Saturday, March 24, 2012

Lawatan ke Loji Penapisan Air Sungai Sireh

   Pada  22 Mac 2012, seramai 120 orang murid Tahun 4-6 SK Sungai Sireh berpeluang melawat ke Loji Pembersihan Air Sungai Sireh sempena Hari Air Sedunia.
   Semua murid berkumpul di kantin sekolah.  Sebanyak 2 kali pengangkutan dengan menaiki trem.  Aku pula tak melepaskan peluang kerana kebetulan aku mengajar kedua-dua  kelas Tahun 4.
  Banyak manfaatnya, selain dapat makan angin melihat keindahan sawah padi dan keadaan rumah kampung , dapat juga pengetahuan dan pengalaman.
  Selain mendengar taklimat dan ceramah tentang air , kami diberi juga diberi cendera mata. Masa lawatan antara pukul 10.30 pagi hingga 12.20 tengah hari.
Walaupun masa yang agak singkat namun aku berpuas hati dapat naik trem , itu yang penting dan bermakna.














Wednesday, March 14, 2012

semalam 2hari di PPUM- Pusat Perubatan Universiti Malaya

   Hari Isnin, 12 Mac, ibuku dimasukkan ke hospital PPUM untuk pembedahan mata sebelah kiri.  Kalau dulu bulan September, 2011 pembedahan mata sebelah kanan kerana ada ketarak pada kedua-dua matanya.
   Kami tak tahu beliau tak nampak.  Hanya dapat diketahui apabila  air yang dituangkan ke dalam cawan tumpah.  Walaubagaimanapun kami bersyukur pembedahan mata sebelah kanan membolehkannya nampak.  Kos pembelian kanta mata di hospital ini berharga RM800 dan kos ubat-ubatan 300, sementara kemudahan wad adalah biaya kerajaan kerana kita kaki tangan kerajaan.
   Nak jadi cerita bermula pukul 12 tengah malam, sekiranya kita hendak menjalani pembedahan , tidak boleh makan sehingga keesokan harinya.  Tetapi ibuku berlainan pula, dah tuang air teh ke dalam cawan dan baru hendak membuka plastik yang berisi roti ditegur oleh seorang pekerja.  Nasib baiklah, kalau tidak pembedahan mata akan tertangguh.
  Aku sempat bermalam di kerusi malas menunggu ibuku.  Pagi-pagi lagi , dia telah dibawa ke dewan bedah pukul 7.45 pagi, kemudian aku menunggu hingga pukul 12.35  tengah hari baru selesai dan dihantar ke wad semula.  Aku bimbang juga kenapa lama sangat sedangkan pembedahan itu memakan masa 1jam sahaja.  Menurut juru rawat, 13 Mac tu ramai yang membuat pembedahan mata.
   Semasa di hospital itu, aku sempat berkenalan dengan seseorang yang memanggil dirinya kakak.  Kasihan, dia menghidap diabetes, sebelah kaki kirinyanya telah dipotong manakala jari kelingking sebelah kanan dah 'gangren' .
Suaminya pula sentiasa di sisinya.  Beruntunglah si isteri jika si suami setia seperti itu.




  Semoga pembedhan ini membolehkan ibuku melihat dengan jelas.  Amin ya rabbal alamin...

Tuesday, March 13, 2012

Majlis Perkahwinan -eratkan persaudaraan

     Ahad 11 Mac 2012 - Aku sempat menghadiri majlis perkahwinan anak  sepupu sebelah  ibuku.  Anaknya lelaki, anak ketiga pula tu, kalau mengikut orang tua-tua melangkah bendul 2 orang abangnya.
   Zaman sekarang kita tidak boleh jangka dan menunggu , terutama masing-masing pula mempunyai kehendak dan perasaan.  Kepada ibu bapa sekiranya anak-anak ingin mendirikan rumah tangga , biarlah mereka pilih dan menentukan pilihan sendiri.  Biar mereka tahu betapa beratnya menggalas tanggungjawab apabila berumahtangga.
   Apa-apa pun, kami mengucapkan "Selamat Pengantin Baru , sabar, cekal dalam mengharungi liku-likuhidup  berumahtangga dan semoga berkekalan".  Dengan adanya majlis ini dapatlah kita berjumpa dan mengeratkan hubungan persaudaraan.





   Sayangnya kesempatan ini sekejap sahaja kerana aku tinggal di Sabak Bernam dan majlis ini di Bukit Rambai , Melaka.

Wednesday, February 29, 2012

Menumbuk

  Selepas pergi ke Kuala Penyu, kami meneruskan perjalanan ke Menumbuk.  Bukannya apa saja-saja nak berjalan, hasrat hati hendak pergi ke Labuan, namun hajat tak kesampaian kerana kami tak merancang terlebih dahulu.
  Pada kesempatan ini, aku dapat melihat keindahan alam semula jadi dan mendapat pengetahuan melalui pemerhatian sahaja.  Sepanjang jalan menuju ke Menumbuk, ku dapati rumah kediaman agak jarang-jarang menunjukkan penduduknya tidak padat atau kurang.
  Punca pendapatan masih lagi pertanian kerana ku lihat pondok-pondok di tepi jalan hanya ada jagung, nanas, kelapa dan sagu. Pendapatan penduduk hanya kepada hasil tangkapan ikan dan berniaga kecil-kecilan.  Ada mini shell atau kedai kecil menjual minyak petrol dalam botol-botol kecil kerana di sepanjang jalan menuju ke Menumbuk tidak ada shell, Petronas dan stesen minyak yang besar.
  Menumbuk hanya pekan kecil sahaja dan terdapat jeti untuk ke Labuan.  Kemudahan feri dan bot sahaja menuju  destinasi Ke Labuan.  Aku sempat mendapatkan maklumat daripada  kaunter feri tersebut.  Kalau hendak ke Labuan terpaksa menempah tiket terlebih dahulu atau bermalam di Labuan.
  Kami hendak menjamu selera di sini tetapi memandangkan tiada banyak pilihan kedai makan, maka kami pun cepat-cepat meninggalkan pekan ini.
 
 
                                     Replika hasil laut pekan Menumbuk
                                   

         Sebuah papan tanda yang istimewa dari bulatan Beaufort- Kuala Penyu yang menarik perhatian kami.
 

Tuesday, February 28, 2012

Kuala Penyu

   Kami bergerak dari Hotel Gaya ke kuala Penyu pada waktu pagi, entah pukul berapa aku tidak pasti.  Yang kupasti ingin kujelajahi pantai barat Sabah ini sebelum berangkat pulang 1 Mac 2012.
   Kami ikut perjalanan sepanjang persisiran pantai.  Jaraknya dari Kota Kinabalu 116 km ke Kuala Penyu. Sepanjang jalan, ku dapati jalan rayanya elok tak seperti di Sandakan dan Lahad Datu. Pembangunan banyak dilakukan di sini.
   Dari segi bangunan, bentuk rumah dah banyak yang berubah.  Kebanyakan rumah batu,ada juga rumah tradisional.  Tetapi sumber pendapatan penduduk Papar masih lagi kepada ikan dan pertanian.  Sepanjang jalan terdapat pondok-pondok jual ikan bilis, udang dan ikan kering.  Hasil pertanian seperti nanas, jagung, kelapa dan sagu.
   Kami melihat pemandangan di kampung yang masih lagi tradisional dan ada sedikit pemodenan.  Kami sempat melihat bandar -bandar kecil , tidak seperti bandar-bandar di semenanjung.  Bandar Kuala Penyu, Beaufort dan Membakut.  Terdapat landasan kereta api dari Beaufort ke Inanam.


                                                jalan raya yang elok




jambatan gantung
                                        bot nelayan di Kuala Penyu

                                     kedai-kedai di Kuala Penyu
                               bandar Membakut - perusahaan kuih tradisional
                                                   surau di Membakut
Gerai-gerai makan dan kedai buku dan pakaian
Terdapat banyak kemudahan asas seperti surau, sekolah, dan perpustakaan serta dewan orang ramai di Membakut.
   Semuanya ini akan menjadi ingatan dan pengetahuan kepadaku sepanjang berkhidmat di Sabah ini walaupun hanya lebih kurang setahun 10 bulan.

pertemuan yang tak dijangka - kawan lama bekas STAR

  Hari ini 28/02/2012 tidak kuduga dapat bertemu dengan rakan lama tingkatan 6 atas sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Kelang , Selangor (STAR).  Setelah hampir 31 tahun , kami bertemu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu,Sabah.
  Pertemuan tidak dirancang.  Aku memang sentiasa 'update statusku di FB atau di blogku'.  Pada saat akhir, perkhidmatanku sebelum balik ke semenanjung, Hjh Hamidah bt Sarbani, sempat berchatting dan berfacebook bertanya khabar dan ingin berjumpaku.  Hanya sekelip mata, kami dapat menghubungi antara satu sama lain.
  Pertemuan diatur kerana dia dan suaminya tinggal di sekitar Kota Kinabalu, kalau tak silap Taman Permai.
  Hanya melalui sms, pertemuan diatur , kami menunggu di ruang lobi Hotel Gaya dan akhirnya kami makan di Tanjung Aru, restoran di tepi laut.  Kuasa Allah dan aturan-Nya yang menemukan kami. Sekiranya pertukaran ku ini tidak tergantung tentulah aku tidak dapat menemuinya.  Pertemuan itu menemukan orang Melaka, suamiku orang Ayer Paabas, aku Sungai Udang dan suaminya orang Jasin manakala Hamidah  orang Selangor, kawan sekolahku.
                   
   Semoga persahabatan ini berkekalan .  Terima kasih atas belanja makan malam di Tanjung Aru.  Pertemuan yang tidak diduga.  Syukur Alhamdulillah.

tayar !oh ,Tayar!

  Sejak kemalangan 25 Oktober 2011 sehingga 12 Januari, 2012 kereta Viosku duduk di dalam bengkel Sun Hoe di Lahad Datu.  Pada 13 Jan hingga 24 januari kereta itu duduk di bawah khemah kuarters guru.  Aku tidak tahu berapa lama kereta itu tidak bergerak.
  Setibanya  aku ke Felda Sahabat pada 25 Januari 2012 aku  pun memandu kereta itu dan menggunakannya  pergi dan balik ke sekolah.  Syukurnya tidak ada apa-apa yang berlaku terhadapnya.   Cuma aku musykil sedikit apabila kereta berkunci, but boleh dibuka tanpa berbunyi.
  Sejak itu 2 kali berulang alik dari Lahad Datu, kereta itu tidak meragam.  Tetapi pada pagi 26 /02/2012 ketika di Hotel Dynasty tayar belakang sebelah kiri pancit.
  Kemudian kami ke Tawau, balik dari Tawau kurang angin lagi.  Kami pam tayar itu. Setelah 2 kali diperiksa tiada kebocoran.  Alhamdulillah.  Kemudian, kami ke Kota Kinabalu pada 27/02/2012.  Pada  malamnya pula, tayar depan sebelah kiri pula kempis.  Kami pam di stesen minyak Petronas.  Hari ini 28/02/2012, kami pergi ke Kuala Penyu. Dalam perjalanan tayar itu kempis lagi.  Kami singgah di Shell untuk dipam menambah angin.  Kemudian , terasa kurang angin diperiksa di kedai  Tayar Silverstone di Beaufort.
  Di situ teknik menggunakan air sabun tanpa membuka tayar untuk mencari  kebocoran  menimbulkan tanda tanya bagiku.  Belum pernah kulihat.  Setelah tidak berjaya, dia pun membuka tayar tersebut dan puas dia mencari di mana bocornya tayar itu, direndam dalam air dan dibubuh air sabun, namun tak jumpa.
  Dalam pada itu suamiku bergurau ada hantu kot ikut masa kemalangan dulu sebab dah berjangkit dari tayar belakang ke tayar depan.  Puas sipekerja itu membaca doa dan bismillah agar berjumpa  kebocoran itu , akhirnya suamiku menyarankan agar bubuk minyak kat tayar itu.  Mungkin dah  lama tayar kempis dan minyaknya dah kering maka terdapat ruang yang membolehkan angin keluar sedikit demi sedikit.  Entahlah aku pun tak tahu apa sebabnya.  Menjadi misteri buatku yang tak ada ilmu tentang tayar.