Perpindahanku tidak dirancang, Aku bertukar ke SK Sahabat 4,Lahad Datu , Sabah mengikut pertukaran suamiku. Dia mula bertukar ke Sabah pada cuti Tahun Baru Cina , aku tidak ingat tarikhnya, yang pasti minggu kedua bulan Februari.
Oleh kerana itu aku memohon pertukaran. Aku hantar borang 22 Februari dan 16 Mac keputusan pun kuterima. Alangkah cepatnya. Aku dimomokkan dengan peristiwa-peristiwa yang menakutkan dan menitis air mataku bila teringat kata-kata rakan-rakan mengenai penduduk Sabah. Maafkan aku terpengaruh juga aku akhirnya.
Kedatanganku disambut baik pada 19 April 2010. Situasi yang disebut-sebut tidaklah sama. Keadaan mungkin berbeza. Namun yang pastinya masyarakat tetap seperti keadaan tahun 1980-an.
Sebenarnya aku masih menunggu surat penempatan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Malangnya tunggu punya tunggu sehingga guru besar Pn Asiah asyik mengulangi pertanyaan itu, aku akhirnya menghantar surat penangguhan tugas sehingga 16 April hari terakhir aku di SK Dato" Naning.
Istimewanya perpindahan ini aku diberitahu melalaui telefon oleh JPNS kemudian diberi pilihan memilih sekolah yang berhampiran. Syukurlah selesai masalah aku tidak seperti yang diwar-warkan oleh guru-guru sebelum ini kerana walaupun di Sabah ada yang berlainan daerah. Mungkin mereka (JPNS dan PPD ) sudah memahami masalah di sana. Oleh itu ada suami isteri yang mengajar satu sekolah , di SK Sahabat 4 pada masa itu ada dua pasang suami isteri. Sekolah juga tidak jauh dari rumah sewa lebih kurang 1 km dan kalau berjalan kaki mengambil masa 15-20 minit sahaja.
Hanya kurang dua bulan dua tahun aku mengajar di SK Sahabat 4 kerana suamiku ditukarkan semula ke Sabak Bernam Selangor mulai 1 Oktober 2011 dan menangguhkan tugas sehingga 6 Disember 2011 kerana aku terlibat dengan kemalangan jalan raya , menyelesaikan urusan kargo barang-barang dan tiket kapal terbang pula terpaksa juga ditunda daripada 22 November kepada 5 Disember 2011.
Monday, November 26, 2012
Kuala Penyu
Sebelum balik ke Semenanjung, aku ingin habiskan masa selama tiga hari di Hotel Gaya. Ingatkan sempat hendak pergi ke Labuan sekadar melepaskan keinginan . Dalam bercongak-congak hendak pergi aku sempat singgah ke Kuala Penyu pada 28/2/2012.
Menurut suamiku tak sempat hendak pergi kecuali dapat pergi pagi-pagi dan petang baharu balik. Setakat melihat dan bertanya sahaja kerana perjalanan dari KK ke Kuala Penyu agak jauh. Kuala Penyu terkenal dengan sagu dan penduduknya kebanyakan petani. Keindahan pantai dan ada hotel-hotel tempat penginapan di sini.
Aku ingatkan ada penyu sempena namanya. Pekan ini kecil sahaja.
Darin Kuala Penyu boleh sewa feri ke Labuan . Jambatan gantung memang pupular di Sabah yang menghubungkan sungai.

Dua dalam satu
Pada 26/2/2012 aku memandu kereta sendiri menuju ke Lahad Datu untuk bertemu dengan suamiku balik ke Semenanjung. Aku bertolak pukul 9 .35 pagi setelah selesai menguruskan hari terakhir di sekolah dan di Felda Sahabat 4.
Sebelum itu, aku berjanji hendak menziarahi Kasmia, guru sejawatku di sekolah yang baru bersalin anak perempuan.
. Janji pukul 11.30 - 12.00 tengah hari, kawanku Amra, Ayu dan rakannya yang lain tak juga muncul. Kemudian aku bernekad hendak pergi sendiri ke rumah Kasmia. Aku pun menelefonnya. Dia memberikan alamatnya. berdasarkan maklumatnya aku mula mencari bangunan OIA dan simpang menuju ke rumahnya. Dalam pada berhenti di simpang itu , aku pun ternampak dan terserempak kereta Amra . Jadi kami pun sepakat membeli hadiah untuk bayinya.
Kami pun pergi ke pusat beli belah Survay yang baru sahaja dibuka pada awal bulan Jun 2011 di Lahad Datu. selepas membeli- belah aku pun terus memandu kereta dahulu dan kami bertemu di simpang menuju ke rumah Kasmia. Sekiranya aku pergi seorang nescaya tak jumpa kerana dia tinggal di kawasan kampung dan jalannya pula berbelok-belok.
Syukurlah sementara menunggu suamiku tiba dari Kota Kinabalu, aku sempat melawat orang baru. Kira-kira pukul 1.30 petang aku ingin beransur ke lapangan terbang, namun Kasmia memberitahuku bahawa sekiranya kapalterbang Maswing hendak mendarat di Lapangan terbang Lahad Datu pasti terdengar bunyi kapal terbang kerana rumahnya dekat dengan lapangan terbang itu yang mewngambil masa lebih kurang 15 minit.
Tepat pukul dua petang suamiku menghantar SMS memberitahuku bahawa dia telah pun sampai. Maka aku pun angkat kaki, sebelum itu mereka berpesan agar aku memandu kereta berhati-hati. Terima kasih atas perhatian dan sokongan kalian semasa aku di Sabah. Semoga persahabatan kita berkekalan terutama Amra, Ayu, Kasmia dan Miah kerana kita pernah tinggal serumah di flat guru walaupun hanya 3 minggu.

Hotel Gaya, Kota Kinabalu
Selama 3 malam 4 hari kami menginap di sini. Bermula hari pertama pada 27 Feb, hari Isnin hingga Khamis, 1 Mac . Hotel ini bertaraf 4 bintang. Bilik 1111 tingkat 11tempat kami menginap.
Biliknya agak luas. Kemudahan cukup lengkap disertai dengan kemudahan teksi.
Sarapan pagi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi. Bayaran semalam lebih kurang RM150 .
Hotel ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephens di Kota Kinabalu, berdepan dengan Bangunan Suria Sabah dan pusat beli-belah Wisma Merdeka. Hotel ini menghadap laut China Selatan.
Jika anda menginap di hotel ini, anda boleh berjalan kaki ke pasar Filipina, Pasar Besar kota Kinabalu dan pasar ikan kering atau hasil tangkapan nelayan. Perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu memakan masa 20 minit.

Hari-hari terakhir di Sabah 26/2 - 1/3/2012
Semasa hari-hari terakhir berkhidmat di Sabah, maka tinggallah aku seorang diri di Sabah selama lebih kurang sebulan. Suamiku datang ke Lahad Datu. Aku mula meninggalkan flat guru pukul 9.52 pagi menuju ke Lahad Datu. Sebelum itu, aku berjanji dengan Amra , Ayu dan rakannya menziarahi Kasmia yang bersalin anak perempuan di kampungnya dekat dengan Lahad Datu juga. Pada pukul 2.15 petang tiba suamiku tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu.
Pukul 2.30 petang aku sudah sampai ke lapangan Terbang Lahad Datu. Kemudian kami menuju ke Hotel Silam Dynasti. Kami menginap selama 2 malam. Pada 26 /02/2012 kami ke Tawau untuk membeli kain batik dan kain pelekat serta membeli ikan kering dan ikan bilis.
Pada 27 /02/2012 pula kami menuju ke Kota Kinabalu. Kami menginap di Hotel Gaya selama 3 malam 4 hari.
Pada kesempatan ini, kami sibukkan diri bersiar-siar sambil membelah -belah dan menyempurnakan urusan perpindahan. Urusan pertama untuk menyediakan kereta untuk dihantar ke semenanjung. Urusan surat menyurat telah lama siap sebelum kemalangan pada 25 oktober 2011tetapi tertangguh kerana membaiki kereta hampir 2 1/2 bulan. Kali ini penghantaran kereta menggunakan biaya sendiri. Menurut suamiku, harganya RM1900 melalui khidmat Syed Nizam yang tinggal di Ciber View Apartment, Kota Kinabalu.
Urusan kedua pula , mengambil surat pertukaran yang sebenar (ori) di Rumah Persekutuan tingkat 5, berjumpa dengan En Azam di Unit naik Pangkat. Selesai urusan tersebut kami pun beredar.
kemudian kami ke kedai kristal untuk membeli buah tangan untuk anak-anak . Aku membeli sehelai blaus dan 3 helai T-shirt untuk dipakai sebagai basahan.
Kami berjalan kaki di tepi pantai dan sempat merakam gambar pada waktu petang itu. Kelihatan panorama yang cantik di kala waktu hampir senja.
Kemudian kami menjamu selera di tepi pantai di sekitar pantai yang berdekatan dengan pasar besar Kota Kinabalu, pasar Pilipina dan pasar hasil nelayan seperti ikan bilis, sotong, keropok, kuih cincin, dan sebagainya.

Kontroversi - keretaku
Setelah setahun aku di Sabah, aku terpaksa menumpang kereta kawan ke sekolah. Ustazah Arbayah bt Suwandi, jiran dan rakan sekolahku menumpangkan aku setiap hati dengan seikhlas hati, hendak ku beri sedikit saguhati setiap bulan enggan diterimanya. Aku memang senang denganya, kami berbual panjang tentang persekolahan dan isu-isu tentang murid dan pelajaran anak-anak Felda di situ.
Pada tahun 2011, aku mula bercadang untuk membeli kereta kerana suamiku selalu berkursus. Aku pula mengajar murid tahun 6 kedua-dua kelas 6 Arif dan 6 Adil. Aku terpaksa membeli kereta kerana kemudahanku untuk ke sekolah terutama kelas tambahan dan kegiatan petang atau acara-acara sekolah yang diadakan di luar waktu persekolahan.
Jadi dengan wang elaun seberang laut iaitu elaun hidup susah, intensif wilayah dan perumahan cukup ku kira menampung bayaran bulanan kereta Vios yang akan ku beli di samping kereta Atos yang masih lagi keberhutangan.
Dengan nombor pendaftaran kenderaan Sabah ini kubawa balik ke semenanjung. Pertama kali parking di rumahku, kawan sekolahku STAR gelak besar sambil berkata sampai bawa balik kenangan Sabah .
Kedua, parking di sekolah, GPK Kokum ingatkan aku orang Sabah. Memanglah aku berbadan kecil dan berkulit putih dan tambahan pula plate keretaku itu. Tambahnya lagi, "Dapat elaunkan orang Sabah?".
Ketiga, ketika aku mengisi minyak di Petronas Sabak Bernam ," Cantik kereta, akak orang Singapura? terdiam aku dibuatnya. Aku pun menjawab, bukan beli di Sabah maka flatnya di Sabah.
Keempat, Mengapa beli di Sabah? Tentu mahal. Memanglah lebih mahal kosnya. Lebih RM 1900 naik kargo dan nak bawa balik ke Semenanjung pun naik kapal kargo selama 7 hari RM1900 juga,
Kelima, semasa parking di pasar, aku pun membeli ikan dan sayur. Semasa hendak balik ke keretaku, kulihat elok sahaja plate SD ........C tetapi keretanya CAMRY. Warna pula seakan-akan sama. Maka sebelum membuka pintu kereta, dia pun bertanya, dulu di Lahad Datu. Ya, saya mengajar di Felda Sahabat 4 manakala dia mengajar di SMK St Dominac , Lahad Datu. Tak berani ku nak berbual panjang memandangkan isteri ada, takut juga kalau cemburu. maka aku pun terus berlalu pergi.
Keenam, balik kampung 25/11/2012 - tanya lagi beli kereta kat Keningau? "taklah jawabku". Dia pun menegakkan kebenarannya kerana dia pernah bertugas di Keningau pada tahun 1970 -an dulu sehingga bila aku pun tak tahu. Hendak bertekak rasa malu , jadi aku pun mengaku aku tak berapa tahu tentang kereta ini. Yang pastinya plate SD ialah Daerah Lahad Datu.
Sampai bila plate keretaku ini menjadi tanda tanya......? Kadang-kala bagus juga ada orang yang ingin mengetahui keunikan plate keretaku ini tetapi kata orang kalau jual kereta dari Sabah ini harganya akan murah, tak tahulah. Memanglah harga kereta akan susut nilai tak seperti aset rumah.

Jambatan Tamparuli
Percutian pada bulanJun 2011 memang saat yang paling menggembirakan aku kerana kami dapat berkumpul satu keluarga di Sabah. Anak sulung dan keduaku kebetulan cuti bersama. Bukan senang mereka hendak ke sini terutama anak sulung dan anak keduaku kerana mereka masih belajar di UiTM di Melaka dan di Shah Alam.
Kesempatan itu ,kami gunakan untuk bersiar-siar di Sabah. Percutian selama 3 hari 2 malam cukup menarik. Kami ke Kota Kinabalu menuju ke Muzium Negeri, Simpang Mengayau dan rumah panjang di Kudat. Memandangkan perjalanan yang jauh dari Felda Sahabat ke KK selama 9 -10 jam kami singgah beberapa tempat. Sebelum itu kami singgah di Gua Batu Tulluq dan di menara pekan Nabalu melihat puncak gunung Kinabalu.
Kami menginap di Hotel Gaya. Kami pergi Muzium Negeri Sabahpada waktu tengah hari kemudian bertolak ke Rumah Panjang melihat hasil kerja tangan seperti kipas, penghias telefon, pemegang kunci dan hiasan kereta yang digantung diperbuat daripada manik. Pada pukul 5.15 petang kami sampai ke Simpang Mengayau.
Sebelum balik ke Felda Sahabat, kami singgah dan naik di atas Jambatan Tamparuli . Jambatan ini sangat popular di Sabah. Daripada pemerhatianku, memang orang-orang di Sabah ini suka dengan jambatan gantung. Mungkin kesenian mereka terbukti dan kemahiran mereka membina jambatan gantung. Jambatan ini menghubungkan antara penduduk menyeberang sungai melalui motosikal atau berjalan kaki.
Pada masa ini air sungai agak keruh kerana musim hujan. Ada beberapa kali aku melintas di jalan ini, terdapat beberapa keluarga mandi di sungai ini di kala airnya cetek dan jernih. Aku teringin sangat menaiki jambatan ini kerana aku pernah mengajar murid-muridku Bahasa melayu Tahun 3, sekitar tahun 1990-an ada petikan yang mengisahkan jambatan ini tetapi sekarang mungkin tidak lagi kerana silibus buku teks Bahasa Melayu telah diperbaharui.

Subscribe to:
Posts (Atom)