Tuesday, August 16, 2016

Majlis Aqiqah Azfaruddin

Majlis aqiqah cucuku diadakan pada 30 Julai 2016 .  Dilahirkan pada 9/5/2016 di Hospital Besar Melaka pada sebelum maghrib jam 6.58 petang.
  Tumbang 2 ekor kambing . seekor dimasak kari dan seekor pula dipanggang dijadikan kambing golek. Dua buah dikhemah dipasang , 8 meja bulat dan 90 kerusi untuk tetamu.  Makanan pula ditempah seramai 150 orang. Saudara- mara hanya hadir dalam majlis yang berlangsung dari pukul 11.30 -2.30 petang,  Hanya kakakku yang pulang awal dengan anak sulungku.
  Pagi Jumaat tu, aku pula sibuk membuat kek  sebanyak 8 biji, kastad 3 bungkus dan 2 bungkus agar-agar. Aku pula menempah 200 keping karipap. Cukuplah kuih sebanyak itu.  Suami pula membeli durian dan memintaku membuat serawa durian. Pulutku kukus sedikit dan kakak iparku membantu membuat serawa dan menanak pulut.
  Aku pula bimbang lauk dan makanan tidak mencukupi. Kutambah 6 bungkur besat nasi impit Nona, rendang ayam 6 ekor dan lauk soto untuk dimakan dengan nasi impit. Paginya,  kami sarapan nasi impit.  Tepat pukul 11.00 pagi , pihak katering sudah sampai dengan makanan yang ditempah.
  Khemah yang ditempah pula dipasang lebih awal petang Rabu. Jadi , pagi Sabtu, kami sibuk mengemas rumas dan membentang permaidani di ruang tamu. Aku pula menjemput semua warga sekolahku.
 Dianggarkan 40 orang masjid datang membaca tahlil, tetapi kebetulan pada masa itu banyak sangat yang bertembung dengan majlis perkahwinan termasuk imam 1 di sebelah rumahku, jadi imam 2 bertugas membaca doa.
  Syukurlah  majlis berjalan dengan baik ....semoga Azfaruddin bin Khairuddin menjadi anak yang soleh....amin.
                                               Kad jemputan hasil tangan suamiku
    Antara kawan lama senior XMunshi Abdullah , Batu Berendam , Melaka, Kak Zailan dan abang Wahid.
                    Aksi Azfaruddin bin Jamaluddin , nak tumbuk siapa tu!
 
                                            Bergambar seisi keluarga yang sempat sahaja


                                                   Keluarga sebelah anak menantu

Sambutan Hari Kemerdekaan SKMT 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan  SKMT disambut pada hari Isnin 15 Ogos 2016. Pada hari pelancaran atau perasmian, guru-guru diminta berpakaian dengan tema " Zaman Kesultanan Melayu Melaka. " Maka inilah hasilnya.
   Berbagai ragam dan kelainan  pakaian yang ditunjukkan oleh guru.  Semoga semua murid dapat menilai atau mengembalikan gambaran kehidupan dan budaya pakaian Zaman Kesultanan Melayu Melaka .  Majlis disempurnakan oleh guru besar.  Antara acara-acara yang diadakan sempena Bulan Kermerdekaan yang berlangsung dari 15/8/2016  hingga 23 /9/2016 ialah pertandingan melukis dan mewarna bagi murid tahap 1 dan 2. bersajak, bercerita , nyanyian lagu kemerdekaan, pakaian beragam, telematch sejarah , folio sejarah dan pertandingan kelas patriotik.


                                                                 Berbagai ragam dan telatah guru
                         Semua guru bersedia di tempat duduk mereka sebelum perhimpunan
                         Guru sedang bersedia melancarka gimik program  kemerdekaan
                             Gimik pelancaran ...belum sempat 50 pam , sudah dilepaskan
                              Gabungan kaum Punjabi dengan kaum Melayu beraksi.
  Dua orang guru dengan pakaian tradisi pengantin perempuan. Pakaian diperbuat daripada kain songket.  Kain songket dihasilkan dengan  tenunan tangan. Negeri Kelantan dan Terengganu terkenal dengan tenunan songket dan kain batik.
 Murid-murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang, Sehati dan Sejiwa, Tanggal 31 Ogos sambil mengibarkan bendera.
  
 Guru perempuan dengan aksi mereka. Mereka sanggup menyewa pakaian yang cantik seperti pengantin . Ada juga yang menempah bendera untuk dijadikan  sepasang pakaian .
                                 Hasil tani . buah rambutan kerana sekaang bukan musim padi.
                      Masing-masing menunjukkan aksi mereka dengan mengibarkan bendera
 Semua guru lelakibergambar/  Ada yang berpakaian pengantin , hulu balang , saudagar Arab, Punjabi, silat dan baju Melayu
 
Semua guru perempuan bergambar. Ada yang berpakaian pengantin, berbaju batik, ceongsam, punjabi dan berbaju yang diperbuat daripada bendera .
 Gambar pakaian pesawah atau petani dengan sebakul rambutan dan sebuah bakul sia
          Bakul sia hasil tinggalan kaum Baba Nyonya yang diamalkah oleh orang Melayu ketika           menghadiri sesuatu majlis.  Bakul sia itu diisikan dengan buah tangan seperti gula, kuih-muih dan sebagainya kepada tuan rumah.
        Diharapkan dengan adanya sambutan bulan kemerdekaan ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik terhadap negara kita. Sikap patriotik yang sayangkan negara serta memelihara kemerdekaan negara haruslah ditanam ke dalam jiwa generasi kita terutama kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.

Friday, August 5, 2016

VLE FROG

Salah satu antara pengajaran dan pembelajaran masa kini ialah penggunaan laman VLE FROG. Di sekolah lamaku, Sekolah Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor , aku telah pun menyiapkan beberapa laman atau site. Site tersebut telah pun lenyap. Walau pun sedikit info atau aktiviti yang ku tulis ianya amat bererti buatku. Hasil pena dan keringatku di sekolah itu selama 2 tahun, sejak dari tahun 2012-2013.
  Di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, tidak ramai guru. Aku pula telah membuat pengisian siteku. Ada beberapa tajuk yang ku kongsikan dan kuambil dari modul guru-guru Bahasa Melayu Selangor yang kami buat semasa perkongsian dan bakti sukarela semasa mengajar di Satun, Thailand pada tahun   2013.
  Penggunaan site amat dipantau oleh guru besarku.  Oleh sebab itu, untuk menggalakkan murid-muridku menggunakan VLE FROG, aku terpaksa membuat latihan dan pengisian site tersebut. Sepanjang tahun 2016, telah 3 kali aku memenangi guru yang mengakses penggunaan laman ini.  Kemenangan pada bulan Mac, Jun dan Julai menarik  minatku menambahkan lagi koleksi pengisisan pengajaran dan pembelajaran ini . Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan keizinan-Nya menulis lagi di site tersebut.  Laman webnya http://mba0001.1bestarinet.net, http://frogsia.com.