Wednesday, January 29, 2014

Majlis persaraan Pn hjh Fasehah

Setiap guru berbeza pendapat dan kehendak.  Semasa aku di SK Sungai Sireh, Selangor ada guru yang akan bersara tetapi tidak mahu guru di sekolahnya , meraikan persaraannya dengan mengadakan majlis khas.  Terpulanglah kepada individu tersebut, kalau aku hendak juga diraikan kerana itulah kali terakhir di sekolah.  Selepas itu semua murid dan sekolah , tidak akan menerima kita sebagai guru yang berdaftar atau pegawai pendidkan.  Kalau mantan guru pergi ke sekolah, hanya rakan sejawat sahaja yang sibuk bertanya khabar, hendak masuk ke kelas, bukannya murid kita, itulah hakikatnya.

  Walaupun baru seminggu aku bertugas di Sekolah Masjid Tanah, namum kulihat kesibukan guru-guru mengatur rancangan dan acara bagi menyerikan majlis tersebut.  Majlis persaraan Pn Hjh Fasehah diraikan secara meriah, mana tidaknya disambut di sekolah dan di Hotel Holiday Inn.
  Di sekolah, majlis bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah pukul 12.15 tengah hari.  Antara acaranya ialah  ucapan guru besar, ucapan Pengerusi PIBG, ucapan wakil pegawai PPD Alor Gajah, ucapan yang diraikan Pn hjh Fasehah, acara montaj video beliau, acara persembahan murid dan nazam oleh guru-guru, persembahan sajak dan acara penyampai hadiah.  Menariknya beliau disandingkan di atas pentas bersama suami. Pentas ini pun baru dibuat.

   Beliau berkhidmat di sekolah ini selama 27 tahun.  Begitu lamanya,  hampir usia emas perkhidmatannya di sini.  Kalaulah aku sekarang ini dah sekolah ke-9 sekolah , baru mengajar  ke-30 tahun perkhidmatan  dan di 4 buah negeri, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, dan Sabah.

  Beliau seorang yang begitu gigih dan berdedikasi mengajar tahun 1 , bagiku mengajar tahun 1 adalah asing bagiku kerana aku pernah mengajar tahun 1 selama sebulan sahaja pada tahun 1993, selepas itu aku mengikuti kursus Matematik KBSR selama setahun di Maktab Perguruan Perempuan Pulau Pinang ringkas Maktab 4P.

  Pada petangnya pula, menjajar aku mencari Hotel Holiday Inn, maklumlah aku bukan kaki makan atau kaki jalan.  Berdasarkan GPS , aku mengikut sahaja, bertolak dari rumah pukul 2.00 petang, sesat di Jalan Hang Jebat, di Jonker Walk,berpusing-pusing, kemudian di hadapan Mahkota Parade adalah 3 kali aku tawaf asyik terlepas simpang atau tersilap masuk  simpang.  Akhirnya , aku sampai jua tepat pukul 3 .00 petang.  Syukurlah,,,,walaupun aku rasa aku yang terlambat namun ada juga guru yang tiba lewat.
Majlis selesai pukul 5.00 petang.
Persediaan majlis -pengacara majlis

                             Pn Hjh Fasehan gur yang diraikan bersama dengan suami
 Penulis berbeza baju korporat dengan guru lain- maklumlah  baru bertukar dan berkhidmat  minggu ke-2 di sini
                     Persembahan nazam oleh guru-guru SKMT diketuai oleh Pn Hjh Salwa bt Hj Abu


                                        Sibuk-sibuk di dewan dan tetamu jemputan

Kepada cikgu Hjh Fasehah, selamat bersara dan menjalani kehidupan baru sebagai suri rumah tangga sepenuhnya........semoga berjumpa lagi.

Saturday, January 25, 2014

Jahit langsir untuk keceriaan kelas 6 Bestari

Ahad  lepas, 19/1/2014 sibuk mencari langsir, cari kain yang murah-murah  tetapi cepat pudar.  Mula-mula , ke kedai kain di Masjid Tanah, tak berkenan pula.  Maka ku ajak suamiku  ke Nagoya, Tampin.  Aku beli kain langsir yang agak gelap supaya tahan lama dan tidak cepat buruk, nak dipadankan dengan dinding warna pic.

  Kain kubeli 9 meter cukup untuk enam tingkap kelas yang berharga RM 45  berserta dengan renda RM20.  Setakat ini aku dah belanjakan kos beli cat RM60 ,makan muridku anggaran RM30 semasa mengecat dan menceriakan kelas.  Kubeli alas meja RM40 dan bunga RM25.  Kini , aku sibuk nak jahit langsir tersebut.

   Suami tiba malam tadi, 25/1/2014 menegurku , "Belum siap lagi langsir ni?.  Mana nak siap, sibuk dengan persediaan pemantauan PPD Alor Gajah, mesyuarat lagi dan lain-lain perkara yang menghalangku menjahit langsir.
  Malam tadi , sibuk bertukar arah pula.  Mula-mula dah siap jahit tepi, tetapi nak buat langsir melengkung pula. Maklumlah jemu, langsir lurus sahaja.  Maka bermula dari pukul 9.00 malam hingga pukul 2.00 pagi menggunting semula dan menjahit tepi.  kerja hanya selesai menjahit bahagian kepala langsir sahaja. Masalah juga apabila mesin jahitku buat hal, benang bawah berserabut . Jadi, berhenti di situ sahaja.

 Pagi-pagi ini,  sibuk pula memasang renda. Masih belum siap lagi.  Matlamatku mesti siap hari ini.  Lihat kesibukanku.  Semalam sibuk dengan melengkapkan jadual kedatangan dan butiran di belakangnya namun tak siap juga kerena masih ada 2 orang muridku yang tidak menghantar surat beranak.  Murid-murid sekarang susah sangat nak ingat pesanan guru, walaupun hanya 14 orang muridku  ini namun liat juga mereka ......Ontahlah, bak kata orang Negeri Sembilan.

                                                 Renda satin 20 meter berharga RM20
                                              kain langsir yang telah siap dijahit tepi-
                                        kain langsir yang dihias renda warna krim
                                       sibukku menjahit supaya siap  langsir hari ini juga.
mesin jahit tepi 

Semoga kerja-kerjaku beres hari ini, esok atau lusa boleh pasang langsir sempena nak menyambut Tahun Baru Cina...hehehe....bukanlah kebetulan pula Tahun Baru Cina. selepas ni nak beli dawai untuk gantung langisr pulalah.  Malangnya tak ada peruntukan dari sekolah.  Kalau sekolah SKDN , ada peruntukan, minta sahaja.  sekarang ini budjet sendiri-sendiri tapi tak apa , nanti bawa ke sekolah lain jika aku berpindah, dah tak larat nak menjahit.


Wednesday, January 15, 2014

Termasuk longkang pula!

Apa dah jadi dengan keretaku ini? Lihat dua mekanik seorang bapa dan seorang anak peempuan pula tu.


Hari ini lebih kurang pukul 4.30 petang semasa hendak mengambil anak bongsuku dari SMK Dato' Dol Said , sebelah kiri keretaku telah termasuk longkang.  Kejadian ini berlaku kerana semasa membelok ke kanan , tak perasaan termasuk longkang.  Maka keretaku tak tergantung sebelah.  hendak menaikkan tayar tersebut tidak boleh.

Nasib baik ramai pelanggan lelaki di kedai makan itu.  Ada seorang lelaki yang datang membantu.  Kemudian diikuti pula tuan pemilik kedai dan remaja lelaki membantu menaikkan semula kereta tersebut sementara lelaki itu membantu membetulkan stering dan meluruskan kereta. Syukur Alhamdulillah kerana keretaku tidak mengalami kerosakan yang teruk.

 Sebaik sahaja , aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu, dia menanyakan di mana aku tinggal, mungkin melihat nombor pendaftaran keretaku.  Aku katakan aku orang sini dan memberitahu nama suamiku yang juga bekas pentadbir  di SMK Dato Dol Said pada masa dulu.  Sebut sahaja nama suamiku mereka kenal dan tahu pula rumahku.  Aku sebenarnya tidak  memberitahu rumahku .  Sempat juga dia memberiahuku dah lama tak jumpa dengan suamiku dan ingin mengetahui di mana suamiku sekarang. Setelah selesai berbual, aku pun terus berlalu .  Malangnya aku tidak bertanyakan namanya utnuk ku ceritakan kepada suamiku kelak.

 Kemudian aku terus mengambil anakku.  Lebih kurang 1 km , semasa memandu , keretaku berbunyi, Aamak apa pula ni!. Bimbang akan kerosakan lain, aku terus ke bengkel.  Mula-mula ke bengkel tempat selalu tetapi mekanik tidak ada.  Kemudian ke bengkel Lim sebelah Kedai Rahim di Kelemak, mekaniknya pun tak ada juga.  Ditunjukkan aku mekanik  bengkel kereta di hujung pula.

 Nama bengkel kereta ini Extreme .  Lihat si mekanik Melayu ni , rajinnya anak perempuannya turut baring melihat bapanya semesntara anak lelaki pula membantu menaikkan badan kereta dengan jack.
Oleh kerana bumper dah termasuk sedikit, maka ditariknya keluar dan yang mengeluarkan bunyi ialah mudguardnya.  Maka dibubuh skru dan dibetulkan skru yang tercabut,  Di hadapan bumper tsebelah kiri tersebut telah tercalar kerana bergesel dengan tar.  Baiknya, si mekanik tak dicasnya aku bagi perkhidmatan yang diberi.

Aku pula bertanyakan berapakah kos mengecat bahagian yang tercalar.  Katanya kalau sedikit itu kosnya RM60 tetapi adalah lebih baik keseluruhan kerana catdi bahagian lain  pun dah tak cantik, kos keseluruhan RM250. Aku menyatakan berapa lama mengambil masa mengecat semula, katanya selama 2 jam.  Oleh kerana aku perlu menggunakan kereta , maka ku batalkan sahaja niatku.

Pengajaran daripada perisiwa ini ialah aku seharusnya tidak banyak memikir.  Aku perlu berhati-hati.  Memang selalunya aku pusing kereta di situ  . Menurut lelaki yang membantuku , dia menyaakan sudah banyak kali kereta termasuk ke dalam longkang itu.  Sepatutnya dibuat penghalang atau tembok batu supaya pemandu boleh mengelak tayar keretanya daripada termasuk longkang.

Apa-apa pun itulah ketentuan daripada-Nya, hanya Allah sahaja yang tahu.  Di sini juga aku bertemu dengan bekas muridku, dia  juga menegurku.  Aku masih ingat dia anak cikgu Ali , SKDN.

Tuesday, January 14, 2014

Nasib si burung

Hari ini 11/1/2014 , aku dapat tangkap seekor burung yang masuk ke dalam rumahku.  Memang aku benar-benar marah  dengan kau,  hai , si burung!
  Semenjak rumahku tidak berpenghuni, kawan-kawan kau singgah di hadapan dan di belakang grille atau kekisi atau jerejak di rumah.  Geram sangat aku dengan kawan-kawanmu.  Tempoh hari ada 4 hingga 5 ekor burung tiung yang bergaduh. Bukan main bising lagi.  Lama pula.  Hendak ku rakamkan, tak sempat pula.  Lari ke tempat lain pula.
   Kali ini, aku nekad nak tangkap kau.  Garangnya kau, patuk tanganku.  Ikut hatiku nak saja ku bunuh kau tetapi aku kasihan juga.  Akhirnya ku lepaskan kau.  Ingat, jangan masuk atau berak lagi di hadapan rumahku.  Kini , aku dah balik. Jangan berak lagi dan duduk bertenggek di grille lagi.
  Nah, terbanglah kau ke hutan!
 

gotong-royong keceriaan kelas 6 Bestari fasa 1

Tahun 2014, hijrah lagi, kali ini dari SK Sungai Sireh balik ke Melaka, umpama sireh balik ke gagangnya.Namun aku perlukan pengorbanan, mungkin ada hikmahNya, Dia sahaja yang tahu,  yang mengatur perjalanan hidup hamba-Nya.  Redha sahajalah.

Tahun ini dalam sejarah,  mengajar tahun 1 setelah berkhidmat 29 tahun.  Tahun ke-30 perkhidmatan, pula mengajar tahun 1 kerana kekurangan opsyen guru BM, hanya aku dan cikgu Mohd Isha sahaja yang opsyen,  yang lain dah bertukar arah, mungkin inilah sebabnya aku dapat berpindah ke Melaka.
 

   Aku dah berjanji dengan murid-muridku , pada hari Sabtu 11/1/2014 untuk mengecat kelas tetapi grille di tangga bawah idak dapat dibuka.  Kelasku di tingkat atas, tingkat 3. Hendak dapatkan kunci pula bermasalah juga, tanya guru , katanya ada pada pengawal keselamaan atau jaga. Tanya jaga tak ada. Telefon GPK 1 tak diangkat. Jadi batalkan sahaja niatku,

  Hari Selasa 14/1/2014 berjanji lagi dengan murid-muridku  hendak mengecat kelas.  Sampai ke sekolah pukul 9.00 pagi.  Nasib baik grille tidak berkunci.  Aku pula telah  meminjam kunci daripada pembantu am pejabat . aku menyuruh muridku membeli makanan dan air teh.  Aku pula membawa 'jajan' makanan ringan seperti  kerepek pisang, kacang (dibeli keika di Wang Prachan sempadan Thailand) dan pisang.

Mulai dengan membuang hiasan lama di papan kenyataan, mengelap habuk-habuk, sapu sawang dan mengecat.  Kemudian aku ke Kedai Kain Seng Lee, Masjid Tanah untuk membeli kain bagi menggantikan kertas bunga di papan kenyataan.

  Kami hanya sempat mengecat dinding kelas dan menukarkan kain di papan kenyataan.  Kerja bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.  Tenaga kerja muridku seramai 8 orang.  4 orang mengecat, yang lain membantu sementara murid perempuan 3 orang membantu mop  lantai dan menyusun meja serta kerja-kerja pembersihan kelas.


                                          membuang  hiasan lama di papan kenyataan
                                                cat hijau digantikan dengan warna pic
                                           mula mengecat dinding di hadapan kelas
                                                            cat lama
                                         sibuk mengecat dan membersihkan habuk-habuk
                                       

 Syukurlah dah siap mengecat ....terima kasih kepada murid-murid tahun 6 Bestari yang rajin membantu dan sudi membanting tulang mengecat dan menceriakan kelas....baru fasa 1....Alhamdulillah ....terima kasih daun keladi, nanti ada kerja buat lagi ...kepada Izzati, Faten, Nazatul, Najmi, Firdaus, Amirul, Dinesh dan  Nizam.

Impak pertukaran nombor telefon

Impak pertukaran nombor telefon amatlah besar.  Pertama , semua maklumat yang berkaitan dengan perkhidmaan seperti bank-bank, perkhidmatan dalam profesion perguruan , saudara -mara,sahabat handai dan sebagainya.  Aku bernasib baik kerana sebelum pergi ke Satun, Thailand, suamiku telah memindahkan semua maklumat ke dalam simkad telefon, Simkad yang lain adalah untuk perkhidmatan atau komunikasi,
  Aku terpaksa ke bank-bank untuk menukar nombor telefon bagi memudahkan perkhidmatan perbankan online.  Pertukaran nombor telefon ini juga menyebabkan GPK HEM ku terpaksa menghubungi guru lain untuk menghubungiku.  Begitu jugalah kesan yang amat mengejutkanku kerana kerani yang bertugas di BPSM, Putrajaya menyatakan sukar untuk menghubungiku.  Aku pelik jiuga apabila faks yang dihantar ke Sekolah Masjid Tanah tertera salinan ke Jabatan Pendidikan Melaka, SK Masjid Tanah dan SK Sungai Sireh namun sampai sekarang surat pertukaranku ke Sungai Sireh tidak diterima.
  Maka, pada 2 Januari itulah,  aku menghubungi BPSM, bertanyakan surat pertukaranklu, menurutkannya aku tidak dapat dihubungi,  Tetapi mengapa tak menghantar faks ke sekolah, kalau gagal menghubungiku,  Lihatlah apa yang terjadi kepadaku? Memang surat pertukaranku bertarikh 27 Disember 2013 terlalu suntuk untuk sampai  ke SK Sungai Sireh .  Sudah pastilah surat itu melalui pengarah dahulu, kemudian ke PPD Kuala Selangor.  Ia mesti mengambil masa yang lebih lama sekurang-kurangnya 2 minggu.  Perisiwa ini jugalah yang berlaku kepadaku pada tahun 2012, di mana mengalir air mataku ketika terpaksa pulang semula mengajar di Sabah. Setiap kali perpindahan ke sekolah baru mestilah mengalir air mataku.  Berbeza pula pertukaran ke Sungai Sireh,  aku mendapat tahu sekolah dahulu tetapi surat pertukaran tidak dikeluarkan kerana masalah tertentu  sehinggalah diberitahu melalui telefon dan difakskan ke SK Sahabat 4.
  Apa-apa pun aku bersyukur walaupun terpaksa berkorban kerana suamiku di Sabak Bernam, aku dan anak bongsu di Melaka.  Semoga Allah mendengar doaku dan memakbulkan permintaan agar suamiku akan dapat pindah ke Melaka jua akhirnya.....aamiin,
  ....HIDUP PENUH DUGAAN.... Ya, kalau tak kuat iman boleh tumbang.....Ya , Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan kepadaku.

Saturday, January 11, 2014

Maxis oh, Maxis..akibat kecuaianku atau takdir

Pada 8/12/2013 semasa di Satun, aku menggunakan nombor telefon Thailand beli simcard di sana, jadi simcard Malaysia ku simpan.  Sms dihantar supaya aku top up bagi meneruskan perkhidmatan walaupun di dalamnya ada baki RM 62.24, aku masih ingat perlu top-up pada 10/12/2013 tetapi mungkin sekali pandang ingatkan 12 Disember.
  Aku pun top up 12/12/2013 online, kemudian akaun telah ditamatkan atau tidak aktif.  Aku segera ke Sungai Besar untuk aktifkan akaun.  Masalahnya nombor kad pengenalanku pula yang salah kerana mahu menggunakan nombor yang sama. Banyak masalahnya, nak nombor itu terpaksa pergi ke Bukit Tinggi, Kelang, jauhnya.  Aku ambil keputusan beli simkad baru. Mungkin semasa telefon bimbitku hilang dulu, pekerja yang mendaftar nombor itu salah menulis tahun kelahiranku.  Perkara ini berlaku semasa aku di Melaka pada bulan Disember  tahun 2010.
  Aku yang masih tidak berpuas hati nak juga nombor tersebut meminta suamiku pergi ke Bukit Tinggi ,Klang.  Suamiku dan anakku memang tidak percaya, katanya boleh pergi ke cawangan Sagmall, Shah Alam.  Maka aku akur juga, mana tahu boleh. Pergi sahaja ke Maxis Centre tu, 3 hari lamanya akaun tidak aktif, nak juga nombor itu ,  akak pergi ke Bukit Tinggi atau ke KL Maxis Centre.  Sakit hatiku kerana pergi ke sana dan ke sini tetapi hampa, baki duit dalam akaun dahlah hangus, top up online lagi RM 30, Lesap begitu sahaja, apalah berniaga Yahudi, apa salahnya dengan baki itu tolak sahaja untuk aktifkan , saja-saja nak merompak duit orang.
  Justeru itu, aku pun mengajak suamiku dan anak sulungku ke Maxis Centre Bukit Tinggi , Klang. Ramainya pelanggan, menanti dan menanti, akhirnya giliranku tiba.  Sebaik menerangkan masalahku, kalau hendak juga nombor itu, terpaksa tunggu 2 hari kerana nomboir itu telah recycle,  dan tinggalkan nombor telefon baru.  Fikir punya fikir, terpaksa datang semula , dahlah dari Sungai Lang Sabak Bernam nak datang semula berapa kosnya, aku putuskan tak perlu, guna nombor baru. tetapi anakku yang tinggal di Shah Alam menawarkan diri untuk mendapatkan nombor itu.  Masalahnya untuk dapatkan nombor itu perlu tuan punya diri.  Boleh daftar tetapi nama anakku , kalau nak  tukar nama atau potong nama untuk namaku, perlukan duit juga.
Malaun betul Maxis ni.....duit, duit, duit.  Bertimbang rasalah sedikit.  Marah dengan sistemnya akhirnya aku guna nombor baru.
  .....bersambung.....apakah impaknya tukar nombor telefon  baru?

Melapor diri sekolah baru

 Pada 6/1/2014, aku telah melapor diri seperti janjiku.Dalam hatiku merasa bengkak juga walaupun dah 6 hari berlalu  peristiwa itu berlaku.  Aku dengan selamba sahaja ke sekolah itu.  Sebenarnya aku pernah ke sekolah ini untuk berjumpa dengan ketua pemeriksa kertas Bahasa Melayu.
   Kehadiranku disambut dengan baik oleh GPK 1,   anggapanku selalunya benar.  Apabila menerima sms seperti nama tersebut, aku dah mengagak mungkin kakak kawanku semasa bersekolah di SMK Tanjung Keling dahuliu, kini sekolah itu telah bertukar nama SMK Sri Tanjung. Ternyata benar.
  Semasa perhimpunan pula, aku bertemu dengan En Mohd Isha bin Bakar , ketua pemeriksa Kertas Bahasa Melayu  Sebelum  beliau bertemu denganku, beliau pun telah mengagak akulah cikgu  yang pernah bertugas dengannya, cuma beliau was-was dan apabila melihat nombor pendaftaran keretaku SD, memang sahlah akulah  orangnya.
  Kemudian , bertemu jugalah aku dengan Cikgu Zainal bin Sahat, rakan semasa melanjutkan pelajaran secara PJJ , iaitu Pendidikan Jarak Jauh semasa tahun 2002 di Universiti Sains Malaysia. Beliau pun hairan apabila melihat rumahku yang terbiar dengan rumput panjang dan tertanya-tanya dalam hatinya, ke manakah perginya penghuni rumah ini? Kebetulan pula ramai guru yang ku kenali.  Aku masih belum lagi berjumpa dengan guru besar, siapakah gerangan?
  Keesokan harinya, aku dipanggil berjumpa dengan guru besar.  Beliau menerangkan bahawa  tindakanku adalah betul. Beliau tidak tahu atau tidak mendapat maklumat yang sebenarnya. Padaku, dengarlah dahulu penjelasanku.  Aku sudah faks surat penangguhan tugas.  Beliau menerangkan sejarah sekolah, aktif dalam koakademik dan kokurikulum.  Guru yang berpindah ialah seorang bekas pemain bola sepak negeri Selangor. Manakala keputusan UPSR sekolah ini terbaik di Masjid Tanah.  Sekolah ini pula kekurangan guru BM dan BI . Syukurlah dengan kekosongan guru BM aku dapat mengisinya ataupun berpindah ke Melaka. aku ibarat sireh pulang ke gagang susuai dengan SK Sungai Sireh, Tanjjong Karang.
  Renungan rentetan peristiwa ini: 
1. Jangan kita menganggap tindakan orang lain salah.  Dengar dahulu masalah yang dihadapi dan bertimbang rasa.
2. Setiap guru mempunyai kelebihan masing-masing, jangan samakan yang pergi dengan yang mengganti.
 


Misteri tukar 2014-bahagian 2

Tindakan pantasku ialah menjawab sms GPK 1, SK Masjid Tanah, kalau beliau minta jasa baikku untuk menghadiri mesyuarat pada 31/01/2014 hari itu juga, aku pula minta pertimbangannya agar aku melihat surat pertukaran dan memberitahu berita pertukaranku hanya melalui telefon.  Aku perlu selesaikan urusan barang-barang dan pertukaran persekolahan anakku. Aku hanya memberi maklumat melalui sms menyatakan bahawa surat rasmi pertukaran tidak ku terima.
  Aku masih menangguhkan pertukaranku sehingga 6/1/2014. Masih berharap agar surat rasmi ku terima,malangnya sehingga sekarang surat tidak kuterima.  Akhirnya pada 2/1/2014 aku memberanikan diri menelefon guru besar menerangkan status surat pertukaranku.  Malangnya , aku disuruh daftar diri dahulu pada 2 Januari itu.  Aku pula beranggapan membazir masa dan tenaga  sahaja nak balik ke Melaka dari Sabak Bernam semata-mata melapor diri kemudaian balik semula ke Sabak Bernam.  Mengalir air mataku apabila aku menerangkan bahawa aku menangguhkan tugas dan beliau menganggap aku ingkar dan 2 hari persekolahan itu aku ke mana? Tambah sedih hatiku kerana perpindahan mengejut begini. Penat dan memenatkan kerana kesuntukan masa.
  Siapa yang harus dipersalahkan? Aku yang dah lali dengan kesukaran ini terpaksa menyelesaikan banyak masalah menjawab dengan selamba sahaja tetapi kesedihan dan kepedihan jawapan itu membuatkan air mataku mengalir. Pada 31/12/2013, aku sibuk  mengemas kelas dan meja, aku membuat keputusan menelefon BPSM, akhirnya surat pertukaranku diemelkan kepadaku pada 2/1/2014.  Aku bernasib baik kerana  En Abdul Majid bin Ismail, guru besar  SKSS , seorang yang bertimbang rasa dan memberi keizinan menyelesaikan masalahku sambil menasihatkan aku agar berhati-hati ketika memandu, maklumlah fikiran berserabut.
   Renungan rentetan peristiwa ini:
..Semoga Allah memberikan aku ketabahan dan kesabaran dalam menempuh liku-liku kehidupan sebagai pendidik.
     Terima kasih kepada guru besar yang prihatin terhadap anak buahnya atau guru-gurunya.
kepada petugas yang menjaga amanah untuk memberi maklumat atau penyampai surat , bertanggungjawablah agar perkara ini  tidak menimpakepada  orang lain.  Kelalaian kita akan menyebabkan orang lain yang susah dan mempunyai anggapan yang salah.

Misteri pertukaran 2014

Pertukaran sekolah bagi tahun 2014 adalah misteri bagiku, Mengapa? Sebenarnya ini kali ketiga aku memohon tukar.  Setelah penat memohon pertukaran antara Daerah Kuala Selangor ke Sabak Bernam, aku mengambil keputusan drastik untuk menghantar 2 borang pertukaran iaitu antara daerah dan antara negeri.
  Aku sendiri berjumpa dengan pegawai pertukaran di PDD Kuala Selangor, En Mahali, siap memberitahu tidak berpuas hati tentang pertukaranku secara offline kerana tak berjawab , bermakna tidak diketahui status permohonanku.  Kali ini , beliau mengecap borang terima antara negeri dan antara daerah.
  Selang seminggu, JPN Selangor menelefon bahawa borang pertukaranku antara negeri ditolak kerana alasan tidak kukuh, Jadi,  aku pun tidak kisah tetapi dalam hati amat kecewa dengan keputusan tergantung, aku menelefon PPD Sabak Bernam dan pada 14 /12/2013 aku sendiri inginkan kepuasan bertanya status pindahku. Aku kemudian ke JPN Selangor bertanya sendiri , kerani  bahagian sekolah rendah pula bertanya kepadaku, ada isi borang pindah?.Malas aku menjawabnya, ku tunjukkan borang pindah antara daerah. Namun jawapannya masih tiada lagi kekosongan. Betapa kecewanya aku.
  Pada 31/12/2013 aku dikejutkan dengan berita pertukaranku ke negeri Melaka. Pn Kamariah bt Ngah Mohd Salleh memberitahuku sekolah mana?  Manalah aku tahu, Dengan cepat aku ke sekolah sejauh 60.5 km.  Kudapati surat tersebut dari sekolah baru , bukan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Tambah aneh lagi pelik buatku.  Aku disuruh menghadiri mesyuarat, minta jasa baik hadir mesyuarat, apa cerita? Aku yang kebigungan.  Kalau betul pun biarlah ada surat rasmi buatku, Ini tidak, aku dalam kekalutan dan kebigungan mahu tidak mahu terpaksa menerima keputusan tersebut.  Kalau ada guru-guru yang menerima berita sepertiku ini bagaimna agaknya?
............bersambung

Majlis Perkahwinan -Rabiatul Adawiyah dan Demang Unis- katering

28/12/2013 pagi-pagi lagi penulis dah bersiap untuk menyediakan sarapan pagi bihun goreng sahaja. Kemudian kami bersiap-siap dari rumah Taman Bukit Angkasa menuju ke Dewan Gemilang, Kolej 12, Universiti Malaya untuk majlis persandingan atau majlis langsung perkahwinan .  Pihak tuan rumah telah sampai lebih awal, Kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi.
   Majlis marhaban dan tahlil yang diadakan dan doa selamat.  Pukul 12 tengah hari tetamu dah mula mengambil tempat untuk makan kerana jamuan bermula pukul 12.00 tgh - 4.00 petang.  Ramai tetamu yang hadir dan kami tak dapat menganggarkan bilangan tetamu -mungkin dalam 800-900 orang sahaja. Walaupun  ramai yang dijemput, mungkin ada pertembungan kenduri kahwin , maka ramai saudara-mara di Melaka yang tidak dapat hadir, malahan di Taman Bukit Angkasa tempat kediaman kakakku sendiri ada majlis juga.
   Kami bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Makanan pun sedap walaupun pihak katering itu tinggal di Port Dickson namun dapat menunaikan janji serta menjalankan tugas dengan baik. Pihak katering dilengkapi dengan deejay, pencak silat, kompang, tarian persembahan kanak-kanak, juru mekap , pelamin dan juru foto.  Jadi, memudahkan pihak tuan rumah menguruskan tetamu sahaja.
  Majlis bersanding pukul 2.00 petang , makan beradap , memotong kek dan sesi fotografi pengantin dengan  ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  Antara kebaikan katering ialah:
1. Mudah
   Pihak tuan rumah tidak perlu risau tentang pengurusan - makanan dan minuman, menyambut tetamu dan sebagainya.
2. menjimatkan masa dan tenaga - tidak perlu menganggarkandan membeli  barang-barang mentah untuk memasak, membeli-belah di pasar dan ketidak cukupan bahan mentah.
3. Mengurangkan tenaga kerja - pihak tuan rumah tidak terlalu penat  dan tertekan tambahan pula pihak saudara-mara tidak ramai atau tinggal berjauhan
4. mengurangkan masalah kesesakan - maklumlah di Taman Bukit Angkasa tidak boleh parking kereta, masalah pertembungan majlis-majlis lain juga akan menambahkan lagi kesesakan.
5. Bajet yang telah ditetapkan perlu diikuti, kalau tidak lari bajet banyak susah,,ho!
6. Buat di dewan adalah lebih selamat terutama kalau musim hujan dan terjamin kebersihan makanannya- bergantung juga kepada pihak  katering.
                   pelamin dan pentas tempat berzanji atau majlis tahlil serta persandingan pengantin
                                                    kehadiran pengantin ke dewan
                                            penulis bersama-sama dengan keluarga
                          pintu masuk Dewan Gemilang Kolej 12,Universiti Malaya