Seperti selalu , singki di dapur ini tersumbat tetapi hari ini sedang aku memasak tetiba sahaja air bertakung di lantai. Nasib baik perasaan. Menjerit aku sehingga suamiku terkejut. Tersumbat pula saluran air ini. Rupa-rupanya saluran air dari singki bersambung dengan mesin basuh.
Kali ini air melimpah di lantai dapur. Tidak boleh dijolok dengan dawai atau lidi mesti ada pengepam air. "Rasa-rasanya ada pengepam air", kata suamiku. "Mana ada, tukan kat rumah Melaka?", jawabku.
Maka akupun memberi cadangan agar beli pam di Parit Baharu. Macam-macam pula dugaan minggu ini. Minggu lepas, kereta Unser meragam dah duduk dalam bengkel, semalam side mirror pecah, dan hari ini salur air pula tersumbat.
Setelah dipam, barulah air boleh mengalir. Oleh sebab takungan air itu, maka aku terpaksa membasuh lantai dapur yang kukira melekit. Pelik juga bagaimana lantai di rumah ini boleh lekit. Mungkin bawaan air laut sebab rumah atau kuarters guru ini dekat dengan laut. Jadi tak semena-mena aku terpaksa membasuh lantai dan membeli pam tandas. Dulu, beli pelapik tandas. Yang peliknya pelapik tandas di rumah sendiri lebih murah daripada pelapik tandas di kuarters yang kudiami ini.
Saturday, September 1, 2012
Sambungan Insiden 31 Ogos 2012
Berbalik peristiwa semalam, setelah kedua-dua side mirror rosak, kami pun berhenti, van itu pun berhenti. Setelah berbincang , maka aku dan pemandu kereta Viva itu akan menyelesaikan perkara ini kemudian kerana sudah hampir maghrib. Dalam pada itu, dia pun bertanya , " Dari Sabah?". Mungkin melihat nombor pendaftaran keretaku. Dia memberitahuku dia pinjam kereta saudaranya mungkin alasan supaya aku membayar ganti rugi.
Aku memberikan nombor telefon bimbit dan memberitahu di mana aku mengajar dan tinggal. Akhirnya kami setuju untuk membaiki sendiri kerosakan. Aku menunggu juga panggilannya kerana bertanggungjawab atas insiden ini. Sebelum bersurai, sempat juga dia menasihatkan anakku agar memandu dengan berhati-hati. Aku juga ingin menasihatkan dia agar berilah laluan kepada pemandu lain agar insiden seperti ini tidak terjadi namun ku pendamkan sahaja kerena itu adalah takdir dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Esoknya, aku dihantar oleh suamiku ke sekolah, alasannya ingin mencari barang. Rupanya-rupanya dia marah pada masa aku telefon memberitahu kejadian itu. Katanya, bayar sahajalah. Sementara aku mengajar kelas Asnaf, dia mencari alat ganti di Kuala Selangor. Hendak dijadikan cerita, kebetulan dia disapa oleh seorang pemuda, "Assalamualaikum, cari side mirror?" . "Ya, jawab suamiku. Entah siapa anakku langgar semalam agaknya". "Dialah yang langgar kereta saya". Side mirror dia pun macam side mirror keretaku , belum dapat dibetulkan. Itulah takdir namanya. Pengajaran daripada peristiwa ini jangan kita berbohong mengatakan kereta pinjam padahal kereta sendiri. Akhirnya tembelang pecah juga tanpa disangka.

Insiden Semalam 31 Ogos 2012
Semalam 31 Ogos 2012, ketika negara kita mencapai kemerdekaan, aku pula dihimpit insiden. Entah mengapa, Allah sahaja yang Mengetahui-Nya. Yang pastinya kita harus mengambil iktibar dari kejadian semalam.
Balik daru rumah terbuka sempena Hari Raya dan Hari Ulangtahun perkahwinannya, aku memenuhi undangannya. Aku mempelawa suami dan anak sulungku. Suamiku enggan pergi kerana ada perkhemahan di sekolahnya. Manakala anak sulungku pada mulanya enggan pergi tetapi kupujuk dengan alasan aku yang memandu.
Meskipun anakku mempelawa ayahnya sekali lagi namun siayah tetap dengan pendiriannya. Anakku pula sanggup menawarkan diri memandu kereta Viosku.
Pada awalnya perjalanan berjalan lancar tetapi kesukaran mencari rumah walaupun telah disertakan peta. Maklumlah kawasan kediaman itu asing bagiku. Akhirnya kami tiba dengan selamat apabila menggunakan GPS dan kebetulan bertembung dengan rakan sekolah yang baru balik dari rumah itu.
Kami bertembung dengan ramai guru SKSS. Tetiba En Mohd Adnan, mantan guru besar bertanya," Mana ustaz?". Sambil lewa kujawab, "tak larat" , katanya. Tak Larat makan?. Selepas menjamah sate, rojak, roti canai dan kelapa muda , kami pun beredar.
Dalam perjalanan itu, berbuallah aku dengan anakku. Kali ini, dia memandu begitu laju antara 120 -140km. Aku biarkan sahaja kerana aku rasa tidak ada apa-apa. Setiba dalam perjalanan ke Sabak Bernama, tiba-tiba sebuah lori memakan jalan kami, anakku sempat membrek. Aku pun berkata kepada anakku, kita mesti berhati-hati, kita tak jangka apa akan berlaku di hadapan kita.
Perjalanan diteruskan hingga menuju ke Simpang Bagan Nakhoda Omar, di situlah sebuah lori berhenti untuk mengambil buah kelapa. Anakku mengikut sebuah van di belakang, van itu memakan jalan dan nasib kami tak baik apabila bertembung dengan sebuah Viva. Pertembungan itu menyebabkan side mirror dengan side mirror pecah. Namun kami bersyukur tidak tercalar atau kemek mana-mana badan kereta dan yang paling penting sekali tidak ada kemalangan jiwa.
Aku pada masa itu agak marah juga kepada pemandu lori itu kerana pintu lorinya terbuka menyebabkan pemandu lain terpaksa memakan jalan untuk mengelakkannya. Pengajaran daraipada insiden ini ialah kita harus berhati-hati. Bukan sebelah pihak sahaja semua pengguna jalan raya.

Wednesday, August 29, 2012
Majlis Persaraan Guru Besar SKSS 2012
Tanggal 29 Ogos 2012, merupakan majlis kedua meraikan persaraan En. Mohd. Adnan bin Othman ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh kali kedua. Majlis kali ini lebih meriah daripada majlis yang pertama.
Antara jemputan yang meraikan ialah wakil Pegawai JPN Selangor dari Sektor sekolah rendah En Zakaria bin Hamzah , Timbalan PPD Kuala Selangor En Shashim bin Haron, YDP PIBG En. Mohd Khir , AJK PIBG, guru besar-guru besar, guru-guru Penolong Kanan, mantan guru besar, guru-guru dan murid-murid SKSS Tahun 4, 5 dan 6.
Didahului dengan ucapan, majlis potong kek, penyampaian cenderahati ,jamuan makan , pemeriksaan kawat kaki dan lambaian kasih. Begitu meriah majlis kali ini berserta pemasangan khemah untuk acara seterusnya majlis JamuanHari Raya bersama keluarga SKSS.
Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa disiplin adalah penting sebagai kayu pengukur kejayaan sesuatu rancangan atau impian. Untuk merealisasikan impian visi dan misi pendidikan bukanlah mudah kerana setiap murid mempunyai bakat, potensi, sahsiah, emosi dan latarbelakang keluarga yang berbeza. Justru beliau menegaskan bahawa tugas pendidikan bukan hanya di sekolah tetapi berterusan sama ada di sekolah atau di luar sekolah, murid kita tetap tanggungjawab kita.
En Mohd Adnan dan isterinya
hadirin dan hadirat
ucapan En Zakaria : wakil JPNS
ucapan insan yang diraikan
acara potong kek
penyampaian cenderahati/ cenderamata
lambaian kasih - mengenang jasa guru besar
Dengan linangan air mata beliau berat hati dan terkilan kerana tidak dapat meningkatkan prestasi UPSR walaupun pada tahun lepas , keputusan UPSR meningkat dan berjaya mendapat lonjakan saujana. Bagi beliau ada hasrat yang ingin direalisasikan namun apakah daya kerana tiba masanya beliau meninggalkan sekolah. Harapan beliau agar yang pergi akan mendapat pengganti seterusnya dapat meningkatkan dan mengharumkan prestasi akademik dan bukan akademik khususnya kokurikulum seperti kejayaan dalam pertandingan bola sepak, kawat kaki dan bola baling.

Wednesday, August 8, 2012
Ramadhan 1433
Bersyukurlah kerana dipanjangkan umur dapat melihat sinar Ramadhan dan semoga dapat melaksanakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Tahun ini puasa pertama pada 21 Julai 2012.
Buat kali pertama, sembahyang terawih di Masjid Kampung Sungai Apung, Sabak Bernam. Berbeza dari 2 tahun yang lepas, aku berterawih di masjid Felda Wilayah , Sabah di mana dapatlah berkenalan dengan kakitangan felda, guru-guru dan pekerja felda. Masjidnya pula besar dan sesuai dengan kemudahan serta imam -imam yang berkelulusan dari luar negeri. Keselesaan yang sempurna dilengkapi dengan penghawa dingin tetapi sayangnya kebisingan kanak-kanak yang kurang mengerti tentang ibadah ini mengganggu ketenangan dan keharmonian .
Masjid di Kampung Sungai Apung besar juga tetapi maklumlah keadaan kampung. Tempat sembahyang muslimahnya amat kecil. Walaupun ada kemudahan kipas angin namun keadaan amat panas . Aku pula merasa amat dahaga setiap kali selepas sembahyang kerana kami sembahyang terawih sebanyak 23 rakaat termasuk sembahyang witir. Timbul pula keresahan di hati apabila penduduk kampungnya amat sedikit berbanding dengan besarnya masjid tersebut. Apakah anak-anak muda akan kembali sembahyang ketika Hari Raya sama seperti Masjid Kampung Lendu di kampungku sendiri. Masjid hanya meriah ketika Hari Raya kerana anak-anak muda pulang dari perantauan.
Berbeza pula dengan sembahyang terawih di surau SBPI, Sabak Bernam. Suraunya dipenuhi dengan pelajar-pelajar dan guru-guru SBPI terutama warden asrama. Keadaan yang selesa tidaklah panas. Meriahnya hanya waktu persekolah Isnin hingga Jumaat manakala Sabtu dan Ahad mereka dibenarkan pulang ke kampung.
Sempena cuti Nuzul Quran, kami sempat balik dan berterawih di Masjid Kampung Lendu. Wah, ada perubahan rupanya. Imam muda yang bersuara lunak dan syahdu membuatkan aku begitu terharu. Dia dari sekolah tahfiz berbeza dengan pendidikan imam kampung. Baguslah ada perubahan.
Beginilah kehidupan yang kulalui , entah berapa lama harus ku tempuhi begini? Semoga Allah mengizinkan aku kembali ke tanah kelahiranku sendiri dan rumah kediaman yang tersergam di Melaka.

Thursday, July 26, 2012
pekan Nabalu
Sebelum ke Kota Kinabalu, kami sempat singgah di Gua Batu Tuluq kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pekan Nabalu. Di sini kami tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan pekan Nabalu yang kira-kira 32 km dari pekan Ranau dan 40 km dari bandar Tamparuli.
Pemandangan ini kami ambil pada sekitar jam 6.15 petang. Almaklumlah bertolak dari Felda Sahabat pukul 9.00 pagi, kemudian singgah di Gua batu Tuluq dari pukul 12.25 hinggalah pukul 1.20 tengah hari. Sampai di KK pukul 8.30 malam dan menginap di Gaya Hotel.
Inilah pemandangan yang ku kira tercantik yang pernah kulalui. Keindahan panorama di sekiitar Gunung Kinabalu. Syukurlah walaupun tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu dapat naik tangga tempat melihat Gunung Kinabaludan pemandangan di sekitarnya di pekan Nabalu . Dapatlah kami lihat Gunung Kinabalu dari jauh.
Kenangan ini dapatlah kami lalui bersama sekeluarga kerana kedua-dua anakku dari UiTM sedang bercuti. Tidak kuingati bila tetapi yang pastinya cuti penggal kedua tahun 2011.
Pemandangan ini kami ambil pada sekitar jam 6.15 petang. Almaklumlah bertolak dari Felda Sahabat pukul 9.00 pagi, kemudian singgah di Gua batu Tuluq dari pukul 12.25 hinggalah pukul 1.20 tengah hari. Sampai di KK pukul 8.30 malam dan menginap di Gaya Hotel.
Inilah pemandangan yang ku kira tercantik yang pernah kulalui. Keindahan panorama di sekiitar Gunung Kinabalu. Syukurlah walaupun tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu dapat naik tangga tempat melihat Gunung Kinabaludan pemandangan di sekitarnya di pekan Nabalu . Dapatlah kami lihat Gunung Kinabalu dari jauh.
Tuesday, July 10, 2012
pertandingan syarahan dan ujian bertulis BM
Pertama kali menjadi jemputan sebagai hakim bagi pertandingan syarahan di SRJK (C) Khai Tee, Pasir Penambang agak mebimbangkan aku. Kenapa? Pertama tak pernah menjadi hakim , kedua: sekolah itu belum kuketahui di mana lokasinya.
Pertama, mendapatkan maklumat memang mudah daripada kawan-kawan dan rakan setugas. kedua mencari, melilau mata mencari sambil memandu, akhirnya terlepas sampai ke jalan menuju ke Stadium Tertutup Kuala Selangor. Di sinilah pentingnya kita mengetahui peta dan lokasi sesuatu tempat yang dicari. Akhirnya berjaya juga dijumpai tepat jam 9.30 pagi aku disambut dengan mesra oleh tuan rumah: guru-guru sekolah tersebut.'
Alangkah gembira dapat bertemu rakan baru dan guru-guru yang sememangnya begitu ramah terutama semasa majlis berlangsung. Pertandingan syarahan dan ujian bertulis Bahasa Melayu di SRJK (C) Khai Tee ini adalah peringkat Negeri Selangor. Walaupun peserta kurang fasih dan tidak menghayati teks syarahan namun mereka cuba untuk mengingati agar persembahan mereka lancar. Ucapan tahniah kerana usaha mereka amat gigih menghafal teks walaupun tidak dapat menghayati atau menjiwai teks yang telah disediakan. Semangat ini patut dicontohi kerana usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)