Friday, August 29, 2014

Pertandingan lagu-lagu patriotik 2014

Pertandingan lagu-lagu patriotik telah diadakan pada 26 Ogos 2014 di dewan sementara SKMT.  Pertandingan ini diadakan pada waktu kokurikulum iaitu pada waktu petang pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
   Semua murid sangat bersemangat untuk bertanding. Masing-masing dengan gaya dan pakaian tersendiri.  Persiapan dewan telah diatur dan backdrop dibuat begitu 'simple' . Murid-murid membantu guru mengangkat kerusi. Keadaan bertambah meriah apabila semua guru dijamu dengan bihun dan air sirap tajaan seorang guru sempena hari ulangtahun kelahirannya pada  hari tersebut.
Ada jiga guru yang menghidangkan puding, pisang dan keledek  goreng .
  Ada 8 kelas bertanding,muraid tahun 3,4, 5 dan 6.  Masing-masing mempamerkan kehebatan , kelebihan dari segi pakaian, lagu dan iringan muzik 'minus one". Mereka bersentap hebat.  Adatlah dalam pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah.  Masalahnya ada kelas yang tidak mengakui atau menerima kekalahan mereka.  Syukurlah murad-murid kelasku tidak ada yang komplen .  Mereka dah lakukan yang terbaik, kita terpaksa terima kelemahan dan kehebatan orang lain.

              Backdrop yang paling sempoi - huruf-huruf pertandingan lagu-lagu patriotik digunting oelh murid-murid Tahun 6 Arif - terima kasih atas bantuan
                                                         Murid-murid tahun 6 Bestari

                               Barisan hakim  terdiri daripada Pn Maya, En Mohd Isha, En Zainal dan En Azmi

                                              Persembahan daripada murid Tahun 5 Arif
                                                Persembahan daripada murid tahun 6 Arif

Keputusan hakim pertandingan lagu-lagu patriotik , juara menjadi milik 5 Arif, naib johan murid tahun 4 Arif dan tempat ketiga 3 Arif.



Sudut Patriotik 6 Bestari 2014

Hari ini dan semalam, 28 & 29 Ogos 2014, aku menambah sudut patriotik dan sudut warisan agar murid-murid sedar akan kepentingan memelihara kemerdekaan.  Mereka tidak tahu apa erti penjajahan minda dan negara yang telah dijajah oleh bangsa asing seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris.  Aku memetik kata Allahyarham Sudirman yang mengatakan merdeka bermaksud memerdekakan  minda dan kemunduran.  Betapa pesanan beliau kepada generasi muda agar memerdekakan diri daripada kemiskinan menuju kepada kemajuan.
   Aku meminta murid-muridku mendoakan kesejahteraan negara kita Malaysia, tuliskan doa mereka di dalam kertas untuk dipamerkan.  Kemudian, sempena mereka menduduki peperiksaan UPSR, aku juga minta mereka mencatatkan harapan dan impian mereka.  Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya di dalam hidup mereka kelak.
  Semalam kuminta mereka menggantung pemimpin negara iaitu gambar Perdana Menteri dan gambar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di hadapan kelas dan di sudut Patriotik.
   Hari 29 Ogos, 2014 aku adakan sudut warisan agar mereka mengetahui warisan  mereka iaitu batik, anyaman dan kraf tangan.  Sulaman mesin kuperkenalkan pada alas meja, alas makan daripada anyaman buluh, tiidung saji daripada anyaman mengkuang, dan tenunan songket pada baju kurung tradisional.
  Semoga pameran ini dapat membuka mata murid dan menghargai warisan kita.
 





Selamat menyambut kemerdekaan ke - 57 - Di sini lahirnya Sebuah Cinta - Kami sayang Malaysia semoga Malaysia sentiasa aman dan damai.


Ambang Merdeka 2014

Pada 29 Ogos 2014, Arahan mengibarkan bendera sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke- 57, telah pun dilaksanakan.  Kami berkumpul di tapak perhimpunan selepas bacaan Yasin dan taklimat daripada guru besar.
  Semua guru dan murid bersiap-siap dengan bendera Malaysia ataupun Jalur Gemilang.  Ada juga murid yang membawa bendera Melaka dan Bendera Malaysia bersaiz besar 3 X  6 inci.  Setelah menyanyikan lagu Warisan , Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, lagu Tema tahun ini, "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta "dan kami akhiri dengan 7 kali laungan merdeka diketuai oleh En Mohd Isha bin Bakar, guru cemerlang Bahasa Melayu.
  Semua murid dan guru diminta mengikuti laungan tersebut sambil mengangkat tangan dan memerdekakan diri.  Pada mulanya, tangan digenggam kemudian dinaikkan  dan melepaskan genggaman tersebut.  Majlis kibarkan bendera dan menyanyi selama 20 minit.  Majlis bersurai setelah laungan merdeka itu.








Sunday, August 24, 2014

Menyuarat Guru Baharu LINUS 2014

Pada 18/08/2014 , bertempat di Bilik Seminar , Kolej Komuniti aku telah mengikuti kursus LINUS bagi guru baharu yang tak pernah diberi pendedahan tentang LINUS.  Ada beberapa orang guru lama yang dikatakan baharu kerana tidak ada pengetahuan tentang LINUS dan mengajar Tahun 1.
  Kami diarahkan membawa Manual Am pengendalian LINUS Membaca dan Menulis , Borang BPI dan buku pengendalaian dan pengoperasian LINUS.  Seramai 9 orang Fasilinus dan kursus ini mencapai objektifnya menurut En Jasman bin Abdul manaf.
 Ada beberapa perkara yang mungkin tidak kita sukai apabila guru dikatakan megendalikan LINUS dengan tidak mengikut pandauan manual Am.  Mana-mana pegawai pun tidak akan tahu dan manu faham , bahawa untuk mengendalikan LINUS bukanlah mudah. Aku mengendalikan LINUS mengikut landasan yang betul. Tetapi ada kalanya sukar untuk menyediakan alat seperti gambar-gambar setem dan pukat sedangkan gambar yang diberikan gambar hitam putih dan murid tidak pernah melihatnya.
  Bagiku memang menyulitkan kerana aku mengajar tahun 6 dan tahun 1.  Perbezaan yang jauh tarafnya membuatkan aku kadang-kala tidak sempat hendak menyediakan alat-alat bantuan mengajar.  Tambahan pula di sekolahku memang sukar hendak membuat lembaran kerja dan tidak ada bantuan mengajar kecualai yang lama-lama. Peruntukan sekolah yang kurang murid juga adalah faktor yang menyebabkan peruntukan sedikit manakala latar belakang murid yang berpendapatan rendah serta ibu bapa yang berpendidikan rendah menghambat faktor kejayaan LINUS.
  Ada 7 orang muridku tidak menguasai kemahiran membaca.  Bagaimana hendak menguasainya kalau mereka sendiri tidak mahu mengikut bacaan guru, tidak fokus dan menharapkan 100% kepada guru sedangkan untuk berjaya  adalah diri sendiri.
  LINUS atau PROTIM adalah sama, bezanya LINUS selama 3 tahun mesti LULUS atau melepasi 12 konstruk membaca dan menulis. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan LINUS.  Tetapi percaya kalau tidak ada kehendak diri murid itu sendiri untuk belajar di samping sokongan dan dorongan daripada ibu bapa , tentu anak-anak mereka tidak akan berjaya.
  Sesungguhnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.  Cabaran bagi guru seperti aku ini memanglah banyak, pertama selama 29 tahun tak pernah mengajar tahun 1, kedua latar belakang murid yang sukar mendengar arahan dan kurang membaca di rumah tentulah menambah masalah kepadaku tambahan ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak,
  Kerana LINUSlah aku mendapat surat layang daripada ibu bapa.  Surat yang mencemarkan namaku di sekolah baru dan tahun ke-30 mengajar.  Di sini, ku jumpai  segala macam perangai.....biarlah ia menjadi suatu episod baru dalam perkhidmatanku.

Friday, August 22, 2014

Aktiviti-aktiviti Bulan Kemerdekaan SKMT 2014

Semalam 21 Ogos , murid 6 Bestari sekali lagi bergotong- royong memasang bendera dan menampal gambar -gambar sejarah negara.  Sudut patriotik masih lagi kosong.  Kami akan sambung lagi pada masa -masa terluang.  Kini yang dah siap dipasang ialah bendera-bendera negeri Melaka dan Malaysia.
  Pada Jumaat,  22 Ogos semasa mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargaanegaraan , kuambil untuk melatihmurid-muridku  menyanyi lagu , 'Satu Malaysia ' dan 'Di sini Lahirnya sebuah Cinta..'.lagu tema tahun ini 2014.  Aku menggunakan laptop, speaker dan lagu-lagu yang telah didownload.  Lirik lagu telah pun ku copypaste di internet dan dicetak  menggunakan printerku di rumah.
  Selepas berlatih menyanyikan lagu tersebut , kebetulan masa rehat, aku menghidangkan  tomyam yang  ku sediakan mi serta bihun untuk menjamu selera murid-muridku.  Alangkah seronoknya mereka menjamu selera.  Air sirap ku pesan di kantin dengan harga RM5 secerek. Beginilah anak-anak diberi makan senyap dan gembira.  Syukurlah mereka makan dengan sopan dan teratur , malah dipuji masakanku serta diharap penjual di kantin membuat kuah  tomyam yang pekat sedikit seperti yang kubuat.  Mi sekilo dan setengah bungkus bihun cukuplah untuk mengalas perut mereka .
  Lihatlah kelasku dan gelagat anak muridku.  Terima kasih atas bantuan dan kerjasama memasang bendera dan menceriakan kelas, semoga kalian akan berjaya dan menjadi generasi yang berwawasan....aamiin.
                          latihan nyanyian lagu patriotik dengan iringan lagu dari laptop dan speaker.
                         
                                                       Panorama di dalam kelas
                                                         Panorama di hadapan kelas

                                  Jamuan makan - menu tomyan dengan mi dan bihun
                                                 Air sirap dipesan dari kantin secerek RM5.00

  Langsir warna bendera ini berfungsi semasa Bulan Kemerdekaan sahaja....untuk jimat belanja dan masa simpan selagi boleh digunakan.

Jamuan Hari Raya - Bilik Guru SKMT 2014 dan berkabung atau bertafakur

Setelah berbincang , kami bercadang mengadakan jamuan Hari Raya yang dikendalikan oleh AJK Bilik Guru. Menu pelbagai. Masing-masing membawa makanan yang telah dibincangkan seperti nasi putih, sambal dan ulam-ulaman seperti daun ceylon, timun, pucuk mampung atau dikenali dengan nama ulam raja., kari daging, tomyam, sup dan bihun, sambal sotong , sambal kacang, Manakala minuman air kopi dan air sirap.  Terdapat juga tapai, kuih raya, buah-buahan seperti jambu batu, tembikai dan tembikai susu.
   Majlis bermula pukul  9.30 pagi hinggalah 12.05 tengah hari.  Kesemua warga SKMT dijembput termasuk pekerja kantin, pengawal keselamatan dan pekerja swasta.  Alhamdulillah makanan berlebihan dan ada yang bungkus bawa balik atau tapau.  Jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara guru, pekerja dan pekerja swasta.


                                          Gembira dan ceria guru-guru SKMT di bilik guru
                                                   sibuk menghidangkan makanan dan minuman
                                                   cocktail jagung, tapai, biskut raya, kuih pencuci mulut
                                                                nasi impit dan agar-agar
                                sambal udang, tomyam, kari daging, sambal kacang, sup
                           Masa berkabung mengingati mangsa-mangsa yang terkorban  MH371
     Bacaan alfatihah dan berdiri untuk bertafakur menngingati mangsa korban dan ketibaan jenazah ke Malaysia
  Kemudian , kami bersama-sama bertafakur dan membaca alfatihah untuk mangsa-mangsa MH17 di bilik guru sementara guru-guru lain di kelas masing-masing bersama-sama dengan murid mereka.  Dalam sejarah tanah air, kita kehilangan 2 kapal terbang MAS, di mana kehilangan MH370  ghaib tidak dapat dijumpai manakala MH17 menjadi mangsa kepada puak pemisahan Ukraine.  Semoga mereka yang beragama Islam ditempatkan  dalam golongan orang yang beriman....aamiin


 
                Ustaz Mohd Rais mengetuai bacaan alfatihah dan doa untuk arwah mangsa MH17

Wednesday, August 20, 2014

Bermain-main dengan huruf sambil mengeja

Hari ini,  guru pemulihan tidak hadir.  Aku terpaksa mengajar murid-murid Tahun 1 kumpulan C yang memerlukan pemulihan. Dalam kelasku terdapat pelbagai kebolehan murid. Aku bahagikan mereka kepada dua kumpulan sahaja. Kedua-dua kumpulan ini sangat jauh berbeza dari segi kebolehan dan pencapaian.
  Sebenarnya muridku ada tiga kumpulan tetapi untuk memudahkan,  aku bahagikan mereka kepada   2 kumpulan.  Mula-mula ku ajar semua ,  mengeja, menyebut dan membatangkan perkataan. Kemudian aku meminta mereka melengkapkan  tempat kosong dengan perkataan yang diberi. Jawapannya ku tulis   di papan hitam.
Setelah ,mengajar, ku bimbing murid kumpulan C.  Kumpulan A dan B  boleh membaca, menulis dan menyalin malah ada yang boleh membuat kerja sendiri., Jadi kuminta mereka membuat  kerja muka surat 3 & 4 manakala aku membimbing murid kumpulan C
  Kumpulan A& B ini juga ada kalanya kurang faham, mengganggu aku semasa aku mengajar kumpulan C.  Aku beralih pula kepada Kumpurlan A & B. Setelah berbincang dan membimbing mereka, aku berbalik semula kepada kumpulan C.
  Kumpulan C ini ku minta menghafal 2 patah perkataan sahaja iaitu  taman bunga. Eja perkataan, sebut dan membatang seorang demi seorang. Setelah itu ku suruh mereka menyusun huruf-huruf supaya menjadi 'taman bunga" dengan betul.  Memang salah sahaja .  Susah juga mereka hendak mengeja dan menyebut suku kata tertutup, Takkan lah nak ajar sukukata terbuka sahaja.  Entah bila mereka boleh  menguasai kemahiran membaca,  menulis dan mengira agaknya.  Tetapi adalah perkembangan baik , kalau dulu lagi susah hendak mengenal huruf abjad. Kini mereka sudah mengenal hurud dan membaca suku kata terbuka.
    Ada pun pondok LINUS , tak ada yang hendak membacanya, semua berharap kepada guru.  Sayangnya mereka tak membaca , datanglah 2 ekor ,monyet yang merosakkan papan tanda dan huruf-huruf yang ada di situ.  Musim hujan pula. tempias dan zink yang bocor, banjir pula dah.  Semoga semua halangan tidak mengganggu emosi dan membuat aku putus asa.  Rajin-rajinlah membaca wahai anak muridku.







Gotong-royong Ceria Merdeka 6 Bestari

Rabu , 20 Ogos  2014, aku bercadang mengadakan gotong-royong menghias kelas untuk persiapan pertandingan kelas patriotisme. Semua murid kecuali Mohd Najmi tidak membantu.  Semua murid tahun 6 Bestari hadir hari ini.
  Mula-mula, aku membuka langsir di sebelah kanan kelasku sementara semua murid menjawab soalan Gerak Gempur 4 , Kertas Matematik 2.  Sedang aku menaikkan langsir tersebut , baru hendak pasang sebelah kanan , Nazir  seramai 2 orang dari JPN yang datang mengaudit kehadiran murid tiba-tiba  lalu di hadapan kelasku.  Mereka bertanya, "Ni, kenapa jatuh langsir ni?". Aku pun menjawab, "Baru nak pasang langsir sempena kemerdekaan".  Kemudian mereka pun berlalu .
    Setelah mereka selesai menjawab soalan Ujian Gerak Gempur , aku meminta ketua kelasku, Mohd Zanizam yang pakar naik tangga memasang bendera Malaysia di hadapan pintu masuk dan bendera Melaka di hadapan pintu belakang kelasku.  Aku bercadang memasang bendera bunting di hadapan kelas. Ada kiga murid perempuanku yang berebut hendak memasang bendera.  Aku nasihatkan mereka agar tidak tergopoh-gapah kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak elok berlaku tambahan pula mereka perempuan berilah murid lelaki melakukannya.
  Kemudian, aku meminta muridku memasang langsir di sebelah kiri pula.  Ada antara mereka yang menggunting huruf dan menyusun huruf bagi perkataan 'sudut patriotik'.  Aku nak tampalkan keterangan mengenai tema kemerdekaan dan sejarah perjuangan kemerdekaan. Nasib tidak baik pula , rod langsir  tidak cukup, terpaksa aku  ke pekan Masjid Tanah untuk membeli rod langsir yang berharga RM14.00.
  Syukur hari ini dari pukul 12.55 tengah hari hingga pukul 2.10 petang dapatlah menggantung langsir, bendera Malaysia dan tema kemerdekaan "Negara Kita Tanggungjawab Kita". Terima kasih murid-muridku atas kerjasama kalian.
                                             memasukkan rod langsir yang panjangnya 12 meter
                                           menggantung langsir kemerdekaan

                                  memasang bendera Melaka di hadapan pintu belakang 6 Bestari
                           memotong huruf-huruf dengan menggunakan stensil dan kertas warna


                                     mencari bahan-bahan lama untuk dipasang di kelas 6 Bestari - ini adalah hasil tanganku semasa di SKDN dahulu.