Wednesday, December 11, 2013

Ceramah BM - Perkongsian ilmu

6 Disember 2013- hari ke-7..kawan-kawan lain mengajar murid-murid , penulis pula akan berkongsi ilmu dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand.  Selama 6 hari sempat juga melihat-lihat dan membelek modul bahasa Melayu di rumah En Rosalan , pengarah sekolah Anuban. Tidak banyak gambar -gambar untuk membantu murid memahami Bahasa Melayu .  Apa-apa pun bersyukurlah mereka ingin menghidupkan bahasa warisan  datuk moyang mereka.
   Generasi golongan tua Thailand pandai bertutur bahasa Melayu kerana  kebanyakan  saudara-mara mereka ada di negara kita.  Contohnya Cikgu Reena Zang Damdee, ibunya sering berulang-alik ke Kedah.  Cikgu Fatimah, saudara-maranya ada di Perak.
     Cikgu Miskin pula sentiasa menterjemahkan dalam bahasa Thailand jika guru-guru Bahasa Melayu Malaysia berucap kerana dari riak muka murid Thailand tidak semua murid faham.
  Pada kesempatan ini penulis berpeluang memberi ceramah kaedah mengajar Bahasa Melayu kepada guru-guru di 4 buah sekolah iaitu Sekolah Anuban Muslim, Sekolah Muslim Suksa, Sekolah Nida Muslim Suksasat, dan Sekolah Thammasat Vitaya Muslim.  Seramai 22 orang guru terlibat,  Semasa memberi ceramah, ada seorang guru dari Songkhla hendak membuat PHD, beliau inginmembuat  kaji selidik permasalahan mengajar Bahasa Melayu di kalangan bukan penutur asli atau bahasa ibunda. Jadi beliau turut mengikuti ceramah ini.
  Penulis membawa laptop , speaker dan laser pointer kerana telah diberitahu lebih awal tetapi sangkaan penulis hanya untuk guru-guru di Sekolah Anuban  Muslim sahaja. Penulis telah diberi masa 3 jam dengan 11 slide yang telah disediakan.  Syukurlah ilmu dapat dikongsi bersama. Semoga ilmu itu dapat dimanfaatkan kepada semua guru yang terlibat.  Sesi soaljawab diadakan sebelum ceramah ditamatkan.  Pertanyaan dan persoalan banayak daripada guru yang ingin membuat PHD itu.





 
 Sempat bergambar dengan guru-guru dari Sekolah Nida MuslimSuksasat malahan gurunya berminat meminjam buku-buku yang penulis gunakan untuk membuat rujukan .
  Buku-buku ini kami dermakan kepada guru-guru Sekolah Anuban Muslim.

pengalaman hari ke-6 - Makan lagi

Kami tiba di rumah Cikgu Reena Zang Damdee lebih kurang pukul 2.34 petang.  Kami disambut mesra oleh kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga mereka.  Janji makan laksa pukul 5.00 petang tetapi kami sampai hidangan telah tersedia.  Rancangan membeli-belah di  Pasar Raya Big C dibatalkan kerana kami telah dua kali ke pasar raya itu tambahan pula membelah -belah di pasar raya adalah perkara biasa di negara kita.
   Hidangan laksa sungguh sedap. Kalau lama lagi kami di sini tentulah bertambah gemuk.  Hari ini jalan-jalan makan sahaja. Kuah laksa ada dua, satu bersantan dan satu lagi kuah asam.  Laksa berasnya kecil tidak seperti laksa di negara kita.  Ulam-ulaman pula ditambah .



Kami duduk sambil berborak di sini sehingga pukul 4.35 petang , menunggu ketibaan En Rosalah, isteri, anak-anak, Cikgu Siti Fateema, Pn Saudah Pengsai , Cikgu Zainon dan isterinya.  Lebih kurang pukul 4.55 kami sampai di rumah.
  Selepas sembahyang maghrib kami keluar lagi untuk makan malam di gerai nasi ayam yang dikatakan paling sedap.  Ramai pengunjung di kedai makan ini. Kami sampai di kedai makan pada pukul 7.45 malam.
 
                                Cikgu Areefah Wanyawa, Cikgu Aminah, Cikgu Reena , Cikgu Zuraehan
                                     Cikgu Saniyah, Cikgu Jamilah, Cikgu Junaidah dan penulis
   Selepas menjamu selera, menu - mertabak, roti telur dan nasi ayam , kami bergerak ke kedai pakaian dan pasar malam untuk membeli -belah.
...
Gelagat guru-guru di pasar malam-

Lebih kurang pukul 9.00 malam kami sampai di rumah. Beginilah kalau cikgu-cikgu  perempuan pantang jumpa mesti hendak membeli.......bersambung lagi

Tuesday, December 10, 2013

Catatan pengalaman hari ke-6 di Satun - makan-makan

5 Disember 2013, hari ke-6, kami berkumpul di sekolah untuk berkelah di Tanjung Pauh  (disebut Tanjung Poh) .  Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.  Kami bertolak pukul 9.30 pagi dengan menaiki van ,sementara Encik Rosalan, pengarah sekolah Anuban , isteri dan anak-anak serta pekerja kantin bersama suaminya dengan kereta masing-masing.
  Kami tiba di Tanjung Pauh lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Semua sibuk mengeluarkan barangan yang dibawa.  Kami tidak diberitahu rancangan berkelah ini dengan tepat. Mereka membawa dapur pembakar/pemanggang  , kayu api, kayu arang, cebisan tayar basikal (untuk menyalakan api), ikan cencaru, sayur campur yang ditelah dimasak, nasi , buah mangga dan minuman.
   Makanan yang hendak dipanggang/dibakar ialah sosej,  bebola ketam, bebola ikan.  Makanan lain yang dipesan di restoran ialah tomyam ikan dan ketam kukus.
 







Kami berkelah dalam hujan gerimis.  Air hujan menambah perasa dalam kuah tomyam. Kemudian hujan semakin lebat.  Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak pulang,  Kami singgah di Masjid Mambang untuk bersembahyang jamak Zohor dan Asar. Kami berehat sebentar di masjid ini , 


   

Catatan pengalaman hari ke -5

4 Disember 2013 , hari ke-5 penulis berada di Satun. Penulis sempat bergambar di hadapan pintu pagar sekolah.  Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.  Kemudian kami diajar menulis tulisan Thai, sukar j kerana kami  tidak ada asas  pengetahun  teknik  menulis. Tenaga pengajar kami ialah Cikgu Aminah Somkerson dan Ckgu Yulaina Sangyaya.  Walaupun hanya kami 8 orang namun kesukaran kami dapat diatasi dengan sabar oleh mereka .  Kelas berlangsung dengan baik.

                                       
                                      Makan malam di sebuah gerai yang berdekatan dengan sekolah
                                         Menu- nasi air (bubur) mertabak, roti canai telur , roti canai pisang
   Hanya kami Pn Siti Aisah, penulis, En Adnan dan En Zainal Abidin .  Pn Jamilah dan Pn Saniyah dijemput makan malam di rumah anak Pn Jamilah.

Kami berjalan kaki kerana gerai tersebut berhampiran dengan sekolah tambahan pula adalah baik untuk kesihatan  .  Semasa balik pula kami menaiki kereta salah seorang pekerja kantin sekolah. Syukurlah walaupun hari hujan, kami disediakan payung sementara penulis membawa baju hujan yang baru dibelidi Legoland  tetapi tidak lagi digunakan  .  

Terima kasih kepada Cikgu Aminah yang belanja kami makan , semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur berbakti kepada anak didik sekolah dan agama.....aamiin.

Kelas Bahasa Melayu penulis - tingkatan 4 Mattayom (menengah)

Penulis ditetapkan mengajar tingkatan 4.  Muridnya hanya 5 orang. Mereka terdiri daripada Or-raya, Fadeela, Atchaiya, Aresah dan Saiyid. Salah seorang daripada mereka pernah mengikuti program pertukaran pelajar di Sekolah Menengah Datu Harun, jadi mudahlah dia menjadi penterjemah bahasa Thailand sekiranya ada antara raknnya yang tidak faham Bahasa Melayu.
  Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penulis terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris jika tidak ada pilihan untuk memudahkan mereka memahaminya. Penulis  sempat menghabiskan tajuk Kata Tanya selama 4 jam dan kata Nama selama 30 minit. Pada hari Khamis pula cuti sempena Hari keputeraan Maharaja Thailand , Jumaat 6 Disember pula, penulis  terlibat sebagai penceramah kepada guru-guru bahasa melayu Thailand di 4 buah sekolah yang bertempat di Sekolah Muslim Suksa   Penulis juga tidak berkesempatan berjumpa dengan pelajar ini.  Cuma sekiranya mereka ada membaca blog penulis , mohon ampun dan maaf , walaupun ada majlis perpisahan tetapi penulis tidak dapat bercakap dengan mereka secara dekat.

                                     Pelajar perempuan diasingkan dengan dinding penghadang
                                                    Kedudukan murid-murid 4 Mattayom
                                          Penulis terpaksa mengubah kedudukan pelajar lelaki ini
                                       
Penulis membawa laptop, pembesar suara untuk menperdengarkan  lagu 'Tanya Sama Pokok' kerana dengan nyanyian ini dilengkapi  gambar pokok, awan, dan hujan.  Lagu ini boleh dimainkan berulangkali, ada senikata , animasi ,  gambar sesuai sebagai alat bantu mengajar.

Mengajar guru-guru Thai Bahasa Melayu hari ke-4 di Satun

Kini tiba giliran kami berkongsi pengalaman mengajar guru-guru Thailand belajar Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik Mesyuarat Raiyan. En Adnan bin Dawood menjadi tenaga pengajar manakala kami sebagai fasilitator.  Kami sediakan 11 slide sebagai bahan rujukan dan alat bantu mengajar. Penulis pula membawa laptop dan membantu membuat slide dengan idea bersama ahli kumpulan.
   Waktu pembelajaran 1.30 - 2.30 petang.  Ramai guru yang hadir tetapi kami sebagai fasilitator tidak menyediakan borang pendaftaran, kalau ada tentunya tepat data bilangan guru yang mengikuti kelas ini.



            Bliik Mesyuarat Raiyan ini dilengkapi dengan LCD projektor dan pembesar suara di setiap meja


                        ahli kumpulan turut beredar membantu guru-guru belajar Bahasa Melayu







  Setiap guru dikehendaki memperkenal diri dengan mengikut butiran  yang telah diberi.  Situasi pembelajaran  dihidupkan dengan telatah si penceramah yang suka berlawak.

Catatan Pengalaman hari ke-4 di Satun

3 Disember 2013, hari ke-4 , kami tiba lebih awal di sekolah.  Kami melihat aktiviti  sehari murid -murid di sini. Konsep guru penyayang diamalkan oleh guru yang bertugas pada hari itu. Dua orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan sedia menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah.
 Suasana di sekolah ini amat harmoni.  Walaupun ada sekumpulan murid  yang bermain bola pada awal pagi, tidak kedengaran mereka menjerit-jerit atau berkelahi.  Tiada ada suara riuh -rendah , gelak ketawa seperti di sekolah kita. Mungkin budaya mereka bercakap lemah -lembut dan bersopan.  Kalau hendak dibandingkan dengan penulis jauh panggang dari api,maklumlah suara penulis nyaring dan kuat mana tidaknya kalau orang Melaka mesti bercakap kuat, tak tahulah kebenarannya... mungkin juga kita telah terbiasa dengan budaya ini. tak tahulah orang Melaka yang lain.
 Selepas perhimpunan pagi, kami dibawa melawat ke kawasan sekolah dan bilik-bilik khas.  Sebelum masuk ke kelas, kami dibawa melawat ke perpustakaan, dewan serbaguna yang digunakan untuk majlis-majlis tertentu dan tempat sembahyang berjemaah, kantin, koperasi (kedai buku), wakaf-wakaf atau pondok-pondok serta pejabat pengurusan. Sekolah ini diuruskan oleh guru-guru yang dilantik seperti  juru audit /akaun  tidak seperti di Malaysia ada staf /kakitangan pejabat dan pekerja swasta.    
  Gaji guru tidak dibayar oleh kerajaan.  Oleh itu, pihak pengurusan perlu mencari dana sendiri untuk membayar gaji guru . Pengorbanan guru-guru di sekolah ini  patut dihargai dan dicontohi, jihad ke jalan Allah  demi  melahirkan generasi yang berjiwa Islam.

                                                     konsep guru penyayang - murid berslaman dengan guru
                                             murid perempuan bersalaman dengan guru perempuan
                                         pemandangan dari jauh terdapat wakaf-wakaf untuk berehat
                                           ahli  kumpulan kami berkumpul di wakaf
                                             di perpustakaan
                                               hiasan yang popular terdapat di mana-mana
                                                          rak-rak buku
                                                  tabung untuk sumbangan ikhlas
           dewan serba guna - majlis-majlis tertentu atau tempat sembahyang -tidak dibenarkan memakai kasut
                                                    info-info yang terdapat di belakang dewan
                                                Makmal komputer yang canggih - monitor LCD
                                                              makanan yang dijual di kantin

         Situasi di dalam kelas - tidak ada bilik guru. Di belakang kelas  disediakan meja kecil dan kerusi untuk guru kelas membuat aktiviti sendiri di kelas sendiri
                                                pejabat pengurusan - akademik dan sosial


 Gambar di atas menunjukkan pembahagian pengurusan sekolah rendah dan sekolah menengah.