanjung Aru  makan malam sambil berbual-bual. Begitulah takdirnya pertemuan pada saat akhir perkhidmatan di Sabah.  terima kasih atas jemputan dan pertemuan serta belanja makan, semoga persahabatan dan perhubungan kita berkekalan.
    Sekali lagi kami dapat bertemu di Hari Raya Aidil Fitri di rumahku di Melaka. kali ini telefon dan SMS  juga jadi penghubung.
 



 Setelah lama tak jumpa, SMS , FB dan telefon penghubung kami.  Syukurlah sekurang-kurangnya kami dapat berbual mesra dan berharap persahabatan ini berkekalan.
              Pertemuan kedua pada Hari Raya Aidil Adha 2012 di rumahku .

Tuesday, November 27, 2012

Taman haiwan di Tropicale Bukit Tinggi

  Berpusing-pusing dalam kawasan bukit Tinggi itu,selepas "Japanese Village" kami jumpa berbagai aktiviti lasak seperti flying fox, juggle tracking , titian kanopi dan sebagainya.
 Tempat yang sesuai dituju ialah taman haiwan.  Harga tiket RM3 tak kira dewasa atau kanak-kanak.  Satu paket makanan RM3.00, kami beli untuk si kijang.  Jadi, kami masuk sempat memberi kijang makan dan menangkap beberapa ekor arnab.
 Kami pergi ke kandang keldai,  busuknya bau.  Tetapi kerana ingin sangat hendak bergambar dan memegangnya , kami mendekati juga.  Terkejut juga anakku apabila salah seekor keldai itu menggigit bajunya.
   Di taman haiwan itu , terdapat kandang kecil .  di dalamnya ada dua ekor merak, kura-kura dan hamster.  Di hadapannya pula terdapat kandang arnab.  Terdapat kijang yang jinak yang  mudah diberi makan dan menghampiri kita.





  Kami melintas di "Horse Trail" masuk sahaja RM2.00 kalau nak menunggang kuda tak tahulah berapa harganya.  Tetapi ku lihat yang mmenunggang kuda kanak-kanak sahaja kerana kuda itu dipegang oleh petugas di situ.  Akhirnya pukul 6.00 petang , kami ke masjid sembahyang jamak dan seterusnya berangkat balik meninggalkan Bukit Tinggi.

Tanjung Simpang Mengayau

  Tanjung Simpang Mengayau , di Kudat adalah destinasi utama kami bercuti selama 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu.  Tanjung Simpang Mengayau ini dikenali sebagai "The tips of Borneo " kerana pertemuan antara laut China Selatan dan Laut Sulu.  Kelihatan Rumah Api di Pulau Kalampunian.
    Ramai orang datang ke sini untuk melihat matahari terbenam dan pertemuan  kedua-dua air laut tersebut.  Oleh kerana di sini bebas dari   pencemaran air, asap atau debu, maka udara segar dan nyaman .  Tambahan pula , terdapat kemudahan restoran, kedai cenderamata, chalet-chalet dan tempat rekreasi .
  Kami  hanya dapat singgah sebentar sebab sudah pukul 5.15 petang tambahan pula hari mendung .  Hanya satu jam sahaja, kemudian gerimis. Oleh itu kami tidak bernasib baik melihat matahari terbenam.  Hanya sebentar tepat pukul 6.15 kami beredar kerana sudah maghrib dan kamu lalui jalan singkat kononnya hendak cepat.  Alangkah takutnya kami kerana terasa terasing nampak rumah sebuah, sebuah  di dalam hutan.  Maklumlah lampu-lampu jalan tidak ada dalam kawasan pedalaman itu kecuali di bandar-bandar.
   Namun kami berpuas hati dapat melihat dan menghirup udara segar pada waktu petang di pantai itu.  Memang Sabah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.









Monday, November 26, 2012

Kundasang

 Kundasang , selalunya kami singgah makan di sini dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Felda Wilayah, Lahad Datu , Sabah.  Udaranya agak sejuk kerana tanah tinggi dan menghampiri kaki Gunung Kinabalu.
   Di sepanjang jalan, masih terdapat kedai-kedai kayu atau papan yang menjual sayur-mayur, buah-buahan dan kuih-muih.  Tetapi sekarang ini separuh daripada kedai papan atau kayu tersebut telah dirobohkan kerana melebarkan jalan raya dan mungkin akan dibina kedai yang lebih selesa dan bersih.
  Bagiku Kundasang , udaranya nyaman dan sejuk tetapi tidaklah sesejuk di Cameron Highlands.  Di Cameron Highlands banyak menjual sayur-mayur, buah-buahan dan cenderamata.  Keadaan ini berbeza dengan di Kundasang yang hanya menjual  makanan.  kalau hendak membeli bakul-bakul, bantal, hasil-hasil krat tangan singgahlah di pekan Nabalu.  Banyak t-shirt, anak-anak patung, barang mainan, perhiasan dan sebagainya.




  Sayur-sayuran amat murah di sini berbanding dengan di Felda Wilayah tetapi kita mestilah pandai memilih sayur yang tahan lama dan simpan di dalam peti sejuk.

Kolam Air Panas Ranau

  sebelum balik ke felda Wilayah, kami singgah di Kolam Air Panas Ranau.  Puas kami berpusing-pusing mencari simpang masuk ke kolam ini.  Agak jauh terpencil di pedalaman.  Aku memang tak pandai nak mengagak berapa km yang harus kami tempuhi.
   Walaupun hari dah petang lebih kurang pukul 3.00, kami hanya inbgin melihat-lihat kawasan kolam air panas ini.  kalau hendak mandi membazir sahaja sekadar melihat dan meninjau keadaan tempat dan kemudahan yang disediakan bagi pelancong atau pengunjung.
   Terdapat beberapa buah kolam air panas yang disediakan untuk mandi dan  paip air panas.  Di bahagian atas pula, terdapat beberapa buah kolam air panas yang berasap dan dibiarkan mengalir ke kolam-kolam mandi.  Air di kolam itu tidaklah terasa panas sangat.
   Disediakan juga chalet-chalet untuk penginapan. Kami terus naik ke bahagian atas lagi sehingga menyeberang jambatan gantung menuju ke taman kupu-kupu dan melihat di sekitar hutan semulajadi.  Terdengar bunyi cengkerik dan unggas serta serangga kecil dan aliran air terjun.
  Terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai-bagai  barangan seperti pelampung, baju mandi dan cenderamata untuk dibawa pulang di sepanjang jalan sebelum  masuk ke pintu kolam air panas itu.






 

Muzium Negeri Sabah

Pada 18 Jun 2011, kami telah pergi melawat Muzium Negeri Sabah yang letaknya di kota Kinabalu.  Sungguh besar dan luas kawasan muzium yang kami lawati.  Rasa-rasanya tidak cukup waktu kami pergi dari mula masuk pukul 9.00 pagi hingga1.00 petang kerana terpaksa meneruskan perjalanan menuju ke Simpang Mengayau untuk melihat matahari terbenam.
         Muzium ini pula terbahagi kepada 2 iaitu muzium sejarah dan muzium sejarah Islam dan sejarah warisan perkampungan etnik yang terdapat di Sabah.  Luasnya tidak larat nak berjalan kaki kerana setiap pelosok ada keistimewaannya sendiri.
     Cuma kami pilih-pilih sahaja di bahagian muzium negeri , muzium sejarah Islam dan sejaran warisan terutama rumah-rumah tradisional etnik  di situ.
          gambar mesin getah rata dan nipis , mesin getah bunga.





.
           Rumah tradisional - dapur kayu siap peralatan menangkap ikan dan nyiru, terendak dan sebagainya
       bergambar di hadapan sebelum masuk ke pintu muzium negeri Sabah

Menumbuk

   Selepas ke Kuala Penyu , aku dan suamiku pun menuju ke Menumbuk.  Di jeti ini boleh membawa kereta ke Labuan.  Walaupun hasrat hati hendak ke Labuan tak tercapai namun aku sekadar ingin mendapatkan informasi bagaimana hendak ke pulau itu.
  Dalam perjalanan menuju ke Menumbuk, kulihat keindahan semulajadi kerana  negeri Sabah memang kaya dengan tumbuhan semula jadi dan keadaannya masih belum membangun sepenuhnya.  Kalau dilihat masih ada pondok-pondok jualan minyak petrol di tepi jalan.
   Lihatlah panorama keindahan di tepi pantai.  Tak banyak restoran atau kedai makan kerana penduduk yang kurang.


  Menumbuk mengambil masa 2 jam dari kota Kinabalu untuk menaiki feri ke Labuan.  Kereta boleh dibawa sekali.  Sayangnya , kami tak berkesempatan ke sana, mungkin kalau ada rezeki , kami akan datang lagi....Insya-Allah.

6 Matahari 2010 SKDN

 Sedih hatiku apabila tugasku tidak selesai.  Mengapa tidak? Aku telah mengajar murid -murid ini Bahasa Melayu dari tahun 4 hingga 6 daripada kurang lancar membaca ,ku dapati ada kemajuan dalam pelajaran mereka.  Tahun 2010 adalah tahun yang getir menentukan keputusan UPSR Bahasa Melayu mereka.
   Walaupun ada antara mereka yang baru ku terima kerana rombakan kelas namun aku tetap dengan tugasku mendidik mereka seperti mana murid-muridku yang dahulu.  Aku sebenarnya tidak memberitahu mereka akan perpindahanku ke Sabah.  Mereka mendapat tahu daripada guru besar dan guru-guru lain.
  Dengan tak disangka-sangka mereka telah membuat kejutan mengadakan jamuan untukku.  Aku sedikitpun tidak campur tangan.  Mereka sendiri yang menguruskan segala-galanya.  Inilah kali pertama dalam sejarah perkhidmatanku jamuan diuruskan oleh murid sendiri.  Aku pula sibuk dengan urusan perpindahan dan permohonan guru cemerlang.  Sibuk menyiapkan barang-barang untuk dibawa ke Sabah, dokumen-dokumen untuk permohonan guru cemerlang dan persiapan pindah ke Sabah di samping melengkapkan keperluan rumah yang akan ditinggalkan kepada anak sulungku.
    Inilah kenangan terakhir dan kata-kata yang terukir di hati mereka .
                   Murid tahun 6 Matahari adalah sentuhan tanganku yang terakhir di SKDN 2010



Aku dan Sekolah Kebangsaan paya Keladi

Semenjak tahun  1992-2001, aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Pulau Pinang.  Banyak sejarah yang kulakar di sekolah ini.  Ada yang pahit dan ada yang manis.  Peristiwa manisnya ialah ketika aku berjaya mendidik 3 orang murid lulus PTS Penilaian Tahap Satu Tahun Tiga (1999) dan tahun 2000 pula meningkat 6 orang.  Namaku harum di daerah Kepala Batas kerana itu.  Sebelum itu , aku telah berjaya meningkatkan peratus kelulusan UPSR sehingga ada satu peristiwa yang mengingatkan aku sehingga kini.
   Peristiwa itu berlaku pada tahun 1997 di mana aku mengajar murid Tahun 6 .  Dia seorang murid yang kukira sederhana kebolehannya. Semasa keputusan UPSR keluar, dia pun mendapatkanku. Dia menangis sambil menunjukkan keputusan Penulisannya.  Dia tidak berpuas hati kerana gagal.  Apa yang boleh kubuat ialah menulis surat rayuan kepada Kementerian Pelajaran tidak berpuas hati atas keputusan tersebut dan meminta membuat semakan. Tiga bulan kemudian keputusan tersebut dari D menjadi A .  Bukannya senang nak buat semakan. Sebenarnya, aku yang mengajarnya dari  Tahun 4 hingga Tahun 6, jadi beranilah aku membuat rayuan.  Keberanianku ini telah diumumkan oleh guru besarku Tn Hj. Zulkifli , sorang guru besar yang lembut dan penyayang, selalu buat tazkirah dan yang sedihnya kerana kelembutan nya, dipersendakan oleh orang-orang Jabatan Pendidikan Pulau Pinang .
  Gambar kenangan bersama Penyelia petang En Mohd Yusof,Pn Haliza Mohamed, Pn Jamaliah, Pn Aminah .

Majlis perpisahan di SKDN, Melaka

  Aku mengajar di SKDN , Melaka selama 8 tahun bermula dari 17 April 2002-16 April 2010.  Selama berkhidmat di sini, aku telah ditugaskan sebagai guru Bahasa Melayu tahun 4, 5 dan 6.  Di samping subjek lain seperti Muzik, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan  Kajian Tempatan.
  Aku sememangnya ditugaskan sebagai guru tkelas Tahun 6 sejak 2005,  sebaik sahaja aku tamat belajar PJJ -di USM , Pulau Pinang. Sepanjang pengalamanku di sekolah ini, berbagai cabaran yang kutempuhi.  Selain karenah  murid, rakan sejawat, pihak pentadbiran , persekitaran serta ibu bapa .  Namun aku tetap aku dengan karakterku yang dikenali sebagai guru yang garang dan banyak cakap atau komen.  Namun komentarku adalah suatu kebenaran yang mungkin tidak dapat diterima sesetengah orang.
  Di sekolah ini, aku digelar "Ibu Merdeka ", suatu gelaran yang dulunya sukarku terima tetapi apabila perkara ini sudah berlalu , aku semakin rindu akan gelaran itu kerana gelaran dan tugas serta tanggungjawab ini juga membantuku mendapat gelaran "Guru Cemerlang".
  Aku dan rakan-rakan sejawat telah berjaya menaikkan nama sekolah dalam pertandingan keceriaan Kemerdekaan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan Melaka dari tahun 2002 hingga 2009. Aku  telah ditugaskan mengajar Bahasa Melayu bagi murid-murid tahun 6 UPSR sejak tahun 2005-2010.
  Inilah Majlis Perpisahanku dengan semua warga sekolah-- rakan-rakan, pentadbir dan murid-murid SKDN- Terima Kasih semua semoga kita berjumpa lagi.

                  Ucapan kali terakhir di SKDN di majlis perpisahan SKDN




  Guru Data/Media Cik Nun Zurita sedang menyerahkan fail/data peribadi
Bersama dengan guru besar Pn Asiah bt Md Sab,guru besar cemerlang, SKDN.