Monday, April 29, 2013

Wakil PMR

Pada 27/4/2013 hari Kualiti Sekolah Menengah Munshi Abdullah iaitu sekolah anakku , Ainun Syamirah.  Dia mendapat 8A dalam PMR , terbaik dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Sains dan Matematik.  Oleh kerana dia terlibat dalam perkhemahan pengakap di Semenyih, maka aku jadilah wakil mengambil hadiah tersebut,
  Pada mulanya aku takut tak sempat kerana paginya aku ke sekolah di SK Sungai Sireh kira-kira 60,5 km dan pada pukul 9.00 pagi aku bertolak ke SMK Munshi .  Tiba di SMK Munshi lebih kurang pukul 9.50 pagi.  Setelah mendaftar, aku pun masuk ke dewan,  Nasib baik ada guru yang bertugas meminta aku mengambil hadian untuk anakku.
  Memang aku dah jangka dan kebetulan pula penyampaian hadian utnuk pelajar PMR ,SPM, STPM selepas persembahan.  Kiranya bertepatan masanya aku sampai itu.  Aku sempat menyaksikan persembahan lakonan dan penyampaian hadiah .  Untuk anakku, syabas kerana mendapat hadian PMR terbaik dan mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Matematik terbaik.  Semoga kejayaan ini akan mendorong dan menjadi pemangkin kejayaan SPM akan datang.
 



Demam pula!

   Sejak semalam aku batuk-batuk dan sakit kepala disertai dengan selesema.  Suamikuku menyuruhku pergi ke klinik kerana bunyi batukku kian kerap . Aku pula menyarankan agar esok sahaja jika tidak berkurangan.
  Setelah menelan 4 biji panadol pagi dan petang dan minum ubat batuk, masih lagi tidak berkurangan, maka pada 29/4/2013 aku ke klinik Nurul Huda di Mukim Panchang Bedena, Sungai Besar. maka diberiku ubat antibiotik, ubat sakit kepala, selesema, ubat batuk dam demam serta cuti sakit sehari.  Jumlah bayaran RM57.00.  Sempat juga dia menegurku, "cantik tudung!".  Aku terpegun, langsung tak menjawab, aku selalunya begitu.
  Nah ,lihatlah ubatnya besar-besar gajah camna nak telan ubat ni!"
 

Sunday, April 21, 2013

mesy Agong Koperasi Guru-Guru M'sia Kaw Sel

Syukurlah dapat aku hadiri mesy kaw Selangor Koperasi Guru-guru M'sia di SMK Kuala Selangor pada 22/4/2013 walaupun jaraknya lebih kurang 80 km.  Perjalanan memakan masa 1 jam dari SBPI Sabak Bernam. Hajat hati hendak berjumpa kawan-kawan.  Namun hampeh.
   Lebih kurang pukul 10.45 pagi, semua hadirin diminta memenuhi dewan namun dewan masih lagi kosong, kebanyak ahli ambil duit sahaja, kemudian berduyun-duyun keluar mungkin ada agenda sendiri almaklumlah hari minggu, kenduri kahwin atau menziarahi anak di asrama atau membeli-belah.
  Aku masih di dewan sehingga pelantikan perwakilan.  Sementara menunggu mesyuarat itu, terjumpa seseorang,dia menegurku namun aku sseperti biasa tak kenal, memang betul-betul tak kenal, jadi tersekat di situ kerana ada kawannya bersembang. Aku sempat menjawab soalannya mengajar di Subang Jaya.
  Dalam pada itu aku mencari lagi kot-kot  ada kawan-kawan dari Sekolah Tengku Ampuan Rahimah,(1980-1981) Sekolah Sri Subang Jaya (2) Tahun 1985-1989)dan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit (1982-1984)....tak ada nampaknya.  Yang pastinya kedengaran dan disebut-sebut namanya sendiri sebagai Anuar Tompang yang ku kenali melalui FB sebagai bekas pelajar STAR , yang aktif mengajukan pendapat.  Aku pula sebagai penonton dan ahli sahaja.  Aku juga bertembung dengan guru besar sekolahku, Encik Abdul Majid bin Ismail dan di sebelahnya mungkin isterinya. Sebelum pulang sempatlah aku menyapanya.
 



Friday, April 19, 2013

Angin laut/Bayu laut Sabak Bernam

Malam itu aku belum tidur lagi hampir pukul 2.00 pagi.  Tiba-tiba pintu depanku begoyang bagaikan dibuka orang.  Bunyi benda jatuh seperti rak kasut terbalik menambahkan takut di hatiku.  Aku pun terus menutup laptop dan terus naik ke tingkat atas. Selepas aku menutup laptop, baru aku sedar di luar angin bertiup kencang dan hujan turun dengan lebatnya.
  Sebenarnya kuarter guru di Sabak Bernam ini berdekatan dengan pantai.  Jadi angin laut akan bertiup kuat kekadang disertai dengan bunyi-bunyian yang menderu-deru.
  Cuaca pula kekadang panas sehingga 34 darjah celcius.  Berpeluh-peluh badanku, duduk di ruang tamu rumah guru ini.  Sekiranya duduk di tingkat atas lagi terasa bahangnya.
  Suamiku sudah membeli iPot atau penghawa dingin tetapi tak memenuhi citarasanya kerana ruang tamu kami terlalu besar dan tak dapat menyejukkan ruang itu.  Kemudian dia membeli pula kipas yang menggunakan air batu. Agaknya penat asyik nak mengganti kan ketul ais, jadi hanya dua minggu sahaja bertahan, akhirnya terpaksa mencari alternatif lain.
  Gara-gara terlampau cuaca panas, maka dipanggilnya Orang Cina untuk memasang penghawa dingin di ruang tamu dan di bilik tidur utama maklumlah kuarters pengetua ini ada 4 bilik dan sebuah stor sedangkan bilik lain sesekali sahaja anak-anakku balik.  Syukurlah sejak adanya penghawa dingin ini rasanya bolehlah selesa sedikit, kalau tidak di hatiku ingin sahaja terbang balik ke rumah sendiri di Melaka....kalau burung dah lama aku terbang!

Thursday, April 18, 2013

Memenuhi keceriaan Kelas 4 Jaya

 Menambah lagi keceriaan kelasku, balik lambat lagi Isnin ni 15/4/2013 sehingga pukul 3.30 petang masih lagi di kelas....hehehe.  Susah betul nak hias kelas ni!.






Berbaloikah?

Oleh kerana kos minyak kereta ke sekolah sejauh 121km dua hala sebanyak RM70 untuk 3 hari, aku sudah mula mencongak untuk berjimat.  Jika anda ahli Cosway, ada cara untuk menjimatkan minyak  petrol kereta anda.  Aku sebenarnya tak percaya tetapi maklumlah kekadang iklan -iklan dan testimoni ni memang mempengaruhi minda kita.
   Hari ini , aku telah membeli 4 kotak minyak Fuel Enhance (AutoMax) konon-kononnya boleh jimatkan petrol .  Aku beli 4 kotak kerana percuma 5 kotak, kalau beli satu kotak harganya RM39.90 , percuma satu. Entahlah aku baru hendak cuba.  Nanti kena hitung/catat jarak  perjalanan dan konsistan penggunaan minyak ini.  Anda pernah cuba? Inilah percubaanku, kalau betul baguslah kalau tidak Tipah tertipulah....hehehe..
 

Tuesday, April 9, 2013

Corat-coret hari ini 9/4/2013

Hari ini aku  ingin menyelesaikan kes buli yang didakwa oleh seorang bapa.  Bagaimana kes buli atau minta wang? Kes berkisah seorang muridku ini suka beniaga semasa tahun 3.  Jadi berlarutan hingga tahun 4, hutang beli jam tangan berharga RM 10.  Murid ini pula suka berdolak dalik.  Pening aku dibuatnya. Nak bersemuka senang cerita. Berhenti setakat itu, kata bapanya nak datang sekolah, puas aku menunggunya sehingga pukul 1.30 petang.  Tak selesai juga.
  Kemudian kes kedua, tangan muridku disengat binatang .  Bengkak dan panas jarinya.  yang peliknya ibunya tahu tetapi dibiarkan sahaja.  terpaksalah ku beritahu GPK HEM, GPK ! tolong taipkan surat untuk dapatkan di  hospital dan murid dihantar pulang ke rumah dengan harapan ibunya  segera mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Karang, Selangor.
     Kes ketiga pula menyirap darahku apabila murid-murid lelaki kelasku dan murid yang lain bermain di dalam kelas.  Main tarik-tarik kerusi dan terkena di tikar getah.  Apalagi koyak tikar getah tempat santai sambil membaca,  Mereka tak tahu betapa sukarnya aku menyediakan ruang itu untuk menambah ilmu, lain pula dibuatnya.  Hai, murid tahun 4 Jaya , 4 Tekun dan 5 Tekun semua lelaki, mereka saling tuduh menuduh, maka aku denda mereka untuk bayar ganti rugi .  Entah dibayarkah atau  tidak?  Nanti ku kutip juga supaya mereka ada tanggungjawab mengganti atau membayar ganti rugi atas kerosakan itu.
   Susahnya murid sekarang!....bukan nak dengar nasihat dan peraturan.  Dah kata jangan main  di dalam kelas, kalau nak main sangat pergilah ke padang.

 

Saturday, April 6, 2013

perbelanjaanku -bajet - bersyukurlah

Perpindahan ku dari Sabah ke Sungai Sireh ,Selangor amat memeritkan.  Pertama cabaran sekolah yang sejauh 121km  pergi dan balik ,tambahan pula usia semakin meningkat, penat rasanya setiap hari seawal pikul 6.20 pagi dan tiba di rumah hampir pukul 3.00 petang.   Kekadang mengantuk semasa memandu.  Syukurlah setakat ini masih lagi selamat .  Aku belum tahu pada masa akan datang.
  Kehilangan RM1800 elaun semasa di Sabah menambah perit lagi tambahan pula gaji tahun 2012 tidak naik dan pemotongan RM9+++ dalam tahun itu menambah bebanan lagi.  Kini , bulan Februari 2013 , terpaksa mengorek tabung untuk menghidupkan insuran kereta dan roadtax, Roadtax pun dah bertambah kalau di Sabah RM72 kini  RM90.
  5/4/2013 pula , servis kereta.....major katakan terpaksa bayar RM600  .  Nanti bulan Jun pula,  roadtax dan insuran kereta Atos.  Pening juga kepala apabila memikirkan.  Tetapi syukurkan juga apabila kenaikan gaji penjawat awam 13% , ada juga penambahan untuk menampung perbelanjaanku.  Bayangkanlah duit minyak keretaku untuk 3 hari RM70 belum ditambah makan. Nampaknya kena ikat perut dan ikat mata agar tidak memandang sebarang benda atau pakaian yang hendak dibeli.
  Seperkara lagi bersyukurlah kerana baru-baru ini diumumkan kenaikan gaji  penjawat awam diawalkan bulan Julai.  Semoga kenaikan gaji dapat menampung perbelanjaanku. Manakan tidak , nanti nak balik kampung di Melaka, salah-salah rabak lagi duit.....tengok rumah dah tak berseri.  Walaubagaimana pun bersyukurlah dan redha semoga Allah beri kesihatan dan rezeki yang berkat.  Sungguh besar cabaranku pada saat sembilan tahun lagi akan bersara.....Wassalam..

Thursday, April 4, 2013

Background atau latar belakang

Hari ini minggu Pendidikan Seni Visual diadakan pertandingan melukis poster.  Aku masuk waktu kedua 8.30 -9.30 pagi.  Sambil memerhatikan  mereka melukis dan mewarna, aku pun menegur mereka.  Mana tidaknya? Pertandingan melukis poster , tajuknya mestilah dilukis besar-besar, ini tidak, hurufnya kurus dan macam lidi, tulisan biasa,
   Maka aku pun tulislah di papan hitam.  Malangnya ada ejaan yang mereka buat /tiru salah. Tengoklah murid-murid sekarang, diberi masa melukis dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi, ingatkan lukisannya penuh dengan background atau latar belakang. Dibuatnya sambalewa sahaja. Apabila disuruh warnakan penuh latar belakang lukisan itu,  ditanyakan pula , "cikgu, nak warna di belakang?". Pelik bukan.  Beginilah telatah muridku,
   Tajuk pertandingan poster "Merokok Membahayakan Kesihatan" dan dilukiskan gambar kecil-kecil, lambang tak nak merokok, kehilangan wang dan lambang buah pinggang, peparu dan tengkorak yang bermaksud membahayakan kesihatan.  Walaupun sudah disuruh lukis besar-besar tetapi tak diendahkan, nasib koranglah.......sampai bila agaknya nak terima teguran dan membaiki kesalahan sendiri.

Wednesday, April 3, 2013

masih bermain huruf Lagi!

Walaupun dah mengajar buat tahun ke- 29, aku maish lagi bermain dengan huruf-huruf ini.  Bukan apa, maklumlah murid kelas ku ini banyak cakap, kurang membaca dan kurang rajin.  Jadi sebagai guru kelas , terpaksalah menghias kelas supaya cantik dan ceria.
  Selain itu, aku terpaksa melekatkan kata-kata motivasi agar mereka berminat untuk belajar dan membaca kata-kata tersebut supaya berkesan di hati mereka.
Seminggu sebelum cuti pertengahan penggal pertama sudah ku lekatkan "Murid Cemerlang mencari jalan, murid gagal memberi alasan''.  Kini nak tambah lagi.  Semoga mereka akan insaf dan belajar bersungguh-sungguh.
Semoga usaha ku berbaloi.....Insya-Allah.

Tuesday, April 2, 2013

Fizikal kelas 4 Jaya

  Kerja cat-mengecat dibantu oleh suami dan anak sulungku.  Kerja balu-membalut meja dengan alas tikar getah dibantu oleh anak keduaku dan si bongsu.
  Kerja-kerja menghias ku lakukan sedikit demi sedikit.  Penat jugalah, memakan masa setiap hari satu atau dua jam. Kerja-kerja ini dibuat perlahan-lahan akhirnya lengkaplah sedikit papan kenyataan yang baru dibeli.  Malangnya papan kenyataan ini terpaks menggunakan paku tekan, tidak boleh distappler . Paku tekan bermata bulat ini mahal harganya _6mm Map Pins dah tiga bekas kubeli harganya RM7.50.  Belum lagi laminate, kad-kad gambar dan kertas-kertas warna serta polistrin, ' buat kata-kata motivasi'.
 Rupa fizikal kelasku 4 Jaya 2013.






Johan Keceriaan Kelas Tahap 2 2013

Setelah bertungkus-lumus menceriakan kelas 4 Jaya,akhirnya pada 1 April 2013 berjaya juga menjadi johan pertandingan keceriaan kelas.  Bukan mudah untuk bertanding dengan kelas-kelas lain kerana masing-masing telah lama menghias kelas dan banyak peralatan yang telah dipamerkan, sedangkan aku tahun kedua memegang kelas di sekolah ini.
  Pertama, bertanding dengan kelas -kelas yang lain bukanlah mudah.  Dari segi rupa fizikal kelas, peralatan Bahan Bantu Mengajar dan sikap serta sahsiah murid.  Murid-muridku seramai 25 orang bukanlah murid yang pandai .  Mereka dalam kategori sederhana dan di kelas hujung.  Ada yang tidak boleh membaca, yang kaki ponteng dan selalu tidak menyiapkan kerja sekolah.  Yang aku tidak tahan sikapnya yang suka bercakap.  Ini adalah cabaran bagiku.
  Untuk menjadikan kelas ini ceria, banyak belanja yang telah ditaburkan.  Pertama, mengecat semula , membalut meja, menampalkan gambar-gambar dan bahan-bahan bacaan dan memasang langsir.  Syukurlah akhirnya berjaya juga menjadi johan.  Beginilah keadaan kelasku.


                             piala petandingan keceriaan kelas tahap 2
        penggunaan kelas 4 Jaya untuk BRIM Bantuan persekolahan 2013

Sijil penghargaan untuk Johan pertandingan Keceriaan 4 Jaya