Aku mulai kehidupan baru di Pulau Pinang pada awal bulan Disember 1989. Aku mengajar di Sekolah Bagan Jermal satu kilometer dari sekolah suamiku. Oleh kerana aku sekolah petang, dia sekolah pagi maka aku terpaksa lalui kehidupan yang begitu sukar. Rumah sewaku 18 km jauhnya dari sekolah. Oleh kerana pengangkutan awam kadang-kadang ada, kadang tiada menyebabkan aku terpaksa menghantar suamiku ke sekolah. Dengan kereta itu aku memandu pulang ke rumah, petang pula ke sekolah. Ini bermakna kereta itu terpaksa berulang alik tiga kali sehari.
Dengan gaji yang cukup makan, aku terpaksa berjimat cermat supaya dapat balik ke kampung apabila cuti sekolah. Setiap kali cuti sekolah aku mesti balik kerana bagiku amat menyiksakan jika tidak dapat berjumpa adik-beradik dan saudara- mara. Bagiku wang tidak berapa penting, yang penting kegembiraan.
Oleh kerana terlalu kerap perjalanan yang jauh dari Melaka ke Pulau Pinang, tidak ku sangka akhirnya aku yang mengandung anak sulung terkena praeklamsia - bayi lahir tak cukup matang . Pada usia kandungan kurang seminggu lapan bulan, aku terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Bukit Mertajam. Itulah hospital yang paling dekat dengan Kepala Batas , Seberang Perai. Sebaik sahaja aku dimasukkan ke wad, aku diberi minum ubat, selepas itu aku tidur dan tak sedarkan diri sehingga esok harinya.
Tersedar sahaja hari hampir malam. Jururawat memberitahu aku adakah waris yang menjagaku. Terkejutnya aku manakan tidak hanya aku dan suamiku sahaja di sini. Puas aku mencari suamiku tetapi menurut suamiku tak ada sesiapa pun yang mencarinya semenjak dia menunggu di situ. Akhirnya aku dihantar ke Hosipital Besar Pulau Pinang pada malam itu juga diikuti oleh suamiku dengan kereta.
Setelah seminggu di Hospital itu,selain darah tinggi, kaki bengkak dan kencing kotor akhirnya aku terpaksa akur dengan keputusan doktor. Walaupun telah berbagai-bagai cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan minum air belimbing, air asam keping dan sebagainya namun gagal juga. Doktor telah memberikan aku kata putus untuk melakukan pembedahan. Katanya peluang untuk anakku hidup 50:50, bimbang dengan tekanan darah tinggi melampau sehingga 190/130 boleh menyebabkannyawa aku dan si bayi terancam.
Isnin 4/6/1990 pagi pukul 7.30 aku telah ditolak masuk ke bilik pembedahan. Dari rekod kad pranatalku, 8.58 pagi, anakku W= 1890 gram, p =34 cm K=29 cm. Dia dilahirkan 3/4 kecil daripada bayi biasa namun aku bersyukur kerana hanya 2 hari duduk dalam inkubator dan disahkan sihat tetapi dalam jagaan jururawat. Selepas 2 minggu pembedahan , aku dibenarkan pulang ke rumah. Ini bermakna aku tinggal di hospital selama tiga minggu.
Pengalaman ini hendak dikongsikan dengan pembaca agar janganlah mandi pada waktu petang mungkin kembang urat/bengkak kaki - alahan kepada sesetengah ibu mengandung , perjalanan jauh yang kerap dan jagalah kesihatan ketika mengandung.
Kejadian ini memberi pengajaran kepadaku agar tidak membuat kerja terlalu banyak, banyakkan berehat dan menjaga pemakanan. Hal ini demikian kerana seorang doktor yang bukan Islam telah menemuramah kepadaku,tetapi sebelum itu dia meminta maaf kepadaku kerana dia faham sebagai seorang Islam tak mungkin aku mengambil minuman beralkohol dan merokok.
Sunday, November 25, 2012
Friday, November 23, 2012
Senja di Pantai Bagan Nakhoda Omar
Pada awal Januari dulu aku ke pantai ini. Kini sekali lagi aku ke pantai itu lebih kurang 9 km dari SBPI Sabak Bernam pada waktu petang. Sungguh meriah kerana masing-masing membawa keluarga bersiar-siar di pantai sambil menjamu selera.
Maklumat daripada penjual-penjual di situ , hari Ahad ramai pengunjung yang datang. Kulihat gerai makanan sudah bertambah. Ini bermakna pengunjung semakin banyak.
Tambahan pula, jalan menuju ke pesisiran pantai dengan kereta semakin hampir. Banyak timbunan tanah dan jalan semakin baik tetapi masih belum diturap dengan tar.
Pada 22/11/2012 aku sempat membawa ibu dan anak bongsuku ke pantai itu. Walaupun baru pukul 6. 00 petang tetapi cuaca agak mendung seakan-akan hari senja. Air laut pula pada masa itu tengah surut.
Pada hari itu, ramai yang menjamu selera di gerai-gerai tersebut. Ada yang mengatakan makanan di situ sedap. Aku sendiri tidak pernah makan bagaimana hendak ku nyatakan. Oleh kerana baru sahaja makan petang, kami hanya membeli aiskrim daripada penjual Bangla.
Menurut penduduk di sini, pada waktu malam lagi meriah kerana ramai pengunjung yang menjamu selera. Maka sesiapa yang berminat hendak makan seafood, berkunjunglah di sini sambil menjamu selera, sedap atau tidak hanya anda sahaja yang dapat menilainya.

Tuesday, November 20, 2012
Bercuti di Jepun
Kami bersyukur hujan telah reda, kami beredar dari colmar Tropicale ke Japanese Village. Melihatkan banyaknya tangga dan ketinggiannya, suamiku tidak mahu menambahkan kepenatan kerana dia seorang sahaja yang akan memandu kereta, jadi kami berempat sahaja yang pergi.
Aku tidak pandai mengagak berapa km jauhnya kami berjalan kaki naik ke puncak perkampungan Jepun itu. Tetapi dalam kepala ada rancangan hendak pakai kimono . Suamiku memberi masa 30 minit sahaja. Manakan cukup pergi dan balik sahaja ku rasakan 40 minit macam mana nak posing dengan kimono dan berjalan-jalan di sekitar rumah Jepun itu.
Semasa menaiki tangga yang tinggi itu pun, aku dah termengah-mengah. Tambahan pula jalan yang berbukit-bukit dengan payung yang kubawa kerana masih lagi gerimis. Sampai di perkampungan Jepun itu lebih kurang pukul 3.00 petang, kami sepakat memakai baju kimono dengan harga RM20 seorang, katanya 10 minit sahaja.
Sebaik sahaja dipakaikan kimono itu, petugas itu membantu mengambil gambil gambar di rumah ala Jepun itu dengan kamera kami sendiri. Kami sempat posing selama lebih daripada 30 minit kerana mungkin ramai pengunjung dan pelancong ketika itu. Perkampungan Jepun itu ada aliran air terjun , kolam ikan, pohon-pohon kehijauan alam semula jadi , memang amat cantik dan damai sekali.
Selain kimono, disediakan minuman teh Jepun , perkhidmatan spa dan penginapan yang kukira sesuai untuk orang yang berada. Kami pun beredar setelah melihat jam di tangan setelah menunjukkan pukul 4.00petang. Sebelum itu sempat juga kami membeli cenderamata dan memakan aiskrim sambil berjalan menuruni bukit,ramai yang memandang terutama kepadaku kerana pada usia yang begini dan hujan mampu makan aiskrim. Kami meneruskan perjalanan menuju ke taman haiwan pula.....jumpa lagi!

Adakah aku setabah Ibu
Semenjak aku dilahirkan 1962, aku bergelar anak yatim kerana ayahku meninggal dunia ketika aku 3 bulan dalam kandungan. Ibuku janda muda usia 27 tahun sehinggalah kini usianya 80 tahun.
Dengan usaha menoreh getah sekangkang kera, menganyam tikar di samping menyambit rumput membela seekor kerbau yang dipelihara secara pawah untuk menampung perbelanjaan hidup kami empat beranak.
Dengan menoreh sekeping dua getah bukanlah cukup untuk kami sekeluarga. Oleh itu, kami sejak kecil lagi sudah membantu ibu membasuh baju, pinggan mangkuk dan mengemas rumah. Seingat aku,kalau tidak ke sekolah kami akan membantu mencabut sekerap di pokok getah dan membersihkan mangkuk getah di samping mengumpulkan dan mengangkat susu getah bagi meringankan bebanan kerjanya.
Ibuku pula bukannya sihat sangat selalu pening kepala dan mengambil ubat angin untuk sapu di bahagian anggota yang lenguh atau sakit di kereta ubat yang masih kuingat lagi perkhidmatan klinik desa bergerak untuk orang kampung. Sesiapa yang sakit atau memerlukan ubat perlu beratur ketika kereta ubat datang, itulah gelaran orang kampung.
kami terpaksa membantu beliau kerana ketidakcukupan wang belanja sekolah. Kami akan memancing ikan di sungai, mengutip pucuk paku atau sayur-sayur di sawah di mana pokok-pokok yang akan dibuang kerana hendak ditanam yang baharu. Memang di kampung kami makmur. Ada sumber untuk mendapatkan wang. Salah satunya mengambil upah mengubah anak padi, mencabut benih padi, menanam sayur, mengikat pokok petola atau timun yang menjalar ke junjung atau kayu atau menanam benih sawi. Semuanya pernah aku lakukan ketika masih kecil seingat umurku darjah lima dan enam. Apa yang kuingat balik sekolah campak beg, pergi ambil upah buat kerja-kerja seperti itu kalau tidakpun mengangkat air di telaga atau mencari kayu api.
Kini semua sudah berlalu. Aku bernasib baik dapat mengubah kehidupan dulu dengan menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Dahulu ibuku ada tinggal bersamaku sejak anak bongsuku kecil tahun 2000 sehinggalah awal 2010. Ketika aku bertugas di Sabah, bermula episod hidupnya tinggal bersama kakak atau abangku.
Sementara cuti sekolah ini, aku mengambil kesempatan untuk menjaganya. Didoakan agar kesihatannya elok kerana ibuku ini memang seorang yang unik sukar untuk kuhuraikan di sini. Aku tahu bukanlah mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa tambahan pula beliau bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi dan berpendapatan tetap.
bersama anak bongsuku
matahari sudah terbenam sekejap lagi azan maghrib
beransur-ansur pulang ke rumah

sepetang di tepi laut Sabak Bernam SBPI
Membawanya berjalan-jalan di tepi lautbersama anak bongsuku
matahari sudah terbenam sekejap lagi azan maghrib
beransur-ansur pulang ke rumah
Monday, November 19, 2012
Bercuti-cuti di Peranchis .......?
Rancangan untuk melihat keindahan dan keunikan bangunan dan alam semula jadi tercapai apabila kami sekeluarga dapat bercuti bersama. Tempat yang kami tuju ialah Bukit Tinggi , Bentong Pahang. Tanggal 17/11/2012 kami bertolak dari Sabak pukul 8.30 pagi tetapi apabila sampai di Sungai Besar , suamiku pula tertinggal telefon bimbit. Maka kami berpatah balik. Walaupun pada mulanya hendak bertolak awal dari rumah, disebabkan peristiwa itu maka terlambat juga .
Bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi, dalam perjalanan sudah gerimis di Tanjung Karang dan sampai di Lebuhraya Karak pula hujan semakin lebat. Kami singgah di R & R Gentingsempah menjamu selera makan tengah hari kerana makanan di sana agak mahal. Tepat pukul 1.00 petang kereta kami memasuki pintu pagar harga tiket masuk RM12 seorang .Sebaik parking kereta ,kami s mula berjalan di sekitar bangunan Colmar Tropicale , bangunan Peranchis selepas abad ke- 16 yang ketinggiannya 2,600 kaki dari paras laut. Kami bernasib baik hujan sudah reda.
Tetapi baru 30 minit berjalan-jalan sambil mengambil gambar, hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh dan berdiri di atas menara sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lebat juga hujan yang turun. Agak rugi juga kerana tidak dapat berjalan-jalan melihat semua ceruk yang ada di dalam bangunan itu. Untuk pengetahuan , bangunan itu terdiri daripada permainan-permainan dalaman , snooker, game- siber, permainan kanak-kanak, bilik-bilik penginapan, kedai cendera mata, restoran , kolam renang dan sebagainya.
Kehadirankami sekadar melihat dan menikmati keindahan alam semula jadi dan melihat bandar Peranchis sahaja kerana hendak melancong ke luar negara belum ada kesempatan dan kemampuan. Syukurlah negara kita kaya dapat membantu mengilhamkan sesuatu di luar negara walaupun replika namun mampu menghidupkan suasana yang seakan-akan sama.

Friday, November 16, 2012
Terkena lagi banjir lagi
Kmi melalui jalan Sungai Besar itu melalui beberapa buah kampung dan sehingga tiba di Felda Kampung Suharto maka bermulalah episod duka. Kenapa?. Patutlah tak banyak kereta yang lalu lalang di situ, rupa-rupanya banjir sepanjang jalan raya yang rendah itu.
Ada banjir di sepanjang jalan menuju ke Felda Kampung Gangsa, kalau tak silap akulah semasa aku berbual dengan seorang pak cik di situ. Ada beberapa orang petugas JKR yang mengawasi keadaan jalan raya di situ. Suamiku turun dari kereta dan berbual dengan petugas di situ.
Air naik 15 inci, kalau kereta Unser bolehlah redah, tetapi kereta Inspira takut menanggung risiko, kami terpaksa berpatah balik. Teringatku peristiwa ketika dalam perjalanan balik dari Tawau menuju ke Felda Sahabat di mana perjalanan sejauh 350 km, tinggal 120 km lagi banjir di kampung berhampiran dengan Lahad Datu, kami berpatah balik ke Tawau dan menginap di Hotel King Park.
Buang masa selama 1 jam melalui jalan ini. Kami berpatah balik menuju Tanjung Karang dan melalui Jalan Raja Musa , melalui Kampung Tiram Jaya pula menuju ke Rawang dan naik ke Highway Slim River , menjumpai Maktab Sains Trolak dan masuk ke Simpang Felda Gunung Besout. Akhirnya kami sampai juga apabila berpusing-pusing mengikut pelan kad jemputan.
Kami tidak dapat jumpa pengantin, jadi kami tumpang bergambar, selamat pengantin baru kepada mereka berdua, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
kelip-kelip Kampung Kuantan
Pada 15/11/2012, kami berpeluang menyusur sungai Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Kami sampai pukul 7.40 malam, pada masa itu tidak berapa ramai orang. Sebaik sahaja membeli tiket RM50 untuk 4 orang bagi sebuah sampan, kami terus menaiki sampan.
Pemandangan di tepi jeti
penjual menjual cendera mata, nasi lemak , jaket keselamatan yang digantung selepas digunakan.
Terdapat taman permainan kanak-kanak dan panggung tayangan kelip-kelip
Pelancong dari luar negara ramai yang datang melawat
kedai cenderamata yang menjual berbagai barangan
Sebelum itu,kami memakai jaket keselamatan. Kami berasa takut juga kerana air pasang dan sampan hampir separas dengan air sungai. Dengan kegelapan malam, kami dapat melihat kerlipan kelip-kelip bagai lampu kelip-kelip di pohon krismas. Kelip-kelip lebih banyak di sebelah kanan sungai berbanding di sebelah kiri tebing sungai kerana hakisan sungai menyebabkan pokok-pokok berembang itu terpisah. Di sebelah kanan pula pokoknya tersusun sebab itu banyak kelip-kelip di situ.
Selama 20 minit sejauh 3/4 km menyusur sungai dengan sampan yang bergoyang-goyang itu mencemaskan hati juga. Dalam kegelapan malam, banyak kelip-kelip yang hadir di pohon-pohon berembang pada malam itu.
Agak mencemaskan juga apabila kelihatan seakan-akan sebatang tubuh sang bedal yang timbul di permukaan air . Semakin dekat semakin jelas rupa-rupanya sebatang kayu yang panjang.
Kami bersyukur dapat berbual dengan pendayung sampan yang berusia 60 tahun itu. Dia cukup peramah menjawab semua pertanyaan kami. Oleh kerana keramahan kami, dia pun bertanya adakah salah seorang daripada kami ini seorang guru.
Pengalaman ini amat bermakna buat kami kerana dapat menyusur sungai pada waktu malam dengan menaiki sampan. Mungkin tak lama lagi jeti di kampung Kuantan ini kan runtuh jika tidak diperbaiki. Sepatutnya pihak Majlis Perbandaran menjaga dan memulihara jeti yang semakin dihakis oleh ombak dan air sungai.
sampan -sampan yang diikat di tepi sungaiPemandangan di tepi jeti
Pelancong dari luar negara ramai yang datang melawat
Subscribe to:
Posts (Atom)