Wednesday, March 4, 2020

bahagian 3- bersara awal pilihan 2019

Pada 25/1/2019, aku mula menghantar borang ke JPNM. Aku mohon pegawai yang bertugas semak. Sebelum itu, Guru Besarku berkata, " hai, dalam diam-diam, cikgu Kalsom isi borang bersara awal!". Aku berdiam sahaja.
  Pada 24/7 aku mendapat surat kelulusan bersara awal daripada KPM. Surat itu dihantar ke sekolah melalui JPNM. Kemudian bulan September 2019 , aku diminta ke JPNM untuk menandatangani surat -surat yang diperlukan. Tiada taklimat atau apa-apa keterangan, hanya diminta datang ke bahagian perkhidmatan  dan tandatangani borang tersebut tanpa membacanya, hanya aku diberitahu GCR hanya 66 hari dan potongan  hutang perumahan akan dibayar secara biasa atau potongan daripada pencen sehingga selesai pinjaman.
    Kemudian diberi borang Pemberitahuan pemberhentian kerja ke LHDN. Aku diminta ke LHDN untuk membuat atau menjelaskan cukai yang mungkin ada lebihan atau tertunggak.  Borang untuk pendapatan  bagi tahun 2019. Kali pertama ke LHDN pada 3/9/2019.Aku sebenarnya tidak berpuas hati dengan pegawai di  kaunter itu. Dia hanya minta slip gaji tahun 2016.2017 dan 2018 serta resit-resit pembelian komputer, alat sukan dll.. Kemudian tunggu katanya , pihak LHDN telefon. Tunggu punya tunggu , sehinggalah pada 3/10 pergi lagi. Nasib baik, aku bawa fail cukai kerana pegawai kaunter tu silap, bukan payslip tetapi penyata tahunan. Geram aku, tak fasal-fasal terpaksa cari kedai fotostat. Aku juga seorang yang suka mengumpul penyata tahunan dan resit-resit di dalam fail yang kusimpan bertajuk Fail Cukai. Sebenarnya aku memang seorang yang suka menyimpan sesuatu dokumen di dlam fail dan fail itu kunamakan ikut tajuk seperti Fail Pinjaman Bank, Fail Playslip gaji ikut tahun dan sebagainya.Katanya tunggu , kami telefon. Masih menunggu lagi.
   Masalah tak selesai juga, akhirnya pada 20/12/2019 aku ke LHDN lagi kerana menurut suamiku, kalau tak settle tak boleh dapat duit ganjaran pencen dan GCR. aku masih menunggu surat daripada JPA. Surat bertarikh 15/10 surat kelulusan pun bertaipkan namaku salah, PN KALSOM BIN MD JAN, surat pemberitahuan atau permohonan  drp KPM pun tarikh lahirku salah 10/0/1962 ...Apakah semua ini? Di manakah intergriti sesorang pegawai?..
   LHDN pun bermasalah juga , akhirnya pada 3/1/2019 aku menelefon . Aku katakan hendak membuat aduan. Berapa kali harus ku ke LHDN.? Akhirnya pegawai yang bertugas pun menelefon sekolah, aku tak tahu apa yang dimusykilkan. Sekali lagi aku ke LHDN pada 20/2/2019 apabila aku tak berpuas hati . Akhirnya masalahku selesai...dan aku diminta selesaikan bayaran yang tertunggak sebelum 11/2/2020. Aku juga dapat surat kelulusan faedah persaraan dan arahan potong pinjaman perumahan yang bertarikh 15/12 dan surat itu sampai ke rumahku pada 23/12/2019.
    Kemudaian pada 7/1/2019, aku menelefon bahagian pencen, akhirnya pukul 3.00 petang, semua wang persaraan dan GCR dapat. Pinjaman perumahan ditolak sebulan  daripada faedah pencen dan terpaksa membayar baki  yang terkurang melalui potongan pinjaman perumahan tersebut....
Selesai kerjaku...pencen bersara pilihan di kala berumur 57 tahun 4 bulan dengan kiraan 34 tahun 10 bulan, tolak 2 bulan daripada  1.1.1985 ...kerana lantikan tetap 1.3.1985....
....,, kesilapan pertama surat permohonan tarikh bulan kelahiran salah 10/0/1962
                                        kedua    surat kelulusan bin, sedangakan saya perempuan, telefon, JPA
                                        ketiga   - 4 kali berulang alik ke LHDN- telefon aduan tak puas hati
                                        keempat - telefon JPNM - ada baki GCR tahun 2019..belum kira, tunggu 6
                                                         bulan lagi.
    Alhamdulillah, GCR dapat 7 hari ...selesai di kreditkan terus dalam akaun pada 11 Mac 2020...maka selesailah tugasku...duk kita-kira macam ambil sehari sahaja, ctr rupa-rupanya 3 hari, sehari nak p ke Sarawak, sehari Hantar anak ke UK dan sehari lagi konvo Ainun Syamirah .



Tuesday, March 3, 2020

bhng 2- permohonan persaraan

Semasa baru-baru bertugas dan memegang jawatan sebagai GPK HEM terasa aku begitu bodoh. memang di dalam kepalaku tiada secalitpun keinginan  hendak memohon jawatan pentadbiran. Aku umpama lari daripada mulut buaya masuk ke mulut harimau.
   Terasa begitu terasing. Di pejabat SKPR, masalah ku hadapi dengan tenang walaupun fikiran berserabut kerana sekarang bidang tugasku bermacam-macam, terbahagi kepada pdpc 12 waktu, masalah disiplin, kantin, KWAMP, BAP, masalah pertukaran,keluar masuk murid, masalah pentadbiran dan lain-lain.
   Dalam keserabutan itu, aku bernasib baik boleh geng dan ngam dengan GPK 1. Alhamdulillah , bulan 3 , aku ke sekolah itu, pada  30/7/2018 aku dapat panggilan haji,maka bercutilah aku selama 42 hari. Gembiranya aku dapat menunaikan rukun kelima, menunaikan haji.
  Di sepanjang menjawat sebagai GPK HEM banyak yang perlu kuketahui, namun sebagai orang baharu tentulah banyak perkara yang  perlu kuhadapi. Perangai ibu bapa yang suka komplen, murid yang suka ponteng, murid tahun satu yang lari dari sekolah, dan sebagainya, semua itu perlu ku tangani. masalah guru yang tidk berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan masalah yang penting tidak puas hati terdapat PB3P..
 Kekurangan kakitangan dan par atau pap di sekolahku menjadi masalah. Semua kerja perkeranian sepatutnya aku dapat bantuan daripada kerani atau pembantu kerani. Tahun 2018 dan 2019 ada pembantu kerani, boleh juga membantu mengisi ekehadiran dan memproses borang pertukaran murid. Dengan ketiadaan mereka , aku terpaksa menaip dan melengkapkan borang tersebut. Seperkara yang tak ku selesa, adakah GPK HEM yang menaip borang perpindahan murid? ada dua orang pt kewangan,minta tolong sedikit pun muka macam tak sudah. Kekadang memang ku buat muka semua tak tahu agar kerjaku dibantu. Ada seorang yang mengganti pap kot, dah pun melanjutkan pelajaran. Jadi, siapakah yang akan membaca emel sekolah, menaip borang pertukaran murid. Kalau dulu , ada pembantu guru, mudah juga.  Selepas itu semua kerajaan potong perbelanjaan, maka tugasku semakin berat. Pernah aku mendapat teguran daripada PPD, apabila seorang ibu mengadu tak puas hati pihak sekolah tak memproses borang pertukaran anaknya. Datang kul 11.00 pagi, pukul 2.00 petang nak ambil borang pindah. Mengamuk sakan aku, menjawablah aku dengan PPD . Jangan nak main terjah je, siasat dulu.
  Satu lagi kes, pihak PPD marah sangat dengan  GPK HEM, kami tak hantar murid ke kem . Dapat surat pun tidak, menjawablah aku. Senang-senang je , nak marah . Suruh cari surat dalam emel, berapa banyak surat perlu ku lihat. Akhirnya aku mesej je, kami tak dapat surat, hantar wassap je. Esoknya kami hantar murid ke kem tersebut.
   Satu lagi kes, murid tak boleh didaftarkan. dah nak hampir setahun. Dan 3 kali hantar emel, pegawai ni sombong, telefon tak nak jawab. Mahu aku bertentang muka je. Tapi aku simpan dulu. Nanti cukup masa, ku jawab.  Susah sangat nak berkomunikasi, aku asyik kena jerkah je, senang je aku jawab, dah 4 kali buat pun tak selesai. Akhirnya mengaku si pegawai PPD ni, kami nak tolong, Nasib baik kes dah selesai. Salah mak bapa, daftar anak dalam  sijil beranak lambat setahun, sbb tu nombor sijil beranak tak sama dengan tarikh lahir. Nak minta surat beranak pun susah daripada ibu ni, sampai aku kata , kalau ada sebarang permohonan bantuan, anaknya tidak akan dapat kerana tidak dapat didaftarkan di sekoalh atau dengan kata lain nama anaknya tidak ada di sekolah.
   Ada lagi konflik yang ku hadapi. Rasa-rasanya aku pun pening, tetapi dalam mengharungi rentetan peristiwa ni, satu yang ku hadapi ialah gula dalam darahku semakin naik. Aku diminta oleh doktor supaya ambil suntikan insulin. Dah lama dah, hampur setahun, namun aku mengelak. Aku minta tangguh, mungkin tekanan kerja.
    Seperistiwa yang membuatkan aku hendak bersara awal lagi ialah pernah mengantuk ketika memandu kereta. Nasib baik tersengguk ketika betul-betul lampu trafik bertukar hijau. kalau tidak mahu kereta di belakangku membunyikan hon. Suatu pagi, ketika aku sibuk ke sekolah, ku lihat ramai orang perempuan baru balik sembahyang subuh, peristiwa itu juga mengingatkan aku sampai bila aku hendak ke sekolah. Ibuku juga menyebabkan aku terasa ingin bersara awal. Kononnya hendak mengubah dan mengajak ibuku menginagati Allah dengan berbaki usia singkat ini.
  Maka dengan rentetan peristiwa itu, maka aku dengan relanya membuat keputusan untuk mengisi borang pencen pada 25/1/2019, di mana borang itu ku ambil di JPNM dan kuhantar sendiri.
    bersambung......

Wednesday, January 1, 2020

permohonan pencen atau bersara awal

Awal tahun 2018, semangat untuk berkhidmat semakin berkurang. Aku ditukarkan ke SK Paya Rumput bermula 1.1.2018. Terkejut beruk dengan pertukaran itu, alasannya perkhidmatan aku diperlukan di situ. ...Ah, sungguh cantik perbicaraan dan alasannya. biarlah ku simpan .
   Pertukaran yang tidak dimohon amat menyakitkan hatiku.  Dapat pula sekolah itu sekolah kluster kecemerlangan . Aku melangkah dengan berat hati sekali.  Baru setahun aku bertugas di SK Sungai Petai.  Pertukaranku ke skolah itu adalah atas kerelaaanku dan permohonanku.
   Kehadiran ku di situ terasa asing. Bangunan sekolahnya besar dan terpisah antara jalan raya. Bangunan lama di sebelah kiri dan bangunan baru di sebelah kanan. Muridnya ramai tapi aku tak berapa pasti bilangannya kerana aku berada di situ selama 3 bulan sahaja.
   Terasa hampa, tiada semangat namun ku teruskan jua. Pepagi lagi aku dah keluar rumah, dan mengikut jalan kampung kerana mengikut guru-guru di sana, kalau aku lambat ikut jalan besar akan berlaku kesesakan jalan raya, maklumlah di hadapan sekolah itu ada simpang empat.
    Pepagi sebaik sahaja sampai, aku parking kereta di hadapan prasekolah di bawah pokok. Kemudian selepas rehat dan makan di kantin, aku akan beralih parking kereta ke bangunan baharu supaya mudah balik ke rumah mengikut lebuh  raya AMJ.
  Aku mengajar Bahasa Melayu 10 waktu, pendidikan Seni 2 kelas Tahun 4 , 2 kelas tahun 5 dan 2 kelas tahun 6 , sejarah tahun 4,   2 kelas dan tahun 5 sekelas dan Pendidikan Moral tahun 5.  Aku memang merasa penat kerana terlalu banyak subjek elektif tambahan pula kelas-kelas tersebut terletak dari tingkat bawah hingga ke tingkat 4. Ini pengalaman baru buatku. Murid yang ramai , aku tak mampu mengingati nama-nama mereka.
  Terasa nak bersara sahaja pada masa itu tetapi dikuatkan semangat namun aku kadang-kala jemu dengan tingkahlaku murid yang ramai dan bersaing dengan guru-guru muda yang sentiasa bersemangat, ternyata aku tak terdaya. Di sekolah itu , aku berjumpa dengan kerani kewangan di SKDN, Pn Jamaliah, bekas guru SKDN, Ustazah Hasnah dan Aiman Safuan, bekas SK Sahabat 4. Tak lama aku bertugas di situ, selama 2 bulan kemudian aku dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di Sk Bukit Rambai. Selalunya aku berada di sekolah kecil bilangannya sedikit tetapi semakin besar dugaanku di SK bukit Rambai. Muridnya ramai 1018, kemudian semakin meningkat. Aku bersyukur walaupun bilangan muridnya ramai, tidaklah seperti SKPR di mana ada sebahagian kelas, muridnya sampai ke 42 orang sekelas.
......bersambung..