Tuesday, February 23, 2016

Berbalas Pantun - Jom nyanyi melodi Rasa Sayang Eh

Pada 19/2 , Selasa Persatuan Bahasa Melayu mengadakan perjumpaan dengan mengisi masa mencipta pantun. Pada mulanya , memperkenalkan cara mengenal pantun. Pantun merupakan cara orang zaman dahulu berhibur sambil memberi nasihat.
 Pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Jika pantun 4 baris., 2 baris di atas ialah pembayang dan 2 baris di baris di bawah ialah maksud. Rima (Hujung perkataan ) bagi baris pertama mesti sama bunyinya dengan rima (hujung baris )perkataan yang ketiga, begitu juga rima  (hujung perkataan) baris ke-2 dengan rima baris ke -4.

   Pantun yang telah kami cipta selama sejam......

 Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Rasa sayang sayang eh
rasa sayang sayang eh
Hei, Lihat nona jauh 
Rasa sayang sayang eh

Memancing ikan dengan joran,
Lepas memancing pergi ke pekan
Saya sedia terima teguran,
Terima kasih saya ucapkan,

ulang korus

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh ku bayar,
Hutang budi dibawa mati.

ulang korus

Baju merah warna ceria,
Mari dipakai pergi berenang,
Memang begitu adat dunia,
Budi baik mesti dikenang

ulang korus
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

ulang korus
Che Ta minum air kelapa,
Makan dengan goreng keladi,
Kalau kita dapat berjumpa,
Persahabatan akan kekal abadi.

ulang korus
 telaga , sumur atau perigi

program mentor mentee 2016

Walau pun murid di sekolahku sedikit, namun untuk mendapatkan keputusan 100% amatlah sukar. Berbagai -bagai kaedah digunakan, namun kami belum mebuahkan hasilnya.  Mungkin banyak faktor yang memperngaruhi sama ada faktor genetik, usaha, kurang penumpuan dan kurang bimbingan di rumah .  Mungkin masalah ekonomi juga , rata-rata mereka daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan rendah taraf pendidikan.
   Program mentor mentee di sekolahku lebih menumpukan murid-murid tahun 6.  Oleh kerana,murid tahun 6 seramai 36 orang dan guru hampir sama, maka seorang guru mendapat seorang mentee.  Mungkin ada guru yang dapat dua orang.
  Sebuah buku catatan diberikan kepada guru dan menteenya. Di dalam buku itu, catatlah aktiviti yang dilakukan bersama-sama mente selama satu jam pada setiap hari Isnin pada jam 2.00-3.00 petang.
  Mentee ku bernama Ahmad Furqan bin Zaidi.  Anak seorag ustaz dan ustazah yang bertugas di sekolah ku sendiri. Seorang yang lemah lembut dan dididik dengan penuh kasih sayang kerana dia hanya ada seorang adik yang  jauh jaraknya lebih kurang 10 tahun.
    Semoga setiap pertemuan dengan menteeku membuahkan hasil yang baik.  Aku berdoa buat menteeku semoga tercapai cita-citanya.  Begitu juga program mentor mentee ini akan berhasil dan dapat meningkatkan prestasi pencapaian UPSR yang berformat baharu pada tahun ini.....aamiin., YaRabbal' alamin...

Majlis penyerahan mentor mentee dilakukan di tapak perhimpunan pagi

Monday, February 22, 2016

Majlis Pelancaran NILAM , Bulan Membaca dan VLE FROG

Pada 22 Februari 2016, Majlis pelancaran NILAM, Bulan Membaca dan VLE FROG telah diadakan di sekolah kami.
   Perasmi En Saifullizam bin   Zainal Abidin Penyelaras PKG, Masjid Tanah telah merasmikan majlis ini. Kami mengadakan majlis ini serentak untuk menjimatkan masa dan tenaga. Semasa pelancaran NILAM dan bulan Membaca diharapkan murid-murid tahu kepentingan membaca dalam kehidupan kita. Tanpa membaca kita tidak berilmu dan akan ketinggalan,  Oleh itu, murid-murid digalakkan membaca dan mencatatkan ke dalam buku NILAM.
   ManakalaVLE FROG, satu laman pembelajaran yang boleh diakses melalui internet.Globalisasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang terkini , haruslah didedahkan kepada murid-murid supaya mereka berada dalam pembelajaran maya agar mereka  tidak ketinggalan mengikut arus. Setiap guru dan murid diberikan id dan password supaya aktif dalam pembelajaran digital.
  Beberapa gimik telah dilakukan seperti membebaskan burung dalam sangkar dan pengenalan FROG serta diiringi dengan persembahan murid ,  mendeklamasikan sajak, bersyair dan bercerita .  Untuk VLE FROG dipersembahkan multimedia penggunaan laman tersebut di makmal komputer oleh murid dan guru SKMT.
   Majlis tersebut berlangsung dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 9.30 pagi. Semoga majlis tersebut diberkati dan semua guru serta murid mendapat faedah daripadanya.
 

Bacaan doa 
                                         Gimik pelancaran NILAM, Bulan Membaca dan VLE FROG
             Dua ekor burung di dalam sangkar yang akan dibebaskan sebagai simbolik kita mestilah mencari ilmu supaya kehidupan kita akan lebih bermakna, lebih banyak penetahuan dan pengalaman
                                Perasmi En Saifulizam, penyelaras PKG, Masjid Tanah
                                 Murid-murid Tahun yang terlibat dengan persembahan
                                                 Murid duduk dalam dewan yang kecil
 Gimik VLE FROG

Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas PSS dan Ketua Kelas serta PK

Pada 8 Februari 2016, sekolah kami mengadakan pelantikan pengawas, pengawas PSS dan ketua serta penolong ketua kelas.  Majlis watikah ini diadakan secara ringkas sahaja. Kami menjemput Ketua Balai Polis Daerah Alor Gajah untuk merasmikan majlis tersebut.
  Tujuannya agar murid dapat melihat pentingnya pengeuatkuasaan undang-undang demi menjaga keselamatan daerah dan seterusnya negara.  Begitu juga dengan mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah. Diharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.
  Tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh Pengawai Polis Daerah itu ialah bagaimana kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah. Kekadang tindakan kita yang keterlaluan akan menyebabkan pergaduhan dan kecederaan. Oleh itu kita mestilah menjalankan tugas dengan bertimbang rasa.
  Majlis berjalan dengan baik dan masa yang digunakan dari masa perhimpunan pagi sehingga pukul 9.20 pagi.

                                                            ucapan guru besar
                                         perasmi menyampaikan watikah pelantikan pengawas
            Ketua pengawas mengetuai ikrar pelantikan semua pengawas dan ketua dan Penolong Kelas
                                         Ucapan perasmi Ketua Balai Polis Daerah Alor Gajah

                                                  Pengawas Pusat Sumber Sekolah
                                                             Ketua dan Penolong Kelas
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Rais bin Mohd Ishah 

Jahit langsir kelas Abad/Alaf ke-21, 2016

Dunia pendidikan sekarang sudah berubah. Macam-macam ragam, kelas atau bilik darjah perlu dihias dengan kondusif sekali, cantik, ceria dan sebagainya.
  Jika ikut prosedur,   sepatutnya ada papan pintar, sebuah komputer,  ada ruang murid-murid mempamerkan hasil kerja, fail-fail dan susun atur meja mengikut kumpulan. Adakah kita mampu menyediakan semua itu? Dengan segala kerja yang membebankan seperti eoperasi, hrmis, splg, dsbnya selain pentaksiran KSSR dan Linus.
  Sekolahku juga tidak ketinggalan . Hanya sebuah kelas Abad/ Alaf ke-21 yang disediakan sebagai contoh.
Kelas ini dicatkan lantainya, dinding dan langsir baharu.  Aku turut membantu menjahit langsir tersebut.  Sebanyak 18 keping langsir yang panjangnya 2 meter dan lebar 1m 50cm.  Oleh kerana setiap panel tingkap itu berukuran 3m, maka kain itu dibelah dua dan disambungkan supaya lebih lebar dan melitupi cermin tingkap.
   Pada mulanya aku anggap kerja begini amat mudah.  Jahit tepi dan lurus sahaja. Tetapi setelah kain langsir dibawa balik dan diletakkan ke dalam beg plastik, dah nampak banyaknya . Masalah utamanya ialah kedua-dua mesin jahitku rosak. Menjajar mencari kedai membaiki mesin. Syukurlah mesin itu hanya perlu diservis sahaja dan sebuah lagi perlu dibaiki.
  Setelah mula menjahit, kesukaran pula melandaku. Aku buat sendirian, menjahit tepi, menyambung  dan kerja mencantum serta menjelujur kain tersebut sebelum menjahitnya. Walaupun cuti sekolah, namun kerja-kerja rumah terpaksa kulakukan




                                   langsir yang siap dipotong 2 meter sebanyak 18 keping
 Baru jahit sehelai dah meragam,baiki juga akhirnya, nasib baik tak banyak kerosakan, benang atas tak hendak ambil/ jahit benang bawah.  Kos baiki RM125.00. Mesin tahun 1986...."Lama sungguh model mesin Singer ini ",  kata mekanik itu
 Mesin timing out, puas ku adjust benang bawah dan atas tetapi tak berjaya seharian mencuba,  ke mekanik juga akhirnya. mesin ini. Servis sahaja RM65.00
                                                                         jahit tepi
                                             kain yang telah dibelah dua untuk disambung

Menjahit perlukan ketekunan dan kesabaran. Aku begitu gigih menjahit kerana masa hanya tinggal dua minggu sahaja. Syukurlah dapat ku siapkan langsir  tersebut dalam masa dua minggu.

Gotong-royong kelas Alaf ke-21

Sekolah kami kecil dan tidak mempunyai banyak dana. Pengajaran dan pembelajaran alaf baru menuntut pembaharuan. Kelas mestilah kondusif, cantik, ceria dan umpama rumahku syurgaku.
 
  Setelah langsir baharu dijahit  , masalah timbul lagi kerana rail langsir belum dipasang. Dengan peruntukan yang sedikit, kami berjimat, menggunakan rail langsir yang berlebihan,ada guru yang sudi memberi. Malangnya tidak cukup pula.
  Akhirnya , kami membeli 4 batang rail lagi. Suamiku turut membantu memasang rail tersebut pada tingkap di kelas itu.

Lantai dan dinding dicat serba baharu untuk mewujudkan   tempat belajar yang  selesa.  Meja yang buruk dicantikkan dan diberi wajah baharu.  Meja dicat dengan berbagai warna mengikut kumpulan .

 Kami ke sekolah pada awal pagi jam 9.15 pagi . Setelah memasang rail dan memasang langsir tepat pukul 2.00 kami beransur balik, tinggallah kawan-kawan mengecat meja.  Setelah siap, semua guru beransur balik pukul 5.30 petang.
 
Lihatlah kelas alaf ke-21 , kelas 6 Arif bertuah kerana guru-guru sudi bergotong-royong menyediakan tempat belajar mereka.  Sepatutnya merekalah yang berusaha membantu menghias kelas mereka. Semoga mereka dapat  belajar dengan selesa dan membuahkan hasil yang baik dalam UPSR Format Baharu 2016.
                                                                 
menebuk lubang skru rail langsir

                                               langsir yang telah siap dipasang hook

                                                       membantu memotong clip rail


Guru-guru yang membantu memasang hook langsir


mengecat meja


                                Pn Salwa bt Abu selesai  hias kelas pada pukul 5.30 petang
Syukur Alhamdulillah , siap gotong royong menghias kelas alaf /Abad ke-21.

SELAMAT BERJAYA DAN CEMERLANG DALAM UPSR FORMAT BAHARU 2016

Saturday, February 20, 2016

Jom Singgah Pulau Besar , Melaka

Pada 11 Februari 2016, kebetulan cuti Raya Cina, kakakku balik bersama suami dan anak keduanya. Aku mengambil peluang mengajaknya makan angin ke Pulau Besar ,  Kami pergi berenam, aku , suami dan anak bongsu beserta kakak sekeluarga.
   Kami bertolak dari rumah pukul 9.35 pagi . Sampai di jeti Anjung Batu pukul 10.35 pagi.  Kami terpaksa menunggu feri  pukul 12.00.  Harga tiket dewasa RM15.00 seorang. Ramai pengunjung yang baru balik dari Pulau Besar.  Nasib kami baik kerana bertanya terlebih dahulu, adakah gerai atau restoran yang menjual makanan.  Menurut penjaga kaunter, kedai makan tutup, yang ada jual makanan ringan sahaja. Jadi , kami membeli nasi, lauk dan air mineral di kedai berdekatan dengan
Simpang Pulai.

                                                                          dalam feri
                                             di hadapan jeti  Anjung Batu
 Kaunter tiket

menunggu feri pukul 12.00 tengah hari

     Tepat pukul 12.00 tengah hari kami naik feri yang muatan sekadar 50 orang.  Perjalanan memakan masa selama 20 minit.  Uniknya feri dan van yang siap menunggu di Pulau besar tidak berpintu.
    Kami berjalan kaki dari jeri hingga ke Muzium.  Harga tiket masuk RM5.00 bagi orang dewasa. Muzium itu kecil sahaja, di tingkat bawah dibuat lantai tidak bersimen, mungkin hendak mengekalkan keadaan semula jadi dan di tingkat atas pula berhawa dingin.  Kami menonton video sejarah Pulau Besar. Kemudian, kami berhenti makan tengah hari di tepi pantai dengan makanan yang dibeli tadi.


                                      Pemandangan di kawasan kampung pada masa dahulu

                            Sejarah kedatangan Portugis, Belanda, dan orang China ke Melaka


  Kemudian kami melihat makam Tok Janggut dan Makan Tok Putih. Kasihannya, di tepi kedua-dua makam ini terdapat pokok yang besar.  Maka , ramai pula yang memujanya dengan memasang colok. Bau colok yang busuk menusuk hidung kami.  Walaupun ada papan tanda larangan namun  tidak dindahkan, mungkin tidak ada penjaga di makam tersebut.
  Kami meneruskan perjalanan menuju ke makam Syarifah Roziah dan makam Sultan Al-Arifin serta makam tujuh beradik yang berdekatan dengan Masjid Pulau Besar. Kami singgah sembahyang di masjid ini, terdapat pula insan   yang berhati mulia menyediakan makanan kepada jemaah masjid.
   Kami meneruskan perjalanan lagi di sepanjang pantai terdapat ramai pengunjung terutama kaum India dan India Muslim,  Ada antara mereka  yang berkampug di situ. Ada yang sebagai peniaga. Terdapat tempat sewa khemah, motosikal dan chalet atau homestay. Ada beberapa buah perigi disediakan untuk mana-mana pengunjung yang hendak mandi selepas mandi di laut.

                                            terdapat beberapa buah perigi di kawasan tepi pantai


     Perjalanan kami teruskan sehingga ke makam tujuh beradik yang asal. Kemudian kami ke makan bonda dan menuju ke tempayan pecah.  Menurut abang iparku, ada antara pengunjung yang menyeluk ke dalam tempayan dan dapat sesuatu.  Tetapi kami dapati tempayan tersebut telah disimen . Airnya pula kotor dan berselut.  Takut pula hendak menyeluk, kerana mungkin ada sang ular .



                                            peta kedudukan setiap tempat bersejarah
                                         Tempayan pecah berdekatan dengan makam bonda


   Kami teruskan untuk menjejaki Gua Yunus.  Malangnya setelah jauh berjalan, kami tersesat.  Kami berjumpa sekumpulan belia belajar silat  di tepi laut.  Kemudian mereka menunjukkan jalan ke gua Yunus. Jalan denai yang kecil di dalam hutan itu agak gelap. Kami naik bukit dan meniti tebing batu yang licin , jalan yang terputus antara batu dengan batu ditampung  dengan kayu atau papan , agar tidak tergelincir,  untuk naik ke atas.  Sepertiga perjalanan telah kami lalui.
     Oleh kerana kepenatan, kami mengalah akhirnya.  Dalam perjalanan berpatah balik, kami berjumpa dengan penjaga gua Yunus.  Kami mendengar ceramah dan penerangan daripadanya.
Menurutnya, kalau pertama pergi ke Pulau Besar, perlukan pemandu pelancong, ada beberapa orang yang boleh menunjukkan jalan menuju ke sesuatu tempat, maklumlah di dalam kawasan hutan. Upah penunjuk jalan RM50.00.  Saya tidak tahu berapa jauh , penunjuk jalan sanggup berjalan kaki.
    Kalau hendakberjalan kaki seharian, rasa-rasanya teramat penat.  Kalau hendak melihat kesemua tempat bersejarah perlu sewa chalet, homestay atau khemah.  Memang ada disediakan sewa khemah dan motosikal.



                         Berehat sebentar, jauhnya berjalan kaki lebih kurang 6 km pergi dan balik

 Oleh kerana kesuntukan masa , kami berjalan semula menuju ke feri dan bersesak untuk menaiki feri pukul 5.30 petang.  Kami sampai di hadapan pintu masuk Pulau Besar dan bergambar di situ.



   Sementara menunggu pukul 5.00 petang, kami duduk berehat di wakaf.  Kemudian kami berebut untuk menaiki feri.  Syukur Alhamdulillah , kami dapat naik feri pukul 5.30 petang walau pun ramai pengunjung yang sedia menunggu di jeti Pulau Besar.



                                                          di hadapan jeti Pulau Besar
                                                         sewa   van RM2.00 di Pulau Besar
    Kami selamat sampai ke Jeti Anjung Batu pukul 5.55 petang. Kami bertolak balik ke rumah selepas sembahyang Asar dan makan di Restoran TOmyam....yang tak berapa sedap masakannya.  Alhamdulillah selamat sampai ke rumah. Cuti ini sungguh bermakna kerana dapat bersiar-siar di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.