Saturday, January 31, 2015

Kemelut 26 Januari 2015

Isnin 26, Jan, 2015, kali pertama berada di rumahku bekalan elektrik  terputus. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.  Aku baru sahaja menjerang air dan membuat air kopi.  Apabila bekalan elektrik terputus, aku tidak dapat menyeeterika baju untuk ke sekolah.  Dalam kegelapan aku menyalakan lilin.  teringat pula musibah yang menimpa kepada kediua-dua anak kembar di Terengganu yang kehilangan nyawa akibat lilin yang dipasang oleh ibu mereka  meranapkan kediaman dan meragut nyawa anak kembar itu.
  Aku ada janji temu dengan pihak hospital. sehingga pukul 7.20 pagi suamiku sibuk mencari pembuka pintu pagar secara manual.  Akhirnya pintu pagar dibuka secara manual dan beliau sampai ke sekolah pukul 8.00 pagi.  Aku pula merasa bimbang sekiranya pintu pagar tidak dikunci, emakku akan keluar dan menyebarang jalan raya menuju ke kedai.  Jadi aku mengambil keputusan untuk crk sahaja.
  Bekalan elektrik terputus rupa-rupanya ada kemalangan di persimpangan jalan keluar ke Alor Gajah dan ke Masjid Tanah.  Aku tidak tahu pihak yang terlibat dengan kemalangan jalan raya tersebut.  Khabar angin menyatakan kemalangan yang membabitkan motosikal.   Pukul 8.20 pagi , aku ke Klinik  1 Malaysia Masjid Tanah.  Keputusannya amat menyedihkan hatiku. Keputusan menunjukkan kolesterol tinggi dan gula agak tinggi 15.1 .  Doktor menyarankan , aku mengambil ubat dan membuat appointment . Aku tidak dapat menerimanya, biarlah aku ingin keputusan yang jitu, nanti aku pergi ke Hospital Alor Gajah pula. Kalau keputusannya sama , sahlah masuk kategori penghidap diabetes.  Seterusnya , aku balik ke rumah bekalan air pula terputus pukul 3.30 petang.  Semasa melalui persimpangan di pekan Lendu, aku dapati air memancut-mancut keluar umpama air terjun dari pagi sehinggalah pukul 12.00 tengah hari , sebab itu mungkin bekalan air diputuskan.
  Kemudian aku ke Tesco untuk membeli barangan dan sabun basuh baju. Aku balik ke rumah pukul 7.00 petang , kini terpaksa merempuh kesesakan lalu-lintas, maklumlah  bertembung dengan pekerja kilang dan  pejabat .  Semuanya menambahkan stress atau tekanan hidup dahlah air, elektrik dan kesesakan jalan raya,.Aku bernasib baik aku kerana dah masak pagi-pagi lagi. Al-nasib..... hari itu umpama .....A day   when everything goes wrong........Alhamdulillah  bekalan eletkrik ada pukul 3.00 petang dan entah pukul berapa tersedar  dari tidur pukul 5,00 pagi , bekalan air dah ada.....alhamdulillah, kalau tidak jadi cerita  Arwah P. Ramlee...


Friday, January 30, 2015

Sponge Manis Kukus

Sponge Manis kukus

bahan-bahan
3 biji telur
3   1/2 cawan tepung gandum
1   1/2 cawan gula pasir
1   1/2 cawan air

1 cawan mentega 
1 cawan air sejuk
1 tin kecil susu ideal
2 sudu teh bikarbonate soda
sedikit gula merah  (segenggam)
  

cara membuatnya
1.  Goreng gula pasir sehingga kekuningan  atau perang ( jgn sampai hitam ) , masukkan 1  1/2 cawan       air , biarkan mendidih  kemudian sejukkan.
2.   Masak gula merah dengan 1 cawan air hingga hancur, kemudian masukkan majerin.
3.  Telur dipukul kembang di dalam mangkuk besar kemudian          masukkan  gula hangus  yang telah   disejukkan , masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata sehingga tepung habis.,      kacau sehala. 
4.  Masukkan gula merah yang telah disejukkan dan kacau lagi.
5.  Kemudian masukkan susu cair ke dalam adunan dan kacau lagi.
6. Akhirnya ,  masukkan  adunan ke dalam loyang atau acuan ikut suka .  Kukus sehingga 40 minit ...cucuk dengan lidi untuk memastikan kuih benar-benar masak.
....Lebih elok adunan dibalut  dengan kertas aluminiam supaya wap air tak masuk. Kertas aluminium       foil tu tinggikan sedikit supaya adunan sponge kukus boleh naik. aduan ini boleh juga dibakar,   kalau bakar        kuihnya kering sedikit berbanding adunan yang dikukus.


....SELAMAT MENCUBA....

Friday, January 16, 2015

upside -Down House Gellery

Sabtu 10 Januari, kami berpeluang ke Upside- Down House Gellery di G12&14, PM 7, PlAZA MAHKOTA , Bandar Hilir Melaka.
  Dengan keluasan dua bilik,  harga tiket dewasa RM15 dan kanak-kanakberukuran tinggi  bawah 90cm sahaja percuma. Bagi bukan warganegara tiket dewasa RM20.  Kami pergi berempat, aku , suami , anak sulung dan anak bongku.
  Dalam pemikiran ku,  bagaimana agaknya mengambil gambar  terbalik.  Rupa-rupanya , semua barangan atau peralatan diletakkan melekat di  siling.  Peralatan seperti peti ais,televisyen, kabinet, katil, jamban, semuanya di siling atau di dinding.
  Kami hanya bergambar dan kebanyakan pengunjung terdiri daripada kaum Cina.   Tiada yang menarik, hanya ingin melihat kelainan panorama sahaja.








gambar sebenar dan gambar yang telah diterbalikkan



Tempat ini sesuai untuk berposing sahaja untuk kelainan atau berbeza daripada biasa.  Kalaulah ditakdirkan benda atau peralatan itu jatuh , nahaslah kita.  Jadi berhati-hatilah, jangan sibuk nak berposing....hehehe.

Friday, January 9, 2015

Jelita Impian

Pada 4 Januari 2015, kami menghadiri majlis perkahwinan anak Pengetua Sekolah Sains di Kompleks Belia Sukan di Paroi , Negeri Sembilan.  Seperti biasa kalau dapat berjalan, ada tujuan lain.  Sebelum itu aku meminta anak bongsuku mencari maklumat tempat pelancongan yang menarik di Negeri Sembilan. Dalam pada mencari tempat yang paling hampir ialah Jelita ostrich Farm.  Maka selepas menghadiri majlis tersebut kami terus menuju ke tempat tersebut.
   Kami tiba pada saat tiada pelancong lain, hanya kami bertiga . Tiket masuk RM9.00 untuk dewasa dan RM7 kanak-kanak.  Kami membeli tiga tiket RM27 dan membeli 3 paket jagung RM3.00, memang agak mahal juga sepaket kecil sahaja.
  Kami diberi penerangan yang baik kerana pemandu pelancong pandai berjenaka, tak kering gusi kamu dibuatnya. Sepanjang penerangan kami dari satu kandang ke satu kandang burung unta atau ostrich, manakala burung kasawari pula lebih kecil.  Jadi jangan salah pula burung unta dikenali katwari atau ostrich. Menurutnya sebanyak 200 ekor burung ostrich telah dibawa dari Afrika ke ladang Jelita Ostrich ini pada mulanya. Kini tinggal lebih kurang 30 ekor sahaja.  Ada yang dah mati dan ada yang dah dijual,  Anak burung ostrich susah hendak dijaga kalau bawah umur setahun. Selepas itu, mudah dijaga dan tidak boleh kenal antara jantan dan betina.  Setelah bertelur dalam umur 2 tahun lebih, baharulah tahu jantan atau betina, kalau betina bertelur dan burung yang jantan akan bertukar bulu berwarna hitam. Burung jantan akan menjaga telur.
  Sepanjang penerangannya kami diikuti oleh beberapa ekor kambing yang meminta jagung.  Kambing beor ini memang jinak dan cantik bulunya. Kemudian,  kami dibawa memijak telur burung unta.  Nasib kami baik telur -telur itu tidak pecah.  Burung unta itu sangat marah kalau telurnya diusik atau dipijak.  Oleh kerana si penjaga telur itu sentiasa ada galah , maka burung unta itu takut.  Burung unta atau ostrich akan lari pecut ikut garisan lurus dan takut kepada galah yang panjang. Kami bergilir-gilir memijak telur tersebut.  Kulit telurnya keras dan sebesar bola sepak raga tetapi telurnya bujur sedikit .
  Kemudian kami dibawa ke tempat menunggang burung unta.  Ada dua orang pekerja yang biasa menunggang burung unta ini.  Salah seorang daripada pandai memacu burung unta itu berlari dengan pantas.
 Selepas itu kami diberi peluang menunggang burung unta tetapi dalam kawasan yang telah ditentukan dengan kawalan dua orang pekerja di situ.  Suami saya menunggang sekejap sahaja kerana tidak berani menanggung risikonya, manakala aku dan anak bongsu naik sahaja di atas belakang burung itu kerana pakaian kami tidak sesuai.  Keistimewaan burung unta ini boleh membawa beban seberat 200 kg.
  Setelah puas mengelilingi Jelita Impian kami ke kedai cenderamata . Ada banyak kegunaan burung unta ini. Semakin berusia semakin mahal nilainya.  Harga sekilo daging burung unta ini ialah RM99.00 sekilo.  Bulu burung unta amat mahal dan berharga. Kulit telur boleh dibuat hiasan manakala kulitnya dibuat beg tangan, kasut dan dompet . Terdapat ubat-ubatan, sabun dan krim yang diperbuat daripada burung unta ini.
   Burung yang paling tua berusia 22 tahun di Jelita Ostrich Farm ini.  Burung unta boleh hidup sehingga 70 tahun lebih. Kami dapati ada dewan kecil , meja dan kerusi tempat pelancong diberi penerangan dan taklimat sebelum dibawa melawat ke ladang ini, kalau pelancong dalam kumpulan yang ramai.  Ada juga mahasiswa yang membuat penyelidikan tentang burung unta ini. Guru-guru dari maktab juga ada yang melawat .
  Setelah mengelilingi ladang yang seluas 4.2 hektar ini, kami berpuas hati dengan layanan dan gurau senda si pemandu pelancong yang telah bekerja di ladang ini lebih kurang 23 tahun dengan kepekatan loghat nogori Sembilannya.

  Pemandu pelancong memberi penerangan, kami diiringi oleh ,si kambing yang jinak, meminta jagung
               Kami bergilir-gilir memijak telur burung unta, tengok tu dia marah tetapi takut akan galah

                Aku memegang telur burung unta, kambing-kambing turut mengikut kami.
                       Suami menunggang burung unta dengan kawalan dua orang pekerja
                           Dua orang pekerja menunggang burung unta, kalau anda berani, cubalah tunggang.
                                       barang-barang di kedai cenderamata burung ostrich


                           Terdapat ayam  piru dan ayam kampung serta ayam sirama
                                       Kami memberi jagung kepada kambing



                                                     Kuda ini pun makan jagung
                                                    Di kolam itu terdapat angsa

                             burung unta betina berbulu kelabu dan jantan berbulu hitam

 Kepada sesiapa yang ingin mengunjungi burung unta ini hubungilah Jelita Impian Sdn Bhd, LOT1584, Batu 6,Mukim Pantai, Jalan Jelebu,71770 Seremban, Negeri Sembilan,
 Tel : 06-7670707, 763 2214, 7632168 atau Fax 06-767 3445,
Email: jelitaostrichshowfarm@yahoo.com

Thursday, January 8, 2015

Majlis Persaraan Pn Asiah bt Md Sab

Aku mendapat jemputan daripada Pn Suriati GPK 1 Sekolah Kebangsaan Dato' Nanning. walaupun kad jemputan dihantar ke sekolah namun aku tidak menerimanya.  Apabila diberitahu baharulah aku menelefon pihak sekolah. Kad jemputan dihantar melalui whatsapp.
  Aku sebenarnya tidak membuat sebarang persiapan kerana pada 30 Disember 2014, kami ada mesyuarat guru.  Oleh kerana banjir besar melanda Kelantan  Terengganu, Pahang dan Johor, maka disytiharkan sesi persekolahan ditangguhkan daripada 5 Januari kepada 12 Januari bagi negeri-negeri Kumpulan B, maka dapatlah aku menghadiri majlis tersebut.
   Majlis persaraan tersebut diadakan di Kompleks Jeperun  DUN Rembia.  Aku hanya sempat mengambil cenderamata dari Sabah yang kubeli iaitu bekas letak tisu diperbuat daripada ukiran kayu dan sehelai kain batik dari Sarawak, Ku layangkan ucapan 'selamat bersara ' dengan bantuan anak bongsuku menggunakan komputer.
  Aku sebenarnya hadir mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan bekas guru-guru SKDN di samping bertanya khabar kepada mantan guru besarku Pn Asia bt Md  Sab.  Tepat pukul 10.00 pagi para jemputan tiba termasuk YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdul, ADUN Kawasan Rembia.
  Kami bersalam-salaman dan majlis didahului dengan bacaan doa dikuti dengan  jamuan makan diiringi persembahan muzikal. Selepas makan, ucapan demi ucapan bermula.
     Aku ingin menarik perhatian tentang ucapan Pn Hjh Asiah bt Md Sab , pada mulanya beliau tidak menerima pelantikan sebagai guru besar.  Beliau tidak duduk di kerusi guru besar.  Tetapi atas tanggungjawab, beliau akhirnya akur dengan arahan sehinggalah berjaya menjadi  Guru Besar Cemerlang. SKDN . SKDN pernah dicalonkan sebagai Sekolah Anugerah Cemerlang , pernah memenangi beberapa anugerah dan murid-muridnya berpotensi meraih kejayaan sehingga ke peringkat Negeri.  Aku pun dah lupa akan kejayaan-kejayaan tersebut sepanjang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau dari tahun 2002-2010.
  Beliau sangat peka terhadap perkembangan sistem pendidikan  dan sentiasa menjaga kebajikan guru serta anak didik.  Beliau akan memastikan anak-anak didik mendapat bantuan kewangan jika mereka terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.  Beliau mengibaratkan murid  sebagai  diri sendiri, contohnya, mendapat biasiswa semasa bersekolah kerana beliau tergolong dalam keluarga yang susah.
  Memang benar, faktor pendapatanatau ekonomi  keluarga memainkan peranan penting dalam pendidikan.  Tanpa wang, pendidikan tidak akan lengkap dan masalah kenyakinan diri murid juga agak rendah.  Semangat belajar dan jati diri murid perlu disemai sejak dari kecil agar mereka sentiasa berjiwa besar dan berketrampilan untuk membina  masa hadapan.
  Berbalik kepada majlis tersebut, dapatlah aku berjumpa dan berbual-bual serta bertanya khabar semenjak aku berpindah ke Sabah dan ke Selangor dari tahun 2010 - 2013.  Sesungguhnya aku amat gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan setugas dan aku ditempatkan semeja dalam dengan  bekas guru-guru SKDN.  Syukurlah dapat berjumpa, berbual dan bertanya khabar.
  Kepada guru besar Pn Hjh Asiah bt Md Sab dan Pn Salamah  bt Ahmad,  GPK 1 , aku amat berterima kasih atas sokongan dan dorongan supaya  aku memohon Guru Cemerlang.  Kalau bukan atas desakan dan perhatian mereka , aku tidak akan bergelar GC, begitu juga suamiku yang sentiasa memberi maklumat tentang GC.
  Tiada kata yang lebih indah  dengan mengucapkan 'Selamat Bersara . semoga berbahagia dan sihat sejahtera di samping keluarga...khas buatmu, Pn Hjh Asiah bt Md Sab, Guru Besar Cemerlang SKDN.

                              Pn Hjh Asiah bt Md Sab, guru besar SKDN 2002-2014

                                                           para tetamu yang hadir
bersama-sama dengan Pn Megawati Jalaluddin, Pn Anisah Abdul;, Pn Norainy Darus

kad jemputan

brosur majlis persaraan
berkumpul dengan mantan guru dan GPK

 Kejayaan dalam Perkhidmatan beliau yang boleh menjadi contoh kepada kita:-

 * Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC (2003. 2012)
* Anugerah Pengarah pendidikan Melaka (2007)
* Anugerah Guru  Besar Cemerlang         (2008)
* Anugerah Pingat Jasa Kebaktian  PJK           (2014)

Pengalaman lain
*Ahli meja bulat (Wakil GB Melaka) bersama pengarah Bahagian sekolah Harian (Penggunaan Gajet Teknologi) di PICC, Putraya.
*Pementoran Guru Besar Baharu (Program Immersion)
*AJK MGB kawasan
*Pemeriksa kertas SPM (1976)


Semoga kita berjaya mendidik anak bangsa walaupun khidmat kita secemerlang mana....tanggjungjawab kita memacu anak bangsa menjadi warga negara yang berguna kepada bangsa dan negara....aaamiin




Bukit Malawati, Kuala Selangor

Pada 3 Januari , kami telah mendapat undangan ke majlis perkahwinan seorang staf SBPI Sabak Bernam. Kebetulan melintas Bukit Malawati , kami singah di sini.  Dah lama aku menginginkan menaiki Bukit Malawati. Selalunya aku melintas sahaja di sini ketika pergi mesyuarat atau ke Pejabat Daerah Pendidikan Kuala Selangor ketika bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh pada tahun 2012-2013.
  Kini impian tercapai .  Setelah balik dari majlis tersebut, kami singgah ke Bukit Malawati. Tiket masuk naik trem berharga RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 kanak-kanak.  Difahamkan trem beroperasi pada hari Sabtu dan Minggu.  Waktu operasi bermula dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang.
  Setelah membeli tiket ,kamiberatur untuk naik trem ke Bukit Malawati, Di puncak bukit terdapat penjual aiskrim, buah-buahan, minuman dan sayur kangkung serta pisang muda untuk diberikan kepada sang monyet. Pertama, kami bergambar di tepi meriam.  Kemudian kami melihat menara tinjau.  Muzium bukit Malawati menerangkan bagaimana Selangor mendapat nama.  Sejarah Selangor dan barang-barang sejarah dan jurai keturunan Sultan Selangor
    Bukit Malawati Kuala Selangor adalah merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Sultan Ibrahim (1782-1826) telah mendirikan sebuah kota di Bukit Malawati bagi mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. 
Kota tersebut bagaimanapun telah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan "Kota Altingsburg" bersempena nama Gabenor Belanda di sana. Namun Sultan Ibrahim telah berjaya menawan kembali kota tersebut pada Januari 1785 dengan bantuan pahlawan-pahlawan dari Pahang. Ini adalah kejayaan pertama seorang Sultan dari Tanah Melayu berjaya mengalahkah satu kuasa besar Asing di Tanah Melayu. 
Kota Malawati ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977. 
  Terdapat banyak meriam di hadapan Bukit Melawati dan menara melihat anak bulan dan menara api. Kami melihat banyak lutong di sini. Ada yang jinak ada juga yang garang tetapi kita mestilah berhati-hati.  Ralai pelancong yang memberi lutong makanan kepada lutong ini.
Kami tidak pergi ke Batu Hampar yang mengatakan tempat ini agak berhantu terutama kalau orang yang lemah semangat .  Menurut cerita rakan-rakan yang pernah pergi, ada yang kena usik sebab itu trem terakhir ialah pukul 6.30 petang.  
 Mengikut sejarah dari zaman ke zaman, batu hampar ini dikatakan berasal dari batu tambatan bahtera. Batu berukuran  5 x 5 kaki ini dikatakan pernah menjadi tempat seorang dayang istana yang dipancung kepalanya akibat perbuatan zina yang menyebabkan Sultan menjadi murka. Darahnya dikatakan disimbah disekitar kota Malawati sebagai pengajaran kepada rakyat agar tidak melakukan perbuatan zina. Selepas kejadian itu juga dikatakan , sebatang pokok yang terletak berhampiran dengan batu hampar itu akan berdarah sekiranya ditoreh seolah-olah terkena sumpahan akibat hukuman itu. 
Pernah berlaku beberapa orang anggota ekspedisi menjelajah Kuala Selangor dilihat cuba menoreh batang pokok angsana itu dan ternyata ia mengalirkan getah berwarna merah...... wallahualam
 Kemudian kami terus menaiki trem turun ke Taman Ternakan Ikan Air Tawar.
Terdapat beberapa buah akuarium, kolam yang agak tidak dipelihara memandangkan kolam itu dijadikan keadaan  semulajadi , ada burung tiung, burung merpati dan ayam piru serta ayam kampung. 
  Kemudian kami ke bangunan yang memperlihatkan peralatan menangkap ikan serta lukisan besar menghias dinding dengan memberi maklumat mengenai ternakan ikan air tawar.
                       bergambar di hadapan pintu masuk berdekatan kaunter tiket
                                                   di hadapan    kedai cenderamata
                                      bergambar bersama-sama anak bongsuku
                               bergambar di hadapan tempat melihat anak bulan dan menara api
                                    di hadapan bangunan Muzium Kuala Selangor
             Kebanyakan lutong berkeliaran mencari belas ihsan makanan yang diberikan oleh pelancong

                     Pemandangan kolam ikan air tawar yang dipenuhi dedaun kering
                       ayam piru ini ke hulu ke hilir kerana ketiadaan makanan
 
                                           
                     
               Pemandangan di blok bangunan ternakan ikan air tawar

Terdapat pengajaran daripada peristiwa menaiki trem Bukit Malawati.  Pertama, terdapat sekumpulan pelancong kaum Cina yang monopoli tampat duduk di trem ini walau pun tempat duduk trem ini sudah melebihi muatan di hadapan. Kedua, Taman ternakan Ikan Air Tawar sepatutnya dipelihara dan dipulihara memandangkan keadaan yang kotor terutama kolam ikan air tawar, dedaun kering berselerakan dalam kolam mengotorkan kolam.  Air kolam perlu disalirkan dengan baik atau saliran air keluar dan masuk.  Pemandangan begini akan menjejaskan pandangan pelancong atau masyarakat terhadap tempat  pelancongan.

Orientasi tahun 1 dan prasekolah 2015

Masih lagi bertugas Di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah merupakan tahun kedua bagiku.  Walaupun tahun 2014 merupakan tahun yang banyak diduga dengan  bencana seperti soalan UPSR bocor, kehilangan MAS M370, M17 ditembak, banjir menimpa di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Johor  dan beberapa buah negeri lagi, namun demi kelangsungan hidup kita mesti bangkit untuk meneruskan kehidupan.  Begitu juga aku, setelah penat berhempas pulas mengemas barang-barang berpindah ke Melaka dan demam sakit gusi serta demam batuk yang berlarutan.  Kini tahun baru mesti bangun dengan azam yang baru.
  Orientasi tahun 1 dan prasekolah dimulakan ucapan guru Besar,dikuti  taklimat berkaitan dengan HEM, pemerangan LINUS, dan pendedahan JQaf. Tepat pukul 10.00 pagi semua muridtahun 1 bergerak ke kelas masing-masing. Sementara menunggu ibu bapa mengambil buku teks, murid-murid tahun 1 diberi lembaran kerja mewarma.
  Untuk fasa 1 mereka mewarna gambar bunga dan fasa 2 gambar bunga dengan rama-rama.  Ada yang tekun mewarna , ada kemahiran cantik dan bersih kerja mereka dengan tekun.  Ada pula yang tidak lagi mahir dengan warna dan menulis nama pun tidak tahu.  Dengan program orientasi ini dapatlah sedikit sebanyak gambaran kebolehan murid-murid tahun 1.
  Oleh kerana bilangan murid tahun 1 ini 30 orang, maka guru perlu  mengajar mereka mengikut kebolehan.  Masih terdapat 4 orang yang belum menguasai kemahiran membaca dan mengenal huruf serta warna.  Mereka perlukan bimbingan guru. Sebaliknya , kami guru amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa untuk membantu menyelesaikan masalah anak mereka. Janganlah ada antara mereka yang tidak dapat menerima kelemahan anak-anak dan mencari kelemahan guru.  Untuk berjaya, murid perlu bergerak, ibu bapa perlu membantu dan guru pula perlu prihatin dan menumpukan lebih kepada mereka yang lemah.  Semoga tahun 2015 memberi sinar kepada semua murid SKMT.

                           



   Kami menjadikan 3 kumpulan murid, setiap kumpulan dibekalkan sekotak pensel warna.  Murid lain guna pensel warna sendiri.
                    Kami membantu cikgu Pn Asiah Hashim, Pn siti Norlizah Jantan dan penulis sendiri
                                       hasil kerja murid yang teliti, kemas dan bersih