Saturday, September 13, 2014

UPSR 2014....Soalan bocor salah siapa?

Selalunya kedengaran musim peperiksaan soalan bocor.  Di manakah ketatnya dan rahsianya , akauntabiliti dan intergriti penjawan awam dari jawatan Pengarah  Peperiksaan , hinggalah kepada guru , namun Menteri Pendidikan menyalahkan penjawat awam....entahlah semakin lajunya kumonikasi kemudahan telefon pintar semakin derasnya soalan bocor ke seluruh pelosok Malaysia, namun hakikatnya kebocoran itu tidak melitupi semua sekolah  terutamanya  di pedalaman yang kekurangan ICT. Pengulangan peperiksaan UPSR melibatkan hampir setengah juta murid sekolah rendah.
  Setelah diumumkan soalan Bahasa Inggersi dan Sains bocor, muridku pula menambah soalan Matematik pun bocor juga seperti yang didengar melalui berita dan desas desus.  Sakit hatiku apabila aku mengatakan bahawa setakat ini Lembaga Peperiksaan  Malaysia menyatakan bahawa Kertas Bahasa Inggeris perlu diulangsemula dan kertas Sains.  Syukurlah dua kertas sahaja.

  Bagiku,  sepanjang menhajar tahunmurid Tahun 6, tak pernah dapat kertas soalan yang diwar-warkan bocor.  Aku hanya menumpukan kepada kelas tambahan dan selepas bulan Mei, latihan-latihan gerak gempur. Sekolah-sekolah yang mendapat soalan bocor mestilah mendapat keputusan yang melonjak, memang benar sekolah jiranku pernah mendapat 28 orang 5A, memang pecah rekod, rupa-rupanya ada itulah rahsianya.  Kami tak hairan pun.  Kami sebagai guru tetap berdiri teguh dengan kelas tambahan pagi, tengah hari dan malam. Biarkanlah Allah menentukan-Nya setelah kita berusaha. Heboh di sana-sini menyatakan 4 lokasi panas soalan bocor dikenalpasti.  Bermacam-macam andaian.  Semoga kebocoran soalan ini tidak menjadi pertelingkahan semua pihak.  Sepatutnya kita mestilah   sedar , janganlah memaksa setiap guru atau sekolah mendapat keputusan 100% kerana sumber manusia kita berbeza,.Kadang-kala keputusan UPSR jatuh terhentak, maka berkampunglah Nazir di sekolah itu. Bukan guru tidak berusaha kalau dapat murid yang kurang usaha, selalu ponteng dan tidak ada hati untuk belajar , dah berbagai usaha dilakukan, terserahlah.

  Ketahuilah kami  guru bukan mahu mendapat keputusan begitu, namun ada kebocoran dari segi minda murid-murid , dari segi pembelajaran.  Guru yang pening kepala menampal kebocoran pembelajaran yang dipelajari terutama murid di pedalaman.  Banyak kekurangannya terutama taraf pendapatan yang rendah, pemakanan dan kekurangan kemudahan seperti komputer, internet dan persaingan yang rendah.
  Semoga peristiwa ini membuka minda Nazir-nazir yang berkeliaran memantau guru, kesibukan guru dengan PBS, kerja-kerja perkeranian, pendokumentasi setiap program dan karenah anak murid yang semakin membebankan guru ditambah karenah ibu bapa yang kurang prihatin terhadap anak mereka  terutama sahsiah dan tanggungjawab sebagai murid sekolah.
   Sepanjang 30 tahun  aku bergelumang dengan dunia pendidikan,semakin sukar untuk mengajar murid-murid terutama yang berlagak pandai dan tidak mahu mendengar nasihat guru. Disiplin murid 30 tahun yang lalu adalah lebih baik .  Namun ada juga kebaikan murid sekarang , bukanlah semuanya tidak harmoni seperti dahulu tetapi inilah hakikatnya .....kemerosotan disiplin semakin ketara manusia  kerana manusia berubah mengikut zaman.
  Semoga anak muridku tidak patah semangat dan boleh menduduki peperiksaan UPSR semula....ingat ini adalah dugaan dan ketentuan daripada Allah s.w.t.

Tuesday, September 9, 2014

Tragedi 8 September 2014

Ketika sedang makan di kantin SKMT pada pukul 10.00 pagi, kami dikejutkan dengan kehadiran Ustazah Siti Aminah.  Beliau menunjukkan kepulan asap yang hitam dan besar umpama serombong mencecah awan.  Kewujudan kepulan asap ini diutarakan oleh murid tahun 2 yang berada di koridor.
 Kami, En Mohd Isha, Pn Surianti dan berapa orang guru lain melihat kepulan asap itu semakin banyak.  Dalam masa 15 minit , asap semakin hitam,kemudian kami mendengar bunyi siren bomba.
  Dari kantin kami nampak kepulan asap itu dekat dengan sekolah selang beberapa buah rumah. Tetapi apabila kami turun ke bawah, kami melihat 4 deret atau 4 pintu rumah sewa telah terbakar.  Kereta bomba tidak dapat turun berdekatan dengan rumah tersebut kerana jalan yang sempit dan kecil .  Kemungkinan bear paip bomba berada di ataskerana rumah yang terbakar itu di bawah bukit.
Ahli bomba tidak dapat memadamkan api tersebut kerana tekanan air rendah,  Dalam masa 20 minit api berjaya dipadamkan. Namun semuanya telah hangus dimakan api yang marak itu tambahan pula rumah sewa 4 pintu itu sudah lama .
  Berbagai versi atau andaian yang dibuat daripada versi wartawan yang tidak bertauliah.  Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri ada yang semput dan langsung terkena kejutan jantung dari Hospital Alor Gajah dihantar ke Hospital Besar Melaka.  Sebenarnya keempat-empat keluarga ini semuanya keluarga SKMT.  Salah seorangnya muridku, Faten Hamamah yang akan menduduki UPSR pada hari Selasa 9 September 2014. Berbagai cerita tentang punca kebakaran tersebut.
Salah satunya, seorang suami yang hendak membakar isterinya kerana tidak dapat memenuhi keinginannya untuk mendapatkan wang daripada isterinya. Satu versi lagi, pasangan muda yang selalu berkelahi.  Entah mana yang sahih, kami pun tak tahu.
  Pengajaran daripada peristiwa ini ialah janganlah bergaduh suami isteri sehingga hendak membakar pasangan, akhirnya orang lain yang terima tempiasnya bukan calang-calang kesannya, sehingga semua keluarga tinggal sehelai sepinggang.  Walau bagaimana pun tidak ada mangsa yang kehilangan nyawa .



Pihak sekolah memanggil guru yangterlibat untuk berbincang apa yang perlu dilakukan kepada mangsa.  Setelah berbincang kutipan derma dikutip daripada guru dan murid=murid sekolah. Ada mangsa yang dibenarkan menginap di Dewan Jeperun dan ada yang menumpang di rumah ahli keluarga terdekat.  Kasihan aku kepada anak muridku, Faten Hamamah yang akan menduduki peperiksaan UPSR, ada guru yang menawarkan menumpang di rumahnya yang kebetulan anaknya sebaya dengan Faten.  Semoga semua keluarga mangsa bersabar atas dugaan yang telah ditetapkan oleh Allah s..w.t.

Sunday, September 7, 2014

telefon bimbit baharu

Gembiranya hati apabila dapat telefon bimbit yang baharu hadiah daripada suami tersayang.  Kebetulan dia ke Low Yat pada 2 September 2014, banyak kedai telekomunikasi seperti telefon, powerbank, komputer dan sebagainya. Aku pula pada masa itu berkursus di Hotel Grand Pacpfic selama 4 hari , bermula 2 - 5 September,2014.
  Dengan kesempatan itu, aku memintanya membelikan aku telefon bimbit yang baharu.  Memang telefonku masih baik lagi dan tak pernah rosak, telefon Nokia N-7.  Di sekolah kawan-kawan sibuk menyuruh membeli telefon baru.  Kini benar-benar aku dapat telefon pintar , skrin sentuh, dan kamera serta lampu. Telefon Oppo N5116 adalah hadiah hari jadi ke -52.
  Bolehlah aku bergaya dengan telefon baharu.  Pertama seklai, merakam gambar rumah abangku yang dalam proses siap.  Kemudian menggunakan telefon ini dengan sebaik mungkin.Telefon lama menjadi rebutan kedua-dua anakku.  Anak kedua pula mengadu bateri telefon buat hal.  Entah berapa kali dia mengganti bateri telefon bimbitnya itu.  Tak tahulah remaja sekarang ini, kedua-dua anak sulung dan anak kedua dah banyak kali bertukar telefon sedangkan telefon lamaku selau ku berikan kepada salah seorang daripada mereka.
 Telefon pertama, Samsung ku beli dengan harga RM450 , bunyinya kurang didengar,selalu suamiku merungut kalau ditelefon mesti tidak diangkat.  Kemudian ku beli telefon Nokia yang berharga RM1800 Nokia tetapi dicuri.  Telefon lama diberi kepada anak kedua, akhirnya tercicir dalam bas.
Telefon ketigaku Nokia N-7 pula menjadi rebutan....masih  elok dan baik kerana dibeli pada tahun 2011.
  Semoga kehadiran telefon ini aku tidak ketinggalan dalam menggunakan telefon pintar .  Terima kasih kepada suami tersayang sekurang-kurangnya ada kenangan daripadanya untuk dikenang sepanjang masa.... semoga dimurahkan rezeki dan jodoh berpanjangan ......aamiin
Pada 2 September dibeli dan pada   5 September  diberikan kepadaku pada waktu malam semasa balik ke Melaka untuk  menghantar tablet untuk kegunaan anak sulung ku yang kebetulan mahu menggunakannya. 

Friday, September 5, 2014

Bengkel di Hotel Grand Pacific , Kuala Lumpur 2014

Aku mendapat surat berkurusus di Hotel Grand Pacific , Kuala Lumpur selama 4 malam 5 hari, bermula dari 2 - 5 September.2014. Pertama kali hendak meninggalakn rumah dan anak bongsuku serta ibuku.  Kedua-dua mereka memang memerlukan penjagaan .
  Nasib baik ada anak sulungku yang boleh memasak dan memandu kereta.  Memang agak sukar aku meninggalkan mereka. Aku juga bersyukur anak sulungku boleh mengghantarku di Bahagian teknoligi Pendidikan Negeri ,Bukit Katil , Melaka kerana semua guru yang berkursus menungggu bas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
  Kami bertolak dari BTPN pukul 11.55 pagi .  Walaupun disenaraikan 23 orang namun hanya 19 orang sahaja yang menaiki bas pada hari itu.  kami berhenti makan tengah hari di R& R Seremban pada pukul 1.00 dan pada pukul 1.40 petang kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di hotel pada pukul 2.45 petang.  Kami berehat hingga pukul 3.30petang untuk minum petang dan taklimat bermula pada waktu malam pukul 8.00.
  Seronok berbengkel , kami menggubal soalan dan memurnikan soalan sambil merujuk kepada contoh soalan yang diberi. Kerja kami siap setelah berbincang dan mengedit soalan serta membentangkannya bagi memurnikan soalan baru yang digubal bersama.  Sesungguhnya bengkel ini memerlukan kerjamasa semua pihak semua pihak.  Sesungguhnya kegunaan Wifi amat penting dalam melaksanakan kerja-kerja mengedit soalan memerlukan teknoloji serta omputer , mesin pengimbas atau scanner , pencetak, LCD serta speaker atau mikrofon.
 Syukurlah setelah selesai kerja, kami bersiar-siar selama 4 jam di GM, Jalan Chow Kit.  Melihatkan panorama di situ, agak terkejut juga memandangkan kesibukan lalu lintas dan pergerakjan warga kota.  Semacam duduk di dalam dinding batu dan berjalan atau bersiar-siar di dinding batu melewat bandar raya Kuala Lumpur.
  Pada 5 September 2014, pukul 12.15 tengah hari , kami bertolak pulang ke Melaka, bas berhenti di Dataran Keris , Alor  Gajah memudahkan aku balik ke rumah.











Hidangan  makanan di Hotel ini sangat memuaskan hati kerana pelbagai makanan disediakan seperti ubi rebus cicah kelapa, cucur jagung, cucur udang, rojak, pecal, bubur ayam, dan sebagainya.
 Selain berbengkel, kami berkenalan dengan rakn-rakan sejawat. Salam perkenalan dan semoga ikatan rakan setugas berterusan.....aamiin.