Sunday, June 29, 2014

Pantai Cenang,Langkawi

  Pasir Pantai  Cenang terdiri daripada serbuk pasir yang halus. Pantai ini  dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa dan Casuarinas, seluas dua kilometer dan dipenuhi dengan gabungan kawasan peranginan, hotel-hotel mewah, chalet dan restoran. Pantai ini popular semasa musim pelancong, waktu  puncak ialah musim cuti sekolah dan cuti umum atau hujung hujung minggu. Aktiviti -aktiviti yang dilakukan di sini baik untuk  menerokai pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Rebak Kecil dan Pulau Rebak Besar. Pantai Cenang terletak di hujung selatan-barat Langkawi, kira-kira 18 kilometer dari Kuah.
  Sebelum berangkat balik , kami singgah di pantai Cenang.  Panorama di pantai itu sungguh cantik.  Patutlah ramai pelancong yang mengunjungi, Berbagai=bagai  kemudahan yang disediakan seperti restoran, kiosk-kiosk yang menjual  cenderamata dan makanan,  penginapan dan kemudahan bersantai serta berekreasi di tepi pantai. 
  Ramainya pelancong tempatan dan asing berkunjung di sini terutama musim cuti sekolah. Memang kayalah  penduduk Langkawi yang membuat perniagaan di sini.  Sepanjang kami bersiar-siar di Pulau ini , kami lihat banyak homestay dibina dan projek perumahan sedang dibangunkan.
  





Malangnya sakit mata apabila melihat pelancong asing yang membawa budaya mereka di negara kita.  Agak tercemar budaya sopan santun dan berpakaian ketika di pantai jika melihat gelagat mereka.  

Perkampungan Mahsuri @ Makam Mahsuri

Kali ketiga menziarahi Makam Mahsuri.di perkampungan Ulu Melaka , Langkawi . Ada perubahan besar sejak dari tahun 1989.  Kini kujejaki juga pada tahun 2014 ini.  Tiket  masuk dewasa kini RM7.00 seorang.  Kami sampai pukul 2.00 petang dan berjalan-jalan di perkampungan ini  sehingga  pukul 3.30 petang ..
    Kami  menuju ke kubur Mahsuri. Kini kubur itu tidak boleh didekati, pandang dari jauh sahaja.  Kemudian kami ke perigi Mahsuri.  Air dari perigi ini juga tidak boleh dicedok.  Hanya hiasan kerana menurut penjaga di situ air telaga ini kini sudah tercemar.  entah betul atau tidak kami tak tahu, hanya itu sahaja yang kami dapat maklumat.
  Kami sempat juga melihat batik lukis.  Harga kain batik lukis berharga RM420 bagi 4 meter untuk sepasang baju perempuan.  Ada juga yang lebih murah, bergantung kepada jenis kain dan corak atau lapis warna yang dibuat. Harga masih boleh dirundingkan.  Kami tidak membeli sebarang cenderamata di sini.  Ada kiosk untuk bergambar , harganya berpatutan RM10 sebagai tanda kenangan dan siap dalam masa 10 minit.
  Kemudian kami ke rumah Panglima Hitam,  Rumah Mahsuri dan Rumah Penghulu.  Ada kui tempat simpan padi yang telah rosak tetapi masih kukuh juga.  Kami mengujungi Rumah Mahsuri, lantai di belakang tempat bersantai dah reput kerana terdedah dengan panas dan hujan.  Biliknya juga rasa-rasanya dah dipinda sedikit.  Pada tahun 2001, masih ada adat berendui untuk bayi dan buaian itu masih ada, tetapi persembahan nyanyian berendui sudah tiada lagi.
  Kami ke rumah Panglima Awang Hitam, masih kukuh dan Rumah Penghulu. Hanya  hiasan dan tidak ada penjaga yang menerangkan, hanya barang-barang yang dipamerkan menerangkan sesuatu maklumat melalui pembacaan.
  Akhirnya kami ke Muzium dan menonton video tentang cerita Lagenda Mahsuri dihukum akibat fitnah.  Ada dua versi yang berlainan tetapi versi dia difitnah oleh Wan Mahora telah diterima. Selepas itu kami meneruskan melawat Galeria Perdana .
                                              peta lokasi perkampungan Mahsuri
                                               dapur memasak zaman abad ke-18 - dapur kayu
                                             belanga dan perkakas dari tanah liat
                                                 gambar Mahsuri di dalam bilik yang terbuka
                                                            kui tempat simpan padi
 Peralatan seperti pengisar, indik atau lesung kaki digunakan dalam  proses padi menjadi beras yang diletakkan di bawah rumah Mahsuri
                                                rumah Mahsuri yang dibina tanpa sebarang paku
 
                                                                     perigi Mahsuri
                                                       Rumah Panglima Awang Hitam
                                                          Rumah penghulu
                                                    Lukisan di dalam rumah penghulu
                                                            di serambi rumah penghulu
                                                     lukisan di serambi rumah penghulu
                                               barang-barang yang dipamerkan di serambi rumah penghulu
                                            congkak gergasi yang dibina di hadapan rumah penghulu
                                                            balai tempat sembang dan santai
                                                  permaian ting ting  di halaman rumah penghulu
                                          pemandangan dan buaian di hadapan halaman
                                                                            Rumah Mahsuri
  Lagenda Mahsuri yang mengisahkan akibat fitnah , Mahsuri telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur  selama  7 keturunan. . Kini Langkawi maju dan menjadi tarikan kepada pelancong di dalam dan di luar negara.  Semoga pihak berkuasa akan memelihara dan memulihara perkampungan ini dan menjadi tarikan kepada pelancong.

Tuesday, June 24, 2014

Mendaki Gunung Raya

PaDA 10/06/2014 Berbaki beberapa jam lagi, kami menyingkap peta Langkawi ke tempat yang boleh dije dijejaki dalam masa yang singkat.  Dari HIG< kami bersarapan, kemudian menuju ke Gunung Raya. Bertolak pukul 9.00 pagi  kami menaiki ke puncak Gunung Raya dengan kereta Vios.
   Walaupun jalannya agak bengkaang-bengkok atau sekolah S, namun kami berjaya sampai ke puncak iaitu di sebuah resort dan boleh menaiki bangunan oitu dengan syarat membayar RM10 seorang. Agak tak berbaloi setakat menaiki bangunan itu dengan bayaran RM30 bagi tiga orang.  Kami kemudian mengambil gambar di tempat yang dibenarkan  dengan  percuma .
                     
Bangunan D' Coconut Hill  Resort yang tinggi itulah yang dikenakan bayaran RM10 seorang dan boleh melihat di sekitar Pulau Langkawi
                                                        Menara percuma yang kami naiki
                                     Laluan ke VIP room di hujung, boleh mengambil gambar
                                                               Pemandangan dari atas
 Jalan raya yang berliku -perjalanan 30 minit untuk mendaki Gunung Raya yang setinngi 881 m dari paras laut.



Pemandangan dari puncak Gunung Raya .

Friday, June 20, 2014

Dataran Helang

Sebelum balik ke HIG,  kami ingin melihat matahari terbenam di Dataran Helang, di Kuah.  Pada pergi pada pukul 6.30 petang selepas melawat Galeria Perdana Menteri.  Oleh kerana pada masa itu musim cuti persekolahan , maka ramailah pelancong yang datang ke situ.
  Kebetulan sibuk kami mengambil gambar kenangan, ada sekumpulan pelancong dari India yang sibuk bergambar di hadapan Dataran Helang itu. kami melihat gelagat mereka.  Tahu-tahulah kan orang India, dengan keriuhan mereka.  Ada pula yang sanggup berdiri di tebing perkataan huruf 'LANGKAWI" , mereka sanggup menyelit di celah-celah huruf tersebut.  Ada pula yang sanggup meninggalkan beg mereka kerana teruja henda merakam gambar kenangan.
  Kami tidak dapat melihat matahari terbenam kerana suasana pada masa itu tidak menarik, mendung.  Kalau betul-betul suasana petang matahari terbvenam tentulah menarik terutama ketika cahaya merah di kaki langit.
Jadi, kami mengambil gambar kenangan pemandangan atau panorama di tepi laut.
  Kemudian kami membeli aiskrim dan air mineral kerana kehausan setelah berjalan-jalan di sekitar dataran tersebut.
                                       
                                                       pandangan dari bawah  replika helang

pemandangan di tepi laut

                 
kami pun menyelit di hadapan huruf Langkawi tersebut

Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.


Wednesday, June 18, 2014

Pabila rakan sebaya jadi mentor

Oleh kerana 8 orang muridku Linus, 3 LINUS Tegar dan 5 orang LINUS, maka pendekatan yang kuambil adalah untuk menjadikan muridku yang agak pandai sedikit sebagai mentor atau rakan sebaya sebagai pembimbing.
  Aku telah tetapkan setiap murid LINUSku ada rakan pembimbing.  Program ini telah ku jalankan semasa "Relief' kelas tersebut. Pengalaman mengajar murid-murid PROTIM tahun 6 juga ku lakukan begini. Apa yang menjadi kelakar atau nak jadi cerita , bukan senang nak mengajar rakan sebaya.  Konon-kononnya seorang mentor dan mentee telah datang kepadaku dan meberitahu dengan gembirannya menteenya telah berjaya dipulihkan .  Hanya 5 perkataan sahaja.  Maka aku pun mengujinya.  Apabila diuji bacaan dan sebutan perkatan tersebut , perkataan pertama pun dah salah.  Alu diejanya ulu. Baginilah kalau kita menggunakan murid sebagai pembantu.  Tetapi tak mengapalah peranannya sebagai pembantu guru berjaya walaupun hasilnya kurang.  Aku berharap pendekatan ini berjaya mengurangkan peratus LINUS murid Tahun 1 Arif di kelasku.
  Aku gunakan modul LINUS yang telah ditetapkan sebagai alat penguji dan rakan sebaya sebagai pembimbing.  Perkara ini juga kulakukan di kelas-kelas lain . Syukurlah ada perubahan atau kemajuan sedikit  kepada murid-murid yang tercicir .  Aku berharap agar mereka ada kesedaran untuk membantu rakan mereka.
 


Terima kasih kepada rakan sebaya sebagai pembimbing  yang sudi membantu membimbing rakan yang belum menguasai kemahiran membaca. Semoga usaha mereka dapat meringankan bebanan guru dan seterusnya menjadikan mereka insan yang sedia membantu rakan.  Alhamdulillah bermula episod penerapan nilai murni dalam  sikap saling membantu..

Monday, June 16, 2014

Langkawi Duck Tour

Kemudian kami tertarik dengan sebuah kereta yang dihiasi dengan Langkawi Duck Tour.  Kami tertarik hati untuk menaikinya kerana kereta tersebut bersifat dwi- boleh bergerak di darat dan di air.  Perjalanan dari tempat letak kereta ke Pantai Kok .Kereta tersebut  bergerak menuju ke dari Danna Hotel menuju ke kampung nelayan , Perdana Quay, Jalur Gemilang, Telaga Harbour Park dan Light House "G Feng Shui Spot.  Perjalanan lebih kurang 45 minit.
  Harga tiket RM38 dewasa ,  kanak-kanak bawah  4-18 tahun RM22 seorang , warga emas 60 tahun RM22 dan kanak-kanak bawah umur 4 tahun adalah percuma..  Oleh kerana ingin mengalami pengalaman bagaimana kenderaan ini bergerak di atas jalan raya dan di dalam air , kami pun membeli tiket.. Tepat pukul 12.45 tengah hari kami menaiki kenderaan tersebut.  
  Perjalanan di jalan raya agak lambat dan perlahan sekali terutama apabila  kenderaan  empat roda ini mahu membuat pusingan di selekoh.  Gegaran berlaku apabila kereta ini memasuki perairan dari darat ke laut dan dari laut naik ke daratan.  Seronoknya dapat melihat keindahan perkampungan nelayan, kapal-kapal di pelabuhan.  Inilah pengalaman pertama penulis menaik Langkawi Duck Tour.  Dalam kata lain, L:angkawi Duck Tours adalah sebuah bas dan sebuah boat.  Di darat dikatakan berlari  (running), di laut -menyimbah, (splashing) dan berlayar (sailing).

                                            penumpang dikehendaki memakai jaket keelamatan
                                                                 kapal-kapal di pelabuhan
                                                                     perkampungan nelayan                
                                                         "G: Feng Shui Spot" - Light House

   Langkawi Duck Tours di hadapan pintu masuk tempat meletak kereta di hadapan kereta  kabel .

Peta perjalanan dari tempat letak kereta ke Pantai Kok.

Sunday, June 15, 2014

Percutian di Pulau Langkawi

Dari Alor Setar kami bertolak ke Kuala Perlis .  Tiba di pengkalan feri pukul 11.45 pagi, kemudian kami membeli tiket  RM18  dewasa . Kami pergi bertiga sahaja.  Feri akan bertolak pada pukul 12.45 tengah hari.  Perjalanan memakan masa 45 minit dan kami selamat sampai ke Pulau langkawi pada pukul 1.45 petang.  Suamiku menyewa kereta Vios dengan bayaran RM120.00 sehari.
  Setelah mendapat kereta, kami menuju ke HIG (hotel Ismail Group) . Oleh kerana terlalu penat kami berehat . Pada pukul 5.00 petang kami keluar untuk makan tengah hari merangkap makan malam di Restoran Lubuk  Buaya berdekatan dengan Pantai Cenang.  Kemudian kami ke Billion untuk mencari baju dan keperluan lain seperti nestum , berus gigi, dan minyak wangi.
  Keesokan harinya, 9/6/2014 selepas sarapan pagi, kami terus ke kaki Gunung Mat Chincang untuk menaiki kereta kabel.  Pada tahun 2007, kami berputih mata kerana perkhidmatan kereta kabel diberhentikan sementara kerana cuaca buruk , hujan lebat dan petir...Kali ini hujan gerimis pula.  tetapi kami bersyukur dapat membeli tiket untuk 3 orang dewasa dengan mykad RM15 seorang.  Kalau pelancong asing tentulah  RM30 dewasa dan RM22  kanak-kanak.
  Tentulah kami gembira dapat menaiki Gunung Mat Chincang dengan ketinggian 717 m (2339 kaki) , namun kami terkilan tidak dapat bergambar di jambatan lengkok kerana ia masih dalam diperbaiki. Sampai di pertengahan,  stesen kedua  kabus pula.  Nasib baik tiba di puncak cuaca elok. Kami sempat beli air mineral kerana kehausan .  Sebotol 300ml berharga RM2.00 . Kemudian turun dengan selamat.  Terasa  apabila gerun juga apabila  kereta kabel melalui tiang kerana gondola bergegaran  dan menakutkan.  Semasa hendak masuk ke dalam Gondola yang memuatkan 6 orang penumpang itu tidak berhenti di stesennya, ia akan bergerak perlahan, kita mestilah pandai mengawal kaki masuk ke dalam gondola yang bergerak perlahan itu.
  Musim cuti persekolahan memang ramai pelancong. Memang dompet koyak nampaknya kalau kita gila nak menyimpan kenangan di sini. Di   stesen pertama, nak masuk sahaja terpaksa beratur, kemudian kita diminta mengambil gambar oleh jurufoto, hendak beli atau tidak, tiada paksaan..  Kemudian keluar stesen pertama, gambar kita dah siap.  Sekeping gambar kenangan RM20.  Stesen kedua juga ada jurufoto menunggu dan merakam gambar. Keluar stesen kedua gambar dah siap, bayarlah sekeping RM30, dan dibuat dalam bentuk rantai kunci , beli kedua-dua berharga RM45.  Naik lagi ke puncak ada lagi jurufoto...berbagai -bagai panorama  digunakan dengan  teknik 6D atau 2 D dengan fotoshop. Syukurlah hajat kami dah termakbul dapat melihat keindahan Pulau Langkawi,

                                           bergambar   sementara menunggu suami membeli tiket

 gambar kereta kabel.- tiba di tiang ini agak bergegar dan menakutkan juga.
                                                   bergambar di dalam gondola kereta kabel
                                                               bergambar dengan si bongsu

                                         Kabus tebal - sayangnya tak nampak panorama