Monday, March 31, 2014

Keceriaan Kelas 6 Bestari

Gambar ini ku ambil semasa murid-murid menjawab soalan peperiksaan ujian 1 Bulan Mac.  Keadaan kelas masih teratur dan berjaya menjadi juara selama 3 minggu.  Tambahan akuarium di belakang kelas untuk memberi ketenangan ke pada murid-murid.  Sayangnya, murid-muridku terpaksa diingatkan agar menjaga kebersihan kelas terutama jadual bertugas dipatuhi,
  Setiap hari, terpaksa diingatkan agar menyapu sampah.  Mereka suka membuat sampah dan ada makan gula-gula di dalam kelas atau makan di dalam kelas semasa rehat.  Susah sungguh hendak menerapkan supaya menjaga kebersihan kelas setiap hari.
  Jadual waktu pun terpaksa diingatkan agar diambil dan ditanda kehadiran murid oleh guru yang masuk pada masa pertama. Banyak sangat harapanku agar mereka kurangkan bercakap atau m,enyampuk ketika guru mengajar.  Mereka perlu berubah demi masa depan mereka terutama masa-masa terakhir membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR.
 
                                                       pandangan hadapan kelas
                                             khusyuk menjawab soalan ujian Bahasa Melayu Penulisan
                                                    pandangan ke belakang kelas
                                              piala johan kebersihan dan keceriaan kelas
akuarium -diletakkan di atas meja sudut bacaan
Semoga murid-muridku akan sentiasa menjaga kebersihan kelas dan berusaha ke arah yang lebih baik.  Ya Allah kau bukakan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadin insan yang berguna kepada bangsa dan negara....aamiin.

Saturday, March 29, 2014

3 jam di Pulau Pangkor

Kami pergi ke Pulau Pangkor dari SBPI ,Sabak Bernam pukul 11.00 pagi -28/03/2014 cuti sekolah. Sampai di pengkalan  feri Lumut pukul 1.35 petang.  Kami membeli 3 tiket berharga RM30 dan menaiki feri pada pukul 1.45 petang.  Kami sampai ke Pulau Pangkor hentian kedua pada pukul 2.20 petang.
   Setibanya di sana, kami menyewa kereta Wira yang telah ditempah dari Pulau Lumut.  Kami mengambil kereta tanpa bertemu mata dengan pemilik kerana hanya dengan berhubung melalui telefon dan kereta yang ditinggalkan bersama kuncinya.  Begitu mudah sekali perkhidmatan yang diberikan.
   Kami mengambil kereta dan berpusing-pusing mencari stesen minyak. Jalan yang kami lalui jalan mati, jadi kami menuju semula ke bandar dan menjumpai Buraqoil setesen minyak .Hanya ada dua  stesen minyak Buraqoil di Pulau Pangkor setelah kami mengelilingi pulau itu.
  Kami  berada 3 jam 15 di pulau itu, kami singgah makan di Restoran Hassan .Kemudian ke  Kota Belanda.  Di Kota Belanda ramai juga pengunjungnya.  Ada kedai cenderamata   Aishah.  Di hadapan Kota Belanda ada kiosk jual goreng pisang, air, kiosk cenderamata dan sebagainya.
 Setelah  mengelilingi Pulau Pangkor ,kami  singgah di Teluk Nipah, hanya sebentar membeli tshirt dan rantai kunci.  Di tepi pantai ini ramai pengunjung termasuk pelancong dari luar negara.  Kemudian kami singgah sembahyang di Masjid Pinang Kecil.  Tidak ramai penduduk yang beragama Islam tinggal di sini. Syukurlah kami dapat menunaikan sembahyang fardhu Zuhur dan Asar - jamak dan qasar.
  Kemudian kami meninggalkan kereta sewa ditempat yang dijanjikan .  Kami terus berjalan sambil melihat  kedai-kedai baju, barangan atau pelbagai jenis produk ikan  di pekan Pangkor.  Hanya satu kedai Melayu - Pak Su pembuat ikan kering yang kami jumpa.  Dengan tiket yang sama, `kami menaiki feri semula menuju ke Pulau Lumut pada jam 5.45 petang dan sampai pukul pada pukul 6.20 petang .
   Di Pulau Lumut , kami singgah membeli ikan bilis mata biru., ikan pekasam dan  ikan kering  Harga ikan bilis bermata biru yang kami beli RM58 sekilo , agak mahal juga kemudian kami menuju ke gerai-gerai Melayu.  Di gerai Jamilah , kami membeli makanan ringan buatan Jamilah seperti keropok-keropok perasa ketam, ikan ,sotong  dan keropok kering.
  Pada pukul 7.20 kami meninggalkan Pulau Lumut dan singgah di Masjid Batu 10, Lekir untuk menunaikan fardhu maghrib dan jamak dan qasar Fardhu Isyak.  Kami selamat sampai ke SBPI, pukul 10.00 malam.
                            kampung nelayan di tepi pantai Sungai Batang  Kecil hentian pertama
    Ikan buntal yang telah dikeringkan dan dijual sebagai hiasan . Harga ikut saiz RM50.RM60 dan RM80
 -     Pemandangan ke arah laut di Kota Belanda-mengikut sejarahBelanda simpan bijih timah di kota ini
                                      Kraf tangan dan cenderamata banyak dijual di Kedai Aishah .
                                                         Pemandangan di Kota Belanda
 Penulis naik ke menara tingkat dua untuk melihat keindahan pantai.  Sayangnya menara ini dipenuhi dengan sampah dan bau yang kurang menyenangkan. Di dindingnya pula kelihatan tangan-tangan nakal menconteng berbagai nama dan perkataan.  Nasib baik tak ada perkataan  mencarut atau memaki-hamun.
  Kereta Wira yang disewa. Kereta ini kereta manual.  Isi minyak di Buraqoil RM20, masih banyak lagi setelah membuat  satu pusingan Pulau Pangkor.  Kami tidak berjumpa dengan pemilik kereta ini, hanya melalui telefon sahaja.
 
                                                             Pemandangan di jeti Pulau Lumut
Pemandangan di jeti Pulau Pangkor


                                              Si bongsu sibuk memilih  baju tshirt di Teluk Nipah
 Beberapa buah menara dua tingkat dibina untuk melihat panorama di Pulau Pangkor . Tangga naik ke tingkat atas kecil dan berbentuk 'S' sukar juga untuk turun ke bawah kerana anak tangganya kecil dan berbentuk V sahaja.


 Gerai-gerai di Teluk Nipah.  Ramai peniaga di sini dan merupakan tempat pelancongan mandi manda dan menyewa bot.


Thursday, March 27, 2014

mesyuarat Agung PIBG SKMT

Kali pertama menghadiri mesyuarat Agug PIBG SKMT 2014. Lain padang lain belalang begitulah sinonim dengan mesyuarat di sekolah ini.  Pelbagai insentif disediakan sebagai  galakan dan dorongan bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan murid-murid tahun enam dalam peperiksaan UPSR.
  Diumumkan keputusan UPSR tahun lepas dan tiga tahun yang sebelumnya semakin memberangangkan , maka PIBG terus membantu pihak  sekolah agar meningkatkan lagi prestasi anak-anak didik sekolah ini. Peratus lulus  tahun 2013, 72.37%.    Ranking kedudukan UPSR sekolah ini tangga ke-177/236 manakala bagi keseluruhan di Malaysia tempat ke-395/3886 buah sekolah.  Seramai 4 oang mendapat 5 A daripada 31 orang calon yang mengambil UPSR.
   Berdasarkan latar belakang sosial dan ekonomi, kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.  Mereka merupakan penduduk yang tinggal berhampiran dengan sekolah. Rata-rata ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan dan pendidikan tinggi akan menhantar anak-anak mereka bersekolah di SK Laksamana ,SK Tamby Chik Karim. dan SK Demang Taha.
   Dengan itu, sekolah ini semakin kekurangan murid. Justeru, sekolah ini juga kekurangan dana untuk menampung segala aktiviti yang dijalankan di sekolah sama adadari bidang  akademik atau kokurikulum.
  Beralih kepada insentif atau ganjaran yang diberikan kepada murid-murid yang mendapat  5A diberikan wang tunai RM100, hadiah sebuah basikal , jam tangan dan perasmi YB Sulaiman telah memberikan tambahan RM50 bagi setiap seorang.  Guru besar pula menghadiahkan gajet kepada mentornya.
   Mesyuarat PIBG berjalan dengan baik diakhiri dengan cabutan nombor bertuah.  Jadi , ibu bapa ramai yang menunggu sehingga majlis ini tamat pada pukul 5.45 petang.
 




nostalgia Di SKSS bahagian 2 - 2013

Sepanjang 2013 banyak kenangan yang begitu menarik.  Pertama , dapat menyambung tugas sebagai pemeriksaan kertas 2 Bahasa Melayu UPSR dan dapat menabur budi dalam program pengantarabagsaan guru-guru bahasa Melayu Selangor Malaysia- Thailand.  Program ini sekali gus dapat menambah jaringan kenalan antara guru-guru di Selangor.  Program intergriti guru-guru daerah Kuala Selangor, sambutan hari guru Daerah Kuala Selangor dan pendedahan KSSR Bahasa Melayu  Tahun 4 pula melebarkan sayap kenalan kepada penulis.
   Program pengantarabangsaan guru-guru Bahasa Melayu selama 10 hari agak menarik kerana kami telah beberapa kali mengadakan perjumpaan bagi membuat modul dan mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di Anuban Muslim School ,Satun  .  Selain itu. penulis juga sebagai penceramah berkongsi ilmu dengan  guru-guru Bahasa Melayu Thailand.  Pengalaman ini  amat berharga buat penulis.
  Walaupun 2 tahun bertugas di sekolah ini terasa amat bertuah kerana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan yang tak dapat dinilai dan diberli dengan wang ringgit.  Sayangnya penulis terpaksa bertukar sekolah kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Pertama, jauhnya perjalanan 121km pergi dan balik . Rumah yang dibina di Melaka tinggal kosong dan perlukan penyelenggaraan.  Rumah yang ditinggalkan kosong tidak berseri, terbiar dan berhutan.  Terima kasih kepada pentadbir, guru-guru dan semua murid serta warga SKSS....maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan semasa hadir dan melewati di sekolah ini.
 
  bertugas perkemahan pengakap 2014- balik dari sekolah terlanggar tebing jalan tar mengelak daripada lori yang memakan jalan akibatnya tayar pecah dan diganti tayar spare oleh  suami Pn Kalsom -ajk PIBG
bertugas semasa pemberian bantuan persekolahan tahun 4 Jaya

                                                     Kerja berpasukan - di PKG
                                        Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor
                              Membantu menyemak bacaan dalam solat semasa  Kem Bestari Solat
                              Rewang kenduri kesyukuran kerana prestasi meningkat UPSR 2012
saja-saja mengacau murid pengakap memasak- bakar jagung, ubi kentang dan keledek .

 
   Berjumpa kawan lama Maktab Perguruan Batu Rakit Kuala Terengganu 1982-1984 semasa orientasi KSSR Bahasa Melayu Melayu di SK Kuala  Selangor
Menyertai lawatan murid-murid Asnaf Zakat di Desa Waterpark Petaling
                              kumpulan guru-guru yang mengajar di Anuban Muslim School
                           Sebagai penceramah berkongsi idea dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand

                                                      menerima sijil penghargaan
                            bergambar bersama-sama dengan guru-guru  Bahasa Melayu Thailand
 Majlis penutup di Anuban Muslim School - 29November -8 Disember 2013

Nostalgia SKSS 2012-2013 ( Bhgn 1 )

Selama 2 tahun di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh banyak kenangan yang telah kulalui.  Berbeza latar belakang, budaya , ekonomi dan sosial guru-guru dan murid-murid.  Sekolah ini terletak di tepi sawah.
Maklumlah banyak ikan sawah atau ikan air tawar.   Suasana di kampung berbeza dengan suasana di bandar.  Memang aku pun lebih suka hidup di kampung.
   Murid-murid yang ku ajar ialah murid-murid  tahun 4.  Dapatlah aku rileks sedikit, berbeza daripada tahun-tahun dahulu dan di SKDN (Sekolah Dato' Naning) kecuali di Sabah aku mengajar tahun 6 kedua-dua kelas 6 Arif dan 6 Adil pada tahun 2011.
  Kini semua tinggal kenangan di SKSS.  Tahun 2014 , aku berhijrah ke Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, di negeri kelahiranku.  Adapun banyak kenangan yang tercatat dalam sejarah perkhidmatanku sebagai guru di sini.  Kebanyakan guru-gurunya rajin dan kewangan sekolah amat baik.  Guru-gurunya amat sibuk dengan tugas dan menjalankan amanah yang diberikan.  Minggu-minggu persekolahan sibuk dengan aktiviti perkhemahan pengakap, perkhemahan tahun 6, sukan, meentas desa, perkampungan ilmu, teknik menjawab soalan, minggu antidadah, Minggu Bahasa Inggeris, Minggu Bahasa Melayu. Sains, lawatan dan lain-lain aktiviti yang tidak dapat ku senaraikan di sini. Kalau benar-benar murid itu menghayati dan mengikuti arahan guru, mesti mereka dapat pengalaman yang banyak dan menjadi murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi dan rohani nya.
  Gambar-gambar di bawah ini dapat melakarkan kenangan itu.

                              membantu semasa perkhemahan tahun 6  di Homestay Sungai Sireh-2012
                                                     bertugas dengan ustazah Halizah  sukan 2012
                                       jamuan tahun 6 - makan durian
                                                          Mesyuarat Agung 2012

Monday, March 24, 2014

kiub permainan huruf

Tahun ini adalah kali pertama mengajar tahun satu,  Ada seramai 28 orang muridku.  Daripada 28 orang setelah dibuat saringan linus 1 masih ramai yang belum dapat   membaca dengan lancar.  Ada 10 orang yang masih  tidak dapat mengecam huruf abjad . Malahan murid-muridku banyak mulut, apabila memintanya bercakap di hadapan atau menyebut perkataan ikut sebutan guru , mereka enggan pula dengan kata lain membisu.
  Ada antara mereka yang susah sangat hendak mengecam huruf abjad, huaruf vokal pun masih teragak-agak inikan pula huruf konsonan  sementelah sudah hampir 3 bulan aku mengajarnya.  Ada juga ku minta emak mereka membantu mengajar di rumah.
  Oleh itu , sementara cuti seminggu ini, aku sibuk dengan kelas tambahan tahun   6 teringat pula murid pemulihanku.  Memang dari awal lagi,  aku sudah berfikir bagaimana hendak menyelesaikannya.  Pertama, ku gunakan rakan sebaya mereka mengajarnya.  kemudian, terfikir pula hendak membuat alat maujud.  Huruf-huruf daripada polistrin.  Polistrin yang ku beli dah lama disimpan .  Jadi bahan yang sedia ada ini ku jadikan ia sebagai  alat pemainan sambil belajar.  Kuharap muridku akan dapat manfaat daripadanya.
  Berikut adalah bahan -bahan yang kugunakan untuk membuat alat bantu mengajar:-
 1. polistrin
2. berus lukisan.  dan dye warna hijau, kuning, merah, biru (lebihan stok)
3. huruf abjad,cutter, pembaris dan pemotong polistrin tangan .
   Maka bermula malam semalam 23/3 aku mulakan projek ini.  Sudah banyak ku ambil bahan bacaan dari groupe Cikgu Anis untuk menambah bahan BBM di pondok Linus dan juga di kelas tahun 1 Arif.
Ini adalah hasil huruf abjad yang ku buat sendiri.
                 berus lukisan dan dye untuk mewarnakan polistrin, Gunakan gabungan dua warna yang menarik .
                                                             polistrin dan huruf abjad

                               huruf-huruf abjad maujud boleh dipegang dan murid ikut bentuknya


   Mereka boleh memadankan huruf dengan bentuknya .  Warna-warni sebagai daya tarikan dan minat untuk mengenal huruf.

Friday, March 21, 2014

Pertandingan keceriaan kelas

Pertandingan keceriaan kelas diadakan adalah untuk menerapkan nilai kebersihan fizikal dan kelas dan mental murid-murid.  Kelas yang ceria akan mewujudkan suasana kondusif dan semangat ini belajar dengan selesa.
   Setelah berpenat lelah dari awal bulan Januari, mengecat kelas, membuangkan khazanah lama di papan kenyataan, diganti dengan lapik kain ponji warna oren dengan cat warna pic , kini kelasku berubah rupa.
  Umpama di.'makeup'kan dipasangkan langsir baru, ABM baru dan hiasan dinding ,maka kelas 6 Bestari dah berjaya mewarnai keceriaan kelas di tahap teratas dengan kata lain berjaya menjadi juara pertandingan keceriaan kelas bagi tahap 2.
   Tambahan pula murid-muridku rajin membawa ikan dan memberi ikan itu makan. Tingkahlaku dan perangai rajin membantu memang ada pada murid-muridku.  Tetapi ada perangai mereka yang membuat aku naik angin.  Aku berharap murid akan berubah suatu hari nanti,  Tumpukanlah perhatian terhadap pelajaran dan rajin-rajin mengulang kaji pelajaran serta mentelaah buku kerana tidak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan UPSR.

        Saya Suka Mengajar dalam Kelas yang Bersih dan Ceria.
Amalan yang harus dilakukan oleh semua cikgu2 sebelum memulakan pengajaran...
1. Pastikan murid bersedia.
2. Mulakan interaksi dengan senyuman.
3. Pastikan tiada sampah di persekitaran murid. Senang kata setiap murid kutip sampah di 
    kawasan tempat duduk mereka. Tak perlu marah, hanya pandang dengan  penuh makna.
4. Buat rondaan dalam kelas sambil menyapa. Cara ini lebih mendekatkan diri kita dengan     
    anak didik dan dapat memastikan murid  tidak membuat kerja lain. Tapi jangan mengambil 
    masa terlalu lama. 
5. Jangan takut masa tidak cukup, kerana itu juga cara mendidik sahsiah mereka.

AMALKAN KEBERSIHAN SEPANJANG MASA.
Sayang Semua.

Thursday, March 20, 2014

corat-coret murid 6 Bestari 12/3/2014

Hari ini 13/3/2014 nazir dari JNJK seramai 2 orang datang melawat ke SKMT.  Banyak yang hendak dipantau dari pengurusan sekolah, fail-fail dan pemantauan pembelajaran dan pengajaran terutama dari bidang Sains Sosial. Kebetulan subjek Pendidikan Seni Visual telah diselia.
 Sedang Nazir mengadakan perbincangan dengan guru yangdipantau, murid-muridku dengan muka selambanya menyapu sampah, menukar air akuarium kerana ada ikan yang mati .  Mereka telah menutup kipas sedangkan nazir Pn Rogayah masih ada berbincang dengan Pn Suriati Hamdam David.  Sebaik sahaja aku masuk ke kelas kerana masa pdp aku , mereka pun keluar.  Aku pun 'brainwash' atau "torture' mereka kerana sikap mereka tidak menghormati tetamu.  Mereka siap memberikan jawapan bahawa masa rehat mereka dan mereka bertugas membersihkan kelas.Dari sebuah bekas akuarium dah bertambah akuarium kecil,ikan dalam  botol mineral dan ikan dalam telap kecil.  Mereka lebih suka memelihara ikan sedangkan aku tegaskan memelihara ikan adalah sebagai hobi bukan keutamaan, tetapi mesti berusaha untuk UPSR.
  Hari ini 20/3/2014, sibuk pula mengemas dewan  untuk mesyuarat agung PIBG, maka murid-muridku sibuk dengan ikan-ikan.  Hobi memelihara ikan sudah berjangkit ke kelas 6 Arif , tahun 3 dan tahun 4.  Murid-muridku ada yang menjual ikan pula di sekolah.  Pandai sungguh mereka berniaga dan mencari duit.  Hari ini naik angin aku dengan tabiat mereka.  Semoga mereka insaf dan mementingkan pelajaran.
 

Tuesday, March 18, 2014

Kemuncak Bulan Bahasa Malaysia

Pada 18/03/2014 merupakan kemuncak bulan Bahasa Malaysia di sekolah penulis. Pertandingan sajak, syair dan syarahan disediakan piala untuk pemenang tempat ketiga, naib johan dan johan.  Pertandingan ini diadakan di dewan sekolah SKMT pada jam 4.00 petang hingga 5.30 petang.
  Semua peserta telah sedia.  Ada juga yang menarik diri kerana tidak menghafal skrip.  Ada pula yang menghafal skrip tetapi tidak jelas suara dan nadanya.  Sepatutnya seramai 21 orang peserta tetapi 5 orang telah menarik diri  maka jumlah peserta hanyalah 16 orang.
  Majlis berjalan dengan lancar.  Barisan panitia Bahasa Melayu dibantu dengan 4 orang guru pelatih.  Penilaian  pemarkahan dibahagikan kepada 3 segmen iaitu gaya persembahan, penghayatan dan suara atau nada yang berjumlah 100%.
  Syukurlah tamat episod Bulan Bahasa Melayu di SKMT...setelah diadakan aktiviti nyanyian beramai-ramai, kata majmuk, ejaan, simpulan bahasa ,  ayat dan perluasan predikatnya.
                                        penonton terdiri daripada murid tahun 3, 4, 5 dan 6
                                             barisan peserta sajak, syair dan syarahan
                                        backdrop program Bulan Bahasa Melayu
                                    piala kemenangan bagi johan,  naib  johan dan tempat ketiga
                                                           peserta syair
                                                 barisan hakim
                                                       peserta pendeklamasi sajak
                                                  peserta johan mendeklamasikan sajak
                                      barisan pemenang dan piala kemenangan mereka
                    bergambar dengan guru-guru pelatih, terima kasih kerana banyak membantu

Terma kasih kepada semua sumbangan dan sokongan guru-guru , segala kerjasama dan pengorbanan bagi menjayakan Bulan Bahasa Malaysia......jasa baik  akan dikenang sepanjang zaman