Sunday, June 23, 2013

Hari Guru Peringkat Daerah Kuala. Selangor 2013

Setiap sekolah dijemput 10 orang guru meraikan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 13 Jun 2013.  Guru Besar, Encik Abdul Majid bin Ismail, Pn Faizah Diana, Pn Jurina, Pn Zaiton, En Nor Azmi, En Khalid, En Yunus , Ustaz Sarkawi, En Ahmad Sharminan  dan aku telah menyertai sambutan itu.
  Majlis itu telah diadakan di Stadium tertutup Kuala Selangor bermula 2.30 petang hingga 5.30 petang. Aku yang awalnya tidak mendapat jemputan akhirnya menjadi bidan terjun.  Kalau diberitahu awal dapatlah aku memakai baju batik kerana  majlis rasmi. bahasa cin daerah kuala selangor, guru inovatif prasekolah.  Semua anugerah ini adalah untuk mengangkat martabat profesion perguruan .
  Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan Anugerah Guru Cemerlang ,tokoh guru peringkat daerah dengan pelbagai anugerah seperti Tokoh Guru 2013, Guru Cemerlang OKU, Anugerah Khas untuk Amalan Pengajran dan Pembelajaran Prasekolah kategori Bahasa Cina Daerah Kuala Selangor dan Guru Inovatif Prasekolah.  Semua anugerah ini adalah untuk mengangkat martabat profesion perguruan . Tema Hari Guru tahun ini lalah 'Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda'.
  Aku tidak pasti berapa orang jemputan dalam majlis itu.  Yang pastinya meja kami ke - 84, kalau satu meja 10 orang, kami ke 840 orang. Majlis berlangsung dengan baik tetapi jamuannya kurang memuaskan hati.  Sekiranya kita hendak menjamu selera kepada guru, biarlah menu itu berpadanan atau sesuai.
  Bukanlah  nak mengutuk seperti tahun-tahun lalu begitulah menunya.  Nasi impit, rendang tak serupa rendang, mi kari, minya seperti tak bercelur dan taugenya mentah, kuah kacang hangit manakala roti jala nak makan dengan apa? kuah kacang, rendang atau kuah mi kari?.  Yang sedapnya hanyalah kuih tako sahaja.  Masakannya umpama budak baru belajar memasak, nasi  impitnya lembik, kepada yang mengambil katering biarlah mahir memasak janganlah tenderkan kepada orang lain kelak rosak nama baik perniagaanmu. Harapanku dan guru-guru lain agar jamuan biarlah memuaskan hati guru-guru barulah guru berminat hendak menyertainya,






   Persembahan -persembahan menarik , tema hijau dan orang PPD pun selaku pengurus sedondong hijau kuning kebiru-biruan.  Walau bagaimanapun , aku bersyukur pergi dan balik selamat sebelum majlis itu tamat kerana aku harus beredar sebelum pukul 6.00 petang kalau tidak aku akan bermaghrib di pertengahan jalan atau hampir 8.00 malam sampai ke rumah di Sabak Bernam.
   "Selamat Hari Guru"  kepada semua guru, semoga menjadi guru yang berwibawa dan menjadi idola kepada semua anak didik.

Saturday, June 8, 2013

Pokok buah-buahanku berbuah lagi.

Dah lama aku menanam pokok durian ini.  Dah rasa tawar hati menunggunya berbuah.  Tetapi apabila aku tak ada di rumah, berbuah sulung pula.  Dah ku kira ada 30 biji lebih sepokok ini.  Sepokok lagi ada lebih kurang 20 biji.  kedua-dua baru berbuah sulung.
   Ada rezeki belum tentu dapat makan.  Kenapa? Kerana aku tidak tinggal di kampung.  Begitu juga pokok cempedakku ini.  Seingatku kali ketiga berbuah.  Pokoknya kecil sahaja.  Entah, aku tak ingat dari mana aku beli,mungkin dari Kedah dulu.  Sebenarnya aku berminat untuk bertanam pokok  buah-buahan , dah banyak modal ku labur tetapi semangat orang perempuan mana nak berjaya tambahan pula semasa itu aku tiinggal di Pulau Pinang.
  Semasa tinggal di Melaka, 8 tahun sempatlah menanam beberapa batang pokok rambutan, durian, durian belanda, pokok petai, pokok mangga , pokok mata kucing , langsat dan pokok kelapa.  Malangnya pokok kelapanya sebanyak 30 batang habis disondol babi hutan .  Pokok mangga pula tak berbuah, ditebang sahaja.  Ada tiga batang pokok petai habis ditebang penyewa tanah.  Sebatang pokok cempedakku juga jadi mangsanya.  Sayang dah tinggal 2 batang sahaja.
  Beginilah nasibku sebagai perantau.  Ada kebun dan pokok buah-buahan bukan tentu dapat makan.
 
                   pokok durianku berbuah sulung, puasku tunggu 10 tahun.
 Rezeki siapaagaknya?, Kalau tahun 2010-2011 aku di Sabah, 2012-2013 , aku di Sabak Bernam pula, kalau musim cuti sekolah adalah rezeki musim balik kampung.

Monday, June 3, 2013

LAPANGAN TERBANG LAHAD DATU SABAH

Kali pertama dan terakhir aku menaiki kapal terbang MASWINGS di Lahad Datu untuk pulang ke semenanjung.  Pada malam 4 Disember 2011, semua barang-barang dimuat di dalam lori setelah disusun bermula dari pukul 11.00 malam hingga selesai pukul 7.00 pagi. Lebih kurang pukul 8,00 pagi kami meninggalkan rumah sewa felda Sahabat.
  Pukul 10.00 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu.  Tidak banyak barang yang kami bawa.  Kami bertiga sahaja.  Aku, suamiku dan anak bongsu.  Kami tiba di Lapangan Kota Kinabalu lebih kurang pukul satu lebih.  Lebih kurang pukul dua lebih kami menaiki kapal terbang Mas menuju ke KLIA dan di sana anak sulungku sedia menunggu dengan kereta Atosku.  Itulah satu-satunya kereta yang setia menunggu aku di Melaka.
 






kem SMART UPSR 2011

Di SK Sahabat 4, Lahad Datu , Sabah,gurunya tidak  ramai, muda-muda belaka terutama tenaga pengajar tahun 6.  Antara yang paling tua adalah aku (Bahasa Melayu), Lorne , Zul (Sains) Abdul Halim (Matematik ) dan Laila (BI). Kehadiranku ke sini adalah atas pertukaran mengikut suamiku yang bertugas di SMK Desa Kencana.
    Walaupun baru, hadirku diberikan tugas sebagai guru STF guru Tuisyen Felda dan mengajar Tahun Enam.  Bagiku tak kisahlah di mana-mana pun aku tetap mengajar , biasanya murid tahap 2 tahun 4, 5 dan 6. Mula-mula mengajar di sini aku sebagai tenaga pengajar STF, kemudian Tahun 2011 barulah mengajar 2 kelas tahun 6 Arif dan 6 Adil.
  Memandangkan prestasi tahun 5 2010, semua guru tahun 6  dapat mengagak keputusan UPSR tahun 2011.  Bagiku ini adalah cabaran memandangkan kekurangan kemudahan terutama bahan bacaan, rujukan, pusat tuisyen dan perbezaan dialek, sosioekonomi, budaya serta latar belakang kehidupan.  Bukan mudah mengajar murid di pedalaman yang hidup dlam kepompong mereka.  Gurulah yang memainkan peranan penting dalam membawa kejayaan mereka di samping sokongan daripada ibu bapa serta masyarakat.
  Oleh itu, aku amat tertarik hati kepada peranan pasukan guru muda di sekolah ini yang dapat merancang aktiviti ke arah meningkatkan prestasi UPSR di sekolah ini.  Perlu ditekankan di sini peranan murid sebagai aset adalah pertama, ibu bapa , pihak pentadbir, PIBG dan masyarakat amat penting sebagai pelengkap ke arah kejayaan.
   Salah satu daripada aktiviti tersebut alah kem SMART UPSR di mana diadakan aktiviti cara-cara belajar dan membentuk  murid berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran.  Belajar hidup bekerjasama dalam kumpulan , saling bertolak -ansur dan hidup berharmoni.  Diharapkan agar nilai-nilai murni yang diterapkan akan diamalkan.   Semoga kalian berjaya dalam kehidupan sebenar wahai bekas muridku SK SAHABAT 4 LAHAD DATU SABAH....doa daripada gurumu.




Sayangnya hadirku buat seketika dari 19 April 2010-1 Feb 2012 , walaubagaimana pun aku berjaya meningkat prestasi BM Pemahaman 2,8 % dan Penulisan 12.4 % .....syukurlah bukan mudah untuk mendapatkan yang terbaik .