Monday, September 18, 2017

Paku vs Kampung Paku.

Pada 9 Ogos 2017, aku dah mula selesema dan batuk. Selepas pukul 10.15 pagi, aku mula tak tahan dengan selesema yang berterusan dan lenguh-lenguh sendiku lalu aku meminta kebenaran balik awal.
Guru besar siap pesan, balik dapatkan rawatan. Semasa sampai ke pintu pagar sekolah, pekerja swasta menahan keretaku.
  Dia menunjukkan sebatang paku melekat pada tayar sebelah kiri keretaku. Alamak leceh betullah! Dulu pun kena juga, nasib baik suamiku nampak tayar kereta dah kurang angin.  Rupa-rupanya ada paku. Maka aku pun pergilah ke kedai tayar untuk menampalnya. Panjang juga paku tersebut dan aku membawanya balik sebagai bukti.
  Kini kena lagi..aku terus ke kedai tayar. Sekejap saja , pekerja Cina tu kata tak tembus, pendek sahaja pakunya seperti paku tekan.  Syukurlah, Alhamdulillah, tidak dikenakan bayaran. Kejadian ini mengingatkan aku tentang Kampung Paku, mentang-mentanglah aku selalu berulang-alik melalui Kampung Paku, selalu pula lekat paku di tayar keretaku. ini kali kedua dari bulan Januari hingga Ogos 2017, semoga insiden ini tidak berulang.

Sunday, September 10, 2017

Pertandingan keceriaan patriotisme bilik Kesihatan SKSP 2017

Semenjak pindah ke SKSP, aku ditugaskan menjadi guru kelas tahun 4 Arif. Selain daripada itu, aku juga ditugaskan sebagai guru kesihatan dan guru Anti Dadah atau APDa. Semuanya memerlukan banyak kerja seperti membuat laporan , menerima kehadiran pegawai kesihatan dan menjaga bilik kesihatan .  Selain itu , aku juga terpaksa membuat laporan Denggi setiap bulan.
   Sempena bulan kemerdekaan, sekolahku telah mengadakan pertandingan keceriaan bilik-bilik khas Maka tak ketinggalan , aku juga turut menghias bilik tersebut.  Bilik tersebut terletak bersebelahan dengan Bilik Kaunseling.
   Mula-mula pelekat gambar Perdana Menteri, melekatkan poster jenis-jenis makanan dan menggantung bendera.  Menggantung bendera sahaja memakan masa satu setengah jam sambil mengajar murid-murid tahun 3 Arif. Kemudian aku menaikkan kain langsir sebagai backdrop. Terang pula, jadi aku lekatkan kotak yang telah dipotong serta kertas keras yang dibeli sekeping harganya RM3.50 x 3 jadi RM10,50.  Beli bendera RM18.00 dan bendera kecil RM6.00. Aku beli polistrin RM3.50 x 3 = RM10.50. Kain-kain langsir dan kain buat backdrop adalah kain lama yang telah ku beli termasuk kain yang anakku beli.
     Lain-lain adalah bahan-bahan yang ku jumpa  di bilik guru untuk ku pamerkan sebagai pengetahuan kepada semua murid SKSP. Syukur dalam buat sikit -sikit akhirnya daku siapkan dengan anak bongsuku pada hari Ahad bermula pada 11.45 pagi hingga pukul 2.30 petang.
                                                  katil pesakit - aku ambil cadar anakku semasa di SBPI,  Selandar.
                                                                     terkini ditambah nilai
                                                     langsir di muka pintu Bilik Kesihatan
                                                          Langsir tingkap Bilik Kesihatan

                                                                   gambar pemimpin

                                               



                                         Kenali   negeri-negeri di Malaysia

                                           khasiat makanan


sebe;um dihias dengan bunga raya



                                             carta kesihatan
Penggunaan Bilik Kesihatan semasa UPSR dijalankan, 14/9/2017, murid Tahun 4 Azam melukis gambar makanan .


Bilik Kesihatan ini telah aku gunakan untuk pdpc ketika tidak larat hendak menaiki tangga menuju ke kelasku 4 Arif yang terletak di tingkat 4, selalunya aku gunakan LCD , laptop, dan perisian word atau buku teks dan buku tulis.  Setakat ini ok, je pdpc.

Pada 2 Oktober 2017, keputusan pertandingan telah pun diumumkan, bilik kesihatan mendapat tempat kedua.  Syukurlah berbaloi juga usahaku. 
 Dapat Hamper je, sepatutnya ada iringan sijil , baharulah bersemangat sikit....hehehe
Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, August 30, 2017

Pertandingan Keceriaan kelas Patriotisme 4 Arif SKSP 2017

Pertandingan bermula daripada 16 Ogos sehingga 16 September 2017. Aku mula menghias kelas pada 18 Ogos 2017 bergotong-royong bersama-sama dengan murid-murid tahun 4 Arif. Gotong -royong bermula dari pukul 10.15 , menanggalkan bahan-bahan atau carta-carta diganti dengan carta-carta mengenai Malaysia sahaja. Bermula dengan meminta murid menggosok langsir warna bendera untuk dipasangkan, langsir lama dibuka dan disimpan.
   Elok lagi bendera ini, rasa-rasanya tahun 2009, masihku simpan. Barang-barang lama semasa bertugas di SKDN masih ku simpan elok seperti langsir, banner daripada kain dan kata-kata merdeka. Bukan mudah untuk membuat semula tambahan aku sudah berusia dan perkhidmatanku berbaki 5 tahun.
   Naik angin juga aku kepada murid-muridku apabila ku minta bawa botol mineral untuk dibuat pasu dan dilekatkan bendera. Kemudian letakkan plastisin  dan cucukkanlah bendera kecil di dalamnya.
lama jugalah aku mengambil masa menghias kelas sambil menguruskan kerja kerja lain.
 fasa pertama 10.15 hingga 1.00 tengah hari
  Fasa 2     7.45 -8.45 pagi  12..00 tengah hari - 2.00 petang.

                                             sejarah negara kita ...penduduk Malaysia




Seni dan budaya negara kita - warisan tradisional terdiri daripada anyaman, tenunan, sulaman , bakul siya , nyiru dan alas makan.
                                                                   pasang bendera

                                            Pasang    langsir dan kain rentang pada pintu hadapan



bunga raya dan bendera Malaysia yang dibeli dan diwarnakan diletakkan di atas meja setiap kumpulan.
Bekas tin susu dibalutkan dengan bendera dan diletakkan plastisin supaya bendera tegak berkibar.

Mengetahui sejarah negara ...menghargai  jasa pemimpin negara.



 langsir warna bendera tahun 2009 masih boleh diguna lagi.



Banyak masa yang diperlukan untuk menghias kelas tetapi aku bernasib baik meminta pertolongan daripada murid-muridku, walaupun ada yang culas. Tak apalah sekadar berkongsi pengalaman. Simpanlah barang-barang ini supaya boleh digunakan pada masa akan datang, jimat masa dan tenaga..




 bunga raya dan Bendera Malaysia yang dibeli dan diwarnakan diletakkan di atas meja.

Pada 2 Oktober 2017, keputusan pertandingan keceriaan kelas Patriotisma Tahap 1 telah diumumkan, Syukur Alhamdulillan kelas 4 Arif menjadi johan bagi pertandingan tersebut.
Hanya gambar hamper sebagai kenangan , sepatutnya sijil anugerah disampaikan sebagai tanda semangat patriotik.....mungkin tahun depan dicadangkan....hehehe




Tuesday, August 29, 2017

sambutan ceria merdeka di sekolahku SKSP 2017

Pelancaran ceria merdeka di SKSP  amat menarik. Pelancaran Bulan Kemerdekaan selama sebulan bermula dari 16 Ogos sehingga 18 September 2017. Pelancaran telah dilaksanakan dengan jayanya. Meriah sungguh murid-murid mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.

 Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi dari Panitia Sejarah . Ucapan perasmian disempurnakan oleh En.  Abdul Latef bin Ahmad , guru besar SKPK  dan gimik pelancaran dilepaskan belon yang mewakili bendera Malaysia serta letupan memecahkan keheningan pagi itu. Ada juga persembahan silat yang menyerahkan kain rentang pelancaran bulan Kemerdekaan.
   Semua guru dikehendaki memakai baju warna bendera dan murid-murid membawa bendera Malaysia. Acara pertandingan menghias basikal disertai oleh 10 orang murid, Ada acara silat yang dipersembahkan dengan membawa banner kemerdekaan untuk dipamerkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti setempat.
    Kemudian ada acara laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali sebagai tanda mengingati peristiwa bersejarah mendapat kemerdekaan daripada pihak British. Terdapat pula kanak-kanak yang memakai pakaian bearbagai bangsa mengikut kaum di Malaysia.
    Ikutilah acara seterusnya...



                                            pertandingan penunggang basikal patriotik


                                                         kumpulan pembawa bendera




                                                        pakaian murid yang mewakili rakyat Malaysia
              bergambar bersamasama dengan guru yang berpakaian bendera atau warna bendera