Sunday, September 29, 2013

Desa Water Park, Kuala Lumpur

Taman tema yang popular selepas Sunway Lagoon ialah Desa Water Park, Kuala Lumpur.  Harga tiket dewasa RM35 dan kanak-kanak RM25. Kanak-kanak yang bawah ketinggian 2.5 kaki adalah percuma.  Bayaran bagi lawatan kami yang seramai 60 orang murid dan 20 guru (termasuk Pendidikan Khas) bagi guru RM25 dan murid RM23 seorang.
   Kami tiba di Desa Water Park pukul 2.00 petang.  Semua murid dan guru diminta menunaikan solat Zohor dan Asar dijamak dan diqasarkan. Kami mandi dan santai di sini sehingga pukul 5 .00 petang.  Pada pukul 4.00 petang kami makan nasi di kantin yang disediakan. Segala makanan dan minuman (air mineral pun tidak dibenarkan).
 Terdapat banyak kolam yang disediakan  , sesuai dengan kanak-kanak dan orang dewasa. Air terjun yang ketinggian dan kelajuan terpanjang di Asia tidak dibenarkan bagi mereka yang berpenyakit dan kanak-kanak, hanya bagi orang dewasa. Aktiviti mandi di kolam yang dalam bagi kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa atau ibu bapa tidak dibenarkan.
  Adanya taman tema air ini membeikan peluang kepada kanak-kanak dan dewasa bersantai.  Ada air terjun, ombak , dan aliran air hujan seperti cendawan.  Ada disediakan surau dan bilik mandi serta bilik persalinan.  Ada loker berkunci sewanya RMM5.00 khas untuk menyimpan barang-barang berharga.
  Seronok juga baermain air di bawah cendawan dan di dalam kolam yang teduh kerana ketika kami sampai itu cuacanyanya memanglah panas.  Kami bertemu dengan banyak rombongan dati sekolah lain.  Selepas mandi di bilik air, kami bertolak pun pulang  pda pukul 6.00 petang dan sampai di sekolah padapukul 7.40 malam.  Syukurlah dapat melihat keindahan alam dan taman tema buatan manusia.  Aku sebenarnya letih setelah berulang alik ke sekolah dan ke SK Jeram Batu 20
sejauh 91km dari rumah. Telah 3 hari aku berulang alik kerana memenuhi tanggungjawab sebagai pendidik.






 Sewa pelampung pula RM15.  Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bersantai, berkelah dan beriadah bawalah sejumlah wang yang banyak atau lumayan untuk ke sini.  Nikmatilah keindahan pantai dan ombak buatan manusia yang mengurangkan risiko daripada kejadian yang tidak diingini.  Selamat beriadah........

Saturday, September 28, 2013

Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Syukurlah dapatlah aku menyertai lawatan di bawah anjuran Asnaf Zakat kerana aku salah seorang daripada tenaga pengajar di SKSS. Tahun 2012 , aku tidak menyertainya kerana ada masalah. Terima kasih kepada GPK HEM, Puan Kamariah Ngah Mohd Salleh kerana tidak jemu menelefonku, walaupun tidak dijawab akhirnya menghubungi rakanku , mengapa aku sukar dihubungi kerana ketika itu aku sedang berkursus.
   Dalam perancangan,bas bertolak pukul 8.00 pagi  tetapi kelewatan sehingga pukul 9.00 pagi baru bertolak. Seramai 20 orang guru pengiring, dan 60 orang murid yang menyertai lawatan ini. Dalam perjalanan pula bas rosak pada pukul 10.00 pagi.  Bas yang kami naiki itu sebenarnya dah berbunyi , dalam hatiku terdetik ada maslah dengan bas ini.  Ketika mendaki bukit menuju ke simpang KLIA, gear tidak boleh masuk, maka bas terhenti di tengah-tengah jalan raya.  Tepat 10.30 pagi bas baru diganti, lebih elok daripada bas pertama.  Hikmahnya, bas kedua lebih elok dan selesa.
   Tepat pukul 11.30 kami tiba di Pusat Sains. Harga tiket RM2.00 untuk guru sekolah rendah bersama-sama dengan murid -murid  .Selama 1 jam di dalam pusat sains, kami menuju ke Taman Rama-rama .  Di situ kami mendapati ada kolam ikan, rama-rama, arnah , burung dan haiwan yang menyerupai pokok, dahan kayu dan daun.
  Tepat pukul 1.30 kami meninggalkan Pusat Sains dan menuju ke Desa Water Park.

                 cuba mengangkat berat sendiri dengan menggunakan menarik tali pada alat yang disediakan.




                                                      bergambar bersama-sama dengan murid-murid
                                                  Replika daripada batu rama-rama  dan ulat
                                                                             kolam ikan
                                               Pemandangan dari atas menuju ke taman rama

     Semoga kami dapat menyertai rombongan ini lagi pada masa-masa akan datang.

Tuesday, September 24, 2013

Keceriaan di SK Kuala Selangor

MInggu lepas berkursus di sekolah ini, aku tertarik dengan keceriaannya.  Pertama di taman dan di kaki lima.  Ada taman dan tempat duduk serta kata-kata motivasi untuk meningkatkan keazaman dan motivasi diri.
   Tandasnya pula, dihias cantik dan bersih. tak sempat pula nak merakamkan gambarnya.  Pada salah satu anak-anak  tangga terdapat tulisan band menunjukkan pentaksiran KSSR bagi tahun 1-3.  Kemudian terdapat peraturan-peraturan di taman yang mesti dipatuhi dan dingati.  Semoga murid-murid sekolah ini dapat memanfaatkan usaha guru-guru mereka.





Mural di dinding sekolah pula cantik,mungkin dada guru yang pandai melukis dan berbakat seni. Sudah tentu sekolah yang cantik dan ceria ini memerlukan banyak belanja, mungkin dapat dana daripada hasil kelapa sawit atau sumbangan PIBGnya.

Monday, September 23, 2013

kursus KSSR BM THN 4 di SK Kuala Selamgor

18/9/2013 -21/9/2013 aku berkursus di SK Kuala Selangor untuk Kursus Orientasi Pelaksanaan Bahasa Melayu Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 KSSR 2014 bagi guru-guru daerah Kuala Selangor.  Kursus berlangsung selama 4 hari, sejauh 80km aku memandu kereta dari Kuarters guru SBPI Sabak Bernam.
  Seramai 38 orang guru Bahasa Melayu Tahun 4 dari daerah Kuala Selangor yang hadir dan JU yang bertugas Pn Siti Hazal Tawab dan Ruzana bt Sharif .  Manakala beberapa orang pegawai dari PPD yang hadir bersama seperti  Encik Ahmadi, En Kamarol , Encik Shahrir Fazly dan En Razali, aku bukannya kenal sangat kerana hampir 2 tahun baru bersua muka dengan mereka.,.
    Keadaan fizikal di sekolah itu sungguh cantik tetapi keadaan di sekeliling agak panas kerana tiada ada peredaran udara.   Pendedahan kursus ini mengingatkan aku akan pendedahan kursus tahun 4 Bahasa Melayu yang ku hadiri di MITC pada tahun 2004, iaitu perubahan kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan.  Oleh kerana pendedahan dan perubahan ini, kami guru-guru dengan rela hati terpaksa menjadi agen perubahan dan memegang amanah melaksanakan tugasan tersebut.
     Tiada peperiksaa bulanan dan akhir tahun atau pertengahan tahun tetapi sekiranya pihak sekolah hendak juiga terpaksa diikutkan.  Hanya yang ada pentaksiran yang dilakukan secara tidak langsung.  Keadaan ini bermakna murid tidak ada ujian sdangkan kehendak ibu bapa berbeza. Kita guru tersepit antara dua situasi ini.Ada 3 kali pentaksiran bulan Mac, Jun dan September.  Masalahnya pentaksiran tidak dilakukan secara formal atau secara formal, ianya dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran, adakah kita guru mampu untuk menilai murid secara adil dan saksama, tepuk daya tanya kejujuran kita sendiri.  Semoga kita menjadi pendidik yang berjaya mendidik murid kita.
 `
 

                       Terjumpa pula junior MPKTBR 1984....hehehe, katanya aku awet muda.!

                      Semua guru sibuk buat rancangan pelajaran harian dengan komputer riba

 

Monday, September 9, 2013

Jerebu 25/6/2013

Semalam dumumkan cuti kerana Jerebu yang teruk di Selangor.  hari ini 25/6/2013masih berjerebu tetapi murid sekolah tidak digalakkan membuat aktiviti di luar bilik darjah kerana cuaca atau jerebu masih dalam keadaan kurang sihat.(IPU) Indeks Pencemaran Udara.
  Oleh kerana diumumkan ibu bapa tidak wajibkan menghantar anak mereka ke sekolah, lihatlah hanya 8 daripada 25 orang sahaja muridku yang hadir ke sekolah.  Semuanya dek kerana jerebu.  Murid-muridku ini beruntung kerana Cikgu Bahasa Inggerisnya mengagihkan penutup mulut percuma kepada mereka.  Sayangnya mereka pakai terbalik.  Aklu pula terpaksa membeli sekotak dengan harga RM30 sedangkan banyak lagi di Melaka , 2 tahun lepas aku beli harganya RM13.50, semasa itu sibuk wabak H1N1 dan juga masalah jerebu,
  Pemandangaan di jalan raya juga agak kelabu dan mengganggu pemanduanku ke sekolah sejauh 60.5 km pergi dan balik 60.5 km.  Kekadang aku singgah di Sungai Besar sekadar 'window shopping' atau beli-belah apa-apa patut dan kekadang yang tidak patut, almaklumlah aku perempuan, ternampak tudung, singgah ke dai tudung, kedai alat tulis , kedai baju dan pasar raya Kasim .  kekadang pula singgah di Cosway, Avon dan mana-mana kedai yang terfikir nak singgah.
   Semuanya atas permintaan mataku yang mengantuk kerana memandu terlalu lama kekadang mengambil masa hampir 1 jam.
 
                                                dikumpulkan mereka hanya 8 orang daripada 26

                               6 orang daripada 21 murid lelaki- mudah kalau dapat sekelas murid seperti ini!.
Hanya 2 daripada 5 orang murid permpuan yang hadir

jerebu ketika balik dari sekolah pukul 2 petang dalam perjalan di Jalan Sungai Doraini.

Jerebu kerana pembakaran terbuka pesawah di Indonesia dan juga pesawah di Selangor terutama di Tanjong Karang dan kawasan yang sewaktu dengannya.....hehehe membakar jerami padi dan di Indonesia jerebu semakin buruk kerana merebaknya pembakaran di hutan tanah gambut yang sukar dipadamkan sehingga Singapura naik berang.  Moralnya, jangan lakukan pembakaran terbuka secara besar-besaran, boleh mengakibat IPU tidak sihat, mengganggu kesihatan, pemanduan dan pencemaran udara yang menjejaskan aktiviti harian yang lain.

Friday, September 6, 2013

AL-NASIB

Setiap Jumaat pasti menjadi ingatan kepadaku.  Mengapa? kerana Jumaat banyak memberi kenangan kepadaku terutama tragedi walaupun sekadar mengingatkan kerana aku manusia selalu alpa.
   Jumaat 6/9/2013, peristiwa ini kalau berlaku di tempat lain sudah tentu aku menangis tak berlagu. Mengapa jadi begini? Entahlah terlalu banyak dalam fikiranku.  Pertama, sibuk mencari GPS, ingatkan dah hilang.
  Sebaik sahaja sampai di sekolah pukul 7.15 pagi, hujan masih lebat.  Aku pula terburu-buru keluar.  Aku dah matikan  lampu dan penghawa dingin kereta. Kemudian aku keluar dan terus ke kelas.  Seterusnya mengajar pukul 7.30 hingga 8.30 pagi.
  Untuk menyiapkan fail kantin sekolah, aku ke Bilik Penolong Kanan dan sibuk-sibuk membuat borang penilaian kebersihan Kantin.  Tiba-tiba telefonku berdering.  Panggilan telefon memberitahu enjin keretaku tidak dimatikan dan kuncinya masih melekatnya di tempatnya. Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Cuainya, aku! lihat dari pukul 7.15- 9.15 pagi , enjin kereta masih hidup, senang sahaja dilarikan orang kalau di tempat awam.  Nasib baik di parkir di sekolah dan tempat lalu -lalang, kalau di bawah tempat meletak kereta alamat sampai baliklah enjin kereta itu hidup.  Syukurlah, masih boleh buka, nasib baik tak terkunci dari dalam, dulu pernah keretaku terkunci dari dalam.  Jadi, terpaksa memanggil suami hantar kunci kedua. Sekiranya berlaku hari ini, alamat tak baliklah aku kerana suamiku berkursus di IAB, Institut Aminuddin Baki.
   Syukur, syukur, syukur....... moralnya jangan banyak fikir!~dan sentiasa pastikan kereta dikunci sebelum meninggalkan kereta.

Monday, September 2, 2013

Liku perjalanan ke sekolah hari ini-2/9/2013

Hari ini 2 September 2013, jalan penuh berkabus.  Aku bertolak dari rumah SBPI pukul 6.30 pagi agak tebal kabusnya, menggganggu pemanduanku.  Agak lambat memandu dengan kelajuan 80-90km, tidak seperti selalu.
  Agak lewat juga, jam menunjukkan pukul 7.00 pagi , aku masih di jalan Sungai Doraini, kereta di hadapanku juga agak lembab.  Hendak saja aku memotongnya tetapi aku merasa takut juga kerana kabus yang tebal mengganggu pemandangan.  Aku pula menggunakan lampu tinggi, takut terlanggar bendul (divider ) hanya garisan putih sebagai panduan.  Hendak tak hendak tiba di jambatan Simpang LIma terpaksa juga ,aku memotong kereta di hadapanku.
  Selepas batu 23, kelihatan benda hitam dah terjongkang, terbalik dan kerlipan lampu merah diangkat berulang-ulang, di tengah-tengah divider.  Sahlah , sebuah kereta dah terbalik.  Aku tak pasti kereta jenis apa.  Aku berlalu sahaja sambil sempat memandang sekali imbas.
  Syukurlah aku sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi dan murid-murid belum beratur untuk perhimpunan rasmi hari Isnin.
    Di sekolah pula, salah seorang guru SKSS, keretanya telah terjunam ke dalam longkang kerana tidak menarik habis brek tangan semasa parkir . Tanah di tempat parkir pula tidak rata, agak curam di hadapan, oleh itu keretanya menggelongsor. Skirting keretanya tanggal kerana mengggelongsor dan terbenam.  Nasib baik tanah longkang  itu jadi penghalang, kalau tidak pasti melanggar tembok pagar batu sekolah lagi teruk!.  Syukurlah, sedikit sahaja akibat kecuaian.  Aku pun cuai juga air wiper dah kering, sebab itu cermin kelabu asap!.
   Peristiwa ini mengingatkan kita agar berwaspada selalu...hehehe.