Thursday, January 5, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (5)

Pada 3 Januari 2012, aku pergi ke JPNS untuk bertanyakan keputusan pertukaran sekolah. Jawapan yang ku terima,  kami baru dapat surat.  Minggu lepas (Tahun lepas 2011) baru dapat surat, tahun 2012 agaknya baru buka surat.
  Tiada pilihan lagi, suamiku sebenarnya memang marah tetapi dia nampak cool sahaja.  Dia sudah membuat surat rayuan terus kepada pengarah pelajaran Selangor dan KSU. Memang kami bernasib baik, kebetulan Timbalan Pengarah ada.  Suamiku terus menceritakan hal sebenar dan menunjukkan surat-surat berkenaan.  Dengan lembutnya dan cepatnya, beliau memanggil KSU dan memohon mencari sekolah yang sewaktu dengan suamiku.  Walaupun dari kata-katanya, guru BM berlebih 51 orang, beliau mencadangkan sekolah yang berdekatan dengan Kuala Selangor di sebelah Utara.  Membuat keputusan bukanlah memakan masa yang lama, perjumpaan sekitar 11.45 hingga 12.00 tengah hari.
   Tepat pukul 12.45 tengah hari, kami mendapat jawapan melalui telefon.  Nama sekolahku , Sekolah Kampung Sungai Sireh.  Dalam perjalanan balik mataku tak terlepas memandang dan suamiku mengira jarak dari SBPI , katanya 56km pergi dan 56 km balik.  Sempat juga dia bertanya kepada Timbalan Pengarah perlukah aku ke sekolah.  Beliau menyatakan tunggu surat dulu. Sehingga kini 5 JANUARI 2012 aku belum mendapat surat.  Aku belum ke sekolah lagi , takut pula surat pertukaranku ke Sabah sedangkan aku ada di Sabak Bernam.  Nanti ku telefon sahaja BSM dan ambil surat tersebut, tunggu pula entah berapa lama untuk membuat surat dan ditandangani oleh KSU , BSM.  Apa-apa pun aku bersyukur tidak dipaksa balik ke Sabah.  Pahit getir yang kulalui di saat penghujung sedekad lagi menamatkan  perkhidmatan akan terukir di sepanjang hayatku.  Sabah ..oh..Oh,Sabah..Putrajaya..oh.,Putrajaya Selangor..Oh...Selangor - siapakah yang bersalah..akukah yang menjadi mangsanya.

Kemelut Pindah-2011-2012 (5)

  Sebaik mendapat berita itu , aku terus menelefon suamiku yang berada di Sabak Bernam.  Dia mengajakku terus ke JPNS.  Semasa di kedai, aku berjumpa dengan orang kampung Lendu,  mereka berasa pelik mangapa aku belum balik ke Sabah.  Aku menceritakan perkara sebenar dan ku beritahu mereka aku belum dapat keputusan pindah sekolah, kalau tidak dapat aku terpaksa membuat pilihan cuti tanpa gaji. Adalah seseorang bernama Ibrahim memberikan aku nama    pegawai khas di KPM , katanya boleh membantu.
  Pada 30 Disember , aku dan suamiku ke Putrajaya. Aku  membuat surat rayuan ke KPM selain memohon salinan surat di BSM.  Malangnya semasa ingin berjumpa dengan pegawai tersebut, beliau tidak ada di pejabat,maka kami tinggalkan surat itu .  Suamiku dan aku memang kenal pegawai itu kerana mantan sekolah suamiku dulu, pegawai PPD dan JPN Melaka.
 Setelah mendapat salinan surat dari BSM, kami ke JPNS.  oleh kerana malas nak menceritakan, aku terus menunjukkan surat tersebut.  Petugas itu pandai pula, "Oh,cikgu yang dari Sabah tu?" Kami baru terima surat cikgu.  Masih lagi belum proses, agak-agaknya mereka telah menghafal namakudan mungkin menjadi bualan mereka.  Apa tidaknya berkali-kali telefon bila kita hendak mengetahui nama mereka pandai pula menyorok, alah cikgu telefon sahaja nombor ini.  Dalam hatiku bagaimana  agaknya kerja buat mereka ini.

Kemelut Pindah-2011-2012 (4)

 Pada 12 Disember aku telefon JP Sabah menanyakan tentang surat pelepasan .  Katanya Timbalan pengarah ada hari Selasa 13 Disember dan akan difakskan kepada Pn Rozianna Wati Binti Romli, BSM.
  Pada 22 Disember pula akan telefon BSM, oleh kerana sibuk dan pegawai menanda tangani SBPA, maka petangnya ku telefon lagi.  Katanya surat baru dapat, puan telefon terus ke JPN Selangor. pada 29 atau 30 Disember.  Dalam pada itu, suamiku ada juga  ke JPNSelangor bertanya tentang surat dan memohon kerjasama pegawai di unit naik pangkat dan KSU .  Mereka menyatakan tidak menerima sebarang surat permohonan. Aku semakin pelik bagaimana perkara begini boleh terjadi. Khabar angin kuterima mereka menyatakan tiada kekosongan guru BM di sabak Bernam malahan  terlebih 90 orang, kekosongan di SRJK (C ).  Aku semakin kecewa.
  Pada pagi 29 Disember aku pun telefon ke JPN Selangor mengenai keputusan etukarku.  Dari jam 9.30 hingga pukul 10.15 pagi , talian telefon asyik engaged sahaja.
Kemudian dapatlah juga bercakap tetapi pegawai tidak ada, katanya telefon selepas pukul 4 petang kerana pegawai ada taklimat SBPA.  Maka kutunggu lagi.  Seharian tidak menjadi kerja, tugasku memasak dan ke kedai.
Tepat pukul 4.15 petang ,aku menelefon lagi.  Ku tanya lagi mengenai borang etukarku. Mereka asyik menyuruhku telefon talian sekian ke sekian.  Aku semakin sakit hati apabila ada  yang  menjawab secara kasar.  Mereka ingat kita ini main-main kot.  Ku lepaskan marahku, kerana mereka "passed" telefon dari satu talian ke satu talian.
  Dalam pada aku membebel itu mereka terus letakkan telefon itu.  Petang itu juga aku menelefon Putrajaya meminta surat salinan kebenaran ke JPN Selangor. Aku lagi terkejut beruk apabila mereka menyatakan surat baru diambil oleh PAR JPN Selangor.

Wednesday, January 4, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (3)

  Aku sebenarnya makin hilang kepercayaan kepada perkhidmatan yang bertindan-tindih ini.  Bagaimana perasaan kita , jika surat kita diperam 2 minggu, pelepasan JPN Sabah bertarikh 11 November 2011, Pn Aishah pegawai  di PPD menghantar borang tersebut ke JPN Sabah.  Surat bertarikh 11 November itu pula bila akan sampai di Putrajaya?
  Aku sendiri berusaha menyelesaikan masalah ini.  Aku pun pergi ke bekas sekolah lamaku untuk  menggunakan faks sekolah , hantar borang eTukar 1, Tukar 2 gc dan membuat memo memohon kebenaran JPN Sabah pada 8 Disember 2011.  Pegawai yang bertugas tersebut terkejut, cikgu nak pindah mana pulak ni?.  Sebenarnya pegawai memang aku selalu bertanya mengenai perkhidmatanku dan beliau juga memang kenal aku sebaik sahaja memperkenalkan diriku melalui telefon.  Nasib baik mantan guru besar dan Pn Norlinda Jusoh sudi membantuku mengfhantar faks tersebut.
 Oleh kerana malu , asyik menefon, aku pun meminta suamiku bertanya akan surat tersebut pada 12 Disember.  Aku pula menelefon Putrajaya kerana menuntut janjinya.  Pegawai tersebut selamba menjawab, saya sibuk minggu ini.
Kecewanya aku tak terkata, tetapi firasatku tetap betul.

Kemelut Pindah 2 tahun 2011-2012 (bhgn 1)

 Selama mengajar 27 tahun, ini kali keenam aku mengisi borang pertukaran pada tanggal 21 Oktober 2011.  Aku mengajar di sebuah sekolah di hujung dunia di Sabah.  Pertukaran ini telah ku lalui dengan pelbagai kemelut, tidak seperti pertukaran yang lain.
  Pertukaran ini merupakan sekolah yang ke-8 pada penghujung sedekad hendak pencen.  Kalau dikira prosesnya memakan masa 2 tahun.  Bermula dengan borang eTukar pertama yang ku isi tanpa iringan surat sekolah atau majikan. Kali pertama hantar borang pada 24Oktober 2011. Hanya disebabkan surat itu dan surat memohon membawa balik kenderaan ke Semenanjung , aku terpaksa memandu sejauh 120 km pergi dari Felda Sahabat ke PPD Lahad Datu dan 104 km balik. Mengapa? Tentu pembaca tertanya-tanya.  Sebabnya, aku kemalangan ketika 16km lagi sampai ke rumah.
  Aku tidak tahu di mana silapku.  Mungkin kepalaku  berserabut dengan pelbagai masalah dan gesaan , ditambah dengan ketidakberanian mengharungi perjalanan yang begitu jauh,  Tetapi yang kupasti, aku keletihan, tidak cukup rehat dan yang pasti itulah kehendak Allah, Dia juga yang Maha mengetahuinya.  Peristiwa ini tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku, berlaku pada jam 11.30 pagi , 25 Oktober  2011, 2 km lagi ke bandar Cenderawasih.  Peristiwa ini mengingatkan aku agar menghadapi sesuatu dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.  Mungkin peristiwa ini mendekatkan aku kepada-Nya selain mencuci dosa-dosa.

Kemelut Pindah-2011-2012 (2)

  Pada 22 November, 2011, aku pun menelefon Putrajaya, bahagian sekolah harian bertanyakan tentang keputusan borang tukar.  Namun aku gagal mendapat jawapan.  Daripada risikanku, memang borangku salah alamat dan kurang satu borang.  Rupa-rupanya pertukaran guru cemerlang tak sama dengan guru biasa.
  Maka pada 30 November 2011 ku isi lagi borang kedua, suami hubungi pegawai yang bertugas minta percepatkan borang tersebut supaya sampai ke Unit Naik Pangkat , JP Sabah di Kota Kinabalu.
  Pada 7 Disember 2011. Aku pergi ke Putrajaya, kononnya nak mengesan borang etukarku ke Pengurusan sekolah harian.  Aku ingin bertanya keputusan pertukaran tersebut.  Alangkah terkejutku apabila mereka berkata tarikh etukar dah tutup dan rayuan-rayuan pun diproses  pada 14 hingga 19 November 2011.
  Dalam pada berbalas jawab dengan  pengelola itu dan tetiba aku mengungkitkan pertukaran ku dulu seperti ini juga. Beliau mengatakan aku mengugutnya pula. Tiba-tiba  muncul Timbalan Penolong Pengarah yang ingin membantu aku menyelesaikan masalah ini.  Tetapi beliau mengarahkan aku mengisi borang tersebut mengikut negeri Selangor, tidak boleh letak Daerah Sabak Bernam.  Pening aku dibuatnya. Dalam pada itu aku pun menunjukkan surat guru cemerlang, beliau dengan cepat menyuruh aku pergi ke Bahagian Sumber Manusia , unit naik pangkat.
  Susahnya nak bertukar kali ini, berbagai-bagai rintangan dan pegawai atau kerani aku telefon.
 Kemudian aku ke BSM , E12 tkt 4 unit naik pangkat.  Aku menceritakan perkara tersebut.  Dengan selambanya dia menjawab ,"Oh, ikut pertukaran pasangan, tidak susah".  Aku pun bertanya tentang borang keduaku, memang mereka tidak terima.  Maka aku memberikan kedua-dua salinan borang yang telah ku isi, dia pun membuat salinan tersebut.  Dia berjanji akan menelefon Jabatan Pelajaran Sabah untuk mendapatkan  pelepasan .

Sunday, January 1, 2012

i City

Pada 1.1.2012, tepat jam 8.40 malam, kami bertolak balik ke Melaka dari SBPI Sabak Bernam setelah menerima barang-barang dari Sabah. Aku singgah ke UiTM Shah Alam untuk menghantar surat dan telekung yang kubeli dari pasar gantung di Tawau .
Oleh kerana secara tidak sengaja dan tersalah masuk simpang menuju ke rumah sewa anakku, kami melalui jalan yang sesak. Mengapa? Oh, orang ramai sibuk melihat keindahan i City pada waktu malam. I City pada waktu malam disinari lampu yang berwarna-warna nampak meriah.
Melalui jalan itu rupa-rupanya terpaksa membayar tiket masuk dan bayarannya RM10. Walaupun bukan tujuan kami untuk melihat keindahan lampu tersebut namun kami sempat melihat keindahan bandar i City. Lihatlah keindahan panorama yang sempat kurakam dari kereta ketika melalui jalan ini