Tuesday, August 29, 2017

sambutan ceria merdeka di sekolahku SKSP 2017

Pelancaran ceria merdeka di SKSP  amat menarik. Pelancaran Bulan Kemerdekaan selama sebulan bermula dari 16 Ogos sehingga 18 September 2017. Pelancaran telah dilaksanakan dengan jayanya. Meriah sungguh murid-murid mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.

 Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi dari Panitia Sejarah . Ucapan perasmian disempurnakan oleh En.  Abdul Latef bin Ahmad , guru besar SKPK  dan gimik pelancaran dilepaskan belon yang mewakili bendera Malaysia serta letupan memecahkan keheningan pagi itu. Ada juga persembahan silat yang menyerahkan kain rentang pelancaran bulan Kemerdekaan.
   Semua guru dikehendaki memakai baju warna bendera dan murid-murid membawa bendera Malaysia. Acara pertandingan menghias basikal disertai oleh 10 orang murid, Ada acara silat yang dipersembahkan dengan membawa banner kemerdekaan untuk dipamerkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti setempat.
    Kemudian ada acara laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali sebagai tanda mengingati peristiwa bersejarah mendapat kemerdekaan daripada pihak British. Terdapat pula kanak-kanak yang memakai pakaian bearbagai bangsa mengikut kaum di Malaysia.
    Ikutilah acara seterusnya...



                                            pertandingan penunggang basikal patriotik


                                                         kumpulan pembawa bendera




                                                        pakaian murid yang mewakili rakyat Malaysia
              bergambar bersamasama dengan guru yang berpakaian bendera atau warna bendera

kursus Pentaksiran e-komPeG 2017

Kursus ini menjadikan aku sebagai fasilitator di sekolah bagi subjek Bahasa Melayu.  Semua guru yang berkursus ini akan menjadi JU bagi sekolah masing-masing.  Aku tak tahu mengapa dipilih aku sedangkan aku akan bersara dalam masa 5 tahun lagi, sepatutnya berilah kepada guru-guru muda yang menjadi penyambung warisan pendidikan di negara kita.
   Tempat kursus amatlah jauh dari sekolah ku. Perjalanan memakan masa 1 jam kerana kesesakan jalan raya dan lampu isyarat yang terlalu banyak di negeri Melaka. MAkmal Komputer, Jabatan Pendidikan Melaka terletak di atas bukit di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru. Parking kereta di hadapan JPM manakala mesti menapak menaiki tangga yang rendah , sederhana dan tinggi menegak,
  Kursus ini terpaksa menggunakan internet, Oleh kerana line internet slow , rasa macam penat sahaja dan aku banyak ketinggalan. Pada hari kedua aku bawa komputer dan honor internet sendiri.
Kami diminta sign up sebagai student pada web schoology dan menjawab beberapa soalan berbentuk latihan dan kuiz. Hari kedua, kami berbengkel ikut kumpulan subjek dan sekolah rendah atau menengah.
   Aku bertembung lagi dengan seorang geng buat soalan pada tahun 2014 di Kuala Lumpur. Kami bersembang dan berbual mesra. Akhirnya nanti kami terpaksa buat in-house trainning. Kursus ini diadakan pada 21-22 Ogos 2017 pada 21 Ogos sekolahku bercuti kerana kami ada gotong -royong dan perkhemahan , aku pula pergi berkursus. Kebaikan menambah ilmu tetapi seharusmya berilah peluang kepada orang-orang muda.



                                                     gambar sebagai kenangan

Sambutan bulan kecergasan SKSP 2017

Sambutan bulan kecergasan telah diadakan di sekolah kami. Antara aktiviti yang menarik ialah perasmian dan majlis pelancarannya.  Aktiviti senamrobik diadakan pada waktu pagi dan larian 10,000 langkah melewati kawasan merentas desa .Selain berjalan secara perlahan-lahan mengikuti jalan kampung, diadakan hentian setiap stesen untuk memberi penerangan tentang kebaikan senaman, aktiviti-aktiviti senaman seperti lompat bintang, burpe dan lari setempat.
   Ada aktiviti ceramah dan pameran denggi yang diadakan di Pusat Sumber sekolah.
                                                   Ketua Panitia PJ sedang memberi taklimat

   Ucapan perasmian En Abdul Latef  bin Ahmad , guru besar SKPK memberi ucapan dan  perasmian.
                          berswafoto dua kumpulan 4 Arif dan 4 Azam
                                                             Latihan burpe
                            di jalan raya menuju ke garisan penamat ke  sekolah

Thursday, May 4, 2017

Keceriaan kelas ....Deko-deko kelasku 4 arif 2017

Setelah beransur-ansur sedikit demi sedikit, akhirnya siap juga dekorasi kelasku.  Ada bantuan daripada anak bongsuku dan anak muridku.
  Kebanyakan yang aku buat sendiri.  Gotong- royong hanya dibuat sedikit demi sedikit bersama-sama dengan anak muridku. Kutipan wang daripada muridku hanya berjumpah lebih kurang RM100, manakala perbelanjaan sebenar belum penamat kerana ada sahaja yang ku tambah.


                               Meja dipasang skirting hendak letak bunga di tengah-tengah , tidak cukup kos.
   Rak-rak buku dilabelkan supaya senang mencari peralatan sama ada buku matematik, Bahasa Melayu, Kamus Bahaa Melayu dan Kamus Bahasa Inggeris
Ruang santai , parking Lot dan ruang bacaan.
                                        Bunga telur dilekatkan simpulan bahasa dan  peribahasa.
                                                   Hiasan bunga di meja guru


         




Tuesday, April 25, 2017

Keceriaan kelas ----meja guru

Disebabkan aku tidak berkenan dengan meja kantin yang diletakkan di kelasku, maka aku berhajat untuk membeli meja baharu. Sudah banyak kedai perabot yang ku singgah dan buat banding beza harga.  Beberapa kedai perabot menawarkan harga yang tinggi sesuai dengan kualiti barangnya.
  Aku sudah mengira bajet dalam anggaran RM200.  Tidak mahu beli yang mahal-mahal. Aku sudah membelanjakan wang yang banyak. Minta sumbangan daripada murid-murid tidaklah seberapa.
Setelah puas banding beza harga, maka ku pilih meja guru yang comel berukuran 2  1/2 ' x  4 ' dengan harga RM190.
   Oleh kerana satu barang sahaja, maka meja itu dihantar pada hari Selasa 4/4/2017.  Aku beli hari Sabtu 1/4/2017. Setelah menelefon, aku minta terus dihantar ke kelas 4 Arif, tingkat 3. Aku meminta mereka memasang meja itu di kelasku memandangkan kelasku di tingkat teratas bangunan sekolahku  tingkat 4. Dua orang pekerja datang untuk menghantar meja tersebut pada jam 3.00 petang. Aku terpaksa menunggu sehingga jam 3.30 petang, barulah aku boleh meninggalkan sekolah , dalam erti kata balik.
    Meja kantin yang besar itu, ku minta dikeluarkan.  Bmbang juga kalau-kalau murid naik di atas meja dan terjun ke bawah....ah, padah nanti!.Aku wassap sahaja meminta pentadbir menyuruh pekerja mengangkat meja tersebut sehingga sekarang meja itu masih lagi di luar kelasku.
                                                        meja yang belum dipasang skirting
 
                                       Dihias dengan alas meja dan skirting  serta bunga hiasan
Bunga hiasan yang diberi oleh seorang ibu . Diupah menggubahnya, RM28.50

keceriaan ....koleksi bunga di kelasku

Tema flora dan fauna bagi pertandingan keceriaan kelas pada tahun 2017 , menyebabkan aku penuhi kelasku dengan bunga-bungaan dan membela ikan.  Pertama, bunga telur.  Sebagai hiasan dan bahan bacaan. Kuminta muridku lekatkan simpulan bahasa atau peribahasa.





    Bunga hiasan meja dan bunga hiasan diletakkan di atas kabinet...

 Bunga-bunga ini adalah hasil koleksi daripada hadiah-hadiah yang suamiku dapat serta bunga-bunga kutipan di atas mejaku.
 Bunga kuning  ini adalah lebihan daripada hiasan hantaran anak keduaku. daripada disimpan sahaja baiklah kuupah untuk digubah .  Terima kasih atas kesudian Cikgu Siti Aida mengubahnya.

                                Bunga kecilku letakkan di atas mejaku di bilik guru.
                                        Bunga ini diletakkan di atas meja di bilik kelas 4 Arif.




       Selain itu , bunga raya yang mudah dilukis dengan tangan dan dilaminate ...penuh dengan nilai-nilai murni...

          Begitulah cerita tentang bunga. Satu lagi , beli pasu plastik yang berharga RM2.50 dan  ditanam bunga hidup, bunga yang sebenar.

Pokok-pokok lidah jin dan lidah buaya ini diletakkan sebagai hiasan di tepi tiang di luar kelas 4 Arif.


Monday, April 3, 2017

keceriaan kelas ....menggunakan kabinet yang ada

Sepertimana yang ku janjikan, tetap kukotakan. Kabinet yang di belakang kelasku, telah dipakukan kerana terdapat murid yang menyorok di dalamnya. Tidak ku ketahui sejak bila, yang pastinya, hadirku ke sekolah itu memang sudah dipakukan.
   Bagiku amatlah berguna jika kabinet itu digunakan untuk meletakkan barang atau meyimpan buku-buku atau fail yang berselerak.  Puas sudah ku beritahu, hampir dua bulan akhirnya pada 31/3/2017 kayu yang dilekatkan ditanggalkan dan pintu almari yang dah tertanggal atau terkopak ditanggalkan semuanya, itu pun dengan kehadiranku.
  Asalnya kehadiran pekerja swasta itu untuk membetulkan kerusi dan meja yang telah rosak. Mereka meminta aku mengasingkan meja dan kerusi yang rosak, mereka akan membaikinya pada hari Sabtu 1/4/2017.
  Beruntunglah mereka kopakkan, dapatlah muridku membantu aku mengemaskan barangan yang ada. Barangan  ABM atau kad gambar KBSR dan kotak KBSR masih ada lagi tetapi dah rosak dan BBM itu tidak lagi digunakan.  Maklumlah sekarang KSSR. Seingat ku zaman KBSR tahun 2004 dan KSSR bermula pada tahun 2010.
  Setelah semua barang lama dibuang, aku meminta muridku mengelap semua habuk dan mengeluarkan stepple yang lama. Hari ini 3/4/2017 aku kemaskan bahagian atas lapik kabinet itu, yang lama dibuang. Kemudian aku mengukur panjang kabinet itu 7m 7 cm. dan terdapat 12 bahagian atau ruangan.  Setiap ruangan itu ada dua tingkat , bermakna aku terpaksa membuat 24 keping alas meja atau pelapik.  Aku duduk di kelas itu dari pukul 11.35 hinggalah pukul 2.15 petang. Murid-muridku turut  membantu mencari playar, pisau dan steple untuk mencabut dawai kokot yang melekat di sepanjang kabinet itu.
     Syukur alhamdulillah selesai juga kerjaku ....kini semua ruang kabinet boleh digunakan.  tinggal satu sahaja meja guru yang tidak aku perkenan.  Meja guru sebenarnya tidak ada. Yang ada hanyalah meja bilik sains yang dipinjamkan di kelas menjadi meja guru.  Aku sebenarnya sedang menanti meja guru yang ku beli dengan harga RM190.  Tauke kedai itu janji nak hantar meja tersebut pada hari Isnin atau Selasa minggu ini.  Semoga pada esok , Selasa 4/4/2017 meja itu sampai.















Siap juga skirting kabinet ni...habis sekayu kain yang dibeli untuk skirting 31 meja, dan kabinet yang berukuran 7 m 7 cm yang mengandungi 12 ruangan dan 24 para . Labuh 75 cm dan panjang setiap satu ruangan 74 cm jadi ada 10.5 keping kain supaya mudah untuk mengambil barang.