Sunday, December 29, 2013

Majlis Akad Nikah Rabiatul Adawiyah dan Demang Unis 2013

26/12/2013 kami bertolak dari Sabak Bernam menuju ke Taman Bukit Angkasa dari pukul 7.45 malam , singgah sebentar makan malam dan sampai ke rumah pengantin, iaitu rumah kakakku pada pukul 9.30 malam.
  Sampai di sana, ku lihat kakak iparku sedang sibuk nak menginai pengantin, manakala si bapa pengantin sibuk nak menghitamkan rambut. Ada yang tidak kena dengan daun inai, mungkin muda sangat , warna inai tak merah walaupun dah dicampurkan  dengan gambir.  Jadi tak ada pilihan, ditambah dengan inai dari Mekah. Malam itu kami menghiris daun pandan untuk buat bunga rampai.  Hantaran dah siap. Tinggal menghias bilik pengantin. Wow,merahnya mak ngah, nak buat macam mana? Memang merah betul nasib baik merah bata, kalau merah terang memang kena langgar dengan lembu agaknya tapi ini kan bilik dan Kuala Lumpur pula ,mana ada lembu?.
  Keesokannya 27/12/2013 masing-masing sibuk, memasak untuk makan tengah hari.  Kami masak sedikit sahaja untuk kaum keluiarga terdekat kerana majlis untuk esok semuanya katering.  Majlis akad nikah  akan diadakan di Masjid Khatijah pada  jam 5.00 petang,  pengantin lelaki dah sampai pada  3.45 petang, mereka terpaksa datang awal kerana bimbang akan  kesesakan di jalan raya, almaklum bandar raya Kuala Lumpur tambahan  mereka  dari jauh, Kedah.
  Pengantin perempuan pula yang terlambat nak bersiap-siap ,  kami pun risau  juga nak menegur nanti lari pula si tukang makeup. Apa-apa pun syukurlah  majlis berlangsung dengan lancar, nasib baik Pak Imam dan saksi ' cool " sahaja,kalau orang Melaka mesti dah kena tegur...berbaik sangkalah kita . Ada juga pihak keluarga kami yang tersilap masjid, inilah pengajaran agar mendengar dengan teliti. Untuk mengadakan majlis perkahwinan memang banyak cabaran terutama  masa kini, kaum keluarga  tidak dapat membantu  kerana komitmen bekerja dan tinggal pula berjauhan.  Oleh itu adalah mudah dengan mengupah katering sahaja, dah tentu semuanya berjalan dengan lancar, yang penting kocek kena tebal untuk menanggung  segala perbelanjaan - dari benda yang sekecil-kecil sehinggalah selesai  majlis tersebut. Banyak kebaikan majlis diuruskan oleh pihak tertentu kerana tuan rumah tak pening kepala memikirkan setiap acara dapat berjalan lancar.  Banyak urusan yang perlu difikirkan.


                          Sesi soaljawab atau temuduga oleh Imam  terhadap pengantin lelaki
                          barang-barang hantaran yang disusun oleh kedua-dua pihak pengantin
                                                             majlis doa selamat
                                               Selesai sudah majlis akad nikah
Pengantin lelaki memakaikan rantai tangan dan seutas rantai dan di samping duit mas kahwin yang diletakkan di dalam bingkai gambar.

   Semua yang hadir dijamu makan dengan menu ayam goreng berempah, lauk daging kurma, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur dan sambal belacan dengan ulam timun.  Pencuci mulut pula agar-agar cendol dan buah jambu.  Terdapat juga roti jala dengan pencicahnya kari ayam.  Majlis berakhir sehingga hampir waktu maghrib.  Kami beredar dan menunjukkan tempat penginapan pihak pengantin lelaki dan ahli keluarga di Kolej 12, Universiti Malaya.
 
                           

Saturday, December 14, 2013

Pantun - Luahan hati tak dapat pindah ke Daerah Sabak Bernam

Dari Melaka ke Sabak Bernam,
Hasrat hati hendak berbudi,
Apakah daya hasrat terbenam,
Hendak berpindah tiada yang sudi.


Sabak Bernam sekolahnya penuh,
Sayang sekali opysenku Bahasa Melayu,
Hasrat hati berpindah tertangguh,
Hati umpama kembang layu.


Hendak merayu terasa malu,
Umpama menyalak bukit yang tinggi,
Takkan dapat dirayu-rayu,
Sekolah yang ada tak kosong lagi.

Apa lagi hendak dikata,
Tunggu masa pencen tiba,
Bila boleh berkhidmat di negeri kita?
Kerana hati meronta-ronta.

Rumah yang tinggal tiada penghuni,
Istana hinggap ketika cuti,
Hati yang ada terasa kosong kini,
Rumah sewa tak sama rumah sendiri.


Sekejap ke sana sekejap ke sini,
Masa berlalu tidak kusedari,
Tenaga semakin berkurang kini,
Semoga kesihatan kekal abadi.

Dalam usia meningkat lagi,
Cabaran berat terpaksa ditempuhi
Kerja bertambah tidak dikurangi,
Sampai bila terpaksa dipenuhi?



Hasrat hati melangkah pergi,
Apakan daya kaki tersangkut,
Ya Allah Ya Rabbi,
Kepadamulah tempat aku berpaut.


nukilan ............14/12/2013



Thursday, December 12, 2013

perjalanan pulang ke Selangor , Malaysia

Pada pukul 2.45 petang , kami tiba di Wang Belacan/Prachan.  Kami diberi masa 2 jam untuk membeli-belah lagi. Kami melihat deretan gerai di kiri dan kanan.  Kaki mendaki bukit kerana jalan memang menaiki bukit.  Pelbagai barangan yang ada dijual di sini.  Wang Malaysia diterima di sini.  Kalau hendak membeli beras siam atau pulut siam setakat 10 kilo sahaja atau mana-mana gabungan 10 kilo. Kawasan ini sempadan imigresen Thailand dengan Malaysia.
 
                                        Selepas imigresen , Wang Kelian di Malaysia
                  Sepi sahaja pusat beli-belah di sini.  hanya kedai-kedai di tingkat bawah.
Gerai-gerai di tepi jalan Wang Kelian, Malaysia

Pada pukul 5.00 petang kami meneruskan perjalanan. Pada pukul 6.30 petang, kami singgah di Masjid Arrahman Simpang 4 Kerpan Air Hitam, Kedah untuk sembahyang zohor dan Asar. Tiba di R & R Gurun kami berhenti lama sedikit untuk sembahyang maghrib dan Isyak , makan dan rehat sebentar. Kami bertolak semula pada pukul 9.45 malam dan perjalanan  tidak akan berhenti lagi kecuali ada permintaan yang hendak ke tandas.

Syukurlah kami sampai di PPD Kuala Selangor hampir pukul 3 pagi.  Suami penulis telah pun sedia menunggu kerana sms demi sms dihantar setiap kali berhenti.  Penulis takut bateri telefon bimbit mati.  Akhirnya penulis sampai ke rumah di   Sabak Bernam pada pukul 3.45 pagi.   

Syukur Alhamdulillah dapatlah kami  menabur budi di Satun , Thialand walaupun pada awalnya banyak kedengaran desas-desus pergolakan di negeri itu.  



Hari Terakhir di Satun- ke-9 majlis penutup dan perjalanan pulang.

8 Disember 2013 - Malamnya kami bersiap sedia mengemas pakaian dan barang-barang yang dibeli.Masuk beg keluar beg, barang-barang disimpan. Manakan tidak dari beg yang kecil hendak dimasukkan berbagai-bagai barang. Untuk mengelakkan berat dan banyak beg kecil maka disusun, dipunggah dan disimpan.  Akhirnya, tinggalkanlah barang yang tak perlu.
    Majlis penutup dan penyerahan kembali guru-guru Bahasa Melayu Malaysia akan diadakan di Sekolah Muslim Suksa.  Jadi kami sudah sedia awal.  Pukul 9.00 pagi bertolak dari Sekolah Anuban Muslim,  Kami sampai di Sekolah Muslim Suksa pukul 9.20 pagi.  Majlis bermula pukul 10.00 pagi. Ucapan demi ucapan dan majls penyampaian sijil berakhir pada pukul 11.45 pagi.  Kemudian kami dijamu makan.

                              tinggal kenangan gambar bangunan prasekolah Anuban Muslim
                                            Taman permainan di prasekolah Anuban.
                pentas dan backdrop majlis penyerahan kembali guru-guru Bahasa Melayu Malaysia

Gambar di bawah menunjukkan guru-guru dan semua pengarah keempat-empat sekolah berkumpul di dewan Sekolah Muslim Suksa
Photo

Photo

Hampir pukul 1.00 petang semua sibuk bergambar kali terakhir sebelum pulang. 
                          Persembahan nasyid daripada  pelajar sekolah Muslim Suksa



 Selamat tinggal semua.......tinggal kenangan yang terpahat dalam ingatan.....


Pengalaman hari ke-8 - sambungan

 Kami meneruskan perjalanan lagi.  kami bertolak dari Sami Kitchen pada pukul 1.30 petang menuju ke Masjid Besar Songkla.  Sebaik tiba di Masjid Besar ini, penulis terpegun kerana melihat keindahan masjid ini.  Masjid ini dibina tiga tingkat. Tingkat bawah - tempat meletak kereta. Ada juga penjaja yang menjual air, buah-buhan  dan  permainan kanak-kanak
 Penulis hanya melintas di tingkat satu, tempat mengambil air sembahyang dan bilik mesyuarat yang agak besar juga. Tempat sembahyang di tingkat tiga, di bahagikan kepada dua bahagian , lelaki dan perempuan, berbeza dengan di negara kita biasanya tempat sembahyang perempuan di belakang.
   Melihatkan keindahan masjid ini tentulah biayanya mahal kerana marmarnya berkilat, binaanya cantik dan berseni. Lanskapnya juga dilengkapi dengan air terjun dan kolam.

                                                 uniknya tempat duduk mengambil wuduk
                                                      pandangan sisi tempat mengambil wuduk
                                                                   tempat solat lelaki
                                                               tempat solat perempuan
                                                 ruang legar di belakang ruang solat
                                                                rekabentuk binaan masjid
                                                          panorama di sekitar masjid

  Lebih kurang pukul 2.30 kumpulan kami ketinggalan kerana kumpulan lain telah bergerak lebih awal menuju ke Samila Beach.  Kami tiba di tepi pantai Samila , Hadyai pada pukul 3.45 petang.  Kami diberi masa 1jam setengah untuk melihat keindahan pantai.
  Di persisiran pantai ini banyak jualan cendera mata , pakaian dan beg tangan. Terlalu banyak peniaga kecil   jual makanan dan minuman. Penulis tidak sempat merakam gambar kerana bateri telefon bimbit telah habis dan kamera yang dibawa tidak boleh dicas kerana  pengecasnya  tertinggal di Selangor.




Photo



Sukarnya hendak mengambilgambar replika ikan duyung ini.

Terdapat dua pulau yang dikenali sebagai Pulau Tikus dan Pulau Kucing.  Menurut metosnya, kucing dan tikus terjumpa permata.  Mereka membawa permata itu di dalam perahu.  Oleh kerana berebut permata tersebut, perahu mereka karam.  Tempat di mana mereka jatuh itulah sempena nama pulau tersebut. 

Kami sempat membeli coconut ice cream di gerai tersebut. Bahan-bahan yang terdapat dalam coconut ice cream ialah kelapa muda, pulut, kacang, ice cream dan pilihan yang lain seperti jagung , kacang merah, jelly.Photo

Harga coconut ice cream ialah 300 bhat.
Kemudian kami meneruskan perjalanan pada pukul 6.00 petang menuju ke Klong Hae Floating Boat untuk 
menikmati makanan tradisi .  Kami tiba di sana pukul 6.30 petang dan diberi masa 1 jam.  Melihatkan banyak gerai-gerai dan pasar malam di situ, kami mengambil banyak masa untuk melihat keindahan sungai
dan kepelbagaian gaya penjual makanan terutama di tepi sungai itu.
Photo
  
Peniaga yang duduk di dalam perahu berniaga bihun goreng , shusi yang diletakkan dalam daun pisang dijadikan perahu.
Photo
Panorama di sekitar Klong Hae Floating Market  - Klong (sungai ) - banyak peniaga berniaga di sini dan terdapat banyak makanan tradisi orang Thai.

Gambar di atas jelly yang dijual di dalam tembikar yang berbagai bentuk - harganya 300 bhat.

Kami meninggalkan tempat ini pada pukul 7.30 malam menuju ke Satun .  dalam perjalanan kami singgah sembahyang maghrib dan Isya .  Kemudian kami dijamu makan ayam goreng dan roti oleh Cikgu Aminah di rumahnya.Kami diberi lagi sebungkus nasi ayam sebai buah tangan. Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki kepada Cikgu Aminah.

  Kami balik dan mengemaskan barang-barang untuk bersiap sedia balik ke- Malaysia.
                                                                    


Wednesday, December 11, 2013

Pengalaman hari ke-8 di Satun- Jalan-jalan

7 Disember 2013 , hari ke-8, kami dibawa makan angin dengan van Vip ke Hadyai.  Kami bertolak pukul 8.30 pagi menuju ke Sekolah Muslim Suksa.  Rancangan awalnya semua guru  Bahasa Melayu Malaysia dan guru pengiring sekolah masing-masing bergerak serentak dan akan bertemu di tempat yang akan dilawati.
  Menunggu dan menunggu ahli kumpulan lain tiba, akhirnya kami bertolak ke Hadyai pada pukul 9.00 pagi - (lebih kuranglah.).  Kami tiba di Kimyong, Hadyai pada pukul 10.00 pagi. Kami diberi masa 2 jam untuk membeli-belah.  Stelah membeli-belah, kami dapati harga barangan di Wang Belacan lebih murah berbanding dengan di Kimyong , Hadyai.  Maklumlah harga di bandar lebih mahal daripada harga di luar bandar cuma di bandar banyak pilihan dan persaingan tambahan pula kami mengharap guru-guru Thailand menawarkan harga tersebut kerana ada peniaga yang tidak tahu berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Peniaga  atau juru jual di pasar raya  biasanya pandai berbahasa Inggeris.
 
                                                    Panorama di sekitar bandar KImyong
                                                Kami menanti van datang pada pukul 11.52 pagi
                   
                                        Kami menyewa van ini 700 bath Thailand seorang

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, kami meninggalkan bandar Kimyong menuju ke Sami Kitchen untuk menjamu selera. Kami tiba pukul 12.40 tengah hari di restoran itu, kumpulan guru Sekolah Muslim Suksa  sudah tiba lebih awal. Kumpulan sekolah lain belum lagi muncul.  Menanti demi menanti, akhirnya kami makan dahulu kerana kelewatan kumpulan sekolah lain akan mengganggu jadual perjalanan yang telah ditetapkan.
 
                            Menu: tomyam, sayur campur, sayur tauge, siakap masak masam manis


Kumpulan guru dari Sekolah Muslim Suksa
 Pada pukul 1.30 petang , kami menruskan perjalanan makan angin lagi.......bersambung

Penulis tidak dapat mengagak jarak  perjalanan dari Satun ke bandar Kimyong dan ke Sami Kitchen .

Hari ke-7 Makan lagi... Pn Saudah, Guru Besar Sekolah Rendah pula belanja.

Selepas majlis perpisahan di sekolah, kami dijemput makan lagi.  Restoran ini baru dibuka, belum bernama lagi.  Keunikan restoran ini ialah tiangnya diperbuat daripada kayu balak.  kerusi dan meja daripada kayu jati dan beberapa pondok dibina daripada  kayu .  Penghuninya boleh duduk makan kerana meja kecil seperti meja jepun disediakan.   Lanskap di restoran ini menarik hati pengunjung.
  Menu malam ini 3 jenis kuih, buah jambu dan mangga sebagai pencuci mulut, nasi air  , bebola ikan dan isi ketam dicicah dengan sos lada api hijau manakala  kuih popia dimakan dengan sos.  Nasi air yang disediakan cukup sedap.




                                                    Nampak macam eklusif pula restoran ini.
                       Bangsal atau pondok yang dibina bersambungan seperti petak dan setiap                                                       bahagian disediakan meja jepun . Selesa duduk makan seperti ini .

Pengalaman hari ke -7 ...Episod perpisahan di sekolah

Sebelum meninggalkan sekolah, kami sempat bergambar sebagai tanda kenangan. Menemani tiga  orang guru yang akan balik pada hari Jumaat ini , kami merakam gambar kenangan.

   


bergambar bersama-sama dengan ahli kumpulan, ibu mertua En. Rosalan, pengarah sekolah Anuban, guru-guru prasekolah dan cikgu Reena.

  Setelah habis ceramah di Sekolah Muslim Suksa pada pukul 12.50 tengah hari , penulis kembali ke sekolah Anuban. Muslim untuk majlis perpisahan.    Semua murid berkumpul di dewan kemudian semua guru-guru Bahasa melayu Malaysia memberi ucapan perpisahan dan kami diberi buah tangan.




Terima kasih tidak terhingga kerana melayan karenah kami . Kami menerima layanan yang baik dan terhutang budi atas segala pengorbanan guru-guru sekolah Anuban meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit demi memartabatkan  Bahasa Melayu di kalangan anak didik atau generasi muda Thailand