Wednesday, May 2, 2018

kenangan umrah 2017

Banyak kenangan yang ketika menuanaikan umrah. Pertama, rumah yang ku tinggalkan , ku minta kakak dan abang iparku menjaga rumah dan kucingku.  Si ibu dan si anak ada empat ekor, kalau kakak dan abang iparku tak menjaga rumahku, mahu ku buangkan si kucing itu atau terpaksa membuat pilihan sama ada si anak bongsuku balik seminggu sekali beri makan kepada kucing itu.
   Kedua, telefon ku tertinggal di dalam bas ketika hendak ke Madinah, dah dua kali tertinggal dalam bas , syukurlah aku mendapat semula.
  Ketiga, kami ditipu oleh Pak Arab , konon-kononnya mereka berdua terlalu baik, Sedang kami penat-penat mendaki Jabal Rahmah, tetiba sahaja mereka mendekati kami, memakaikan suamiku kain di kepala dan bulatan sepeti pakaian orang Arab, kemudian membantu mengambil gambar. Kami ta k sempat menolak. Terima seadanya, tetapi melampaulah pula setakat dua keping gambar 200 riyal. Sebenarnya suami beri 100 riyal tetapi mereka meminta lagi.  Setelah mendapat 200 riyal barulah mereka pergi meninggalkan kami, mungkin untuk mencari mangsa lain.
  Keempat , untuk ke Raudhah paling sukar bagi kaum perempuan.  Ada ketentuan masanya. Pada masa pertama, kami mengikuti rombongan, seorang ustazah memimpin kami. Kami terpaksa beratur ikut giliran. Apabila disebut , Malaysia, Malaysia, Malaysia, barulah kumpulan Malaysia, bergerak dari satu saf ke saf yang lain atau dari satu baris ke baris yang lain mengikut tiang yang telah ditetapkan. Ku perhatikan mereka lebih mementingkan orang sebelah Arab, Pakistan dan yang berdekatan atau sekumpulan dengan mereka.
   Untuk mengatasi rasa tidak puas hati, aku sekali lagi mencuba. Aku mendapatkan maklumat daripada mereka yang berada di situ. Ahli kumpulan perempuanku tidak sibuk untuk pergi ke Raudhah, cuma daripada cerita, Zawiyah pergi waktu pagi selepas subuh. Aku pula pergi sebelum asar dalam pukul 3.00 petang, malangnya tak kesempatan, pintu raudhah ditutup. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memakai pakaian hitam dan memakai hijab. Kawan kumpulanku, Nanie membantuku, pada mulangnya dia bersetuju pergi bersama-samaku.  Malangnya dia rasa seperi hendak demam, maka aku mengajak suamiku menemaniku.  Suamiku menunggu di luar, aku masuk seorang diri.
   Aku masuk mengikut kumpulan baju hitam, tak tahu kumpulan mana. Aku sembahyang sunat dan mengikut kumpulan tersebut.  Memang mudah laluannya.  Dapatlah sembahyang sunat dan berdoa di Raudhah. Syukur , Alhamdulillah. Semoga Allah menjemputku lagi ke Mekah dan Madinah, tanah suci kelahiran nabi dan umatIslam  dan doakan kami dapat menunaikan haji dalam rayuan kami......aamiin



                                                  kenangan di Jabal  atau Bukit Uhud

                                                        kenangan di Jabal Rahmah