Wednesday, April 30, 2014

Pertandingan Sahibba 2014

30 April aku membawa Muhammad Saifuddin bin Khairuddin 6 Arif ke pertandingan sahibba peringkat separuh akhir di SMK Terendak Kem.  Semasa mesyuarat ,  acara bermula pukul 10.00 pagi tetapi dalam surat yang sampai pada 29 April bermula pukul 11.00 pagi. Nasib baik ada pas masuk ke kem itu.
  Pagi-pagi lagi aku ke sekolah , setelah mengajar 1 jam, aku pun keluar.  Geram sungguh , dahlah kita nak bawa murid, makanan tak disediakan atau wang makan tak diberi.  Aku pun tak sempat makan, hanya makan oat dan minum air kopi.  Di sekolah pula, ada buat jamuan makan-makan,  tak sempat aku bungkus sahaja.  Selepas keluar dari kelas , aku terus berjumpa murid itu.  Alangkah terkejutnya aku, dia pakai baju /t-shirt PJ. Dahlah lewat, aku bawa dia dengan pakaian PJ sebab jam dah menunjukkan pukul 10.00 pagi.
  Sampai di SMK Terendak Kem pukul 10.30 pagi , setelah mendaftar, muridku dapat giliran  meja ke-23. Setelah mendapat maklumat satu pusingan 10 meja, maka giliran muridku  pusingan ketiga,   Nak menunggu lamanya, Acara mula pukul 11.10 pagi, satu pusingan memakan masa 40 minit,  Muridku masuk pukul 1.15 petang dan habis pukul 1.45 petang. Syukur, alhamdulillah johan peringkat separuh akhir bagi meja ke 23.  Ini bermakna seramai 56 orang akan ke separuh akhir di Air Keroh D'Village  Resort pada 15/5/2014.
Agak berbaloi jugalah selama menunggu  hampir 3 jam dan badan masak berpeluh akibat menuggu di dewan makan yang tidak ada kipas angin kerana pendawaian dan penggantian kipas angin baru.
  Aku hantar anak muridku pukul 2.30 petang dan aku sampai ke rumah pukul 2.45 petang.  Barulah dapat aku menjamah nasi kerana semasa menunggu giliran peserta aku makan burger dan air mineral yang diberi oleh pihak  pengelola.
Muridku juga tidak lalu makan walaupun aku menawarkan RM5.00 untuk membeli makanan di kantin sekolah itu, dia telah menolaknya.
  Apa-apa pun bersyukurlah....tahniah kepada Muhammad Saifuddin...semoga berjaya ke pusingan akhir.
,,,aamiin,
 
 Nasib baik pihak pengelola membenarkan guru pengiring masuk ke dewan untuk mengambil gambar.

                     Gambar yang dirakam semasa peserta sedang menyertai pertandingan sahibba

                                          Tahniah,  johan  bertemu lagi nanti 56 orang peserta peringkat akhir.

Dalam majlis ini berjumpa pula dengan Kashmir dan Mohd Akasha , Raziyah rakan semaktab perguruan Batu Rakit ....setelah 30 tahun membawa haluan masing-masing.
  Berjumpa pula rakan sejawat Ustazah Insijam dan Pn Roslina (SK Ganun) , aku ingat-ingat lupa tetapi beliau masih ingatkan aku guru  yang bertugas SK Alor Gajah 1....bukan,bukan, bukan SKDN...tetap di hati.

Monday, April 28, 2014

GURU PEMBIMBING PSK 2014

Tahun 2014 merupakan tahun yang sibuk dengan perubahan jadual waktu atau perubahan persekitaran tempat kerja.  Dapat guru besar baru, barisan pentadbir baru , guru-guru dan murid-murid baru serta kaki tangan sekolah baru.  Kali ini banyak angat perbezaannya.  Terasa terasing pula mendapat persekitaran baru ini.
  Guru praktikum PSK seramai dua orang adalah di bawah bimbinganku.  Kedua-dua orang guru ini adalah guru perempuan.  Memang rajin dan layak bergelar guru berbandingan dengan guru-guru praktikum yang pernah ku tahu kerana kalau guru praktikum UNISEL banyak yang berbeza. Mungkin mereka dari universiti kot.  Pergaulan dengan guru-guru senior amat ketara.  Mereka bergaul dengan geng mereka, lesson plan pun ada kalanya tak buat.  Mereka hanya duduk di bilik komputer dan   dipusat akses.  Mungkin tinggi darjat mereka daripada guru-guru di sekolah rendah, maklumlah mereka taraf universiti.
  Kekaang sukar juga menjadi guru pembimbing kerana pandangan berbeza.  Menurut pensyarah mereka perlu banyak aktiviti, sedangkan kita sebagai guru perlu merancang aktiviti pembelajaran agar sepadan dengan masa pdp sementelah sekarang ini zaman ICT, kononnnya kaedah lama mencatat dalam buku adalah ketinggalan.  Sebenarnya mencatat adalah aktiviti pengukuhan.  Aktiviti kumpulan dan lain-lain aktiviti yang terkini bagiku adalah sebagai sisipan sahaja.
  Tetapi tidak apalah, asalkan perancangan dan aktiviti pdp dijalankan mengikut sukatan pelajaran dan bersistematik.  Terpulanglah kepada mereka menggunakan ICT sebagai media kepada pdp yang boleh menarik minat murid. Memang institusi perguruan menekankan kaedah dab pendekatan dalam pdp.
  Apa-apapun aku bersyukur kerena kedua-dua guru pelatih ini mendengar dan menerima pandangan serta idea yang ku kira sepadan dengan kehendak penyelia/pensyarah mereka.  Selama 12 minggu aku hanya menyelia 2 kali kerana masa seliaan perlu diselaraskan jadual pdpku. Terima kasih atas cenderamata yang diberikan dan banyak membantu poihak sekolah dalam program menyiapkan pondok LINUS.

                                                         cenderamata yang tertulis nama mereka.

Keceriaan Pondok LINUS SKMT 2014

Kami telah berjaya merubah daripada sebuah pondok buruk umpama bangsal kepada pondok yang berwajah baru dan ceria.  Pada mulanya pondok yang berlantaikan simen diperbaharui dengan simen yang lebih tebal.
  Kemudian ku dapati, bumbungnya pula berdawai , maka diminta agar dibuaangkan dawai tersebut.Dengan bantuan dan kerjasama guru-guru pelatih ,Cik Fathimah Norhanisah, Cik Rabiatul'adawiyah , Cik Nurain Fatihah dan Cik Khadijah maka siaplah pondok LINUS ini.  Setiap petang , mereka menyiapkan bahan-bahan dengan kerjasama guru-guru SKMT.  Aku tidak dapat mengagak berapa lama masa yang diambiluntuk menyiapkan perisian di pondok ini. Mereka mencari bahan-bahan, melaminate , menggunting dan melekatkannya di pondok LINUS.  Mereka memberi kerjasama yang sangat baik dengan bantuan atau sumbangan idea , lokasi penempatan bahan-bahan atau alat bantuan mengajar yang hendak dilekatkan atau dipamerkan di pondok LINUS.
  Kalau dikira tentu banyak kos untuk mewujudkan pondok LINUS ini.  Sememangnya pendidikan itu merupakan suatu pelaburan.  Diharapkan pelaburan ini tidak membazir kerana murid-murid tentu akan tertarik untuk singgah dan belajar di sini.  Cuma diharap setelah berhempas pulas menceriakan , pondok ini, murid-murid dan guru dapat mengekalkan keceriaan dan mendapat hasil yang membanggakan iaitu meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran.  Semoga Allah memberkati usaha kami selama ini.  Alhamdulillah ....memang cantik dan ceria pondok ini.
 
 Dinding daripada kayu nipis ,tebalnya 1inci dan lebar 1 1/2 inci.dan dicatkan merah kuning, bekas pondok LINUS lama.
 
                                   
                                                        Panorama dari luar pondok LINUS
 Kain rentang lama yang tidak digunakan dijadikan tempat melekat gambar berbagai kaum di Malaysia
                                   bahan-bahan pemebelajaran dan pengajaran dilekatkan di dinding

dinding zink, bahan-bahan pdp digantung menggunakan ring.

                                     Adab belajar yang didapati dari Kumpulan  Cikgu Anis
                                 
                                                    pandangan  dalam pondok LINUS
  Belakang  kain rentang yang tidak digunakan disembur cat sebagai latar belakang untuk diletakkan bahan-bahan bacaan.



                                   meja diletakkan untuk murid-murid mencatat selepas membaca
                          bahan-bahan pdp LINUS Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik

Harapan kami bahan-bahan yang dipamerkan tidak rosak kerana terkena air atau pancaran matahari.  Semoga usaha kami berbaloi.  Terima kasih atas semua sumbangan idea, tenaga , wang dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pihak sekolah.

Keceriaan Pondok LINUS

Hari Jumaat 25/04/14, sibuk membuat carta organisasi LINUS .  Setelah mengedit gambar-gambar AJK LINUS dan melengkapkan kesemua gambar , maka sibuklah menyiapkan carta organisasi di papan kenyataan bersebelahan dengan pondok LINUS.
   Mula-mula, aku meminta En Nasreen menyiapkannya setelah diberi penerangan.  Kemudian beliau pula menyerahkan kepada Cik Rabiatul'adawiyah pula kerana kami membuatnya ketika waktu senggang (masa Free)  Kemudian,  aku pula membuat ubah suai penyusunannya.malangnya, tak siap juga.
  Malam tadi dah nak lekatkan info LINUS dan gambar-gambar semasa membuat bahan-bahan dan kerja memproses , melamaninate, menggunting dan serta menghias pondok LINUS.  Aku dah siapkan pengertian LINUS dan info mengenainya.
  Hari ini aku  menghiaskan  papan kenyataan itu dengan reben, bunga-bunga laminate dan plastik untuk melindungi daripada terkena tempias hujan atau tangan-tangan nakal yang suka menyentuh bahan-bahan atau gambar tersebut.
 Lihatlah, hasil kerjaku dengan bantuan rakan-rakan.  Hari ini, aku menyiapkan papan kenyataan seorang diri..  Esok , kami akan bergotong-royong lagi untuk mempamerkan  peraturan penggunaan Pondok LINUS.
                                         mencari maklumat mengenai LINUS melalui internet di rumah
                                             " melaminate' maklumat yang didapati
 Terpaksa membeli pemotong polistrin tangan yang baharu kerana yang dibeli tahun 2013 telah pun patah. Reben-reben ini dibeli tahun lalu untuk keceriaan kelas semasa di SKSS, Tanjung Karang, Selangor.
                                           Huruf-huruf daripada polistrin yang telah dipotong
                       



 Kain renda di keliling papan kenyataan ini adalah hasil tanganku , seingatku kain ini dibeli pada tahun 2010 untuk renda langsir, oleh kerana ianya tidak digunakan ku lekatkan pada papan kenyataan ini untuk menutup kayu papan yang kelihatan buruk.
  Syukurlah siap juga info LINUSku dan kini sedang menyiapkan peraturan di pondok LINUS.

Thursday, April 24, 2014

JPN turun padang

Pukul 3.30 petang Jabatan Pendaftaran Negara turun padang.  Mereka dari JPN Melaka yang berpusat di UTC.  Kalau tak silap penulis seramai 7 orang yang datang dengan menaiki kenderaan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara.
  Inilah sekolah pertama mereka turun padang.  Murid-murid tahun 5dan 6 wajib hadir bersama-sama dengan guru kelas pada hari Selasa 3.30 petang.  Penulis baharu sahaja sampai, malangnya dikatakan oleh sebab guru perempuan yang memandu kereta TOYOTA , menyebabkan pemandu mengelak lalu termasuk ke dalam longkang.  Al-nasib. Kereta mereka terpaksa ditarik dengan lori kerana sebelah tayar kanannya terperosok ke dalam longkang.  Aduhai, malangnya nasibku, aku dituduhnya sedangkan aku baharu sampai ke sekolah pada pukul 3.45 petang kerana hujan selebat-lebatnya.
  Bagus juga penerangan mereka.  Pada masa kini, kad pengenalan hendaklah dibuat pada cukupnya umur  12 tahun.  Kalau lewat sebulan akan didenda.  Kad pengenalan selepas 12 tahun hendaklah ditukar pada umur 18 hingga 25 tahun.
  Setelah  kad pengenalan dibuat, tidak diambil akan didenda. `Banyak juga maklumat yang diperoleh  tetapi penulis tidak mengmbil perhatian.  Syukurlah tamat satu sesi penerangan, kemudian penulis terus ke pondok Linus untuk membantu menyiapkan bahan-bahan bacaan dan kelengkapan yang lain.






penulis sempat bergambar dengan pegawai-pegawai JPN.  Lokasi penerangan di makmal komputer SKMT.

Tuesday, April 22, 2014

Jom Baca 10 minit

   Hari ini 22/04/2014 semua murid dan pelajar sekolah di Malaysia digalakkan membaca 10 minit.  Tujuan aktiviti membaca 10 minit ini adalah untuk membuat rekod bacaan terbanyak. Program jom baca adalah untuk memberi galakan membaca dalam kalangan murid dan pelajar sekolah.
      Sekolah kami telah dibekalkan 'banner'  Jom baca 10 minit,bermula dari pukul 10.00 hingga 10.10 minit.
Pihak sekolah telah menetapkan loceng dibunyikan pada pukul 9.45 pagi sebagai arahan beerkumpul di kantin sekolah.  Semua murid beratur menuju ke kantin.Semua murid dimestikan membawa bahan bacaan.  Semua guru juga dikehendaki  membaca bersama-sama.
  Tepat pukul 10.00 pagi , kami pun mula membaca.  Sebelum itu kami diberikan penanda buku dan diberikan senarai nama untuk ditandatangani oleh murid-murid.   Lihatlah gelagat guru-guru dan murid sekolah kami bergambar....hehehe.
 


Semoga amalan membaca akan berterusan.

Sunday, April 20, 2014

Semut pula dah!

Pelbagai masalah yang timbul apabila rumah ditinggalkan.  Oleh kerana tugas dan mengikuti suamiku yang bertukar tempat bertugas , maka rumah yang dibeli terpaksa ditinggalkan.  Kalau mengikut kata kawan-kawan, jadikan homestay atau rumah tumpangan.  Bagaimana nak jadikan homestay kerana banyak barang-barangku di sini dan tidak ada orang yang hendak menyelenggarakan.  Biarlah apa-apa pun aku sendiri yang akan menyelesaikan kerana rumah ini dibina adalah atas keputusanku.,
  Setelah berkelahi dengan lalat, kini berperang pula dengan semut.  Semut-semut kini amat melampau.  Kalau dahulu, aku taburkan ubat semut yang berbentuk serbuk atau makanan semut.  Menurut pak cik yang menjual  makanan semut ini, kalau rumah di kelilingi pokok memang sukar.  Memang betul pun, rumahku di kelilingi pokok jambu dan pokok mangga.
  Bersungut pokok mangga tak berbuah, akhirnya berbuah juga .  Tahun ini , banyak buahnya . Ada 4 batang  pokok yang berbuah.. Alhamdulillah. Malangnya banyak pula semut yang hadir ke rumahku.  Kalau dahulu meniti tingkap-tingkap tetapi kini memanjat hingga ke tepi-tepi bumbung.  Hampir setiap minggu aku menyembur semut-semut tersebut dengan 'Shieldtox Mosquito Spray' .  Dah berbagai-bagai cara untuk mengatasinya.  Serbuk semut pun dah ditabur di sekeliling rumah.  Hari ini , 20/04/2014 suamiku menyembur ubat semut  "Plasbon 250" baunya busuk macam minyak gas.  Menurut suamiku, Shieldtox kurang berkesan tetapi itulah yang paling mudah.  Banyak semut yang mati akibat terkena semburan tersebut.
  Entahlah banyak pula serangga dan tidak ketinggalan sang tikus.  Minggu lepas, puas mengemaskan bangkai tikus, nak mencarinya buka mudah.  Tunggu sehingga baunya harum mewangi barulah aku menjumpai kerana aku pasang perangkap makan tikus yang berwarna merah jambu.
  Inilah gara-gara meninggalkan rumah terlalu lama. Sejak tahun 2010,aku bertugas di Sabah, aku hanya balik ke rumah pada masa cuti sekolah kemudian berpindah ke Sabak Bernam, kadangkala terpaksa memandu sendirian untuk mengemas rumah......begitulah ketentuan-Nya.
   Kini, bersyukurlah dapat mendiami rumah sendiri walaupun belum sempurna ......

Lalat , Oh, Lalat!

Semenjak musim kemarau dah berlallu, kini musim hujan pula.  Cuaca yang lembab dan kawasan tanaman di sebelah rumahku kini beroperasi.  Tanah dah dibajak.  Baja tahi ayam ditabur untuk  menanam.  Tetapi bau tahi ayam pula menyucuk hidung.  Tambahan pula menarik perhatian  banyak lalat ke rumahku.
   Kehadiran lalat yang tidak dipelawa telah mengganggu ketenangan jiwaku.  Semalam 19/04/2014 aku dah mengemop lantai dan mengelap meja makan.  Semua sampah sudah kubuang.  Namun kehadiran lalat yang berterbangan mengganggu kehidupanku terutama urusan di rumah.  Duduk sahaja menghadap komputer ini, beberapa ekor lalat menghurungi kakiku dan berterbangan, kadangkala menghurungi mukaku.
  Aku telah mengemop lantai dengan menggunakan pekatan semulajadi serai wangi dan mengelap meja makan.  Sekejap sahaja lalat-lalat menghilang, kemudian hadir kembali.  Aku ke kedai pula, membeli kertas lalat.  SHLL peelekat-lalat.  Berkesan jugalah tetapi kehadiran lalat tetap ada.. Kalau dahulu kertas lalat ini berharga  20 sen sekeping.  Tetapi aku tak tahu berapa harganya sekarang kerana aku beli sebungkus yang mengandungi 10 keping.  Setakat ini dah sepuluh keping aku gunakan.
   Bercerita tentang kertas lalat, peniaga sekarang ini mahu untung sahaja.  Kenapa? . Kertas lalat yang berbau ikan masin ini semakin kurang pelekat atau  gam di kertasnya.  Sekiranya lalat itu hingga di tepi kertas, alamat tak terlekat atau terperangkap .  Lalat itu mesti mendarat pada tempat yang banyak pelekat atau gam.
  Tetapi tak apalah, kurang sedikit gangguan lalat ini.  Banyak pula serangga yang tidak dipelawa hadir ke rumahku......semut juga dah naik ke bumbung rumah...Nasib baiklah aku bersungguh-sungguh bertukar sekolah untuk mengajar di Melaka. Aku  ingin balik mendiami dan menjaga  rumahku walaupun selesai satu masalah, timbul pula satu masalah lain......bersambung.......


        kertas lalat yang dibuka untuk perangkap lalat
   

                  Pekatan herba serai wangi untuk dilapkan di meja makan dan dimopkan di lantai.

Friday, April 18, 2014

Mesyuarat Linus Kali kedua

Pada 17/04/14, aku menghadiri mesyuarat Linus kali kedua di PPD, Alor Gajah.  Masalah utama ialah tempat parkir.  Selalunya 2 sesi taklimat .  Sekolah Masjid Tanah sesi kedua, bermasalah parking sementelah Sekolah Alor Gajah 1 pula mengadakan LADAP.  Setelah 2 kali berpusing-pusing mencari tempat parkir, maka terpaksalah park kereta di sebelah sekolah dengan berkupon.
  Semasa parking kereta bertemulah dengan rakan guru di SKDN.  Aku hanya sempat bersalam tanpa sempat berkirim salam dengan guru-guru SKDN.
  Taklimat penulisan saringan 1 Linus ni agak berlainan sedikit.  Aku mula berjumpa rakan guru baru dan pegawai Linus SL Daud bin Md Liza, Pn Mariam serta Pn Norliza (Matematik). Taklimat kali ini mempetemukan aku dengan dengan Encik Daud .  Aku sempat berbual dengannya, meminta buku catatan Linus dan cara mencatat konstruk /melepasi konstruk .  Aku maklumkan muridku ada 8 orang yang  tidak mencapai apa-apa konstruk.  Terkejut beliau.  Katanya masih terlalu awal,  Aku pula menyatakan sukar bagiku mengajar murid yang terlalu jauh pencapaiannya antara yang sudah menguasai kemahiran sehingga konstruk 12 dengan tidak menguasai apa-apa konstruk bermakna konstruk sifar.
  Puas aku mengajar mereka.  Aku pun agak musykil juga mengapa susah sangat hendak mengajar murid-murid tahun 1.  Mungkin tiada pengalaman dan perbezaan terlalu jauh antara Tahun 6 dan Tahun 1. Tetapi tak mengapalah mungkin dugaanku bagi  tahun 2014.
  Setelah mendengar taklimat, masing-masing mengangkut kertas soalan atau instrumen BI, BM dan Matematik secara ber'bundle'.  Nasib murid sekolahku sedikit, kalau tidak alamat perlu mencari troli ataupun membawa kereta dahulu berdekatan dengan PPD supaya mudah dimasukkan ke dalam but kereta.
 Semoga saringan menulis ini akan berjalan dengan lancar .  Saringan yang akan mula dijalankan pada 21/04/2014 sehingga 30/4/2014.
  Selepas ini terpaksa buat minit mesyuarat curai  dan pendedahan cara menjalankan saringan menulis serta mengagihkan instrumen kepada semua  guru Linus.  Linus , Oh, Linus....mencabar jugalah kerana cara pengendalian berbeza.  dan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
 Tambah kerja pula ...di mana akan ada Linus tegar dan murid Linus  sementara  Tahun 6 pula , akan ada 3 orang murid PROTIM..... Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan semangat baru .

Tuesday, April 15, 2014

Lain yang dicari, lain yang dapat

Zaman teknologi setiap orang memerlukan pendrive atau hardisk untuk menyimpan bahan atau gambar-gambar kenangan.  Tetapi pendriveku ada banyak perisiannya.  Maklumlah dari tahun 2009 dan 2008 , kedua-duanya dah penuh.  Maklumat di dalamnya,  ada yang kuguna dan ada hanya sebagai penstoran sahaja.
       Semasa hendak memohon guru cemerlang, aku perlukannya.  Aku sibuk mencari kedua-dua pendrive ni.  Seingatku diletakkan di atas meja komputer. Kehilanggannya menimbulkan misteri. Memang barang-barangku tak pernah hilang kecuali hilang dalam simpanan.
      Oleh kerana berpindah -randah, tak terlepaslah aku daripada sikap pelupa.  Bulan  lepas, puas ku cari kupon-kupon cosway yang dikumpul. Kini hilang pendrive, bertambah menyinga aku.  Kenapa? Mungkin dah beberapa kali tetamu datang ke rumahku, tetamu kecil ni memang suka membelek dan matanya melilau mencari sesuatu. Sementelah kedua-dua pendrivekun hilang, maka aku dengan cepat menuduhnya.  Habis ku lepaskan kata-kata yang tak sepatutnya kuucapkan. Aku pun menelefon anak sulung di Shah Alam dan suamiku di Sabak Bernam.Puas aku bertanya tentang pendrive.  Suamiku menyuruh aku bertanya tentang tetamu sikecil kepada ayahnya.  Walaupun hatiku menuduhnya tetapi suara  hatiku  aku masih mahu kepastian daripada anak keduaku . Intuisiku selalunya benar.  Nasib baik tak telefon ayah tetamu kecil itu, kalau tidak tentu aku dimarahnya.
      Rupa-rupanya anak keduaku terambil .  Masalahnya kalau terambil, beritahulah supaya tidak berlaku tuduhan kepada insan yang lain. Aku naik angin kerana sudah puas kucari, ku selongkar kotak-kotak dan beg-beg serta almari.  Lain yang ku cari , lain pula yang ku jumpa.  Barulah jumpa kupon-kupon cosway yang kukumpul, ingatkan di rumah Sabak Bernam , rupa-rupanya di dalam laci rumah di Melaka.  Begitulah kalau usia dah meningkat,lain yang dicari lain yang dapat.
     Syukur Alhandulillah....jangan membuat tuduhan sebelum menyiasat terlebih dahulu...kelak akan timbul fitnah dan pergaduhan.

Sunday, April 6, 2014

sibuk-sibuk membuat BBM Linus SKMT

Penulis baru sahaja mengajar tahun 1 bagi  perkhidmatan ke- 30 tahun.  Pada mulanya , penulis memang agak susah hendak menerima mengajar tahun 1 kerana murid-murid tahun 1 susah hendak mendengar arahan tambahan pula penulis tidak ada pengalaman langsung. Dengan kata lain pengalaman sifar.
  Biasanya , kalau dulu-dulu murid tahun 1 mendengar arahan . Kini suasana dan persekitaran pembelajaran mereka amat berbeza.  Adanya program Linus bermakna bertambahlah bebanan guru. Guru-guru terpaksa membuat pondok atau tempat aktiviti Linus.  Bagi penulis tak pernah pun pergi tadika dan masuk kelas pemulihan, pandai pun membaca sedangkan ibu penulis sendiri tidak berpendidikan sekolah setakat darjah 3 semasa Jepun memerintah., kemudian berhenti kerana pada masa dahulu pendidikan dalam  kalangan anak-anak perempuan tidak digalakkan.
  Jadi , kami guru-guru LINUS sepakat menghias Pondok Linus SKMT daripada pondok buruk umpama sangkar burung kini  berwajah ceria . Keceriaan dan Bahan-bahan Bantu Mengajar sekarang ini dibantu dengan guru-guru pelatih seramai 4 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka.
  Pada mulanya, pondok buruk ini lantainya disimenkan. Dihamparkan tikar getah supaya murid-murid dapat duduk dengan selesa agar  aktiviti pembelajaran dapat dijalankan.  Kemudian , kami sibuk menambah BBM dengan mencari bahan-bahan dari laman web Koleksi  Cikgu Anis atau Norainins Dream atau lain-lain blog guru yang boleh membantu memberi idea bagi menceriakan pondok Linus.  Kebanyakan BBM dibuat oleh guru-guru Pelatih dari IPG Maktab Perguruan Melayu Melaka : Cik Fatimah, Cik Rabiatul Adawiyah ,Cik  Nurain Fatihah  dan Cik Khadijah..  Terima kasih atas bantuan melengkapkan pondik Linus SKMT.

          berkumpul di PSS berbincang tentang bahan-bahan ABM yang hendak diletakkan di Pondok Linus.
 Selasa , 2/4/2014, kami sibuk membuat BBM seperti mencetak, melimatekan bahan-bahan tersebut masa Free dan juga pada waktu petang pukul 4.30 -6.15 petang.. Kami berkumpul di pondok dengan peralatan seperti laptop, printer, mesin laminate atau laminator, plastik laminate, gunting, tangga dan sebagainya untuk membuat BBM tersebut. Pn Suraitie Hamdan David, Pn Rohayanti, Ustazah Saadiah, Pn Norhayati bersama-sama guru lain membatu membuat BBM.

                                                     Kerja-kerja menggantung BBM










Barisan guru pemerhati melawati projek LINUS..hehehe.



Papan tanda pondok LINUS ini adalah hasil tangan sipenulis dengan bantuan guru-guru pelatih menyusun dan mereka bentuk susun atur huruf-huruf dan perkataan tersebut.

   

  Guru-guru lain  juga yang datang menjenguk dan memberi idea untuk menceriakan lagi pondok LINUS ini.
Cadangan untuk menceriakan pondok LINUS bermula setelah pegawai Linus datang menziarahi dan mecerap guru-guru matematik.  Nasib baik penulis tidak dicerap kerana agak kekok juga apabila mengajar tahun 1 di mana baru bermulanya pengalaman .