Saturday, February 8, 2014

Uniknya majlis perkahwinan

Setiap orang meraikan majlis perkahwinannya dengan berlainan cara.  Seperti adat kelazimannya, majlis perkahwinan tidak akan meriah tanpa majlis persandingan.  terpulang kepada kita untuk menilainya.  Memang sukar mengikis adat temurun yang telah kita warisi.
   Majlis perkahwinan disambut berbeza antara negeri.  Kalau di sebelah utara seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, majlis seperti biasa, hanya pengantin lelaki berbaju Melayu dan pengantin perempuan berbaju kurung moden atau kurung biasa dihiasi dengan makeup yang sederhana.
Tetapi kalau di sebelah selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor , Perak , Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur majlis dibuat dengan meriah.  Selain acara persandingan, diserikan dengan persembahan silat, nyanyian atau karaoke.  Ada juga yang mengadakan sambutan meraikan atau mengiringi pengantin dengan kenderaan bermotor atau berkereta, maklum sekarang banyak sangat persatuan berkenderaan seperti kereta Grand Livina, Wira, atau motor berkuasa tinggi.  Majlis perkahwinan pun sekarang ada yang menelan belanja cecahan  puluhan ribu atau semakin besar periuk semakin besarlah keraknya. Ada yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel , di taman  atau tempat khas yang menelan belanja yang banyak.  Kita sebagai insan yang kurang berkemampuan, perlulah berbelanja dengan secara berhemat.  Adalah lebih baik  wang yang dibelanjakan itu digunakan untuk perkara yang lebih memerlukan dengan kata lain bersederhanalah dalam perbelanjaan.
 


   Gambar di bawah, majlis perkahwinan anak saudara penulis di  rumah pengantin lelaki di Titi Gajah, Kedah yang diadakan pada ! Feruari 2014.
                    Majlis disambut dengan kehadiran berkenderaan bermotosikal dari Kulim
             
                                              majlis diserikan dengan persembahan silat
                                                          kehadiran para jemputan
                                           Pelamin -majlis persandingan
                                                     Hidangan meja pengantin

Penulis bersama-sama dengan ahli keluarga .
                                         
  Rombongan sebelah pengantin perempuan dari Kuala Lumpur , menyewa bas Universiti Malaya seramai 40 orang hadir tepat masanya semasa majlis persandingan.  Kami menjadi tetamu menginap di Damia Homestay, Titi Gajah 1 kilometer  jaraknya dari rumah pengantin lelaki.

  Kalau dikira perbelanjaan sekarang ini memanglah besar berbanding zaman dahulu di mana sikap bergotong-royong diamalkan dan  saling membantu sebelum dan selepas kenduri-kendara.  Saudara-mara pula bertungkus lumus membantu memasak dan persiapan untuk majlis tersebut.  Oleh itu, kerja yang berat akan menjadi  ringan selain mengeratkan tali persaudaraan dan saling mengenal saudara-mara.

Ceramah ustaz Kazim

Pada 8/2/2014 , kami berpeluang mendengar ceramah Ustaz Mohd Kazim bin Elias sempena sambutan Maulidur Rasul di padang Taman Setia, Ramuan Cina Besar , Melaka. Ramai sungguh penonton dalam anggaran 2000 orang.  Antara acara sambutan Maulidur Rasul ialah perarakan dan ceramah Ustaz Mohd Kazim.
  Majlis itu ditaja oleh beberapa individu yang menyedaiakan makanan dan munuman percuma.
Peralatan serti khemah, kerusi dan kipas angin disediakan untuk mengelakkan daripada panas matahari.  Penulis, suami , anak sulung dan anak bongsu ikut serta mengikuti ceramah ustaz Mohd Kazim yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.10 tengah hari.  Kebolehan beliau membuat jenaka dan menyanyi semasa berceramah menarik minat para hadirin.  Beliau tidak menyindir atau memperlekehkan orang lain.
  Menariknya ceramah beliau ialah penggunaan lidah yang akan membuat kita menambah dosa kerana manusia suka mengata atau memfitnah.  Beliau seterusnya menggalakkan kita berbuat baik semasa di dunia dan beribadat serta tinggalkan amalan khurafat atau syirik kepada Allah.
     Penentangan penggunaan God untuk Allah memang ditentang sekeras-kerasnya kerana matlamat tersebut akan memusnahkan akidah umat Islam di Malaysia.  Golongan tersebut akan meminta adan mendesak supaya Agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan digugurkan.   Berbagai-bagai cara muslihat digunakan untuk mempengaruhi umat Islam.  Oleh itu , kita mestilah mempertahankan kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja.  Biarlah negara lain seperti Indonesia, \Mesir dan Arab membenarkan penggunaan kalimah Allah kerana sekiranya kita tidak menjaga pengunaan kalimah Allah bermakna kita tidak sayang kepada Allah, bahananya akan diterima oleh kita kelak.
      Kepetahan dan kebijaksanaan beliau berceramah tidak kami sedari kerana masa mencemburui, selama 2 jam 10 minit terasa amat pendek.  Syukurlah semoga kami dan para hadirin yang mendengar ceramahnya mendapat hidayah dan dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.....aamiin.

                                            penulis mengambil tempat di baeah khemah
 
 para penonton terdiri daripada
 penduduk kampung, murid dan pelajar sekolah, pelatih khidmat negara, guru-guru dan tetamu VIP
      Gerai Ustaz Mohd Kazim menjual buku-buku dan produk makanan seperti kismis dan air penawar
untuk menampung sekolah di bawah pimpinannya.
             Gerai-gerai jualan makanan dan peralatan yang lain seperti buku-buku dan CD ceramah agama
                                      Penceramah jemputan Ustaz Mohd Kazim bin Elias

Thursday, February 6, 2014

Keceriaan kelas, terbengkalai juga kerjaku!

Dalam hati nak hias kelas lagi, dah pasang langsir hari Isnin minggu lepas, nak tambah lagi.  Maklumlah kelas baru tahun 6 Bestari di SKMT  Masjid Tanah, Melaka.  Barang-barang lama dah ditinggalkan sedikit di SKSS .  Jadi tahun ini nak mulakan yang baharu dan semangat baharu.....tetapi banyak pula halangannya.
  Meja murid dah dibubuh  alas meja, muridku rajin membantu tetapi maklumlah kerja murid tak selaras dibuatnya.  Apa-apa pun aku terima hasil kerja mereka.  Aku nak tambah skirting pula, baru jahit lapan meja, jarum mesin jahit tepi dah patah.  Hari ini , selepas balik  dari sekolah pergi ke kedai, cari jarum tersebut yang bersaiz 11, tak teliti ingatkan ok , tetapi  tak ngam pula! Dalam hati hendak selesaikan kerja , malangnya  malam semalam , mesin jahit buat hal pula.  Akhirnya siap juga lapan meja. Susahnya nak cari saiz jarum jahit tepi ni, nak cari agen singer jugalah...
  Kain jersey ini kubeli pada tahun 2010 semasa mengajar di SKDN, lama dah simpan, dulu buat langsir kini jadi skirting pula. Ukuran sebuah meja murid ialah  70 cm x 50 cm.  Syukurlah cukup kain untuk membuat skirting yang lebarnya 15 cm.
   Syukurlah sempat pasang lapan meja sahaja.  Malam ni jahit skirting meja guru pula.  Semoga kerjaku akan selesai,  Selepas ini nak tumpu  pdp murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR dan murid Tahun 1 yang nak baru nak menguasai  kemahiran membaca  dan menulis.  Semoga Allah meringankan beban tugasku ...aamiin


 p dp

Wednesday, January 29, 2014

Majlis persaraan Pn hjh Fasehah

Setiap guru berbeza pendapat dan kehendak.  Semasa aku di SK Sungai Sireh, Selangor ada guru yang akan bersara tetapi tidak mahu guru di sekolahnya , meraikan persaraannya dengan mengadakan majlis khas.  Terpulanglah kepada individu tersebut, kalau aku hendak juga diraikan kerana itulah kali terakhir di sekolah.  Selepas itu semua murid dan sekolah , tidak akan menerima kita sebagai guru yang berdaftar atau pegawai pendidkan.  Kalau mantan guru pergi ke sekolah, hanya rakan sejawat sahaja yang sibuk bertanya khabar, hendak masuk ke kelas, bukannya murid kita, itulah hakikatnya.

  Walaupun baru seminggu aku bertugas di Sekolah Masjid Tanah, namum kulihat kesibukan guru-guru mengatur rancangan dan acara bagi menyerikan majlis tersebut.  Majlis persaraan Pn Hjh Fasehah diraikan secara meriah, mana tidaknya disambut di sekolah dan di Hotel Holiday Inn.
  Di sekolah, majlis bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah pukul 12.15 tengah hari.  Antara acaranya ialah  ucapan guru besar, ucapan Pengerusi PIBG, ucapan wakil pegawai PPD Alor Gajah, ucapan yang diraikan Pn hjh Fasehah, acara montaj video beliau, acara persembahan murid dan nazam oleh guru-guru, persembahan sajak dan acara penyampai hadiah.  Menariknya beliau disandingkan di atas pentas bersama suami. Pentas ini pun baru dibuat.

   Beliau berkhidmat di sekolah ini selama 27 tahun.  Begitu lamanya,  hampir usia emas perkhidmatannya di sini.  Kalaulah aku sekarang ini dah sekolah ke-9 sekolah , baru mengajar  ke-30 tahun perkhidmatan  dan di 4 buah negeri, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, dan Sabah.

  Beliau seorang yang begitu gigih dan berdedikasi mengajar tahun 1 , bagiku mengajar tahun 1 adalah asing bagiku kerana aku pernah mengajar tahun 1 selama sebulan sahaja pada tahun 1993, selepas itu aku mengikuti kursus Matematik KBSR selama setahun di Maktab Perguruan Perempuan Pulau Pinang ringkas Maktab 4P.

  Pada petangnya pula, menjajar aku mencari Hotel Holiday Inn, maklumlah aku bukan kaki makan atau kaki jalan.  Berdasarkan GPS , aku mengikut sahaja, bertolak dari rumah pukul 2.00 petang, sesat di Jalan Hang Jebat, di Jonker Walk,berpusing-pusing, kemudian di hadapan Mahkota Parade adalah 3 kali aku tawaf asyik terlepas simpang atau tersilap masuk  simpang.  Akhirnya , aku sampai jua tepat pukul 3 .00 petang.  Syukurlah,,,,walaupun aku rasa aku yang terlambat namun ada juga guru yang tiba lewat.
Majlis selesai pukul 5.00 petang.
Persediaan majlis -pengacara majlis

                             Pn Hjh Fasehan gur yang diraikan bersama dengan suami
 Penulis berbeza baju korporat dengan guru lain- maklumlah  baru bertukar dan berkhidmat  minggu ke-2 di sini
                     Persembahan nazam oleh guru-guru SKMT diketuai oleh Pn Hjh Salwa bt Hj Abu


                                        Sibuk-sibuk di dewan dan tetamu jemputan

Kepada cikgu Hjh Fasehah, selamat bersara dan menjalani kehidupan baru sebagai suri rumah tangga sepenuhnya........semoga berjumpa lagi.

Saturday, January 25, 2014

Jahit langsir untuk keceriaan kelas 6 Bestari

Ahad  lepas, 19/1/2014 sibuk mencari langsir, cari kain yang murah-murah  tetapi cepat pudar.  Mula-mula , ke kedai kain di Masjid Tanah, tak berkenan pula.  Maka ku ajak suamiku  ke Nagoya, Tampin.  Aku beli kain langsir yang agak gelap supaya tahan lama dan tidak cepat buruk, nak dipadankan dengan dinding warna pic.

  Kain kubeli 9 meter cukup untuk enam tingkap kelas yang berharga RM 45  berserta dengan renda RM20.  Setakat ini aku dah belanjakan kos beli cat RM60 ,makan muridku anggaran RM30 semasa mengecat dan menceriakan kelas.  Kubeli alas meja RM40 dan bunga RM25.  Kini , aku sibuk nak jahit langsir tersebut.

   Suami tiba malam tadi, 25/1/2014 menegurku , "Belum siap lagi langsir ni?.  Mana nak siap, sibuk dengan persediaan pemantauan PPD Alor Gajah, mesyuarat lagi dan lain-lain perkara yang menghalangku menjahit langsir.
  Malam tadi , sibuk bertukar arah pula.  Mula-mula dah siap jahit tepi, tetapi nak buat langsir melengkung pula. Maklumlah jemu, langsir lurus sahaja.  Maka bermula dari pukul 9.00 malam hingga pukul 2.00 pagi menggunting semula dan menjahit tepi.  kerja hanya selesai menjahit bahagian kepala langsir sahaja. Masalah juga apabila mesin jahitku buat hal, benang bawah berserabut . Jadi, berhenti di situ sahaja.

 Pagi-pagi ini,  sibuk pula memasang renda. Masih belum siap lagi.  Matlamatku mesti siap hari ini.  Lihat kesibukanku.  Semalam sibuk dengan melengkapkan jadual kedatangan dan butiran di belakangnya namun tak siap juga kerena masih ada 2 orang muridku yang tidak menghantar surat beranak.  Murid-murid sekarang susah sangat nak ingat pesanan guru, walaupun hanya 14 orang muridku  ini namun liat juga mereka ......Ontahlah, bak kata orang Negeri Sembilan.

                                                 Renda satin 20 meter berharga RM20
                                              kain langsir yang telah siap dijahit tepi-
                                        kain langsir yang dihias renda warna krim
                                       sibukku menjahit supaya siap  langsir hari ini juga.
mesin jahit tepi 

Semoga kerja-kerjaku beres hari ini, esok atau lusa boleh pasang langsir sempena nak menyambut Tahun Baru Cina...hehehe....bukanlah kebetulan pula Tahun Baru Cina. selepas ni nak beli dawai untuk gantung langisr pulalah.  Malangnya tak ada peruntukan dari sekolah.  Kalau sekolah SKDN , ada peruntukan, minta sahaja.  sekarang ini budjet sendiri-sendiri tapi tak apa , nanti bawa ke sekolah lain jika aku berpindah, dah tak larat nak menjahit.


Wednesday, January 15, 2014

Termasuk longkang pula!

Apa dah jadi dengan keretaku ini? Lihat dua mekanik seorang bapa dan seorang anak peempuan pula tu.


Hari ini lebih kurang pukul 4.30 petang semasa hendak mengambil anak bongsuku dari SMK Dato' Dol Said , sebelah kiri keretaku telah termasuk longkang.  Kejadian ini berlaku kerana semasa membelok ke kanan , tak perasaan termasuk longkang.  Maka keretaku tak tergantung sebelah.  hendak menaikkan tayar tersebut tidak boleh.

Nasib baik ramai pelanggan lelaki di kedai makan itu.  Ada seorang lelaki yang datang membantu.  Kemudian diikuti pula tuan pemilik kedai dan remaja lelaki membantu menaikkan semula kereta tersebut sementara lelaki itu membantu membetulkan stering dan meluruskan kereta. Syukur Alhamdulillah kerana keretaku tidak mengalami kerosakan yang teruk.

 Sebaik sahaja , aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu, dia menanyakan di mana aku tinggal, mungkin melihat nombor pendaftaran keretaku.  Aku katakan aku orang sini dan memberitahu nama suamiku yang juga bekas pentadbir  di SMK Dato Dol Said pada masa dulu.  Sebut sahaja nama suamiku mereka kenal dan tahu pula rumahku.  Aku sebenarnya tidak  memberitahu rumahku .  Sempat juga dia memberiahuku dah lama tak jumpa dengan suamiku dan ingin mengetahui di mana suamiku sekarang. Setelah selesai berbual, aku pun terus berlalu .  Malangnya aku tidak bertanyakan namanya utnuk ku ceritakan kepada suamiku kelak.

 Kemudian aku terus mengambil anakku.  Lebih kurang 1 km , semasa memandu , keretaku berbunyi, Aamak apa pula ni!. Bimbang akan kerosakan lain, aku terus ke bengkel.  Mula-mula ke bengkel tempat selalu tetapi mekanik tidak ada.  Kemudian ke bengkel Lim sebelah Kedai Rahim di Kelemak, mekaniknya pun tak ada juga.  Ditunjukkan aku mekanik  bengkel kereta di hujung pula.

 Nama bengkel kereta ini Extreme .  Lihat si mekanik Melayu ni , rajinnya anak perempuannya turut baring melihat bapanya semesntara anak lelaki pula membantu menaikkan badan kereta dengan jack.
Oleh kerana bumper dah termasuk sedikit, maka ditariknya keluar dan yang mengeluarkan bunyi ialah mudguardnya.  Maka dibubuh skru dan dibetulkan skru yang tercabut,  Di hadapan bumper tsebelah kiri tersebut telah tercalar kerana bergesel dengan tar.  Baiknya, si mekanik tak dicasnya aku bagi perkhidmatan yang diberi.

Aku pula bertanyakan berapakah kos mengecat bahagian yang tercalar.  Katanya kalau sedikit itu kosnya RM60 tetapi adalah lebih baik keseluruhan kerana catdi bahagian lain  pun dah tak cantik, kos keseluruhan RM250. Aku menyatakan berapa lama mengambil masa mengecat semula, katanya selama 2 jam.  Oleh kerana aku perlu menggunakan kereta , maka ku batalkan sahaja niatku.

Pengajaran daripada perisiwa ini ialah aku seharusnya tidak banyak memikir.  Aku perlu berhati-hati.  Memang selalunya aku pusing kereta di situ  . Menurut lelaki yang membantuku , dia menyaakan sudah banyak kali kereta termasuk ke dalam longkang itu.  Sepatutnya dibuat penghalang atau tembok batu supaya pemandu boleh mengelak tayar keretanya daripada termasuk longkang.

Apa-apa pun itulah ketentuan daripada-Nya, hanya Allah sahaja yang tahu.  Di sini juga aku bertemu dengan bekas muridku, dia  juga menegurku.  Aku masih ingat dia anak cikgu Ali , SKDN.

Tuesday, January 14, 2014

Nasib si burung

Hari ini 11/1/2014 , aku dapat tangkap seekor burung yang masuk ke dalam rumahku.  Memang aku benar-benar marah  dengan kau,  hai , si burung!
  Semenjak rumahku tidak berpenghuni, kawan-kawan kau singgah di hadapan dan di belakang grille atau kekisi atau jerejak di rumah.  Geram sangat aku dengan kawan-kawanmu.  Tempoh hari ada 4 hingga 5 ekor burung tiung yang bergaduh. Bukan main bising lagi.  Lama pula.  Hendak ku rakamkan, tak sempat pula.  Lari ke tempat lain pula.
   Kali ini, aku nekad nak tangkap kau.  Garangnya kau, patuk tanganku.  Ikut hatiku nak saja ku bunuh kau tetapi aku kasihan juga.  Akhirnya ku lepaskan kau.  Ingat, jangan masuk atau berak lagi di hadapan rumahku.  Kini , aku dah balik. Jangan berak lagi dan duduk bertenggek di grille lagi.
  Nah, terbanglah kau ke hutan!