Thursday, January 10, 2013

Mengantuk

  Entah mengapa hari Khamis 10/1/2013 mataku begitu mengantuk.  Walaupun bergerak dan membuat kerja , mataku tetap mengantuk.  Bagaimana harus ku nyatakan dalam menjawab soalan GPK HEM sekolahku , aku memberi jawapan yang salah tentang kelas muridku.  Begitu juga dengan cap tarikh untuk dicopkan di borang RMT.
   Kemudian , semasa memandu dalam perjalanan balik , aku mengantuk.  Puas ku cuba menghilangkannya .  Sepanjang dalam perjalanan aku beristifar dan berdoa agar aku tidak mengantuk lagi dan kenangan peristiwa kemalangan 25 Oktober 2011 menggamit di fikiranku.
   Seterusnya, aku singgah ke pasar Sabak Bernam untuk membeli ikan dan sayur. Nasib baik,  aku tidak bertembung dengan kereta yang ingin keluar, aku pula hendak masuk .  Bersyukurlah aku kerana selamat dan akhirnya aku selamat sampai ke rumah.  Setibanya , aku di rumah apalagi terus tidur dan bangun pukul 3.30 petang  untuk menunaikan solat Zuhur kemudian ku sambung tidur semula akhirnya terus sembahyang Asar setelah mendengar laungan azan dari surau SBPI , Sabak Bernam di hadapan kuarters guru tempat tinggalku.
   Aku pun tidak pasti apakah penyakit mengantuk ini akan berkekalan.  Menagapa? mungkin kepenatan memandu atau kurang tidur.  Apa yang pastinya fikiranku berserabut sejak buka sekolah.  Aku berharap kemelut dan masalah yang ku hadapi dapat diselesaikan dengan cepat. Mungkin aku perlukan hijrah yang lebih baik dari dalam diriku sendiri.  Semoga aku menjumpai jawapan dan penyelesaikan yang bersarang di dalam mindaku....wassalam.

Wednesday, January 9, 2013

Seharian di SKSS setiap Rabu.

Seawal jam 5.00 pagi dah bangun. Siap-siap ke sekolah dengan memandu kereta sejauh 60.5 km pada jam  6.30 pagi dan sampai di sekolah pada pukul 7.15 pagi.  Aku terpaksa memandu dengan kelajuan 100-130 km/j ,tengok,-tengoklah kenderaan di jalan raya  dan jalan yang berlekak-lekuk serta  senget sebelah terutama selepas lampu isyarat di Sekinchan hingga batu 10 berhampiran dengan SK  Sungai Burung.
   Hari ini,  Rabu ada kegiatan kokurikulum.  Maka aku tidak balik ke rumah  sebaik habis waktu persekolahan pada pukul 12.50 tengah hari .  Waktu kokurikulum pukul 4.00 hingga  6 petang.  Maka tinggallah di Bilik Guru bersembang dengan kawan-kawan sambil menyiapkan kerja atau membuat ringkasan mengajar .  Oleh kerana bekalan elektrik terputus sejak pukul 9.30 pagi hingga pukul 7.00 petang, kami kepanasan.  Maka berehatlah di surau SKSS.
  Aktiviti kokurikulum minggu pertama ini hanya melantik AJK bagi organisasi sesuatu badan beruniform dan  kelab/persatuan .  Lebih kurang pukul 5.50 petang aku pun sadah mudah beransur pulang.  Aku singgah di Pasar raya Kasim di Sungai Besar untuk membeli barangan dapur.  Sebaik tiba di rumah pukul 7.15 malam bergegas aku memasak tomyam untuk makan malam dan mencelur mi.  Rasa letih juga seharian di sekolah.
   Kalau dikira , bermula dari 6.30 pagi hingga pukul 6.00 petang  bermakna 12jam 30 minit aku di sekolah.  Manakala perjalanan memakan masa 40-50 minit dengan kelajuan 100-130 km/j.  sekiranya aku memandu 100km dengan kadar yang tetap bermakna perjalanan ke sekolah mengambil masa selama 1 jam.  Beginilah nasibku bermula tahun 2012, bulan Mac tahun lepas.  Aku tak tahu sampai bila...? Semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik dan dapat berpindah balik ke Melaka...Rindunya aku kepada rakan-rakan lama dan rumahku yang umpama istana hinggap.

Tuesday, January 8, 2013

PAPAN KENYATAAN RMT

Buat kali pertama , aku dilantik sebagai setiausaha RMT pada tahun 2013.  Beralih angin ke SK Sungai Sireh aku umpama kiambang di air, akar tak jejak .
  Hari ini 9/1/2013 mula membuat papan kenyataan daripada kain dan berpelekat macam pelekat di kasut .  Aku mula memikirkannya kerana sukar bagiku memadamkan papan putih ' whiteboard' yang memerlukan pen marker dan pemadam.  Adalah lebih mudah menyediakan senarai nama guru bertugas dan tukar apabila perlu.  Semua senarai nama guru, menu yang perlu ditukar.
   Hari ini juga permulaanku membuat minit mesyuarat RMT kerana aku dilantik sebagai setiausaha.  Rumit juga tugas membuat papan kenyataan yang agak canggih sedikit ni...apa-apa pun sebenarnya tugas ini rumit pada awalnya tetapi mudah dilaksanakan tambahan pula menjimatkan masa untuk menulisnya.
  Bahan-bahan yang diperlukan kain Felt 33" , loop +hook, kertas warna dan gam Uhu, pisau pemotong, gunting dan papan pemotong 'cutting mat'.
 Masa yang dianggarkan siap selama 4 jam menaip, mencetak dan  menggunting .  Kerja ini masih lagi dalam proses menyiapkannya....bersambung.

Akhirnya , siap setelah dibantu oleh AJK RMT, 'dilaminatekan' dan dipasang 'Velco"  pelekat seperti di kasut.  Oleh kerana papan ini berlainan sedikit maka ditanya oleh nazir Tn Ismail ,"Siapa buat papan kenyataan ini?".  Sekurang-kurangnya papan ini berjaya menarik minat nazir untuk mengetahuinya.  

Saturday, January 5, 2013

keceriaan kelas 4 Jaya (1)

Tahun 2013 aku mengajar kelas 4 Jaya yang terdiri daripada 25 orang murid, 20 lelaki dan 5 perempuan.  Syukurlah , dapat tukar kelas yang sama tahun lepas tetapi berubah nama.
  Kalau dulu  cat dinding warna kuning dan langsir warna bendera yang ku jahit sendiri dan hasil bekas tangan ceria merdeka di SKDN sekolah lamaku tetapi tahun ini berubah  kepada warna hijau 'green tea' kerana nak sesuaikan langsir lama di rumahku.
  Aku bersyukur kerana suamiku dan anak sulungku sudi meluangkan masa mengecat dan membantuku memasang langsir.  Pada 5/1/2013 , bertolak dari rumah pukul 10.15 pagi kemudian mendapat panggilan telefon ambil kereta Proton FLX 1.6 WXS 6848 di Sungai Besar.  Jadi , terlewat sudah. Sampai di SKSS pukul 11.20 pagi , mulalah mengecat sehingga selesai pukul 6.20 petang.
  Banyak kerja yang dibuat.  Selain mengecat, suamiku memasang rail langsir yang ku beli di Sabah ketika menyewa rumah di Felda Sahabat.  Nasib baik boleh ngam ukurannya walaupun 'lari sedikit'.  Penatlah juga 7 jam di sekolah membuat kerja-kerja tersebut.  Nasib baik aku goreng bihun sebungkus, itulah menu kami bertiga seharian. Syukurlah dah berubah sedikit kelasku.

cat lama di dinding kelasku tahun 2012
                                                cat hijau 'green tea'



                                              makan bihun sahaja hari ni!


           mesin jahit ku bawa sekali supaya mudah menjahit skirting meja guru.

Friday, January 4, 2013

Minggu Kesilapan 2013

 Minggu pertama tahun 2013 banyaknya aku melakukan kesilapan.  Hari pertama mengutip yuran, silap bagi jadual waktu beri hari Isnin sedangkan permulaan sekolah hari Rabu.  Nasib baik tang kutip yuran tak silap...kalau tidak terpaksa mengganti..teringat kepada rakan sejawatku yang mula bertugas pada tahun 1985 .  Terpaksa mengganti RM200 lebih apabila kutipan yuran tidak 'balance' , aduhai kasihan!.  Begitulah nasib guru.
   Hari  kedua pula memberikan jadual waktu yang salah...tersilap set dalam minda walaupun pada firasat memang nak semak sebab rasa cuak dan bimbang melakukan kesilapan...ternyata benar.  Akibatnya orang lain jadi mangsa tetapi tak apalah tak melibatkan pergaduhan cuma semak semula jadual tersebut.  Tengah hari pula, ada seorang ibu sibuk bertanya bayaran yuran dan membeli buku tulis.  Kita ni sedang mengajar terasa diganggu, apalagi membebellah aku.  Ku suruh si polan ambil sendiri senarai bayaran yuran tersebut tetapi dia gagal.  Eh, benar-benar mengganggu ni! Terus aku ke pejabat bagi surat tersebut siap membebel kepada murid lain supaya menyimpan surat-surat penting seperti itu.
  Hari ketiga pula, asyik membersihkan 'whiteboard' yang kotor dan hitam berdaki tu, tergalit pula....silap lagi ..masuk ke kelas 4 Tekun, setelah setengah jam Ustazah Julaina dah menunggu.  Rupa-rupanya aku yang silap lagi melihat waktu dan membuat jadual waktu persendirian.  Ku bertanya kepada murid -murid tersebut mengapa tak beritahu cikgu, katanya takut....mungkin semalam aku dan memarahi mereka kerana kerja sekolah yang tak siap.  Banyaknya silap camna nak pencen 60 tahun sedangkan baru nak masuk 51 tahun banyaknya silap...Semoga Allah melindungiku daripada terus melakukan kesilapan.......
   

Wednesday, January 2, 2013

bagaimana boleh silap?

Entah bagaimana boleh silap? Mungkin dah berumur kot!.  Itulah  hari pertama persekolahan.  Semalam semasa mengutip yuran, ku berikan jadual waktu hari Isnin sedangkan sekolah mula hari Rabu 2 Januari 2013.
  Semalam dek kerana kepenatan mengutip yuran dan menyediakan persiapan anak serta menghantar anak ke asrama, malamnya aku membuat jadual waktu berkomputer.  Konon-kononnya nak terkini, zaman IT katakan.
  Memang pada mulanya, aku hendak fotostat sahaja jadual yang diberi oleh GPK 1 tetapi nampak macam orang malas sahaja.  Jadi ku ambil format sekolah lama ku lengkapkan jadual 4 Jaya kelasku.
  Memang selalunya firasatku benar tetapi kedegilanku dan kepenatan membuatku tak memperdulikannya.  Aku terus mengikut alunan hati mungkin kepenatan dan mata pun dah kuyu.  Selalunya singkatan jadual waktu bagi PS   - bermaksud Pendidikan Sivik dan SV Seni Visual .  Oleh kerana kekeliruan ini aku telah melakukan kesilapan - pertukaran nama guru yang mengajar dengan mata pelajaran.  Maka apabila tiba masanya, guru tersebut dipanggil beberapa kali oleh murid termasuk guru besar.  Aduhai , Kasihannya! Orang lain yang buat salah, orang lain yang terima padah.
  Itulah lain kali GPK mestilah peka dan buat jadual betul-betul agar guru lain tak tersilap mentafsirkannya.  Minta maaflah kepada guru tersebut....hehehe hari pertama dah lakukan kesilapan....anda guru pernah buat silap?....kalau pernah cepat-cepatlah minta maaf itu sahaja.....

Tuesday, January 1, 2013

Anak murid dan Anakku 1/1/2013

 Selamat tahun baru kepad semua pembaca blogku.  Semoga tahun baru memberi sinar baru buat kita semua.
  Seperti biasa rutinku, aku ke sekolah pada 1/1/2013 untuk mengutip yuran dan persediaan kelas.  Kelasku kosong sahaja, belum lagi dihias.  Dalam kepala bagaimana agaknya nak hias nkelas tahun ini.  Masih kelas yang sama tahun lepas tetapi berubah nama 4 Jaya. Kalau dahulu 4 Usaha kelas murid cerdik, kali ini ada murid pemulihan .  Lelaki ramai pula tu, 20 orang lelaki dan 5 perempuan.  Syukurlah, sedikit alhamdulillah.
  Setelah selesai mengutip duit sumbangan katakanlah ganti perkataan yuran . Sebenarnya sama sahaja. Kemudian balik ke Sabak Bernam, sibuk pula dengan anak sendiri, si bongsu yang mendapat straight 8A tetapi tidak ada keinginan memohon masuk asrama penuh atau MRSM.  Mungkin aku juga terlepas pandang dan kalau kedua-dua kakaknya dulu buat keputusan sendiri , mohon sendiri ikut haluan dan kemahuan.  Tetapi dia pelik sedikit , tak kisah.
  Geram campur marah pun ada. Apa tidaknya dari pagi hingga ke petang tak siap-siap lagi, kemudian singgah pula ke Pasaraya Sri Kasim Sungai Besar untuk membeli barang keperluan colgate, berus gigi, syampu, minyak wangi dan sebagainya.
  Seharian suntuk menguruskan sekolah- murid di Tanjung Karang dan petang pula di SMK Munshi Abdullah anak sendiri.  Berbalik kepada pekerjaan guru beginilah kalau tidak anak murid tentu anak sendiri.  Kepada semua murid dan pelajar selamat belajar dan kepada semua guru selamat bertugas pada tahun baru ini......Selamat Tahun  Baru 2013.....