Wednesday, November 27, 2013

GPK HEM sehari

 Sejak akhir-akhir ini jadi sibuk pula.  Sibuk dengan kursus tahun 4, membuat modul Bahasa Melayu ke Satun, pemeriksa kertas , mengemas kelas dan sebagainya.  Dalam pada itu, berdebar-debar juga menunggu keputusan permohonan tukar sekolah. Entah bila keputusannya dapat diketahui ataupun keputusan tak berjawab.
    Permohonan pertukaranku sudah masuk kali ketiga. Aku sebenarnya tidak larat nak memandu dan paling terkesan ialah perbelanjaan yang banyak untuk kos petrol dan kos service kereta serta maintenance. Sibuk nak mengisi borang e-prestasi, taklimat reach for the Star program GROW , Ladap dan sebagainya.
  Laporan Kantin, RMT , Program susu dan Vitamin 1 Malaysia , pemilihan peserta RMT dan melengkapkan borang rumusan RMT.  Setelah dua hari berturut-turut ke sekolah, aku terpaksa datang juga pada hari Jumaat, 22/11/2013 untuk membereskan kerjaku.  Aku peruntukan sehari dari pukul 10.00 pagi hinggalah pukul 3.30 petang baru selesai kerja.  Tetapi aku jenis yang tidak berapa berpuas hati dengan laporan Kantin, RMT, Program Susu dan Vitamin 1 Malaysia , akan membuat semula laporan itu.
  Tugas guru kini tidak seperti dahulu entah apa-apa kerja yang dibebankan ke bahu guru.  Setiap bulan aku mesti membuat rumusan laporan pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin. Tugasan sebagai guru kelas juga perlu dilaksanakan seperti menutup jadual kedatangan kelas dan jadual kedatangan murid RMT, sebagai guru disiplin dan sebagainya.
  Untuk membereskan kerja melengkapkan borang rumus peserta RMT yang terdiri daripada 63 orang dan  33 murid Pendidikan Khas bukanlah mengambil masa yang pendek tambahan pula aku menaip nama sambil mengira perdapatan perkapita. Aku pula seorang sahaja di Bilik GPK itu dengan menggunakan komputer yang tersedia ada.  Takut juga kalau sudah siap, hilang pula , jadi ku saved di desktop dan  dalam hardisk ku sendiri.  Alahai, sebenarnya aku tidak suka menjadi setiausaha namun aku terpaksa menerima segala arahan kerja daripada pihak pentadbir.  Itulah pengalaman pertama membuat kerja HEM, kalau dulu 28 tahun yang lalu aku ketua panitia dan setiausaha kemerdekaan selama 8 tahun tidaklah ku rasa berat kerana semuanya perkeranian ku buat dengan laptopku sendiri.....Alhamdulillah selesai juga kerjaku selama 5 jam sebagai setiausaha HEM. di bilik GPK.


Tuesday, November 26, 2013

Kek Dam

Dah lama akutidak membuat kek dam . Hari Raya Aidil Adha ini aku membuat keputusan untuk membuat kek dam memandangkan aku tidak ada loyang pembakarnya jadi ku jadikan dia kek marble.
   Bahan-bahan
1 kg gula pasir atau kalau mahu kurang manis guna gula castor
1kg tepung  naik sendiri cap blue key
1 kg menjerin planta.
24 biji telur - asingkan putih dan kuning telur
1 /2 botol perasa oren cap bintang
1 cawan serbuk koko Van Houten
sedikit esen vanila cap bintang
pewarna kuning telur cap bintang


Cara-cara
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
2. Pukul kuning telur dalam bekas A dan putih telur dalam bekas B. Putih telur dipukul sehingga menjadi seperti buih.
3. Campurkan putih telur sedikit-demi sedikit, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.. Adunan dikacau sehala , masukkan sedikit esen vanila .
4. Kemudiaan masukkan kuning telur sedikit-demi sedikit sambil dikacau sehala.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bekas, Bekas A dicampurkan serbuk koko ,- ambil sedikit adunan campurkan serbuk koko sedikit demi sedikit kacau atau gaul  hingga rata supaya sebuk koko itu tidak berketul kemudian campurkan kesemuanya, kacau lagi sehingga rata. Dalam bekas B , campurkan adunan dengan sedikit  pewarna kuning telur dan 1/2 botol perasa oren .
6. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dengan berselang-seli bahan  A dan B.Loyang pembakar dialas dengan kertas  yang telah dioleskan majerian planta  supaya adunan tidak melekat dan loyang sedang dibasuh.
7. Bakar di dalam oven 180 F selama 45 minit , panaskan dahulu oven selama 20 minit dan jangan buka ketuhar  ketika kek sedang dibakar..



Dengan adunan sebanyak ini dapat 4 biji kek dengan loyang pembakar yang sederhana atau gunakan loyang pembakar yang berlubang di tengah-tengahnya.

Sunday, November 24, 2013

jalan-jalan di sekitar bandar Melaka

Rombongan kami diberi masa selama 4 jam untuk mengelilingi bandar Melaka.  Murid-murid diuruskan oleh ketua rombongan dan kami badan kebajikan serta anak-anak bebas melakukan aktiviti.  Setiba di bangunan Craft Centre, kami sembahyang dan berjalan-jalan di kedai-kedai yang terdapat di situ.
  Kami pergi ke Muzium Islam dengan bayaran RM2.00 seorang.  Kemudian meneruskan perjalanan mendaki bukit ST Paul di sebelah muzium itu.  Dari Bukit ST Paul dapat melihat panorama bandar Melaka di sekitarnya.  Banyak Muzium yang terdapat di Melaka seperti Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar),Muzium Chetti Melaka, Muzium Pertanian, Muzium Orang Asli, Muzium rakyat dan sebagainya.
   Kami melihat banyak peniaga kecil yang menjual cenderamata , pemuzik dan pelukis.  Masing-masing mencari rezeki di kaki bukit St Paul ini. Semakin banyak gerai pula berbanding dengan tahun 2002 yang aku lawati dulu.  Mungkin  banyak pengunjung tempatan dan luar negara melancong ke sini sebab itu semakin banyak peniaga.
   Pada pukul 6.30 petang ,kami sempat bergambar di hadapan Dataran Pahlawan.Kemudian, kami singgah di Masjid Selat atau Masjid Terapung di tepi laut. Kami mandi dan sembahyang jamak Maghrib dan Isyak.  Kemudian , kami menuju menuju ke Bandar HIlir semula untuk murid-murid yang hendak menaiki Menara Tamingsari dengan bayaran RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
    Aku hanya bersiar-siar di Bandar Hilir dan mengambil keputusan menaiki beca dengan bayaran RM25 sebuah .  Oleh kerana aku bertiga , maka ku pelawa anak muridku dan adiknya untuk menyewa 2 buah beca, ingatkan jauh perjalanannya, rupa-rupanya semasa hendak menaiki bukit menuju ke A Farmosa, semua penumpang diminta turun, tak larat nak daki bukit. Kemudian kami naik semula menuju A Farmosa, balik semula ke Craft Centre kemudian ke tepi sungai jeti untuk river cruise dan balik semula ke tempat menyewa baca tadi di hadapan Menara Taming Sari.

naik tangga ke tingkat atas Muzium Islam

                                                           pintu masuk Muzium Islam
                                                            mendaki Bukit St Paut
                                                               di atas Bukit St Paul

                                                                      di hadapan  A Fomosa
                             
                                               bergambar bersama-sama  ahli rombongan
                                        jadi pelancong sekejap- naik beca pada waktu malam.
  Kami berada di Bandar Hilir ini dari pukul 8.30 hingga pukul 10.30 malam, kemudian rombongan kami balik semula ke destinasi SKSS pada pukul 2.15 pagi.  Syukurlah , rombongan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke Legoland dan Bandaraya Melaka Bersejarah selama 3 malam 2 hari.

Zoo Melaka

Walaupun aku orang Melaka dan dah pergi ke Zoo ini, namun aku penuhkan masa mengelilingi zoo ini.  Rombongan kami sampai ke Zoo pukul 9 hingga pukul 12.30 tengah hari pada 17 /11/2013.  Memang banyak perubahan dan pemodenan yang berlaku di Melaka.
     Aku hanya duduk di Melaka sejak lahir sehingga 16 tahun , kemudian setelah bekerja aku membina rumah dan sempat mendiami rumah itu hanyalah 8 tahun,  Sepanjang hayatku dihabiskan 3  tahun di Kuala Terengganu, di Maktab Pewrguruan Kuala Terangganu, kemudian mengajar 5 tahun di Selangor, seterusnya 12 tahun di Pulau Pinang, 8 tahun di Alor Gajah, 2 tahun di Sabah dan sehinggalah kini 2 tahun di Selangor.  Jadi, sudah lama juga aku tidak mengelilingi bandar Melaka dan cuti penggal ini pula aku menghabiskan masa di Sabak Bernam .  Mungkin bulan Disember berkesempatan bercuti di rumah sendiri.
   Harga tiket mengikut rombongan, kalau harga biasa RM15 tetapi kami dapat RM10 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.. Sejak ada night Safari atau Zoo malam masuk yang percuma,  kami tidak lagi menjejaki kaki ke sini.  Jadi kami merebut peluang bersantai di Zoo Melaka.
  Sepanjang perjalanan mengelilingi Zoo Melaka, banyak sangkar haiwan yang telah diperbaiki dengan kata lain sangkar atau kandang yang kosong. Di pintu hadapan, landskap terdapat air terjun penyejuk mata, sesi bergambar serta bergambar dengan burung , ular atau gambar haiwan ,tram dan kandang-kandang haiwan atau sangkar khasnya untuk burung dan mengelilingi tasik.
    Kami tidak dapat menaiki tram kerana tidak ada dalam pakej.  Ramai pengunjung dari negeri lain dan rombongan murid sekolah. Apa yang menariknya di Zoo ini ialah pemandangan alam semula jadi dan perjalanan ke tasik.
  Sebelum pulang, sempat kami melihat telatah pengunjung khasnya kanak-kanak bermain di taman permaian seperti buaian, gelongsor, dan sebagainya yang menjadi tarikan kepada mereka yang aktif dan bertenaga.


                                                               badak sumbu
                        seladang Malaysia paling besar di dunia....ingatkan kerbau hampir pupus
                                                   pagi-pagi lagi masih tidur di harimau ni!
                                                                         berehat sakan!
                                                 sedang khusuk makan, entah apa yang digigitnya1


Thursday, November 21, 2013

Senja di Danga Bay, Johor

Kami singgah ke Danga Bay setelah berada di Legoland dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang. tujuannya adalah untuk melihat keindahan pantai di Danga bay pada waktu senja dan menjamu selera.  Rupa-rupanya keadaan di situ sudah jauh berubah.
  kalau dahulu ada banyak gerai-gerai makan terdiri daripada peniaga Melayu, kini telah bertukar .  Hanya ada restoran Cina dan ada menjual minuman keras pula.  Kami melihat beberapa pengunjung Melayu dan pengunjung dari luar negara yang melihat keindahan di tepi pantai itu.
   Ada banyak kapal berlabuh di tepi pantai.  Banyak pula timbunan pasir yang telah dikorek dan ditimbunkan untuk dijual kot.  Ada juga pengunjung yang menyewa basikal dan mengayuhnya bersama keluarga.  Selain itu ada juga tram yang menyusur di tepian pantai itu.
  Kami hanya berada lebih kurang 20 minit sahaja kemudian beredar meninggalkan tepian pantai Danga Bay itu.  Ada juga pengantin cina yang meraikan majlis mereka di  dewan yang berhampiran tepian pantai itu.






 
 

Tuesday, November 19, 2013

Kempen diet , sukarnya !

Sejak ada kempen jom sihat pada tahun 2002, aku sudah mula menjaga kesihatan.  Kempen itu diadakan di Sek Keb Lendu, Melaka.  Ada pemeriksaan kesihatan, timbang berat dengan ketinggian untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
  Memanglah kita yang sudah berumur akan cepat meningkat berat badan.  Aku walaupun dalam kategori berat badan berlebihan obes masih bersyukur kerana setakat itu belum ada penyakit darah tinggi atau kencing manis. Semasa pemeriksaan tekanan darah dan kencing manis aku bersyukur kerana aku bebas daripada kedua-dua simpton itu.  malah jururawat atau pegawai kesihatan menyatakan tekanan darah baik .
Sebenarnya , dia tidak ntahu aku memang minum teh hijau  Cina.  Memang pada masa itu teh hijau menjadi kebiasaanku minum sebelum sarapan.
   Aku sebenarnya telah mencuba berbagai-bagai ubat untuk menurunkan berat badan.  Ubat-ubatan keluaran Sendayu Tinggi, Zullian dan sebagainya semuanya tidak mendatangkan hasil.  Akhirnya setelah banyak percubaan,  aku mengambil D'tone dan D'Green selain  ke   SPA dengan pakej 20 kali urutan serta pemakanan yang diberikan sekadar sebulan sahaja dengan RM5999 setelah diskaun RM1000 .  Akhirnya, aku berjaya menurunkan berat badan dari 60.3 kg kepada 51kg. Kempen menurunkan berat badan  ini ku lakukan pada tahun bulan 10/2009 sehingga bulan 4/2010.
  Semasa berada di SPA itu berbagai-bagai cara digunakan.  Mula-mula urutan di semua badan selama 15 minit , kononnya untuk memecahkan lemak dengan sapuan minyak.  kemudian dikuti dengan alatan yang menggerudi seluruh badan.selama 20 minit. Lebam-lebam di tangan akibat kesan gerudi itu. Selepas itu,
kedua-dua tangan dan  perut disapu dengan slimming gel dan dibalut dengan pembalut khas yang ada infrared disambungkan ke mesin slimming selamat 30-40 minit. Akhirnya aku bersauna dengan    selimut sauna selama 30 minit.  Begitulah setiap minggu hampir 2 jam aku ke SPA sebanyak 20 kali.
   Untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan aku terpaksa membeli makanan diet berupa serbuk yang digoncang dengan 150ml air, setin harganya RM200 dan diminta menggunakan krim slimming yang berharga RM155.  Dengan pelaburan hingga mencecah ribuan ringgit barulah aku berjaya menurunkan berat badan 50kg. tetapi banyak pantang larangnya, tidak boleh makan nasi atau makanan berlemak atau gula. Tetapi aku mana boleh mengikut aturan diet ini.  Kekadang terbabas juga sebab kita hidup bermasyarakat dan terpaksa mengikuti jamuan atau majlis kenduri kahwin juga.  Akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9 kg sahaja.
   Kini , aku buat diet  tetapi terbabas juga.  Aku buat senaman dengan  treadmill  dan sauna selain membeli makanan diet D"green dan D'Tone dan DTox Shape Tea untuk menjaga kesihatan. Kini sukar untuk menurunkan berat badan tetapi aku menghindari makan berlemak dan kawal pemakanan.  Setakat itulah yang terdaya....susahnya hendak mengawal berat badan di kala usia meningkat tambahan pula tidak berdisiplin.
Treadmill ini sku beli semasa bertugas di Sabah, dapatlah diskaun RM1000,kerana harga promosi harganya sebenarnya pada tahun 2010 ialah RM6000 .  aku bayar dengan menggunakan kad kredit dengan ansuran sebanyak RM420 sebulan selama setahun. 


                                                Gambar kenangan semasa di SK Sahabat 4, Sabah pada tahun 2010.

Memorial Tun Abdul Ghafar Baba

Kami sampai ke Memorial Tun Abdul Ghafar Baba pada pukul 1.00 tengah hari. Rombongan kami disambut dengan baiknya. Oleh kerana keluasan  memorial ini terhad ,maka kami diberi penerangan dan taklimat di bawah khemah.  Sebaik-baik sampai ke memorial ini, aku rasa agak pelik juga kerana kalau dikatakan memorial tidaklah munasabah apabila aku melihat seakan-akan pejabat atau muzium kecil sahaja.
   Rupa-rupanya rumah arwah ini dijadikan tempat menyimpan segala khazanah dan sejarah perjalanan politik beliau.  Rumah mantan Timbalan Perdana Menteri ini dipelihara dengan baik dan di hadapannya telah ditambah menjadi pejabatnya ketika beliau menjadi pemimpin negara. Beliau berjiwa rakyat kerana beliau adalah berasal daripada anak yatim dan menjadi guru kemudian barulah memulakan karier politiknya sehingga berjaya menjadi pemimpin nombor dua di negara kita.

                                         Ucapan  En Abdul Majid bin Ismail, guru besar SKSS
                                        ahli rombongan guru-guru, ahli badan Kebajikan dan murid-murid SKSS
                       
                                                Ucapan pengurus Memorial Tun Abdul Ghafar Baba
                             Rumah Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba sebelum menjadi ahli politik
                     Rumah yang dijadikan memorial , dipamerkan segala sejarah dan perjuangan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia .
                                              Bahagian bertangga menuju ke ruang dapur
                         Ruang tengah rumah yang mempamerkan koleksi barang, gambar dan cenderamata beliau.
                       
                                             pemandangan dari  sisi belakang rumah
Pandangan sisi di hadapan rumah , seolah-olah pejabat.
Beliau adalah pemimpin yang bersikap merendah diri dan berjiwa rakyat.
Nama sebenar beliau adalah Abdul Rafal .  Beliau kemudian menukarkan namanya kepada Abdul Ghafar. Tafsirkanlah kata-kata arwah seperti di dalam majalah ini.

Rombongan ke Legoland. Johor

Pada 15/11/2013, kami guru-guru dan ahli badan kebajikan serta murid-murid Tahun 6 SKSS telah  pergi ke Legoland, Johor.  Kami bertolak lebih kurang pukul 12.30 tengah malam dengan 3 buah bas.  Kami sampai ke Legoland pukul 9.30 pagi 16/11/2013 setelah singgah solat subuh di hentian R & R di Macap.
   Kami berehat dan sempat berposing sebelum pukul 10.00 pagi sementara menunggu Legoland dibuka.  Ramainya pengunjung yang datang pada hari itu maklumlah cuti persekolahan dan cuti hujung minggu.  Selain murid sekolah kami, terdapat ramai rombongan sekolah lain.
  Kami masuk pukul 10.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Kami sempat bergambar dengan beberapa patung yang diperbuat daripada binaan lego.  Patutlah namanya legoland.  Semua bahan binaan replika atau patung diperbuat daripada lego.
  Terdapat banyak permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak, remaja dan dewasa.  Kami tidak sempat untuk menyertai setiap permainan kerana terlalu banyak yang hendak dilihat, dipertontonkan dan dicuba.  Kami sempat bergambar di beberapa segmen, Lego Technic, Lego Ki
ngdom, Lego City, Imagination, Land of Adventure, Miniland,  The Beginning dan Water Park.
  Seronoknya walaupun penat berjalan-jalan di sekeliling kawasan yang luas ini.  Terdapat banyak kemudahan yang disediakan tetapi sediakan dulu ongkosnya.....hehehe  perlu  bawa banyak  wang sebab nasi lemak, laksa, dan yang lain-lainnya berharga lebih kurang RM10.00. Signature drink ..ingatkan minuman apa? Rupa-rupanya cendol : guna santan kelapa powder, sedikit jagung, cendol, kacang merah harganya RM8.80 makan bersama nasi berlauk  kari ayam RM9.00   jumlahnya RM17.80 , harga tiket dewasa packej RM165 dapat voucer makan RM15.00 tak mencukupi...hehehe ......kalau nak pergi kenalah poket tebal! Kepada yang ingin bercuti ke sini perlulah seharian , barulah berbaloi ! 
.
                                               bergambar di hadapan pintu masuk Legoland
                              Semua ahli rombongan berkumpul sebelum masuk ke Legoland
 Ketua rombongan En Safar dan pembantu Pn Norsam sedang mengagihkan tiket masuk
                    Ramainya pengunjung sedang menanti  pukul 10.00 pagi dipintu masuk.


Monday, November 11, 2013

refleksi pdp muridku 4Jaya 2013

Dah setahun aku mengajar mereka.  Pada awalnya aku dapati mereka memang lemah.  Ada 7 orang yang PROTIM.  Mereka boleh membaca tetapi merangkak-rangkak.  Paling sukar untuk membuat mereka duduk diam atau menumpukan perhatian.  Murid kelasku terdiri daripada 5 perempuan dan 21 lelaki, kemudian bertambah seorang perempuan dan 2 lelaki.  Anehnya, tambahan murid ini adalah dari golongan yang suka ponteng dan bermasalah dalam  keluarga.
  Aku merasa agak  penat  untuk menarik minat mereka terhadap pembelajaran.  Hanya dengan menggunakan rotan dan denda boleh mengurangklan kenakalan mereka.  Selain itu, aku juga selalu memberi ganjaran seperti hadiah, wang dan makanan di samping kata-kata motivasi seperti cuba lagi, pandai, bagus dan kata-kata lain demi menarik perhatian mereka.
  Dalam pengajaran dan pembelajaran  paling sukar aku mengajar mereka menulis karangan.  Masalah utama ialah mereka kurang membaca dan tidak mahu berdisiplin.  Kerja latihan harian pun tak siap, inikan pula kerja rumah.  Oleh itu pendekatan yang ku lakukan ialah sama-sama membaca petikan atau bahan bacaan, selain menerangkan maksud setiap perkatan sukar dan stiap perenggan.
  Dari segi, penulisan banyak yang melanggar tatacara menulis  seperti tanda baca.  Mereka menyalin ikut suka, kekadang di tengah-tengah perkataan huruf besar, kata nama khas  huruf kecil manakala tanda noktah tidak ada.  Aku terpaksa menyebut  huruf abjad sama ada  huruf kecil dan huruf besar pada kata nama am dan nama khas, di samping ada dua orang murid yang menulis b dan d terbalik.
  Kesilapan yang selalu dilakukan ketika menulis ialah perkataan:-
      dia             -      diya
      suatu          -     suwatu
      kuluarga    -      keluwarga
      pakaian     -      pakaiyan
      buaian       -     buaiyan
      bapa         -      bapak
Syukurlah ada juga perubahan yang dibuat tetapi banyak modal , masa dan  tenaga yang diperlukan untuk mengajar mereka.
  Banyak kad bacaan, gambar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, alat muzik, bunga-bunga dan sebagainya yang ku beli sendiri, selain gambar dari internet yang dicetak sebagai bahan bantu mengajar yang dilekatkan di dinding kelas  sebagai rujukan dan pengukuhan.
  Semoga usahaku sebagai guru dapat dimanfaatkan kepada mereka.  Mereka sebenarnya kurang bimbingan dan pengukuhan di rumah.  Aku dapat merasakan agak sukar juga menerima hakikat bahawa sukarnya untuk mengajar murid-murid ini  kerana keadaan  di sekeliling sudah berubah, sudah moden berbanding dengan keadaanku dulu yang serba kekurangan , almaklumlah sekolah zaman 1970-an.  Aku masih ingat  semasa aku bersekolah di kampung dulu, bekas cikguku , Cikgu Ramlah pernah memberiku  20 sen kerana berjaya menjawab sifir dan pernah dirotan oleh mantan guruku, Cikgu Hashim kerana menulis angka 2 terbalik semasa darjah satu   . Semoga semua mantan  guruku diampuni dosa-dosanya dan  keberkati Allah s.w.t.



 .                           Photo


Saturday, November 9, 2013

Perjumpaan ketiga misi menabur budi ke Satun, Thailand

Misi menabur budi keSatun Thailand telah dirancang dengan baik.  Kali ketiga perjumpaannya di Anjung Keramat, PPD pada pukul 3.00 petang 7/11/2013.  Perjumpaan kali ini adalah untuk sesi bergambar dan membincangkan prosedur dan tatacara kehidupan masyarakat di Thailand.
  Menurut pengerusi Majlis guru besar, sebagai guru Bahasa Melayu yang membawa misi ke sana, perlulah membawa imej yang baik sebagai wadah guru -guru Malaysia .  Kita perlu menyesuaikan kehidupan kita dengan masyarakat di sana.  Apa-apapun segala rancangan telah dibuat, semoga kami selamat dan dapat menyampaikan misi menabur budi kepada pelajar-pelajar Islam di sana.
  Doakan kami agar selamat  setelah penat membuat beberapa persiapan . Tarikh program ini bermula dari 29 November hingga 8 Disember 2013.
                                          banner yang akan dibawa ke Satun, Thailand
                        Penerangan daripada pengerusi majlis misi menabur jasa  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu



Sebagai persediaan aku mula membaca menelaah belajar bahasa Thai berpandukan buku yang ku beli di kedai buku Maju Edar, Sungai Besar .
Selain itu aku juga mempelajari bahasa Thai melalui internet, berpandukan internet dengan buku ini agak berlbeza ejaan dengan sebutan dan ada perkataan lain yang digunakan, semoga kehadiranku ke Satun dapat manfaat bagiku dan juga anak didik di sana.

Friday, November 8, 2013

Kelasku dulu-dulu dan sekarang!

 Sejak awal persekolahan pada tahun 2013 , aku dah mula mengecat kelas dan menghias kelas.  Kelas yang berwarna kuning dah kutukar dengan cat hijau.
   Langsir yang dulunya berkonsepkan tema bendera dah kutukar warna hijau .  Dinding kelas yang kosong dah ku tampalkan kata-kata motivasi.  Huruf-huruf yang menaikkan semangat atau pembakar semangat dah ku pelekatkan di dinding.
  Di sudut bacaan, dah ku sediakan bahan-bahan bacaan dilengkapi dengan tikar getah.  Meja-meja dah ku balutkan dan labelkan nama masing-masing.
  Pintu dan almari juga telah kulengkapi dengan kunci supaya bilik kelasku terjaga tidak dirosakkan oleh murid-murid lain. Banyak duit yang dilaburkan untuk menghias kelas .  Tidak kurang tenaga dan masa.
  Sejak aku berkursus pada bulan pada 21-24/8, menyiapkan tugas di PKG SK Jeram Batu 20 , pada 24-26/9 dan pada 8-9/10 serta pada 21-24/10 untuk membuat modul secara berpasukan bersama  guru-guru Bahasa Melayu, kelasku dah jadi lintang -pukang.  Meja yang dibalut dengan alas meja dah lunyai, habis dikoyakkan terutama murid-murid lelaki. Sakitnya hatiku melihatkan keadaan itu.  Kini tikar getah yang dipasang koyak rabak, bukannya buat duduk belajar tetapi dibuat berperang.
  Jam yang tergantung di dinding dah pun pecah.  Minta diganti semula , bukannya mudah nak dapat, sehingga sekarang tak diganti, aku pun tak mahu beli yang baru.
  Aku pun pelik sikap murid-murid sekarang.  Kalau dulu, murid-murid pandai menjaga harta sekolah atau barang-barang yang ada di dalam kelas.  Sekiranya kita tanya, siapa yang merosakkan, seorang pun tak mengaku.  Mereka hanya tahu membuat sampah, kalau ditegur barulah hendak menyapu.  Pening juga aku dengan sikap murid sekarang ini. Salahkah aku? Mengapa kita gagal mendidik anak murid , semuanya ini berpunca dari sikap yang tidak bertanggungjawab. Aku sebenarnya teramat kecewa. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka agar berubah...aamiin.
 
                                                          Keadaan kelasku yang dahulu



Keadaan kelasku yang sekarang.
Tikar getah yang dibentangkan supaya murid-murid duduk membaca , dah jadi seperti ini.  Siapa yang tidak marah?