Thursday, July 26, 2012

pekan Nabalu

Sebelum ke Kota Kinabalu, kami sempat singgah di Gua Batu Tuluq kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pekan Nabalu.   Di sini kami tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan  pekan Nabalu yang kira-kira 32 km dari pekan Ranau dan 40 km dari bandar Tamparuli.
   Pemandangan ini kami ambil pada sekitar jam 6.15 petang.  Almaklumlah bertolak dari Felda Sahabat pukul 9.00 pagi, kemudian singgah di Gua batu Tuluq   dari pukul 12.25 hinggalah pukul 1.20 tengah hari.  Sampai di KK  pukul 8.30 malam dan menginap di Gaya Hotel.
   Inilah pemandangan yang ku kira tercantik yang pernah kulalui.  Keindahan panorama di sekiitar Gunung Kinabalu.  Syukurlah walaupun tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu dapat naik tangga tempat melihat Gunung Kinabaludan  pemandangan di sekitarnya di pekan Nabalu .  Dapatlah kami lihat Gunung Kinabalu dari jauh.











  Kenangan ini dapatlah kami lalui bersama sekeluarga kerana kedua-dua anakku dari UiTM sedang bercuti.  Tidak kuingati bila tetapi yang pastinya cuti penggal kedua tahun 2011.

Tuesday, July 10, 2012

pertandingan syarahan dan ujian bertulis BM

 Pertama kali menjadi jemputan sebagai hakim bagi pertandingan syarahan di SRJK (C) Khai Tee, Pasir Penambang agak mebimbangkan aku. Kenapa? Pertama tak pernah menjadi hakim , kedua: sekolah itu belum kuketahui di mana lokasinya.
 Pertama, mendapatkan maklumat memang mudah daripada kawan-kawan dan rakan setugas.  kedua mencari, melilau mata mencari sambil memandu, akhirnya terlepas sampai ke jalan menuju ke Stadium Tertutup Kuala Selangor.  Di sinilah pentingnya kita mengetahui peta dan lokasi sesuatu tempat yang dicari.  Akhirnya berjaya juga dijumpai tepat jam 9.30 pagi aku disambut dengan mesra oleh tuan rumah: guru-guru sekolah tersebut.'










 Alangkah gembira dapat bertemu rakan baru dan guru-guru yang sememangnya begitu ramah terutama semasa majlis berlangsung.  Pertandingan syarahan dan ujian bertulis Bahasa Melayu di SRJK (C) Khai Tee ini adalah peringkat Negeri Selangor.  Walaupun peserta kurang fasih dan tidak menghayati teks syarahan namun mereka cuba untuk mengingati agar persembahan mereka lancar.   Ucapan tahniah kerana usaha mereka amat gigih menghafal teks walaupun tidak dapat menghayati atau menjiwai teks yang telah disediakan.  Semangat ini patut dicontohi kerana usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang baik.

Tuesday, June 19, 2012

Sambutan hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor

  Hari Rabu 13 Jun 2012 , kami telah menyertai sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kuala Selangor.  Aku pula baru berhijrah ke sekolah ini walaupun jauh namun tuntutan tugas aku tetap cuba memenuhi permintaan sekolah.
 Walaupun telah 3 kali ,Encik Adnan bin Othman selaku guru besar SKSS bertanya dan bersimpati kepadaku, namun biarlah aku menghabiskan sisa-sisa tahun 2012 hingga ke penghujungnya. Hendak bertukar rasanya baru isi borang tambahan pula baru bertugas hampir 3 bulan dan tak sanggup untuk berhijrah sekolah ke-3 dalam masa setahun.
  Aku menumpang sahaja kereta Pn Kamariah, GPK HEM, untuk sampai ke destinasi iaitu Stadium terbuka dan tertutup Kuala Selangor. Tepat pukul 1.45 tengah hari kami mula bergerak. Oleh kerana bergerak dalam kumpulan , maka memakan masa,  Kami konvoi tiga kereta termasuk guru pelatih dari Unisel.
  Sampai di Stadium terbuka lebih kurang pukul 2.30 petang.  Setelah pendaftaran dan sibuk menunggu giliran , kami duduk di Stadium. Giliran kami ke -24 berarak ke Stadium Tertutup.   Stadium Tertutup dibanjiri golongan guru.  Ada bermacam gelombang pakaian demi untuk mendapat kemenangan.  Gelombang biru, ungu, kuning, baju koperat, batik hijau, perang dan sebagai.  Bermacam-macam gaya berselendang, bertopi, bersongkok bagi lelaki dan berbaju Melayu dengan hiasan yang menarik.
  Sebaik sahaja semua hadirin masuk ke dewan serta VVIP dan tetamu kehormat masuk, aku pula memang sudah niat terpaksa meninggalkan majlis tesebut lebih awal kerana aku terpaksa balik ke rumah yang jaraknya lebih kurang 80 km .  Sebaik tiba di rumah,suamiku menyapa, " Awal balik, kata balik lambat? Dengan selamba aku menjawab," Lari sahaja, kalau tidak tak bermaya nak ke sekolah esok.  Maaflah bukan aku ini seorang yang kuat semangat yang bertahan sehari suntuk. Sebalik sahaja sampai di rumah, aku terus capai bantal, sembahyang, tidur , sembahyang ,tidur dan sembahyang tidur semula untuk bangun esok ke sekolah.











Tuesday, June 12, 2012

Sepetang di Kota Kinabalu

 Pada 29 Februari, sambil menyusur jalan di tepi laut di hadapan Hotel Gaya , kami sempat menikmati pemandangan pada waktu senja .
  Destinasi kami adalah untuk membeli cendera mata berupa mutiara di kompleks beli-belah setelah diberitahu oleh rakan kerana harga di kedai pemborong tersebut lebih murah daripada di pasar Filipina.
  Lihatlah pemandangan pada waktu senja ini.
                                          di bilik Hotel Gaya
                      pemandangan di hadapan bulatan replika ikan todak
                 pemandangan waktu senja matahari hendak terbenam
                    senyum suamiku jarang kelihatan kerana wajahnya selalu   serius ramai yang menyangka dia seorang yang garang
                                    beberapa buah kapal di tepi laut
                                        bangunan dan gedung beli-belah
                          gambar di rakam berlatar belakang bangunan
                      kedai-kedai makan, yang siangnya tempat letak kereta

                               menjamu selera sebelum balik ke hotel
                     Terima kasih kepada pekedai kerana sudi merakam gambar kami.

1 Mac 2012-Penerbangan terakhir perkhidmatan di Sabah

 Tepat pukul 11.45 pagi , kami meninggalkan Hotel Gaya setelah 4 hari 3 malam  menginap di situ.
   Bilik yang selesa dan banyak kemudahan perkhidmatan disediakan di hotel itu.
Kebetulan hotel tersebut berhadapan dengan laut, di kiri dan kanan serta sekeliling dipenuhi dengan deretan gedung beli-belah, bank, restoran dan pasar Filipina.
  Sebelum balik sempat membeli-belah rantai mutiara, kerongsang, t-shirt , dan baju untuk anak-anak sebagai buah tangan.
 Sementara menunggu kapal terbang Air Asia pukul 14.05 petang, kami berehat di bangku dan melihat ragam penumpang dan kapal  terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
                                         dari KK ke KL -LCCT


                           Boarding pass : Gate Closes : 13.45 petang


                                  pendaratan kapal terbang Air Asia
                            Dalam kapal terbang Air Asia AK 5105
                                      Masa : 14.05 petang : 2.05 petang
 Bilakah kami akan berpeluang menaiki kapal terbang ke Kota KInabalu, Tawau   dan Lahad Datu.  Sekiranya dari Lahad Datu terpaksa naik MAS Swing.  Selama hampir dua tahun berkhidmat di Sabah, inilah peluang menaiki kapal terbang MAS dan Air Asia.

Wednesday, June 6, 2012

Jan- Feb 2012 - SK Sahabat 4

   Sepanjang berkhidmat Januari hingga Februari, aku sempat menjalankan kewajipan sebagai pendidik di SK Sahabat 4 sebelum menyambung tugas baru di SK SUngai Sireh, Selangor.
  Tempoh masa yang begitu pendek, aku mengajar Bahasa Melayu 6 Adil di mana kebolehan murid-murid itu peringkat sederhana.  Sebenarnya, aku mudah mengajar mereka berdasarkan pengalaman mengajar murid pandai dan sederhana.  Tahun 2011, aku mengajar kedua-dua Bahasa melayu UPSR bagi kedua-dua kelas , 6 Adil dan 6 Arif.  Aku bersyukur kerana berjaya meningkatkan prestasi UPSR bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu kepada murid-murid  kedua-dua kelas tersebut.
  Antara aktiviti yang sempat ku jalankan ialah program melonjakkan prestasi tahun 6, Motivasi dan ceramah Teknik Menjawab kertas 2 Bahasa Melayu .
Kini segalanya jadi kenangan.
                              Pemandangan indah di Felda Sahabat -
       Juru acara majlis , Cikgu Halim dan penyelaras Tahun 6 Cikgu Anis   Firdaus.
                       Barisan guru yang ada di Dewan Iltizam Sahabat 4
        Sempat cikgu Lorne main game dengan tablet Cikgu Halim.
        Bergambar dengan Cikgu Halim, guru besar, En, Ishak Kampak, CIK Amra dan Cikgu Aiman.



operasi 2 - luar rumah

  Setelah rumput-rampai dimesin, kini mengait rumput-rampai yang bertaburan dan mengumpulkan kepada beberapa longgok untuk mudah dibakar.
  Ku buat 4 longgok, Isnin, Selasa dan Rabu ku bakar sedikit demi sedikit.  Oleh kerana rumput-rampai itu masih basah, terpaksa dikalihkan supaya cepat kering dan senang dimamah api.
  Untuk memudahkan api memamah rumput-rampai tersebut, ku ambil kertas surat khabar dan daun-daun pisang kering di belakang rumah sebagai umpam memarakkan api.  Lihatlah kepulan asap yang akan mengganggu penglihatan, tetapi aku bernasib baik kerana angin tidak bertiup kencang.  Kalau tidak tentu penanggung motorsikal memarahi dan memaki hamun aku kerana asap tersebut akan mengganggu penglihatan mereka kerana rumahku di tepi jalan raya.






  Bersih sudah di luar rumahku.  Ketika aku ke sekolah pagi ini, 6/6/2012 , ramai guru yang melihat ada kereta parkir di porch rumahku, ini bermakna aku sudah balik ke rumah ketika cuti sekolah.  Aku berkesempatan berbual mesra dengan guru-guru di situ sebelum beredar balik ke rumah pukul 1.00 tengah hari dan selepas masak , menyambung tugasku membakar sampah.