Kisah ini ku ceritakan mengenai roomate kami. Dia berusia 66 tahun. Dia tidak pernah berkahwin. Pemergiannya ke Mekah tanpa diiringi dengan waris. Kami kasihan kepadanya kerana ketidakupayaannya berjalan , mungkin kerana sudah tua dan pergerakannya terbatas kerana kaki kanannya pernah terpelecok masuk ke dalam lubang. Oleh kerana itu, dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kali pertama , kami kasihan kepadanya. Tetapi oleh kerana sikapnya yang kurang menjaga kebersihan dan ambil ringan tentang kebersihan diri serta pakaian, maka berbakul-bakullah nasihat kami kepadanya. Pertama, dia seolah-olah ada penyakit. Penyakit batuk dan selesema mengganggu kami. apabila batuk dan berkahak, dia akan berludah ke dalam plastik atau tisu . Malangnya tisu atau plastik itu dibuang merata-rata di tepi katil atau di bawah katil.
Pada sebelah malamnya kekerapan bunyi batuknya yang kuat mengganggu kami. Kami tidak boleh tidur. Beberapa kali kami nasihatkannya. Malahan aku ambil inisiatif membawanya ke klinik Tabung Haji di tingkat 8. Untuk ke tingkat 8, kami mesti turun ke tingkat 1, dan gunakan lif lain ke tingkat 8, drp tingkat 8, boleh terus ke tingkat 1 untuk ambil ubat.
Kali pertama ke klinik aku terpaksa memberitahu doktor tersebut. Menurut kakak ni, dia dipaksa oleh Tabung Haji pergi ke Mekah. Dia menyalahkan pihak TH, mengapa tak hantar dia ke Mekah semasa muda. Berbalik kpd rawatan tersebut, doktor TH merasa hairan bagaimana dia lulus pemeriksaan kesihatan ke Mekah. Dia berjalan pun tercungap-cungap, macam orang lelah dan sakit jantung. setelah dua hari kemudian , kami diminta datang lagi ke klinik TH. kali kedua, menurut doktor tersebut, mukanya nampak cerah dan sihat, tak seperti kali pertama. Dia tidak lagi berjalan terburu-buru menyebabkan kesesakan nafas seperti orang lelah atau asma.
Kemudian aku memberitahu doktor dan meminta doktor menasihatkannya agar sembahyang kerana kami dapati dia tidak mahu sembahyang dengan alasan sejadahnya hilang. Aku memintanya wang untukmembeli sejadah. Setiap hari, kami akan mengingatkannya agar sembahyang. Selesai satu kes.
Timbul kes kedua pula, setiap malam dia akan bercakap sendirian. Pada mulanya aku perasan sebab aku sebelah katilnya. Aku tidak hairan. Lama-kelamaan baharulah , roomate lain bersuara dan banyak bertanya. Kami pun banyak mengorek rahsianya mengapa dia jadi begitu. Pada aku mungkin stres kot. Dia selalu bercakap sendirian. Menurutnya, arwah ibunya tidak membenarkannnya berkahwin kerana siapa akan menanggung sara hidup. Apabila dia berhenti kerja , diadapat EFP atau wang Simpanan Pekerja sebanyak RM 23 ,000 kalau tak silap. Adik perempuannya pinjam duit daripadanya sebanyak RM11000 untuk membuat rumah. kemudian dia dah bayar sikit tapi pinjam lagi untuk majlis perkahwinan anaknya. Masalahnya adik perempuannya sudah meninggal dunia tetapi suaminya atau adik ipar tidak mahu membayar hutangnya. Tambah kasihan, anak buah pula meminjam wang untuk membeli kereta. Janjinya umur 50 tahun nanti , dia akan ganti atau bayar hutang tersebut. Kasihan, kakak ni...bertalu-talu saudara-mara berhutang kepadanya.
Mungkin perkara inilah yang menjadi bebanan kepadanya. Dia pernah bermimpi bahawa arwah adiknya menangis-nangis meminta tolong kepadanya. Mimpi ini berlaku semasa dia di Mekah.
Kasihan kakak ini, semua rukun haji dibuat dengan upah . Umpamanya tawaf dan sai umrah SR400, tawaf dan sai Haji SR 500 , itulah kalau boleh buatlah haji semasa kita kuat lagi. Semasa melontar di Jamrah pun upah juga sebab TH tidak sediakan kerusi roda untuk menolak orang yang kurang upaya. Mungkin dia tidak tahu, Tetapi kami lihat ada juga jemaah haji yang berkerusi roda ditolak oleh orang lain, mungkin budak upahan atau mereka yang berada di Mekah ambil upah, Kisah ini ceritakan bukan untuk memalukan atau mengaibkan tetapi untuk pengetahuan kepada sesiapa yang ingin mengerjakan haji.
Ketidakuapayaan atau sikap kurang menjaga kebersihan menjadi masalah kepada kami. Pernah suatu hari, apabila masuk ke bilik, kami terbau tahi. Busuk menyelibungi bilik kami, maklumlah bilik berhawa dingin. Kekadang kami terbau hancing. Kami segera menyiasat angkara siapa. Rupa-rupanya kakak ni terkincit dan tahi terkena kain. Kain itu pula tidak dibasuh , disorokkan di bawah katil, Maka kami memaksanya supaya basuh kain tersebut. Kakak ni juga tidak mahu bersembahyang berjemaah di tingkat 12 . Sembahyang berjemaah boleh di surau tingkat bawah dan ada juga berjemaah di setiap tingkat. Keengganannya menyebabkan kami terpaksa membuat aduan kepada sahabat maktab. Maka kami bertiga membuat aduan kepada sahabat maktab 75 di tingkat 1.
Setelah membuat aduan, akhirnya ustazah datang memberi ceramah kepada kakak ni, baiknya ustazah ni memberikan kakak seutas tasbih, cantik berkilat-kilat ....akhirnya masalah kami selesai.
Kami sering membantunya membawa kerusi lipat, sejadah dan tolong membelikan barang-barang yang diperlukan. Bagusnya kakak ni tak kedekut tetapi agak degil juga.
Pengajaran daripada cerita di atas, kita sebagai roomate atau jemaah haji mestilah saling membantu dan anggaplah jemaah yang lebih tua sebagai kakak yang harus kita hormati dan saling tegur menegur dengan berhemah agar dia tidak berkecil hati. Banyak perkara yang perlu dibantu terutama yang melibatkan pergerakannya yang terhad seperti membantu membelikan barang-barang keperluan harian seperti sabun, biskut, kuih, tuala, tisu dan ubat-ubatan.
Kekadang nak tergelak pun ada. Dia meminta aku membelikan batu pooh, ubat selesema yang dihidu dan membeli koyok. Untuk membeli koyok, aku terpaksa meminta seorang daripada jemaah haji yang lain , menerangkan bagaimana nak beritahu koyok. Beliau menerangkan dengan cara yang mudah iaitu pap kat belakang , pap kat tangan, baharulah peniaga atau pekerdai itu faham....perihal koyok punya cerita.
Sunday, January 13, 2019
Sunday, December 16, 2018
catatan di Mekah (1)
Setibanya kami di Mekah, kami ,menginap di Abraj Janadriyah , hotel yang terletak kira-kira 850 meter dari Kaabah. Roomate kami pun dah bertambah 8 orang. Kak Feah (Rufeah bt Mohd Rawee), Kak Katy( Katizah bt Awang Ngah), kak Siah bt Kechut, Kalsom bt Sidek,, Norejah bt Abdul Karim Hamimi dan Suriah bt Mohd Nor . kami menginap di bilik 1233 , tingkat 12.
Bilik ini besar malangnya tiada telefon antara bilik. Kebaikannya ialah kami dapat membasuh dan menjemur pakaian di tingkat 15. Selesai masalah menyidai pakaian. Pakaian pun cepat kering di tingkat atas , tempat menyidai pakaian. Ramai jemaah haji yang terdahulu yang mewakafkan tali penyidai pakaian, sepit dan penyangkut pakaian (hanger). Kami beruntung kerana dapat meminjam baldi dari pekerja hotel yang handsome dan baik hati, bernama Amin.
Dalam 8 orang kami sebilik ini adalah perlu bekerajasama dan saling bertolak ansur. Oleh kerana, hendak menjaga aurat, kerana suami masing-masing selalu berinteraksi dan meminta si isteri membasuh pakaian atau keperluan salin seperti menghantar makanan atau bersarapan mahupun minum petang bersama, maka kami mengambil inisiatif memasang langsir tingkap di hadapan pintu masuk. Kami bernasib baik kerana langsir yang diambil tidak bertentangan dengan lalu lalang jemaah haji. Langsir tingkap yang diambil adalah daripada langsir tingkap berdekatan dengan katilku yang menghadap jam besar di Masjid Mekah Mukarramah.
Dalam memelihara aurat di dalam bilik, kami telah menetapkan peraturan agar si suami menyenaraikan apa-apa keperluan atau ketukan pintu serta memanggil nama si isteri. Kami harapkan agar si suami tidak kerap kali mengetuk pintu dan akulah yang telah menulis petaturan di hadapan pintu agar masing-masing ingat dan memberikan kerjasama . Dengan berbuat demikian, maka selelsailah masalah kami.
Penggunaan tandas juga perlu diambil berat. Aku ini perlu memakai selipar di dalam bilik, maka kubeli selipar jepun yang berharga SR5. Selipar plastik pula ku letakkan di dalam tandas kerana alahan simen dan ku dapati agak janggal hendak memijak lantai di bilik air. Aku juga khuatiri penggunaan tandas yang tidak bersih.
.... catatan bersambung

Sunday, November 11, 2018
Catatan 1 di Madinah 2018
Semasa menginap di hotel Rowadha Al Aqiq , makanan bermenukan nasi Arab setiap kali makan tengah hari dan makan malam menjemukan. Nasib baik , antara kami ada yang membawa bekalan seperti maggie , sambal dan serunding. Setiap kali makan, kami akan berjemaah dan berkongsi makanan. Peristiwa ini amat manis bagi kami. Selama 7 hari , kami saling mengenali serba sedikit latar belakang dan sikap antara kami.
Ada yang rajin membasuh pakaian setiap hari sampai dua tiga kali sehari. Ada yang suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan ada yang kurang sihat, banyak berehat sambil berbual atau bersembang hal keluarga masing-masing. Bersyukurlah kami tidak menghadapi masalah di sepanjang masa selama 7 hari walaupun ada sedikit perselisihan pendapat.
Ramai orang kata , jika di bumi Madinah atau Mekah jangan kita berkata yang tidak elok. Aku kan suka berterus terang. Memang lauk dan menunya yang setiap kali nasi arab, lauk ayam atau ikan selang tiga hari dan sesekali sotomg. Menu ini agak menjemukan, sebab itu ramai yang makan maggie. Kami pernah terserempak seorang daripada jemaah kami membawa magie satu beg besar yang bersaiz muatan 18 kg . Bayangkan setiap hari makan magie, menurutnya mereka (suami isteri ) , suaminya tidak lalu makan nasi, dia makan maggie. Mulutku tiada insurans, maka aku beritahu tak elok makan maggie setiap hari. Harga secawan maggie di sini SR 5 dan roti yang bersaiz seperti roti RM1.20 berharga SR 2.
Semasa di Madinah, kami dibawa melawat Raudhah, makam Nabi Muhammad s.a.w dan perkuburan Baqi. Kami dibawa melawat kebun kurma dan membeli belah di sana. Kemudian, kami dibawa ke Bukit Uhud dan makam gugurnya para syuhada semasa perang Uhud. Di sini ada menjual banyak barangan seperti jubah, herba, dan peralatan seperti payung, Oleh kerana cuaca panas , aku membeli sekaki payung dan sebuah topi.
Kami juga dibawa menziarahi Masjid dua kiblat . Kami sembahyang sunat di masjid , Terdapat jualan juga di sini. Ramai pelancong yang dibawa menziarahi masjid ini.
Tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan selain sembahyang setiap waktu di Masjid Nabawi. Ingin juga kubawa kawan-kawan menzirahi Muzium AlMaul Husna / muzium nama-nama Allah, Muzium yang berhampiran tetapi semuanya ditutup, mungkin dalam penyeleranggaraan. Selain itu ada juga masjid sahabat nabi s.a.w seperti masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Omar dan masjid saidina Ali yang dalam kepungan, hendak diruntuhkan untuk membina bangunan baru. Semua pengalaman ini aku dapati daripada ziarah umrah Sahedah Travel pada Disember 2017.
Sebenarnya kalau hendak membeli jubah , sejadah, kopiah atau cenderamata belilah di Madinah. harga barang-barang lebih murah dan banyak pilihan di bazar-bazar dan gedung pakaian yang berdekatan dengan hotel. Aktivit membeli -belah dinasihatkan membeli dengan kawan-kawan, jadi kita dapat tawar dengan lebih murah. Kalau membeli -belah janganlah tawartetapi tidak mahu beli.
Mereka akan mengatakan kita kedekut. Masih terbayang di benakku, apabila mereka menyatakan orang Malaysia bagus, Indonesia tak bagus. Aku malas nak layan . Mereka masih menganggap bekas perdana menteri kita Dato' Sei Najib perdana menteri Malaysia, rasa nak gelak pun ada.
Ada peniaga, yang menawarkan rasalah jualan seperti kurma, kacang, kismis, zaitun, kacang cerdik dan sebagainya. Katanya sebiji halal , kali kedua haram. Ada yang buat tak layan jika datang ke gerai mereka. Nasiblah, kita pun pilih gerai yang mesra pelanggan.
Di Madinah kurang peniaga yang menjual makanan seperti selera orang Malaysia. Suamiku selalu dapat beli nasi lemak atau bihun daripada peniaga Indonesia tetapi jualannya terhad, kalau lambat dah habis. Kami memang tidak diberi sarapan pagi, jadi sarapan pagi pandai-pandailah urus sendiri.
Seronok juga tinggal di Madinah terutama merebut peluang pergi ke raudhah . Aku hanya sempat 3 kali memasuki raudhah di sepanjang 7 hari di sini. .
....bersambung perjalanan ke Mekah

Saturday, November 10, 2018
Tragedi di Madinah 2018
Kami bertolak ke Madinah dahulu selama 7 hari dan 39 hari di Mekah. Perjalanan bermula pada 30 Julai , 8.00 malam. Kami menetap di Rowadha Al Aqiq hotel lebih kurang 450 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Penerbangan kami KY 17B dan maktab 75.
Kami berenam dalam satu bilik 505, bermakna tingkat 5 . Kami diberi dua kunci bilik. Jadi, kami berpecah dalam2 kumpulan. Masing-masing bilik lelaki dan bilik perempuan sebelah menyebelah mengikut pasangan suami isteri.
Semua roomate kami orang Melaka. Rata-rata berumur 50-an dan 60-an dan seorang 70-an.. Selalunya kami ke masjid dalam kumpulan setiap waktu kerana dekat. Banyak trajedi yang berlaku dalam bilik ini.
Pertama, hidup umpama adik beradik kita mestilah bertolak ansur dan saling menjaga kebersihan bilik. Pada mulanya, bilik kami terlalu sejuk penghawa dinginnya. Sudah beberapa kali kami memberitahu pihak pengurusan supaya membaiki atau dapat kami mengurangkan kesejukan suhu di bilik kami. Namun dah 2 hari , kami tak berjaya menemu juru teknik. Hampanya harapan kami untuk membantu Kak Feah. Dia terpaksa berkerusi roda kerana kekajang urat di kaki.
Beberapa kejadian yang tak terduga menimpa kami. Salah seorang kakak ini tidak tahan sejuk, maka kakinya seakan-akan kejang. Menangis kekejangan , sukar hendak berjalan.. Akhirnya suaminya, membeli kerusi roda untuk memudahkannya bergerak dan sembahyang di masjid.
Aku dengan ringan mulut memberitahu salah seorang sahabat tabung haji. Nasib kami baik, setelah diberitahu cara mengawal penghawa dingin itu, aku berjaya mengawal suhu bilik, selesai satu masalah..
Kemudian, timbul masalah lain pula. Ada antara kami yang tidak tahu menggunakan tandas duduk atau tidak sempat hendak membuang air besar. Atau ada kemungkinan membuang air besar dalam mangkuk tandas tetapi cebok di bawah atau di atas lantai, maka ada sisa najis. Memandangkan hal ini, aku dengan sukarela meletakkan selipar di dalam bilik air untuk mengelakkan terkena sisa najis atau air najis tersebut. Tambahan pula, aku dah biasa pakai selipar di dalam bilik air.
Tragedi yang tidak dapat kulupakan ialah apabila salah seorang daripada roomate kami terkunci di dalam bilik air. Nasib baik kami bertiga ada dalam bilik. Kalau tidak aku tak tahu apa akan terjadi kepada kawan kami tu., Lama juga terkunci, sehingga mangsa hampir sesak nafas. Memang tindakan pertama, aku memanggil pihak pengurusan hotel, Nasib baik ada telefon di dalam bilik hotel ini.. Memudahkan aku menghubungi pihak hotel dan suami agar membantu. Akhirnya juru teknik datang Apabila aku memberitahu "urgent and we need help." dengan segera juru teknik datang . Dia cuba memberitahu aku dan meminta mangsa melakukan seperti yang diberitahu. Namun gagal. Aku beria-ia menerangkan tindakan kami. Namun Pak Arab ini memang degil kot, aku juga dimaarahinya. Setelah usahanya tidak berjaya, dia mengumpil tombol pintu dan memasang semula. Dua kali dia turun naik bawa peralatan seperti pemutar kru, sepanar dan sebagainya. Sejak hari itu, kami tidak mengunci bilik air apabila menggunakannya.
Kami tutup atau rapat sahaja.
Seperkara lagi, kami berharap setiap suami apabila memanggil isteri , jangan terlalu kerap, mengganggu ketenteraman kami yang berada di dalam bilik. Terlalu kerap , kalau sekali dua, dalam sehari ok juga. Begitu juga , penggunaan bilik air, biarlan memberi laluan kapada rakan yang lain hendak membasuh pakaian dan menggantung pakaian.
Banyak pengajran yang perlu kita pelajari daripada kehidupan 7 hari di Madinah. Tragedi terkunci di bilik air menguji sikap setia kawan, menguji kesabaran, tolah ansur dan saling bekerjasama untuk mendapat haji mabrur dan umrah yang mabrurah.
........bersambung pengalaman di Mekah 2018

Sunday, October 28, 2018
Majlis persaraan PO , Pn Rokiah Awang
Majlis bermula lebih kurang pukul 12.00 tengah hari dengan dimulai dengan ucapan Guru Besar dan Pn Rokiah bt Awang , pembantu operasi N11 yang berkhidmat selama hampir 4 tahun setengah di SKBR. Majlis persaraan dibuat dengan tujuan menjimatakn masa, tenaga dan perbelanjaan. Tambahan pula , majlis persaraannya pada 25 Mei 2018. Oleh kerana Pn Rokiah masih mempunyai banyak cuti, maka dihabiskan cutinya. Tarikh keramatnya persaraannya dibuat serentak dengan Hari Guru.
Pn Rokiah merupakan po yang rajin dan jujur. Semua kerja dilakukan dengan baik. Aku baru kenal 2 bulan sahaja, namun kemesraan seperti sudah lama terjalin. Kami senang mesra kerana kak Kiah merupakan seorang pekerja yang mudah didekati serta melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
Majlis diserikan dengan bacaan biodata dan tayangan media sepanjang kak Kiah berkhidmat di sekolah ini, Video tersebut adalah ucapan akhir daripada guru besar, barisan pentadbir dan warga sekolah. Acara kemuncak bamenghargai jasa dan perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah adalah penyampaian hadiah kepada Pn Rokiah dan majlis sent off, mengetik kad kehadiran di mesin perakam waktu dan lambaian kasih dengan aktiviti bersalam-salaman dengan murid tahap 2. Oleh kerana kesuntukan masa, murid sepatutnya pulang maka majlis lambaian kasih dilakukan dahulu dan majlis jamuan makan bagi tetamu yang diraikan Pn Rokiah bt Awang.....Selamat tinggal dan selamat bersara pada usia 58 tahun.

Tercapai Impian 2018
Banyak kenangan manis buat keluarga ku pada tahun ini. Di sepanjang tahun ini, perkara yang tak diduga dan apa yang ku harapkan telah tertunai. Pertama, aku dapat mengerjakan haji setelah menunaikan umrah pada Disember 2017.
Syukur Alhamdulillah, niat dan impian dah terlaksana. Aku memang bersungguh-sungguh berdoa di Raudhah dan di hadapan Kaabah semasa menunaikan umrah. Sekembalinya aku ke tanah air dari Mekah 2017, 18/12/2017 aku membuat surat rayuan Haji bersama-sama dengan suamiku bagi tahun 2018M/1439 H di Tabung Haji Alor Gajah.
Bulan April, suamiku mendapat panggilan telefon daripada TH Masjid Tanah. Malangnya dia hanya seorang yang mendapat tawaran mengerjakan haji, Bagaimana pula dengan aku? Suamiku hendak menolak kerana dia dapat pergi seorang. Tetapi aku memintanya menerima dahulu dan beri jawapan pada malam itu juga di UTC. Tak apalah aku mungkin pergi sendiri nanti, kalau ada rezeki.
Mengapa suamiku dapat tawaran seorang, jawapannya ialah kerana suamiku daftar haji bulan April 2008 , aku pula bulan 8 pada tahun yang sama.
Sebenarnya aku telah membuat persiapan ssejak tahun 2014, sekiranya aku tidak berkesempatan menunaikan haji, aku ada membuat caruman PELAN SIMPANAN MABRUR di mana banyak kemudahan yang boleh kudapati sekiranya apa-apa terjadi kepadaku. Pelan ini akan membuat badal haji kepada pencarum.
Aku juga meminta supaya suamiku memohon rayuan buatku sekali lagi. Pihak TH tidak memberikan jawapan yang pasti. Selama tempoh itu , perkara ini mengganggu fikiranku. Mana tidaknya , aku teringat dahulu , Tuan Hj Dzulkifli bin Mahmood, mantan guru besarku ada mengemukakan soalan, cikgu Kalsom tak mahu mengerjakan haji. Terpaku aku. Terlontar jawapan daripada aku, cikgu tengok muka saya ini, adakah saya tidak mahu. Beliau tidak tahu, gaji bersihku setiap bulan RM200 sahaja. Itu belum kira perbelanjaan harian, nasib baik rumahku dengan sekolah dekat sahaja, setiap hari berjalan kaki, SK Paya Keladi , selasma 8 tahun aku di sini.
Kemudian teringat aku, ketika mengajar karangan yang bertajuk "Sekiranya Aku Jadi Jutawan. Aku marahkan muridku, Impian dan cita-citanya kecil sahaja. Mereka hanya hendak membeli basikal dan rumah sahaja. Maka aku pun memberikan jawapan seperti membawa ibu mengerjakan haji di Mekah. Maka secara spontan seorang muridku , Mohd Syafid bin Hussin mengemukakan soalan, " Cikgu dah pergi Haji?" Seingatku peristiwa itu sekitar pada tahun 2010Tekejut aku, berani sungguh dia mengemuka soalan itu.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat tawaran mengerjakan haji pada 30/7/2018 - 13/9/2018 setelah mendapat penggilan telefon memintaku datang ke TH Alor Gajah. Tawaran haji di Alor Gajah dan jawapan di TH Masjid Tanah. Maka aku pun sibuk menguruskan sendiri mengambil gambar untuk passport dan buku kesihatan. Segala urusanku dipermudahkan ....aamiin
bersambung pangalaman mengerjakan haji...
Contoh surat rayuan haji
contoh surat pengesahan penerimaan tawaran Haji

Saturday, October 27, 2018
Hari Guru 2018 - SKBR
Tarikh keramat 16 Mei 2018, Sambutan Hari Guru di SKBR. Menjadi lebih bersejarah kerana sambutan tersebut dua dalam satu. Sambutan hari guru dan majlis persaraan po pembantu operasi Pn Rokiah bt Awang.
Sambutan Hari Guru 2018 disambut berbeza kerana agihan masa. Pada mulanya semua guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan. Kemudian semua guru beratur dalam dua barisan diarak menngambil tempat. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah sempena sambutan bulan Ramadhan, yang disambut pada 17 Mei 2018.
Kemudian nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perutusan ketua Menteri Melaka, ucapan guru besar .Acara sambutan hari guru terbahagi kepada 3 acara, guru lelaki memasak, guru perempuan menyertai pertandingan nasyid dan anyaman ketupat. Masa begitu cepat berlalu, pukul 10.30 kehadiran Pn Rokiah sedangkan majlis hari guru belum habis kerana acara pertukaran hadiah, cabutan nombor bertuah dan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut.
Walaupun majlis berselang seli , akhirnya majlis selesai pada jam 1.30 petang.

Subscribe to:
Posts (Atom)