Thursday, January 1, 2015

kenduri kesyukuran 2014

Setelah berpenat lelah mengemas dan menyusun barang di rumahku, aku bercadang mengadakan doa selamat dan kesyulkuran setelah suamiku berpindah atau bertukar Ke Sekolah Menengah Dato" Bendahara , Jasin Melaka.  Walaupun jaraknya 36km, bagiku adalah jarak yang ok jugalah berbanding dengan jarak sekolahku 60.5 km .

   Pada tarikh 25 Disember, Khamis, cuaca pada pagi itu agak baik memberi rahmat kepada kami memandangkan cuaca tidak terlalu panas dan tidak hujan sedangkan hari-hari sebelumnya hujan. Pagi itu aku sibuk mengeluarkan barang-barang, Pada pukul 9.00 pagi baru aku menggoreng mi. Ingatkan nak makan dua buah keluarga tetapi ramai pula.  Memang kami bercadang nak goreng bihun tetapi memandangkan kami kekurangan tenaga, maka lambatlah sedikit bersarapan pada  pukul 10.00 pagi
 
  Kedua-dua anakku pergi mengambil kuih kasui 2 loyang dan kuih apam 100 biji dengan harga RM70. Kemudian aku minta mereka mengambil kuih bakar yang telah ditempah sebanyak 15 biji dengan harga RM50   Selepas bersarapan semua orang dah mulakan tugas.  Ayam telah ditempah 13 ekor dengan harga RM189.00 dan ikan keli dengan RM85  dalam 80 lebih ekor.

  Semua bahan-bahan masakan dibeli olehku, dan suamiku.  Aku jenis yang tak berapa nak teliti satu persatu tetapi dalam anggaran RM1000 dengan barang-barang masakan dan bekas makanan yang berharga RM45.00 sebanyak 100 buah. Dengan beras bid of Paradise. 3 kampit ,3 minyak masak, bawang merah, bawang, putih , cili hidup, cili api, cili keriang dan sebagainya.

  Nasib aku baik kerana semua ahli keluarga datang bergotong-royong memasak. Menunya , ayam masak merah, keli goreng cili padi, kubis masak lemak, ikan kering, dan sambal belacan. Syukur , pak cikku mengetuai bacaan doa selamat bersama-sama dengan ahli keluarga.  Kami amakan agak lewat kerana kekenyangan makan bihun.

 Pada petangnya pukul 5.00 petang , kami dah mula memasukkan makanan ke dalam bekas makanan dengan set yang lengkap, iaitu ayam masak merak, pajeri terung, ikan kering , air mineral dan sepotong  kuih bakar.

  Malamnya selepas solat maghrib, kami membaca Yasin di masjid dan tahlil untuk arwah-arwah .  Semoga majlis ini mendapat berkat...doakan kesyukuran abang...rumah baharunya, kakak, anak-anak dapat kerja , bakal dapat cucu 2015, aku- dan bersyukur kerana dapat bertukar ke Melaka dan dapat mendiami rumah sendiri....SYUKUR ALHAMDULILLAH kenduri penutp tirai 2014
                                                         memasak di luar rumah
                                                    Duduk berborak selepas masak
                   Mak Teh Rosna menunjukkan bekas makanan untuk dipack makanan
 Kehadiran Busu Mail seorang yang pandai melawak tak kering gusi dibuatnya.
Syukur alhamdulillah...dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan majlis berjalan dengan baik.
.
Padaku aku memautkan kesyukuran kerana tidak cedera semasa kemalangan tahun 2011, dapat bertukar ke Selangor 2012 , dapat Guru Cemerlang  2010 dan bertukar ke Melaka 2014. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan merahmati kami sekeluarga.....ALHAMDULILLAH< MAHA BESAR ALLAH YANG MENGATUR PERJALANAN HAMBANYA

Friday, December 19, 2014

kalaulah ibuku pandai

Pelajaran setakat darjah dua Sekolah Zaman Jepun.  Sebagai anak sulung, ibuku terbeban dengan kemelut hidup zaman Jepun dengan tanggungjawab membantu kedua-dua ibu bapa.  Datukku seorang yang rajin mencari rezeki selain menoreh getah, mengerjakan sawah padi di samping memelihara ternakan ayam dan kerbau..
  Memang dah ditakdirkan nasibnya begitu.  Perkahwinan pertama hanya separuh jalan dengan cabaran 4 orang anaknya meninggal dunia semasa kecil.  Tekanan sebelah suami yang mahukan keturunan atau anak memaksa ibuku menerima seorang madu walaupun di hati suaminya masih menyayangi ibuku.  Ketegasan datukku yang tidak mahu anaknya dimadukan, memaksa mereka bercerai tambahan pula ibuku sering sakit.  Cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi dengan kemelut yang kian menghimpit.
  Mendirikan rumahtangga seawal  usia 13 tahun dan menjadi janda pada umur yang muda 27 tahun setelah bapaku meninggal dunia,  Bapaku pula hayatnya tidak panjang meninggal dunia ketika berusia 61 tahun setalah 6 tahun hidup bersama-sama dengan ibuku.  Sudah suratan takdir, dapat anak suami pula meninggal dunia.  Atas kelangsungan hidup, apabila suaminya  meninggal ketika aku 3 bulan dalam kandungan di samping memelihara abang dan kakakku menambah keperitan hidup ibuku.
   Sebagai ibu tunggal yang masih muda, , ramai yang melamar, namun ibuku lebih mementingkan hal anak-anak. Maka jadilah  ibu tunggal sehingga kini usianya 82 tahun.  Dengan menoreh getah sekeping dua sehari, menganyam tikar di samping memelihara kerbau  merupakan pendapatannya untuk  menyara hidup kami..  Memang sukar untuk mendapatkan wang tetapi kami tetap membantu ibu.  
  Seawal kanak-kanak lagi,  kami membanting tulang membantu ibu dengan mencari kayu api, mengangkat air dari perigi, memasak dan mengambil upah bekerja di kebun sayur atau mengubah anak padi. di sawah.  Selain itu , kami juga membuat minyak masak daripada kelapa yang kami kutip  dari kebun nenek sebagai menampung perbelanjaan kami. 
  Begitulah peritnya hidup kami sebagai anak yatim dan kami tidak pernah didatangi oleh mana-mana bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Kami mengerjkan sawah padi dengan menaanam padi , menanam timun. dan petola hasil titik peluh kami adik beradik selepas balik dari sekolah.  Kerapkali juga  kami memancing ikan untuk dibuat lauk.. Itulah aktiviti kami selepas pulang dari sekolah. Kini ibuku tinggal denganku. Kalau dahulu hidupnya penuh dengan penat-lelah kini masih lagi susah.  Entah apa yang melanda hidupnya , aku sendiri tidak ketahui.  Telah banyak dukun dan bomoh handal-handal, namun keperitan hidup membuatkannya mengingati peristiwa silam.  Ibuku asyik menyatakan banyak orang menyusahkan hidupnya. Mana tidak, kalau sebut nama ayahku memang terkenal orang yang banyak harta tetapi ke mana harta itu.  Biarlah saudara-maraku menyatakan ayahku menjual semua tanah itu dan tinggal tiga ekar suku untuk kami bertiga.  Di atas tanah inilah aku mendirikana rumah.
         Beginilah nasib perempuan jika  tidak pandai  atau mudah diperkotak-katikan saudara-mara.  Aku masih ingat ketika meminta wang  diberi pinjam oleh ayahku kepada salah seorang saudara-maranya, begitu mudah menabur janji tetapi begitu payah menunaikannya.  Makanlah harta anak yatim semahu-mahumu dan ketahuilah dengan keperitahan hidup memberi seribu pengalaman dan pengetahuan untuk kami  menbentuk hidup yang lebih baik.
  Kini ibuku rutinnya menulis dan mencatat.  Entah apa yang dicatatkan, aku pun tak tahu dan   entah apa dalam pemikirannya.  Asyik-asyik menyatakan ramai orang menyusahkannya. Beginilah rutin hidupnya.  Biarlah gambar berbicara.  Dengan sebuah beg, beberapa batang pensel, marker pen, dan lain-lain alat tulis.  Biarlah dia buat sesuka hatinya, kalau aku bising dikatakan aku menyusahkannya.
Sejak tahun ini, orang sibuk pergi ke sekolah , dia pun sibuk.  Dah diberi buku-buku kosong untuk menulis diambilnya buku-buku anakku, kekadang buku matematik tambahan, Kimia, dan Fizik , siap simpan dalam beg.  Di dalam begnya, ada buku-buku dan alat tulis.  Alangkah baiknya dan untungnya kalau dia pandai menulis novel, banyak juga side income...atau boleh dapat duit...Alnasib...begitulah takdir hidupnya.

                           Dia sibuk \\e dapur...syukurlah setakat dia tak sakit, kuat lagi berjalan .

                           Mencedok bubur  pulut hitam hendak menjamu selera
                                                Sibuk menulis dengan buku-bukunya

                   Entah apa yang ditulis , kalau tulis novel dah banyak novel terbitan Patimah bt Hj Selim
  

Thursday, December 11, 2014

Jus belimbing

Mengajar tahun 1 2014 adalah pengalaman pertama dalam hidupku sebagai seroang guru.  Sudahlah zero pengalaman kena pantau pula semasa memohon guru cemerlang, alnasib.  Semoga pengalaman ini membuatkan aku lebih tekun dan tabah menghadapi cabaran dalam menunaikan tanggungjawab.
  Dalam episod pengajaran dan permbelajan atau pengajaran dan pemudah cara atau apa-apa yang berkaitan dengan pembelajaran, membuat jus belimbing adalah suatu janji yang terpaksa aku penuhi setelah dituntut oleh muridku tahun 1 Arif.  Ingatkan janji mereka kan aku penuhi tetapi janji mereka padaku hampeh sebab aku dah pesan bawa buah belimbing.  Semasa berjanji semuanya angkat tangan, bawa buah dan cawan.
  Pada 5 November 2014, maka akan pun masuk ke kelas dengan harapan janji muridku benar.  Alangkah terkejutnya aku, hanya 2 orang sahaja yang membawa buah belimbing,bagaimana hendak buat jus jika semua muridku berjumlah 27 orang.  Aku telah pun membawa segala peralatan untuk membuat jus belimbing seperti penyambung plug ,blender, tapis, surat khabar , air gula, buah oren 8 biji, air masak 3 tupper besar. menyingat aku dibuatnya bebudak ni.
 Oleh kerana hendak menjalankan juga pdp dan memenuhi janjiku, maka aku meminta Cikgu Amirul membeli buah tembikai di pasar yang berdekatan dengan sekolahku.  Harga buah tembikai RM15 ringgit.  Nasibku baik kerana ada murid tahun 6 yang datang membantuku.  Mereka seramai 3 orang sukarela membantuku kerana mereka pun baru selesai  pasca UPSR.
  Murid tahun 1 ni berebut-rebut hendak membantuku.  Namun aku memilih mereka yang boleh diharap untuk membasuh buah belimbing dan buah oren.Sementara aku membuat jus belimbing, mereka mengelilingiku dan melihat cara -caranya kemudian aku memberi mereka minum jus tersebut setelah ditambah air dan sedikit air gula..


 Buat jus belimbing dahulu, oleh kerana 2 bjiji , tambah air gula, tambah air dapat minum seorang sedikit.
                                      Buat buah jus oren pula...
                                             Buang kulit oren, ambil isi sahaja
  
                                                     Bender semua isi oren
Tapis oren yang telah diblender dengan penapis, kalau nak makan pun boleh.
                                    
  Tambah air gula dan air mineral atau air masak yang dibawa oleh guru, diragui  muridku bawa air paip yang tak dimasak.
 Pembantuku , 2 orang murid tahun 6 mengopek dan mengambil isi tembikai untuk membuat jus tembikai
Berebut-rebut nak rasa jus belimbing, jus oren dan jus tembikai...alahai muridku membawa tak mahu, gelas dipinjam dari kantin dan ais kutip sesiapa yang hendak beri RM1.00 sahaja beli di kantin sekolah

Begitulah karenah muridku , semoga pdp ini dapat memberi manfaat kepada muridku dan masa yang telah diambil untuk pdp ini ialah satu setengah jam atau i jam 30 minit, Kalau seorang guru agak sukar juga, sementara aku membuat jus, murid tahun 6 membantu mereka menyebut , mengeja dan membatangkan perkataan -perkataan yang telah ditetapkan seperti tembikai, oren belimbing, jus dan sebagainya.

Tuesday, December 9, 2014

Perpindahan dari SBPI ke Melaka

Pertukaran suamiku ke Melaka telah menyebabkan aku berulang-alik ke kuarters SBPI Sabak Bernam mengemas dan packing barang-barang.  Berbeza pertukaran dari Felda Wilayah , Lahad Datu , Sabah semua barang dipacking dengan kargo dan tinggal kereta Vios kerana dalam bengkel.
  Pada minggu akhir persekolahan, tentulah sibuk.  aku meminta suamiku mengangkat semua barang pada masa cuti sekolah.  Disebabkan pengetua baru dah dapat watikah pelantikan dan akan mendiami rumah tersebut, maka barang-barang kami dari Sabah perlu dipindahkan .  Rumah itu perlu dikosongkan untuk penginapan beliau.
  Sebenarnya, telah lama aku  beritahu suamiku  supaya membawa balik barang-barang sedikit demi sedikit dengan kereta kerana dia terpaksa bertugas di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Dato' Bendahara, Jasin dan SBPI Sabak Bernam. Namun nasihatku tidak diendahkan.
  Kali pertama, aku balik ke Sabak pada 24 Oktober 2014 bersama-sama dengan ibuku dan ketiga-tiga orang anakku.  aku membawa semua ahli keluarga supaya memudahkan mereka packing barang dan membawa balik  barang masing-masing sedikit demi sedikit.  Masalah yang bertindan-tindih ialah pakaian dan buku-buku atau nota-nota mereka yang belajar di UiTM, semuanya dilonggokkan di bawah tangga dan di dalam kotak.  Tidak banyak yang dapat dipacking tambahan pula gigiku sakit.  Anak-anak hanya dapat menyusun barang-barang mereka anggaran 6 kotak sahaja.  Semasa balik , aku membawa sedikit barang-barang di dalam keretaku , begitu juga suamiku.
  Kali kedua , aku balik ke Sabak Bernam dengan ibuku  dan anak bongsuku pada 16 November 2014..  Kami mengemas habis-habisan supaya semua barang dapat dipacking.  Letih rasanya apabila semua barang dipacking hanya dengan 3 orang atau 5 lima sedangkan semua tenaga tidak digunakan sepenuhnya. Hanya aku seorang sahaja yang melakukan sepenuhnya mana nak memandu balik ke Melaka dan seterusnya bertugas di sekolah.  Memang kali pertama dengan sakit gusi sehingga aku terpaksa ambil MC dan CRK.  Kali kedua juga ambil CRK kerana terlalu penat.
  Setelah semua barang-barang besar dipacking, maka barang-barang itu akan dimasukkan ke dalam lori 3 tan.  Malangnya , barang-barangku tidak muat dengan muatan lori tersebut.  Suamiku balik dengan sarat muatan keretanya barang-barng kecil termasuk hadian-hadiah yang didapatinya.
  Barang-barang sampai pada 23 November, mereka bertolak dari Sabak Bernam, pukul 9.00 pagi dan tiba hampir pukul 1.30 petang.  Aku meminta pertolongan sepupuku dan emak saudaraku memasak di rumah kerana untuk menguruskan semua itu aku tak mampu. Aku seorang sahaja bersama dengan anak bongsuku yang sedang menghadapi peperiksaan SPM, kekadang aku rasa bersalah pula mengganggu dia yang berperang denngan SPM. Oleh sebab tak ada saudara-mara yang berhampiran dengan rumahku, aku meminta 3 orang muridku iaitu Firdaus, Mohd Syafiq Sahrul dan Mohd Zanizam membantu mengangkat barang-barang yang boleh diangkat sepadan dengan kekuatan dan tenaga mereka.
  Kali ketiga aku ke Sabak Bernam pada 26 November 2014, kali terakhir aku mengemas rumah , menyapu, membasuh lantai di dapur dan membuka semua langsir serta peralatan yang kecil-kecil seperti ambil baju, pinggan mangkuk, baldi, bakul-bakul baju dan sebagainya.  Oleh kerana muatan kereta terlebih, ada barang yang kami tinggalkan seperti kipas angin 2 buah, tempat letak kasut, baldi, mop, penyapu.  Biarlah barang-barang itu menjadi tanda bahawa kami pernah tinggal di rumah pengetua SBPI Sabak Bernam dari tahun Disember 2011 hingga November 2014.

Menara Condong, Teluk Intan, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk IntanPerak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara PisaItali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.
Fungsi
Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut:[1]
  • untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
  • dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan
  • untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
  • sebagai penjaga masa
  • Kegunaan

    Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.
  • Dalam perjalanan balik ke sabak Bernam, kami ingin melihat kapal korek yang dijadikan sebagai muzium, namun kami hampa kerana kapal korek ini dalam baik pulih . Kami meneruskan perjalanan balik untuk singgah ke Menara Condong.




  • Kami sampai di Menara Condong lebih kurang pukul 5.30 petang selepas mengunjungi Istana Kellies.  Pada masa itu hujan lebat, dan kami melihat waktu masuk, malangnya waktu masuk dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang tidak sama dengan waktu yang terpapar di Google semasa kami melayari internet.  Oleh kerana kesuntukan masa dan waktu melawat telah ditamatkan, maka kami sempat bergambar sahaja di hadapan Menara Condong. 
  • Terkilan kerana tidak dapat menaiki dan mengetahui khazanah yang terdapat di dalam bangunan .ini. Insha-Allah suatu hari nanti kami dapat melawat ke Menara Condong ini....kecewa tak terkata, ingatkan waktu tutup pukul 9.00 malam rupa-rupanya pukul 6.00 petang.

Saturday, December 6, 2014

Program pasca UPSR

Selepas peperiksaan UPSR, tidak banyak yang dapat ku sisipkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid-muridku kerana kekangan ulangan peperiksaan kertas Matematik, dan Bahasa Inggeris manakala kertas Sains ditangguhkan kerana kebocoran saoalan soalan tersebut.  Nasib baik  kertas  Bahasa Melayu terselamat, tidak perlu diulang.  Kertas akhir ialah pada 8 November 2014 kertas Matematik 1.
   Dalam pada itu, aku pula terpaksa menghadiri mesyuarat pemeriksa kertas penulisan dan sebagai pemeriksa kertas pendidikan awal kanak-kanak, maka masa pasca UPSR semakin berkurang.  Adapun aku cuba terapkan amalan kesihatan iaitu gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan cara-cara pemakan yang sihat serta senaman.  Malangnya murid-murid tidak berminat, diminta aku menayangkan filem Melayu yang didownload dari youtube.  Aku membawa LCDku, speaker, CD ROM dan pendrive yang memuatkan perisian filem tersebut dan menyangkan di dewan sekolah yang seluas sebuah bilik darjah.
  Kemudaian, aku menayangkan pula filem "Dugaan Negara " dan Kemerdekaan Malaya' tujuanku untuk menanamkan semangat patriotik di kalangan mereka.  Filem yang ku tayangkan adalah filem hitam putih yang menunjukkan kehidupan tahun -tahun sebelum kemerdekaan Malaya , Kehidupan pada zaman Jepun, Komunis dan  semasa hendak  menuntut kemerdekaan.  Puas dipujuk agar melihat filem ini dan bandingkan dengan kehidupan mereka masa kini. Murid-murid sekarang memang tidak mahu mengenal sejarah, pada hal daripada sejarahlah kita dapat membina semangat jati diri yang kental.
   Kemudian sibuk pula buat persiapan untuk Jamuan Perpisahan Tahun 6, dan akhirnya Jamuan Kelas Tahun 6 Bestari. Memang selalunya kelasku ada backdrop.  Backdrop ini ku buat bersama-sama dengan murid kelas Tahun 6 Bestari.  Semua huruf (master)  ada dalam simpananku, gunting , kertas warna dan sugar paper,  Aku bertnasib baik kerana mereka berminat pula dalam kerja-kerja begini.   Dalam melakukan kerja ini barulah kita ketahui kemahiran mereka.  Ada yang tidak berapa pandai dalam menekap, menggunting huruf, menampal dan menyusun huruf-huruf supaya menjadi perkataaan dan seterusnya menjadi tajuk .
    Syukurlah, akhirnya siap juga backdrop yang mudah dan perbincangan menu jamuan kelas.Ada antara mereka yang hendak membawa kek, mi kuah,, air gula, jus, mi kung fu, kuetiau, agar-agar , buah dan sebagainya. Jamuan telah ditetapkan pada 7 November 2014.



                            Persediaan backdrop Jamuan Perpisahan Tahun 6 Bestari 2014
 
                                        Persediaan Jamuan Perpisahan Tahuan 6 2014

Thursday, December 4, 2014

Majlis Perpisahan tahun 6 Bestari 2014

Setelah diadakan jamuan Tahun 6 di dewan sekolah, akhirnya pada hari Jumaat, 14/11/2014, aku mengadakan  Jamuan Perpisahan Tahun 6 Bestari.  Setelah berbincang dengan murid-muridku, tiada kutipan duit kelas yang dibuat, kami membahagikan peranan masing-masing.  Ada yang membawa agar-agar, mi kuah, air gula, sunquick, air masak/air mineral, roti canai, kek, buah oren nasi goreng, kuetiau kung fu dan pinggan serta mangkuk polistrin.
   Sebenarnya, aku mahu mengurangkan penggunaan pinggan dan mangkuk polistrin dengan meminta mereka membawa pinggan mangkuk , cawan serta sudu sendiri. Malangnya pada hari tersebut hanya 3 orang sahaja yang membawanya.  Kekadang hendak marah juga dengan muridku ini hanya 14 orang sahaja pun sukar mematuhi arahan.  Kusuruh bawa buah oren dibawanya buah epal dan buah lai. Aku minta dia buat sekilo air gula, dibawanya sebotol kecil dan sunquick botol kecil.
  Pada dasarnya aku kurang percaya kepada anak muridku, maka aku sendiri akan membawa makan tersebut kerana aku telah berjanji akan belanja mereka makan tanda kesyukuran kerana suamiku dapat bertukar  ke Melaka.  Namun perkara ini tidak kuberitahu mereka. Untuk persediaan awal, aku telah membuat 4 biji kek, nasib aku kurang baik kerana sebiji kekku telah hampir hangus di bahagian atas kerana alat pengawal timer ketuharku telah patah , jadi terpaksalah kawal sendiri semasa kek itu masak. semuanya ku buat sendiri tanpa bantuan orang lain.
  Malam Jumaat itu, aku siap-siap menyediakan bahan untuk membuat tomyam campur iaitu ayam, sotong, udang, lobak, fishcake, fishball, bawang, tomato, serai dan sebagainya.  Aku terjaga pukul 4.30 pagi, aku mula memasak.  Nasib aku baik tepat pukul 6.00 pagi semuanya siap dicelur dengan 8 bungkus mi, enam bungkus kuetiau dan sebungkus bihun.  aku minta bantuan anak bongsuku masukkan semua barang-barang ke dalam kereta, Sarat  bonet belakang  keretaku dengan kek, kuih tako, tomyam , air gula, Sunquick blackcurrant 840ml,
  Sehari, sebelumnya aku telah membuat backdrop bersama-sama dengan murid-muridku dan menyusun meja serta kerusi. Oleh kerana semua guru dijemput, maka aku meminta murid-muridku mengambil kerusi di stor.  Jangkaanku pukul 9.00 pagi jamuan dimulakan , tetapi disebabkan perjumpaan pagi dengan semua guru SKMT, maka terlewat sedikit hendak menyediakan hidangan.  Tambahan pula aku seorang sahaja, hendak harapkan muridku perlu ada pengawasan daripada guru maklumlah budak sekarang tidak tahu membuat kerja.  Aku tugaskan 3 orang membuat air blackcurant, meletakkan dan menyusun makanan di atas meja . Murid perempuanku ada tiga orang, namun 2 orang tidak datang tinggallah seorang.
  Belumpun sempat menghidangkan makan di meja, GPK telah datang. Melihatkan persediaan yang belum lengkap, dia hanya menunggu sambil menjemput guru-guru lain melalui telefon bimbitnya.  Aku membebel dengan muridku kerana aku suruh bawa buah oren dibawa buah epal dan buah lai, bukankah bertambah kerja.  Nasib baik ada dua orang murid lelaki dari kelas 6 Arif datang membantu membuang kulit buah tersebut.
  Akhirnya, setelah semua siap, bacaan doa makan dan acara menjamu selera.  Murid-muridku ini bukan boleh nampak banyaknya pinggan-mangkuk dan sudu yang ku beli, digunakan sebanyak yang boleh.  Tentulah kena marah, sudahlah tak bawa, sikap membazir pula sedangkan aku nak gunakan untuk  murid-murid lain jika ada makanan yang berlebihan.
  Syukurlah ramai juga murid yang boleh makan tetapi aku tak pasti berapa orang yang dapat  makan.  Jamuan itu bermula dari pukul 9.30 pagi hinggalah pukul 12.00 tengah hari hingga hanis i semua makanan.  Aku menjemput murid-murid dari kelas lain terutama semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Arif. Syukur....Alhamdulillah tiada pembaziran...