Thursday, September 22, 2016

Permata sulung anakku, Syara

Kelahirannya pada 9 Mei 2016, pada jam 6.58 petang. Beratnya 3.1 kg,  Kami mendapat wassap pada waktu tengah hari. Kami bergegas pergi ke hospital dua hari sebelumnya. tetapi dia anak kedua, Syarafina masih belum melhirkan anaknya.
    Kami mendapat telefon dia telah melahirkan anaknya pada 9 Mei 2016. Kemudian kami bergegas sampai ke Hospital Besar Melaka pada pukul 8.00 malam.  Kami menunggu sehingga pukul 10.00 malam, namun dia masih lagi di wad bersalin. Hampir pukul 11.00 malam , dia dimasukkan ke wad biasa dengan babynya. Kami sempat menjeling semasa diai melintas disorong ke wad. Si baby dinamakan Azfaruddin bin Khairuddin.
  Kalau tidak silap, si baby terpaksa tinggal di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan kuman di paru-parunya kerana terminum sedikit air mentuban. selama seminggu ubat antibiotik dimasukkan dari jari kecilnya.  Kasihan melihatnya.
   Setelah seminggu, keluar wad, anakku Syara tinggal berpantang di rumah.  Sayangnya, peraturan berpantang tidak diikuti dengan baik.  Kadang-kala tersasul pula.  Sepatutnya orang berpantang pakai stoking, baju baju dan kurang minum air.
   Si baby pula kuat menangis dan banyak ragamnya.  Kini mereka tinggal di rumah sendiri. Baru berusia 4 bulan lebih, dak kenal orang.  Tak berapa mahu didukung atau diambil, menangis sakan, lama pula menangis tu.


Wednesday, September 21, 2016

Jom, tanam Pokok durian montong!

Sekarang tengah heboh dan banyak promosi baka durian montong.  Menurutnya baka pokok spesis jenis ni cepat berbuah. Pokoknya tak besar dan isinya nampak sedap.  Tak tahulah, betul atau tidak?.
  Oleh kerana kepingin sangat nak makan atau merasa durian montong ini, aku pun beli .  Ikut kawan-kawan di sekolah.  Ada 4 batang ku beli.  Harga sebatang RM50 kerana kami kongsi ramai-ramai beli sampai cukup 60 batang.  Cikgu Rohayanti , tolong ambil pesanan. Kalau nak ikutkan, sebatang RM50 dan pos RM25, jadi lebih murah kami pakat ramai-ramai beli terus daripada  pengedar.
  Selalunya kami pesan beli secara borong kot, tu yang dapat murah. Pokok rerama pun kami beli borong, pesan kat kawan-kawan.  dapatlah dua batang. Dah tanam pun. Tetapi pokok durian montong belum kutanam lagi.  Dah dua hari duk bawah bumbung rumah. Nantilah kalau ada kelapangan akan ku tanam.
  Semoga pokok ini hidup subur dan berbuah lebat dan sempat kami merasa atau menikmati hasilnya....tunggu 3 tahun...bermakna tahun 2020 dapatlah makan hasilnya.  Jom, tanam sekarang!.

Monday, September 19, 2016

Raya Haji Aidil Adha 2016...

Beruntung tahun ini Hari Raya Haji pada hari Isnin, 12 September 2016. Kebetulan selesai UPSR dan cuti pertengahan penggal kedua bermula.
   Entah mengapa, aku masih berlengah. Pada hari Ahad , barulah sibuk membuat kek, merebus ketupat. Aku berpuasa pada hari Ahad.  Terasa letih pula.  Oleh itu, aku meminta anak bongsuku merebus ketupat dan pada waktu petang baharulah aku sibuk membuat kek. Pada waktu malamnya, selepas berbuka, aku membuat rendang itik.
  Entah mengapa, rendang itikku tak berapa sedap, tawar dan hambar. Aku tidak tahu. Mungkin tersilap santan atau kurang garam.  Maka ku tambah garam, termasin pula . Manakala kekku pula tak menjadi berlubang-lubang kerana suamiku tersalah beli tepung.  Aku memintanya membeli tepung naik sendiri , dibelinya tepung gandum halus cap kunci.  Alasannya di Family Store hanya ada kotak berwarna oren, tepung kotak warna merah jambu tidak dijumpai. Maka terjadilah kekku yang padat, tidak naik walaupun aku membubuh bikarbonat soda dan krim tartar serta ovelett. Namun begitu kek tersebut masih lembut dan penggunaan majerin mengurangkan keenakan  rasa kek tersebut.
  Tahun ini pula, kakakku menunaikan haji.  Dia bertolak ke  Mekah pada 15 Ogos sehingga 23 September.  Maka berkurang meriahlah Hari Raya Haji tahun ini.  Abangku pula ditahan di PPUM kerana disyaki Tibi.
   Jadi, Hari Raya Haji & Aidil Adha disambut hambar.  Hanya besan dan anak keduaku bersama-sama keluarganya  serta si baby Azfar yang beraya di rumah kami.
  Pengajaran daripada peristiwa , rendang itik dan kek tak menjadi, mungkin hambarnya hati dan perasaanku.  Akhir kata, "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAFKANLAH KESALAHAN SAYA KEPADA SEMUA YANG MEMBACA CORETAN SAYA.

Majlis perkahwinan mengeratkan hubungan persaudaraaan

Kekadang kita tak tahu bilakah akan bersua dengan ahli keluarga dan saudara-mara. Setiap keluarga mempunyai haluan hidup masing-masing. Mungkin ada yang mencari rezeki  dan ada yang mendiami atau menetap di negeri yang berlainan.  Setelah ibu dan bapa mertua meninggal dunia, hubungan kekeluagaan antara adik-beradik sebelah suami semakin renggang, bukan disebabkan perselisihan tetapi jarak masa dan tempat pertemuan tidak mengizinkan tambhan pula masing-masing dengan karier kehidupan. Ada yang tinggal di Johor, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. Tinggallah rumah pusaka terbiar sepi.
   Perkahwinan anak ketiga  kak Zaiton, kakak iparku mengeratkan semula hubungan kekeluargaan , walaupun tidak semua anak-beranak dan ipar duai menghadiri majlis perkahwinan tersebut.  Syukurlah dapat mempertemukan adik beradiknya.  Cuma yang tidak hadir ialah pasangan kembar adik kepada Rosnah.
   Walaupun majlis kecil-kecilan , anggaran 500 orang, tetapi majlisnya meriah., majlis sambut menantu perempuan. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan Taman Perumahan Berlian, Kluang , Johor. Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan dan Suharni , semoga berbahagia, dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha serta berkekalan hingga ke Jannah....aamiin. Tanggal 16 dan 17 September 2016 jadi kenangan  dan menggamit memori.
   Sempatlah aku membuat kek marble sebanyak 8 biji dan buah rambutan sebagai buah tangan kerana sempena cuti pertengahan penggal kedaua persekolahan.
 
                                              menyambut tetamu

                                      Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan & Suharni

                                                   Ibu dan adik beradik sebelah pengantin lelaki
                                         
                                                    bersama-sama dengan saudara-mara

                                          sempat bergambar di pelamin pengantin

Thursday, September 8, 2016

raya tahun 2016 ...1437 H

Raya tahun ini sangat meriah. walaupun pada awalnya terasa amat berat untuk berkemas rumah dan membuat persiapan hari Raya.  Hari Raya pada hari Rabu, kalau Selasa, bekerja keraslah kami.  Kami rileks sahaja, Hari Selasa baru sibuk kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, masak air gula,
  Hari Raya pula pergi sembahyang di Masjid UmarAl-Khatab, sebaik sahaja selesai sembahyang raya, baru nak mengemas meja, isi kuih muih, kakak dan keluarga abang datang, kami belum sedia semua ketupat, lemang dan kuih muih di atas meja.
   Tahun ini aku pula banyak merebus ketupat dan membuat rendang itik . Kari kambing juga disediakan. Kami menunggu tetamu. Kakakku sekeluarga dan anaknya manakala raya ketiga pula adik ipar sekeluarga. Tahun ini kami beraya, betambah ahli keluarga. Kakakku bersama -sama cucunya dan cucuku yang baru berusia sebulan lebih.  Meriah sungguh raya tahun ini....Syukur alhamdulillan, Allah masih memberikan aku masa menikmati kehidupan ini.
  Buah cempedak pula berbuah dalam bulan puasa dan hari raya, dapatlah diagihkan kepada saudara-mara yang dekat dan jauh....ke Puchong Perdana, Kluang, Kedah, dan sekitar Melaka.  ...Semoga pokok cempedakku rajin berbuah.







KURSUS BAHASA MELAYU 2016

Tetiba sahaja aku mendapat panggilan telefon pada pukul 10.35 pagi. Petang itu juga aku mesti mendaftar kursus tersebut.  Sebenarnya aku balik awal pukul 12.30 dah sampai rumah. Guru besar mempercayaiku dan membenarkan aku pergi hanya melalui wassap yang ditunjukkan melalui telefonku.
    Sampai di Hotel Emperor pukul 2.10 petang. Tak ada kekawan yang kenal.  Aku ambil bilik 1507 tanpa rakan. Aku hanya bawa baju sehelai sahaja.  Aku ingatkan sampai petang. Rupa-rupanya 3 hari 2 malam.  Aku menunggu hingga mendapat roomate . Teman sebilikku, Cgu Norpiah dari SK Demang Taha, serumpun rupanya kami.
   Semasa berbuka puasa , aku makan daging kambing , ayam dan ikan panggang. Selain itu bihun sup, sedikit murtabak dan sebelah roti canai. Aku menghadapi masalah hendak pergi ke hotel ini dan balik ke rumah,  Memang aku kurang arif tentang jalan di bandar Melaka.  Pergi guna GPS dan balik juga guna GPS tetapi terlepas simpang.  Akhirnya aku mengambil jalan jauh.
    Pada hari kedua, aku terlambat sedikit. Bertemu dengan orang baru, sambil berbual dan semasa mendaftar aku terlihat  nama dan nombor telefon roomatenya.  Nama tersebut macam kenal sahaja, maklumlah dah lama terputus hubungan dari tahun 2003.
  Pada hari itu kursus baru bermula. Bertemulah semula rakan-rakan yang pernah terputus hubungan. Setiap kali menjadi pemeriksa kertas, setiap kali bertukar ketua. Tahun 2007-2009, ketuaku cgu Mohd Isha Bakar (Melaka), tahun 2013, ketuaku Tn Hj Firdaus (Selangor), 2014 , Cgu Azmi dan tahu ini betukar lagi dengan format baharu.
 Berbalik kepada cerita ini, aku dapat berjumpa dengan kawan pjj ku yang telah terputus hubungan pada tahun 2003. Semoga hubungan kami sentiasa berpanjangan .
     Semoga dengan kursus ini dapat memberikan manfaat kepada murid-muridku....aamiin.



Gembira dapat kawan baharu dan bertemu kawan lama.