Tuesday, August 16, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan SKMT 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan  SKMT disambut pada hari Isnin 15 Ogos 2016. Pada hari pelancaran atau perasmian, guru-guru diminta berpakaian dengan tema " Zaman Kesultanan Melayu Melaka. " Maka inilah hasilnya.
   Berbagai ragam dan kelainan  pakaian yang ditunjukkan oleh guru.  Semoga semua murid dapat menilai atau mengembalikan gambaran kehidupan dan budaya pakaian Zaman Kesultanan Melayu Melaka .  Majlis disempurnakan oleh guru besar.  Antara acara-acara yang diadakan sempena Bulan Kermerdekaan yang berlangsung dari 15/8/2016  hingga 23 /9/2016 ialah pertandingan melukis dan mewarna bagi murid tahap 1 dan 2. bersajak, bercerita , nyanyian lagu kemerdekaan, pakaian beragam, telematch sejarah , folio sejarah dan pertandingan kelas patriotik.


                                                                 Berbagai ragam dan telatah guru
                         Semua guru bersedia di tempat duduk mereka sebelum perhimpunan
                         Guru sedang bersedia melancarka gimik program  kemerdekaan
                             Gimik pelancaran ...belum sempat 50 pam , sudah dilepaskan
                              Gabungan kaum Punjabi dengan kaum Melayu beraksi.
  Dua orang guru dengan pakaian tradisi pengantin perempuan. Pakaian diperbuat daripada kain songket.  Kain songket dihasilkan dengan  tenunan tangan. Negeri Kelantan dan Terengganu terkenal dengan tenunan songket dan kain batik.
 Murid-murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang, Sehati dan Sejiwa, Tanggal 31 Ogos sambil mengibarkan bendera.
  
 Guru perempuan dengan aksi mereka. Mereka sanggup menyewa pakaian yang cantik seperti pengantin . Ada juga yang menempah bendera untuk dijadikan  sepasang pakaian .
                                 Hasil tani . buah rambutan kerana sekaang bukan musim padi.
                      Masing-masing menunjukkan aksi mereka dengan mengibarkan bendera
 Semua guru lelakibergambar/  Ada yang berpakaian pengantin , hulu balang , saudagar Arab, Punjabi, silat dan baju Melayu
 
Semua guru perempuan bergambar. Ada yang berpakaian pengantin, berbaju batik, ceongsam, punjabi dan berbaju yang diperbuat daripada bendera .
 Gambar pakaian pesawah atau petani dengan sebakul rambutan dan sebuah bakul sia
          Bakul sia hasil tinggalan kaum Baba Nyonya yang diamalkah oleh orang Melayu ketika           menghadiri sesuatu majlis.  Bakul sia itu diisikan dengan buah tangan seperti gula, kuih-muih dan sebagainya kepada tuan rumah.
        Diharapkan dengan adanya sambutan bulan kemerdekaan ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik terhadap negara kita. Sikap patriotik yang sayangkan negara serta memelihara kemerdekaan negara haruslah ditanam ke dalam jiwa generasi kita terutama kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.

Friday, August 5, 2016

VLE FROG

Salah satu antara pengajaran dan pembelajaran masa kini ialah penggunaan laman VLE FROG. Di sekolah lamaku, Sekolah Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor , aku telah pun menyiapkan beberapa laman atau site. Site tersebut telah pun lenyap. Walau pun sedikit info atau aktiviti yang ku tulis ianya amat bererti buatku. Hasil pena dan keringatku di sekolah itu selama 2 tahun, sejak dari tahun 2012-2013.
  Di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, tidak ramai guru. Aku pula telah membuat pengisian siteku. Ada beberapa tajuk yang ku kongsikan dan kuambil dari modul guru-guru Bahasa Melayu Selangor yang kami buat semasa perkongsian dan bakti sukarela semasa mengajar di Satun, Thailand pada tahun   2013.
  Penggunaan site amat dipantau oleh guru besarku.  Oleh sebab itu, untuk menggalakkan murid-muridku menggunakan VLE FROG, aku terpaksa membuat latihan dan pengisian site tersebut. Sepanjang tahun 2016, telah 3 kali aku memenangi guru yang mengakses penggunaan laman ini.  Kemenangan pada bulan Mac, Jun dan Julai menarik  minatku menambahkan lagi koleksi pengisisan pengajaran dan pembelajaran ini . Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan keizinan-Nya menulis lagi di site tersebut.  Laman webnya http://mba0001.1bestarinet.net, http://frogsia.com.

   

Tuesday, July 12, 2016

Tersilap pula (hari )

Hari pertama persekolahan pada 11/7/206 setelah bercuti selama 10 hari, tersilap pula melihat kalendar.  Rasa-rasanya dah betul. Bangun awal pagi lagi, menghantar wassap kelewatan ke sekolah kerana ada temu janji dengan doktor. seawal 5.40 pagi ku hantar wassap kepada guru besar dan pentadbir. Rupa-rupanya aku tersalah hari, bukan Isnin tetapi hari Rabu.
   Mungkin aku  tidak begitu teliti. Aku sebenarnya terlalu letih kerana maklumlah sambutan Hari Raya. Ramai tetamu di rumah, saudara-mara dan aktiviti kunjung mengunjungi rmah saudara-mara di Tangga Batu, Sungai Udang, Ayer Paabas dan rumah kakak iparku di Taman Berlian , Kluang.
   Nasib baik aku bersiap awal, kalau tidak tentu tak sempat ke sekolah. Akhirnya aku ke sekolah jua.
Salam Hari Lebaran Iedul Fitri....lama sudah tidak berbicara dan menulis di blog ini.

Tuesday, June 21, 2016

Kursus 13- 15 Jun 2016

Tetiba mendapat penggilan telefon.  Petang itu juga mesti mendaftar diri di Hotel Emperor.
Ingatkan sepetang sahaja, rupa-rupanya 3 hari dua malam.
  Dapat bilik 1507, tingkat 15. Petang berbuka puasa di hotel. Mencari hotel dan mencari jalan pulang juga menjajar kerana aku tidak bawa pakaian. Kursus pun tak diberi surat, hanya wassap. Nasib baik ada wassap, kalau tak melalui telefon sahaja. Mungkin kekangan masa dan perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin sebelum peperiksaan.
  Pagi tu, semasa hendak ke Hotel semula, aku sakit perut., tiga kali aku masuk bilik air, cirit-birit pula.  Sampai di Hotel, dan samasa kursus , rupa-rupanya aku aku sahaja yang cirit-birit, ada juga rakan-rakan yang lain  malahan mereka mengalaminya sehingga tengah hari.
  Selama tiga hari di sini, dapat pengalaman dan pengetahuan baru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.  Syukurlah aku masih boleh berkhidmat lagi.  Semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik.
 

Friday, May 6, 2016

Detik 29 April 2016

Pada 29 April hari bersejarah buat anak keduaku, konvo setelah setahun habis belajar.  Syukurlah beliau dilantik menjadi doktor sebelum konvo.
 Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi menuju ke Dewan Agong Cancelor  (DATC) UiTM Shah Alam.  Kami bersyukur dapat 4 tempat, dua untuk ibu bapa dan dua lagi atas tiket VIP.  Dengan  sticker VIP, setibanya kami di pintu masuk UiTM, kami di escort sampai parking betul-betul depan dewan pintu masuk.  Syukur alhamdulillah, mungkin berkat dapat besan dan berkat bawa emakku.
   Kalau dahulu ramai yang meraikan konvo si anak sulung.  Kali ini kami berempat sahaja tanpa kakakku dan anak sulungku. Oleh kerana , anak kedua dah berumahtangga dan sedang mengandung anak sulung 37 minggu, keutamaan dapat parking di atas dah rezeki dia agaknya.
  Aku pula tak sempat nak beli bunga, puas cari di belakang gerai, daripada dewan Canselor kami menuruni tangga ke gerai.  Syukurlah hari penghabisan sesi last konvo dapat bajet murah, sejambak bunga harganya RM50, dapat RM20.
  Ramainya orang, kami berasa sedih pula kereta kami jadi tempat letak bunga dan tempat bersandar.
Kemudian , kami lunch di Hotel Concode...duk makan bersama-sama besan sekeluarga dan kami sekeluarga....syukur Alhamdulillah, semoga kenangan ini kan kembali lagi buat anak yang ketiga pula,,,Ainun Syamirah.









Monday, May 2, 2016

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT /LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES 2016

Kini Membaca 1Malaysia pula dilancarkan.  Aku telah ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Melaka pada 21 April 2016. Hendak dapatkan parking bukannya susah. Pusing-pusing di sekolah Cina, kononnya ada parking, kemudian mencari di tempat lain, pusing lagi, akhirnya letak kereta di tepi jalan di sebelah atas perpustakam itu.
   Aku masuk ke dewan berjumpa pula rakan setugas . Tetapi tak dapat duduk setempat. Setelah mendengar taklimat , laporan pula diminta sebelum atau pada 5/5/2016. Aku pun wassap sahaja kepada pentadbir dan guru besar.  Aklu dipanggil untuk menjalankan program tersebut.
  Aku memberi pendapatku bahawa ba

caan serentak dibuat secara berasingan di dalam kelas.  Semua murid dan guru diminta membaca 10 minit pada 25/4/2016.  Aku meminta Ustazah Pn Siti Aminah bt Mustafar agar mengumumkan semua guru dan murid bersedia untuk membaca pada pukul 10.50 pagi. Tepat pukul 11.00 pagi , beliau membunyikan loceng mula dan akan membunyikan loceng tamat membaca pada pukul 11.10 pagi. Perkarayang penting ialah murid dan guru membaca serentak 1 Malaysia.
   Syukur, alhamdulillah, membaca 1 Malaysia dapat dijalankan.
taklimat pada 21 April 2016

Objektif program









Sunday, May 1, 2016

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan di SKMT pada 4 April 2016.  Pada 5 April pula dilaksanakan Kem Membaca  peringkat sekolah selama 10 minit.  Disarankan juga program lain seperti pertandingan mewarna, teka silang kata dan mencipta kenderaan bagi murid -murid Tahap pada pukul 2.30 - 4.30 petang semasa Pendidikan Seni Visual.
   Pertandingan mewarna dan teka silang kata dijalankan semasa kokurikulum manakala teka silang kata bagi tahap satu dijalankan dalam masa Pdp Bahasa Melayu manakala mewarna dijalankan dalam masa Pendidikan Seni visual.
   Antara aktiviti pelancaran membaca dijalankan ialah nyanyian membaca 1 Malaysia, gimik mencari peribahasa di dalam belon yang telah dipecahkan. Murid diminta menyebut peribahasa berdasarkan paparan gambar dan gambar tersebut dipaparkan pada skrin supaya semua murid boleh menyaksikan pdp berjalan.  Kemudia penyerahan buku kepada semua guru kelas sebagai simbol kepentingan membaca di kalangan guru dan murid.
  Semoga program ini memberikan impak yang baik kepada semua warga sekolah.
 
Perhimpunan perasmian pada 4/4/2015





                                                     Nyanyian beramai-ramai lagu membaca

                            Aku sendiri yang memberi arahan sebagai ketua Panitia Bahasa Melayu

                                               aktiviti membaca pada 5/4/2016







                                       Murid tahap 2 menyertai pertandingan mewarna
                                     Murid Tahun 2 menjawab menyelesaikan teka silang kata