Sunday, February 19, 2012

Muridku 6 Adil 2012 - SK Sahabat 4, Sabah.



   Murid Tahun 6 Adil 2012 adalah murid yang bakal ku tinggalkan pada 27 Februari ini.  Seramai 24 orang sahaja dalam kelas ini.  Kalau dikira agak sedikit berbanding dengan tahun lepas yang seramai 35 murid 6 Arif dan 36 murid Tahun 6 Adil, kerana dua kelas lagi diambil oleh guru lain.  Berbeza tahun ini aku tidak mengenali mereka kerana tidak pernah mengajar mereka.
    Kalau perbandingan dengan murid tahun lepas rasa-rasanya prestasi murid tahun lepas lebih baik namun kita hanya melihat sekali imbas dan kebetulan aku hanya mengajar mereka lebih kurang 2 bulan sama seperti bekas murid Tahun 6 Matahari di SKDN  sekolah lamaku.








   Sebagai guru yang berpengalaman mengajar selama 27 tahun,   aku dapat menilai prestasi mereka.  Selagi mereka berusaha dengan tekun insyak-Allah mereka boleh berjaya.   Mereka banyak ketinggalan dari segi tatabahasa, istilah, kosa kata dan perbendaharaan kata.  Apa yang penting mereka harus banyak membaca dan menulis kerana ilmu bukan boleh diwarisi atau didapati secara semula jadi.  Oleh itu, wahai anak didikku belajarlah kamu dengan tekun supaya kamu boleh berjaya dalam hidup. Semoga kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

Pantai Felda Sahabat

   Sejak tinggal di Felda Sahabat ini, aku tidak tahu entah kali ke berapa aku menjejakkan kaki ke pantai ini.  Di pantai ini tempat rekreasi.  Ada yang mandi, berjoging dan melakukan aktiviti santai.
   Ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.  Mungkin melepaskan penat lelah setelah mencari rezeki atau sekadar melapangkan fikiran.  Aku teringin sekali hendak ke jeti tetapi kawasan itu kawasan larangan.  Kadang-kala kelihatan kapal berlabuh di situ.  Pemandangan pada waktu malam amat cantik sekiranya ada kapal yang berlabuh .
   Walaupun telah diletakkan papan tanda supaya menjaga kebersihan dan disediakan tong sampah, namun aku sedih melihat pengunjung yang tidak mengikut peraturan membuang sampah merata-rata.
    Lihatlah panorama di pantai menjelang senja sebelum pukul 6.15 petang.


          jam pukul 6.15 petang kelihatan pengunjung beransur pulang.
laluan pejalan kaki dan berjoging
                                         kelihatan jeti dari jauh
terdapat wakaf-wakaf dan bangku-bangku untuk berehat

Friday, February 17, 2012

bersih, bersih dan bersih

  Hari ini sudah 19 hari menginap di flat guru ini.  Sempena cuti hujung minggu ini , aku membersihkan bilik kecil ini. Hanya 2 tingkap "sliding window" , sebuah kipas siling dan bilik yang luasnya 9 X 10 kaki, anggaran kiraan ikut bilangan  mozek.
   Bukan tunjuk rajin tetapi kita perlu menjaga kebersihan.  Lihatlah tidak ada penyapu sawang, jadi  aku ambil penyapu lidi dan dipasang batang penyapu supaya mudah sampai ke siling dan ke kipas angin untuk membersihkan sarang labah-labah dan habuk-habuk yang terdapat pada celah-celah tingkap.




  Alhamdulillah sekarang dah bersih pun.  Kepada anak-anakku dan juga murid-muridku, ku harap jagalah kebersihan bilik dan tempat tinggal kita.  Kekadang habuk tidak kelihatan tetapi apabila disapu dan dikumpulkan banyak juga.  Bersama-samalah kita menjaga kebersihan agar terjamin kesihatan.
 .

Saturday, February 11, 2012

koleksi imej sepanduk

    Ketika majlis Maulidur Rasul berlangsung, aku sempat merakam beberapa sepanduk yang ku kira menarik hatiku.  Aku dan Siti Mazrah sempat  memerhati dari jauh sepanduk tersebut yang diletakkan din tepi pagar,
  Ada yang unik di sini .  Perhatikanlah.
   Lihatlah sepanduk unik ni, siap beroda senangkan tolak saja umpama kereta sorong.  Memang pun 4 roda kereta sorong digunakan.  Kreatif juga sipenciptanya tak perlu susah-susah nak pegang sepanduk, semudah ABC tolak dah bergerak beberapa km seperti kereta. Awas tak ada brek apabila turun bukit. 








 









Maulidur Rasul anjuran Felda, Sabah

Pada hari Sabtu, 11 Februari 2012 melakari sejarah perjalanan hidupku. Tahun keduaku di sini sempat menyertai perarakan Maulidur Rasul anjuran Felda Sabahat di Sabah. ini. Pagi-pagi lagi, aku sudah bangun seawal 4.30. Memang mataku tidak boleh tidur kerana aku pada waktu-waktu begini. Pukul 6.15 aku telah tiba di sekolah.
Ustazah Arbaya, Ustaz Ibrahim dan murid-murid yang menyertai perarakan telahpun datang lebih awal. Mereka sibuk menyediakan persiapan murid-murid dan pengangkutan.
Setibanya kami di dewan Cenderawasih, semua peserta telah pun siap berkumpul mengikut pasukan. Kelihatan sepanduk yang beraneka rupa, pakaian yang seragam, bunga pahar dan bunga manggar. Hebat sungguh pakaian dan persiapan peserta lain berbanding dengan kami. Kedengaran juga si pengomil , kasihannya pasukan kami beraneka warna.
Tepat pukul 8.00 pagi perarakan dimulakan dari dewan itu menuju ke pekan Cenderawasih hingga ke stesen minyak Petronas dan membelok menuju ke hadapan Kolej Kini. Di situ dipasang khemah dan kerusi disediakan mengikut pasukan sekolah atau kampung.
Aku tidak pasti apakah atur cara majlis tersebut kerana kami tidak diberi brosur atur cara. Yang pastinya acara dimulai dengan selawat nabi, ucapan pengerusi, dan ceramah serta pengumuman pemenang. Hadiah begitu lumayan, namun terkesima juga kerana hadiah disediakan untuk terbaik keseluruhan perbarisan dan sepanduk. Tiada kategori johan, naib johan dan tempat ketiga. Sepatutnya ada hadiah mengikut kategori sekolah rendah, menengah dan peringkat kampung. Manalah ada duit untuk bertanding dengan orang felda yang banyak duit. Mereka ada dana terutama menampung perbelanjaan persiapan pakaian dan sepanduk.
Aku begitu teruja melihat keunikan sepanduk-sepanduk tersebut. Salah satunya siap beroda empat . Rodanya dari tayar kereta sorong disambungkan dan dihiasi dengan cantik. Ada juga rangka kain sepanduk yang dibuat daripada kayu, besi dan playwood. Kasihan juga kepada mereka yang membawa sepanduk.
       Pelbagai gelagat Pasukan SK Sahabat 4, sedang berkumpul di khemah
                 Ni,pasukan sekolah mana duk berderet di tebing jalan.




                      Pasukan kompang sekoah diketuai oleh En. Amin.


  Semoga pengalaman ini berbekas di hatiku dan kepada semua yang terlibat semoga kita mendapat  pahala dengan mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan ajarannya sepanjang hidup kita.
   Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menumpangkan aku  ke Kolej Kini, di Cenderawasih.

Maulidur Rasul anjuran Felda, Sabah

Pada hari Sabtu, 11 Februari 2012 melakari sejarah perjalanan hidupku. Tahun keduaku di sini sempat menyertai perarakan Maulidur Rasul anjuran Felda Sabahat di Sabah. ini. Pagi-pagi lagi, aku sudah bangun seawal 4.30. Memang mataku tidak boleh tidur kerana aku pada waktu-waktu begini. Pukul 6.15 aku telah tiba di sekolah.
Ustazah Arbaya, Ustaz Ibrahim dan murid-murid yang menyertai perarakan telahpun datang lebih awal. Mereka sibuk menyediakan persiapan murid-murid dan pengangkutan.
Setibanya kami di dewan Cenderawasih, semua peserta telah pun siap berkumpul mengikut pasukan. Kelihatan sepanduk yang beraneka rupa, pakaian yang seragam, bunga pahar dan bunga manggar. Hebat sungguh pakaian dan persiapan peserta lain berbanding dengan kami. Kedengaran juga si pengomil , kasihannya pasukan kami beraneka warna.
Tepat pukul 8.00 pagi perarakan dimulakan dari dewan itu menuju ke pekan Cenderawasih hingga ke stesen minyak Petronas dan membelok menuju ke hadapan Kolej Kini. Di situ dipasang khemah dan kerusi disediakan mengikut pasukan sekolah atau kampung.
Aku tidak pasti apakah atur cara majlis tersebut kerana kami tidak diberi brosur atur cara. Yang pastinya acara dimulai dengan selawat nabi, ucapan pengerusi, dan ceramah serta pengumuman pemenang. Hadiah begitu lumayan, namun terkesima juga kerana hadiah disediakan untuk terbaik keseluruhan perbarisan dan sepanduk. Tiada kategori johan, naib johan dan tempat ketiga. Sepatutnya ada hadiah mengikut kategori sekolah rendah, menengah dan peringkat kampung. Manalah ada duit untuk bertanding dengan orang felda yang banyak duit. Mereka ada dana terutama menampung perbelanjaan persiapan pakaian dan sepanduk.
Aku begitu teruja melihat keunikan sepanduk-sepanduk tersebut. Salah satunya siap beroda empat . Rodanya dari tayar kereta sorong disambungkan dan dihiasi dengan cantik. Ada juga rangka kain sepanduk yang dibuat daripada kayu, besi dan playwood. Kasihan juga kepada mereka yang membawa sepanduk.
Semoga pengalaman ini berbekas di hatiku dan kepada semua yang terlibat semoga kita mendapat sedikit pahala dengan mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan ajarannya sepanjang hidup kita.

Thursday, February 9, 2012

flat Guru Felda Sahabat

Setelah surat pertukaranku dibekukan, aku kembali ke Sabah. Aku mengajar semula di SK Sahabat 4. Sekembaliku di sini aku masih disambut dengan tangan terbuka. Kehadiranku seorang diri umpama musafir kelana. Seminggu sebelum itu beberapa persiapan telah ku laksanakan.
    Pertama, anak bongsuku terpaksa kuhantar ke Asrama Desa Munshi Abdullah. Mengalir air mataku semasa berjumpa dengan Penolong Kanan 1, Pn Rosnah , warden dan beberapa orang guru di sekolahnya. Menangis kerana meninggalkannya pada saat dia akan menghadapi PMR.
    Sepanjang perjalanan dalaam kapal terbang dan sebelum meninggalkan keluarga tergenang air mataku. Bayangkan di kala usia sebegini terpaksa tinggal bersendirian di rumah Felda. Hanya 5 hari, aku bersendirian sejak 26 hingga 30 Jan 2012, aku diberitahu bahawa pengetua baru akan tinggal di situ, jadi akan terpaksa berhijrah lagi. 
    Kini aku menumpang menginap di flat guru . Hadirku mungkin sekejap. Bermula malam 31 Jan hingga 25 Februari 2012 kerana surat pertukaranku telah pun diluluskan . Faks telah dihantar ke sekolah dan ke JPN Sabah pada hari Khamis 2 Februari. Hingga 9 Februari, aku belum mendapat surat daripada JPN Sabah. Apakah hadirku di sini tidak dihargai atau kesibukan pegawai-pegawai, tetapi aku harus meninggalkan sekolah ini. Aku harus meneruskan langkah baruku.
Di sinilah penginapanku sepanjang di Sabah, rumah felda dan flat guru .Aku sempat bergotong-royong ketika tinggal di flat ini pada 9 Februari. Ku berharap agar hadirku disenangi teman-teman termasuk Kasmia, Amra, Isamiah, Yaya dan yang lain-lain . Segala kenangan manis akan terpahat di memoriku.