Saturday, April 30, 2016

Jom , Susuri Sungai Kuantan

Kesempatan dan peluang yang ada kami gunakan.  Aku, suamiku, anak bongsuku, emak, abang dan kakakku berpeluang menyusuri Sungai Kuantan selama sejam .  Kami sampai di jeti pada pukul 9.00 pagi.
  Sebaik membeli tiket RM15 seorang, kami dibawa oleh petugas di situ.  Seorang memandu bot dan seorang lagi menerangkan sepanjang kami menyusuri sungai Kuantan itu.  Apa yang menarik hati kami, sebuah bot Lesen C berharga RM300 000, sekiranya pemilik mempunyai 3 bot, tentulah tergolong dalam golongan orang yang kaya.
   Kami melihat keindahan kampung nelayan dan dapat penerangan tentang kehidupan nelayan.  Kampung nelayan terdiri daripada nelayan tempatan dan nelayan asing. Lengkapkan dengan segala kemudahan seperti tempat kapal dan bot nelayan dilabuhkan, dibaiki dan dibuat.  Harga sebuah kapal baru berjuta ringgit dan dibuat selama 2 tahun.  Sayang pula tak ada kesempatan merakamkan gambar tersebut.
     Panorama paling menarik ialah pemandangan air sungai dengan pertemuan Sungai Lembing dan Sungai Tanjung Lumpur serta Laut China Selatan.  Tempat ini menjadi laluan kapal nelayan yang menggunakan pelbagai kaedah menangkap ikan sama ada menggunakan pukat, sangkar atau pukat jerut.
    Untuk keterangan lanjut saya kepilkan maklumat mengenainya.

JETI Shahbandar Kuantan River Cruise.
KALAU berkunjung ke Kuantan, Pahang jangan lupa singgah ke Jeti Shahbandar dan menaiki bot Kuantan River Cruise yang menjanjikan keseronokan menyusuri muara Sungai Kuantan sambil melihat kehidupan burung helang atau kera bergayut di pokok bakau air masin serta aktiviti bot nelayan di pesisiran sungai dekat situ.

Andai bernasib baik reptilia paling ditakuti manusia seperti buaya tembaga juga boleh ditemui berjemur tetapi jangan risau kerana reptilia ini tidak pernah dilaporkan mengganggu manusia.

Kuantan River Cruise pernah beroperasi di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan hari ini diuruskan oleh Bukit Gambang Resort City (BGRC). Sejak diambil hampir dua tahun, BGRC memberi nafas baharu dengan membawa pelancong melihat bandar Kuantan dari sungai.

Bermula di Jeti Shahbandar Dua bot diberi nama Star 1 dan Kuantan 2 yang mampu memuatkan 50 pelancong bersedia membawa penumpang menyusuri perkampungan nelayan yang pernah menjadi laluan kapal dagangan satu masa dulu.

Perjalanan bersiar-siar menyusuri muara Sungai Pahang ini bermula di Jeti Shahbandar di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Ia akan membawa pelancong kelima lokasi, iaitu Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kawasan pembiakan kelipkelip, Jambatan Tanjung Lumpur, kawasan pokok bakau sebelum berakhir di muara sungai Laut Cina Selatan.

Di lokasi ini, kita akan dibawa melihat aktiviti bot dan nelayan dari Kampung Peramu dan Tanjung Lumpur berulang-alik dan memunggah hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber terpenting bekalan protein kepada penduduk seluruh Pahang.

KUANTAN River Cruise pernah beroperasi di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan hari ini diuruskan oleh Bukit Gambang Resort City (BGRC). - Foto Faiz Anuar
Nikmati makanan laut di Tanjung Lumpur Penulis bersama jurupandu pelancong Kuantan River Cruise, Asrul Hanif Baharuddin, meninjau sepanjang laluan 9.8 kilometer hingga ke muara sungai Laut China Selatan dengan pakej Sunset Cruise sekitar jam 6 petang.

Perjalanan dua hala dari jeti Shahbandar hingga ke muara sungai Laut China Selatan dengan bot berkelajuan lapan batu nautika sejam dirasakan terlalu singkat tatkala penulis sedang asyik melilau pemandangan hutan bakau dianggarkan berusia 500 tahun di sepanjang laluan 9.8 kilometer (km) itu.

Sambil bot Catamaran menyusuri ombak kecil, Asrul memberi penerangan ringkas mengenai lokasi kami lalui dengan mengaitkan sejarah Sungai Kuantan dan jaluran penduduk yang tinggal di sepanjang sungai ini.

Keseronokan kemuncak menyusuri sungai ini ketika waktu matahari terbenam dan waktu malam. Ketika itu suasana menjadi tenang ditambah pula cahaya lampu jalan melimpah permukaan air sungai pasti memukau sesiapa yang menggunakan perkhidmatan Kuantan River Cruise ini.

Seri limpahan lampu ketika perjalanan balik ke jeti kira-kira jam 8 malam, Bandar Kuantan kelihatan `hidup' apabila lampu limpah berwarna-warni dari Jambatan Tanjung Lumpur dan Esplanade Benteng Kuantan.

Asrul menjelaskan, Esplanade Benteng Kuantan meriah pada Sabtu dan Ahad apabila pelancong tidak melepaskan peluang mengunjungi pasar malam sepanjang satu hingga 2 km.

Lebih bermakna lagi apabila anda menaiki bot persiaran ini bersama keluarga menikmati panorama waktu malam, sambil melihat kelip kelip dan selepas itu menjamu selera makanan laut di Tanjung Lumpur yang diberitakan cukup sedap pada harga berpatutan.



Sunday, April 10, 2016

BAHANA ELNINO

Cuaca yang panas dan kering melanda negara kita , menyebabkan berbagai insiden.  KPM pula melarang murid-murid atau pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah malahan pemergian seorang guru di utara akibat bahana ini menyebabkan sekolah di utara ditutup selama 2 hari.
   Aku pula pada awalnya mendapati bibirku mula merah-merah.  Kemudian bengkak akhirnya tiga biji mata ikan timbul di sebelah atas kiri lidah manakala sebelah atas kanan bibir juga bengkak.  Sebiji anak ikan yang besar.  Keadaan ini menyebabkan aku terpaksa makan bubur dan quaker oat.
Dah 2 kali suamiku beli bubur nasi di MD. Selain itu aku makan biskut cicah air sahaja, 
   Aku minta petua dari rakan-rakan fb.  Bermacam-macam diberi.  Kalau bonjela dah nak habis setiub. Kemudian berkumur-kumur dengan air garam, walaupun pedih ku cuba jua.
 Minum pula air buah-buahan. Air kelapa laut dan air kelapa muda.  Setakat ini dah hampir seminggu.
  Selain itu, gigi pula bergoyang. Mahu ku buang sahaja kerana selalu mengganggu. Akhirnya ku gagahi juga ke Klinik Gigi Doktor Faizal. Gigi geraham bongsuku dicabut dengan mudah, memang tak terasa langsung.  Sebatang gigi yang dicabut berharga RM50.00 .  Hari ini 11/4/2016 aku mc.  Semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik.