Sunday, December 16, 2018

catatan di Mekah (1)

Setibanya kami di Mekah, kami ,menginap  di Abraj Janadriyah , hotel yang terletak kira-kira 850 meter dari Kaabah. Roomate kami pun dah bertambah 8 orang. Kak Feah (Rufeah bt Mohd Rawee), Kak Katy( Katizah bt Awang Ngah), kak Siah bt Kechut,  Kalsom bt Sidek,, Norejah bt Abdul Karim Hamimi dan Suriah bt Mohd Nor . kami menginap di bilik 1233 , tingkat 12.
   Bilik ini besar malangnya tiada telefon antara bilik. Kebaikannya ialah kami dapat membasuh  dan menjemur pakaian  di tingkat 15. Selesai masalah menyidai pakaian. Pakaian pun cepat kering di tingkat atas , tempat menyidai pakaian. Ramai jemaah haji yang terdahulu yang mewakafkan tali penyidai pakaian, sepit dan penyangkut pakaian (hanger). Kami beruntung kerana dapat meminjam baldi dari pekerja hotel yang handsome dan baik hati, bernama Amin.
  Dalam 8 orang kami sebilik ini adalah perlu bekerajasama dan saling bertolak ansur.  Oleh kerana, hendak menjaga aurat, kerana suami masing-masing selalu berinteraksi dan meminta si isteri membasuh pakaian atau keperluan salin seperti menghantar makanan atau bersarapan mahupun minum petang bersama, maka kami mengambil inisiatif memasang langsir tingkap di hadapan pintu masuk. Kami bernasib baik kerana langsir yang diambil tidak bertentangan dengan lalu lalang jemaah haji. Langsir tingkap yang diambil adalah daripada langsir  tingkap berdekatan dengan  katilku yang menghadap jam besar di Masjid Mekah Mukarramah.
    Dalam memelihara aurat di dalam bilik, kami telah menetapkan peraturan agar si suami menyenaraikan apa-apa keperluan atau ketukan pintu serta memanggil nama si isteri. Kami harapkan agar si suami tidak kerap kali mengetuk pintu dan akulah yang telah menulis petaturan di hadapan pintu agar masing-masing ingat dan memberikan kerjasama . Dengan berbuat demikian, maka selelsailah masalah kami.
   Penggunaan tandas juga perlu diambil berat.  Aku ini perlu memakai selipar di dalam bilik, maka kubeli selipar jepun yang berharga SR5. Selipar plastik pula ku letakkan di dalam tandas kerana alahan simen dan ku dapati agak janggal hendak memijak lantai di bilik air. Aku juga khuatiri penggunaan tandas yang tidak bersih.
.... catatan bersambung