Sunday, October 28, 2018

Majlis persaraan PO , Pn Rokiah Awang

Majlis bermula lebih kurang pukul 12.00 tengah hari dengan dimulai dengan ucapan Guru Besar dan  Pn Rokiah bt Awang , pembantu operasi N11 yang berkhidmat selama hampir 4 tahun setengah di SKBR. Majlis persaraan dibuat dengan tujuan menjimatakn masa, tenaga dan perbelanjaan. Tambahan pula , majlis persaraannya pada 25 Mei 2018. Oleh kerana Pn Rokiah masih mempunyai banyak cuti, maka dihabiskan cutinya. Tarikh keramatnya persaraannya dibuat serentak dengan Hari Guru.
   Pn Rokiah merupakan po yang rajin dan jujur. Semua kerja dilakukan dengan baik. Aku baru kenal 2 bulan sahaja, namun kemesraan seperti sudah lama terjalin. Kami senang mesra kerana kak Kiah merupakan seorang pekerja yang mudah didekati serta melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
 Majlis diserikan dengan bacaan biodata dan tayangan media sepanjang kak Kiah berkhidmat di sekolah ini, Video tersebut adalah ucapan akhir daripada guru besar, barisan pentadbir dan warga sekolah. Acara kemuncak bamenghargai jasa dan perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah adalah penyampaian hadiah kepada Pn Rokiah dan majlis sent off, mengetik kad kehadiran di mesin perakam waktu dan lambaian kasih dengan aktiviti bersalam-salaman dengan murid tahap 2. Oleh kerana kesuntukan masa, murid sepatutnya pulang maka majlis lambaian kasih dilakukan dahulu dan majlis jamuan makan bagi tetamu yang diraikan Pn Rokiah bt Awang.....Selamat tinggal dan selamat bersara pada usia 58 tahun.

 

Tercapai Impian 2018

Banyak kenangan manis buat keluarga ku pada tahun ini. Di sepanjang tahun ini, perkara yang tak diduga dan apa yang ku harapkan telah tertunai. Pertama, aku dapat mengerjakan haji setelah menunaikan umrah pada Disember  2017.
    Syukur Alhamdulillah, niat dan impian dah terlaksana. Aku memang bersungguh-sungguh berdoa di Raudhah dan di hadapan Kaabah semasa menunaikan umrah. Sekembalinya aku ke tanah air dari Mekah 2017, 18/12/2017 aku membuat surat rayuan  Haji bersama-sama dengan suamiku bagi tahun 2018M/1439 H di Tabung Haji Alor Gajah.
   Bulan April, suamiku  mendapat panggilan telefon daripada TH Masjid Tanah. Malangnya dia hanya seorang yang mendapat tawaran mengerjakan haji, Bagaimana pula dengan aku? Suamiku hendak menolak kerana dia dapat pergi seorang.  Tetapi aku memintanya menerima dahulu dan beri jawapan pada malam itu juga di UTC. Tak apalah aku mungkin pergi sendiri nanti, kalau ada rezeki.
Mengapa suamiku  dapat tawaran seorang, jawapannya ialah kerana suamiku daftar haji bulan April 2008 , aku pula bulan 8 pada tahun yang sama.
Sebenarnya aku telah membuat persiapan ssejak tahun 2014, sekiranya aku tidak berkesempatan menunaikan haji, aku ada membuat caruman PELAN SIMPANAN MABRUR di mana banyak kemudahan yang boleh kudapati sekiranya apa-apa terjadi kepadaku. Pelan ini akan membuat badal haji kepada pencarum.
   Aku juga meminta  supaya suamiku memohon rayuan buatku sekali lagi. Pihak TH tidak memberikan jawapan yang pasti.  Selama tempoh itu , perkara ini mengganggu fikiranku. Mana tidaknya , aku teringat dahulu , Tuan Hj  Dzulkifli bin Mahmood, mantan guru besarku ada mengemukakan soalan,  cikgu Kalsom tak mahu mengerjakan haji. Terpaku aku. Terlontar jawapan daripada aku, cikgu tengok muka saya ini, adakah saya tidak mahu. Beliau tidak tahu, gaji bersihku setiap bulan RM200 sahaja. Itu belum kira perbelanjaan harian, nasib baik rumahku dengan sekolah dekat sahaja, setiap hari berjalan kaki, SK Paya Keladi , selasma 8 tahun aku di sini.
   Kemudian teringat aku, ketika mengajar karangan yang bertajuk "Sekiranya Aku Jadi Jutawan. Aku marahkan muridku, Impian dan cita-citanya kecil sahaja. Mereka hanya hendak membeli basikal dan rumah sahaja. Maka aku pun memberikan jawapan seperti membawa ibu mengerjakan haji di Mekah. Maka secara spontan seorang muridku , Mohd Syafid bin Hussin mengemukakan soalan, " Cikgu dah pergi Haji?" Seingatku peristiwa itu sekitar pada tahun 2010Tekejut aku, berani sungguh dia mengemuka soalan itu.
    Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat tawaran mengerjakan haji pada 30/7/2018 - 13/9/2018 setelah mendapat penggilan telefon memintaku datang ke TH Alor Gajah. Tawaran haji di Alor Gajah dan jawapan di TH Masjid Tanah. Maka aku pun sibuk menguruskan sendiri  mengambil gambar untuk passport dan buku kesihatan. Segala urusanku dipermudahkan ....aamiin
  bersambung pangalaman mengerjakan haji...

Contoh surat rayuan haji

contoh surat pengesahan penerimaan tawaran Haji


Saturday, October 27, 2018

Hari Guru 2018 - SKBR

Tarikh keramat 16 Mei 2018, Sambutan Hari Guru di SKBR. Menjadi lebih bersejarah kerana sambutan tersebut dua dalam satu.  Sambutan hari guru dan majlis persaraan po pembantu operasi Pn Rokiah bt Awang.
   Sambutan Hari Guru 2018 disambut berbeza kerana agihan masa. Pada mulanya semua guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan. Kemudian semua guru beratur dalam dua barisan diarak menngambil tempat. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah sempena sambutan bulan Ramadhan, yang disambut pada 17 Mei 2018.
   Kemudian nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perutusan ketua Menteri Melaka, ucapan guru besar .Acara sambutan hari guru terbahagi kepada 3 acara, guru lelaki memasak, guru perempuan menyertai pertandingan nasyid dan anyaman ketupat. Masa begitu cepat berlalu, pukul 10.30 kehadiran Pn Rokiah sedangkan majlis hari guru belum habis kerana acara pertukaran hadiah, cabutan nombor bertuah dan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut.
   Walaupun majlis berselang seli , akhirnya majlis selesai pada jam 1.30 petang.