Friday, May 6, 2016

Detik 29 April 2016

Pada 29 April hari bersejarah buat anak keduaku, konvo setelah setahun habis belajar.  Syukurlah beliau dilantik menjadi doktor sebelum konvo.
 Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi menuju ke Dewan Agong Cancelor  (DATC) UiTM Shah Alam.  Kami bersyukur dapat 4 tempat, dua untuk ibu bapa dan dua lagi atas tiket VIP.  Dengan  sticker VIP, setibanya kami di pintu masuk UiTM, kami di escort sampai parking betul-betul depan dewan pintu masuk.  Syukur alhamdulillah, mungkin berkat dapat besan dan berkat bawa emakku.
   Kalau dahulu ramai yang meraikan konvo si anak sulung.  Kali ini kami berempat sahaja tanpa kakakku dan anak sulungku. Oleh kerana , anak kedua dah berumahtangga dan sedang mengandung anak sulung 37 minggu, keutamaan dapat parking di atas dah rezeki dia agaknya.
  Aku pula tak sempat nak beli bunga, puas cari di belakang gerai, daripada dewan Canselor kami menuruni tangga ke gerai.  Syukurlah hari penghabisan sesi last konvo dapat bajet murah, sejambak bunga harganya RM50, dapat RM20.
  Ramainya orang, kami berasa sedih pula kereta kami jadi tempat letak bunga dan tempat bersandar.
Kemudian , kami lunch di Hotel Concode...duk makan bersama-sama besan sekeluarga dan kami sekeluarga....syukur Alhamdulillah, semoga kenangan ini kan kembali lagi buat anak yang ketiga pula,,,Ainun Syamirah.









Monday, May 2, 2016

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT /LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES 2016

Kini Membaca 1Malaysia pula dilancarkan.  Aku telah ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Melaka pada 21 April 2016. Hendak dapatkan parking bukannya susah. Pusing-pusing di sekolah Cina, kononnya ada parking, kemudian mencari di tempat lain, pusing lagi, akhirnya letak kereta di tepi jalan di sebelah atas perpustakam itu.
   Aku masuk ke dewan berjumpa pula rakan setugas . Tetapi tak dapat duduk setempat. Setelah mendengar taklimat , laporan pula diminta sebelum atau pada 5/5/2016. Aku pun wassap sahaja kepada pentadbir dan guru besar.  Aklu dipanggil untuk menjalankan program tersebut.
  Aku memberi pendapatku bahawa ba

caan serentak dibuat secara berasingan di dalam kelas.  Semua murid dan guru diminta membaca 10 minit pada 25/4/2016.  Aku meminta Ustazah Pn Siti Aminah bt Mustafar agar mengumumkan semua guru dan murid bersedia untuk membaca pada pukul 10.50 pagi. Tepat pukul 11.00 pagi , beliau membunyikan loceng mula dan akan membunyikan loceng tamat membaca pada pukul 11.10 pagi. Perkarayang penting ialah murid dan guru membaca serentak 1 Malaysia.
   Syukur, alhamdulillah, membaca 1 Malaysia dapat dijalankan.
taklimat pada 21 April 2016

Objektif program









Sunday, May 1, 2016

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan di SKMT pada 4 April 2016.  Pada 5 April pula dilaksanakan Kem Membaca  peringkat sekolah selama 10 minit.  Disarankan juga program lain seperti pertandingan mewarna, teka silang kata dan mencipta kenderaan bagi murid -murid Tahap pada pukul 2.30 - 4.30 petang semasa Pendidikan Seni Visual.
   Pertandingan mewarna dan teka silang kata dijalankan semasa kokurikulum manakala teka silang kata bagi tahap satu dijalankan dalam masa Pdp Bahasa Melayu manakala mewarna dijalankan dalam masa Pendidikan Seni visual.
   Antara aktiviti pelancaran membaca dijalankan ialah nyanyian membaca 1 Malaysia, gimik mencari peribahasa di dalam belon yang telah dipecahkan. Murid diminta menyebut peribahasa berdasarkan paparan gambar dan gambar tersebut dipaparkan pada skrin supaya semua murid boleh menyaksikan pdp berjalan.  Kemudia penyerahan buku kepada semua guru kelas sebagai simbol kepentingan membaca di kalangan guru dan murid.
  Semoga program ini memberikan impak yang baik kepada semua warga sekolah.
 
Perhimpunan perasmian pada 4/4/2015





                                                     Nyanyian beramai-ramai lagu membaca

                            Aku sendiri yang memberi arahan sebagai ketua Panitia Bahasa Melayu

                                               aktiviti membaca pada 5/4/2016







                                       Murid tahap 2 menyertai pertandingan mewarna
                                     Murid Tahun 2 menjawab menyelesaikan teka silang kata






 

Saturday, April 30, 2016

Jom , Susuri Sungai Kuantan

Kesempatan dan peluang yang ada kami gunakan.  Aku, suamiku, anak bongsuku, emak, abang dan kakakku berpeluang menyusuri Sungai Kuantan selama sejam .  Kami sampai di jeti pada pukul 9.00 pagi.
  Sebaik membeli tiket RM15 seorang, kami dibawa oleh petugas di situ.  Seorang memandu bot dan seorang lagi menerangkan sepanjang kami menyusuri sungai Kuantan itu.  Apa yang menarik hati kami, sebuah bot Lesen C berharga RM300 000, sekiranya pemilik mempunyai 3 bot, tentulah tergolong dalam golongan orang yang kaya.
   Kami melihat keindahan kampung nelayan dan dapat penerangan tentang kehidupan nelayan.  Kampung nelayan terdiri daripada nelayan tempatan dan nelayan asing. Lengkapkan dengan segala kemudahan seperti tempat kapal dan bot nelayan dilabuhkan, dibaiki dan dibuat.  Harga sebuah kapal baru berjuta ringgit dan dibuat selama 2 tahun.  Sayang pula tak ada kesempatan merakamkan gambar tersebut.
     Panorama paling menarik ialah pemandangan air sungai dengan pertemuan Sungai Lembing dan Sungai Tanjung Lumpur serta Laut China Selatan.  Tempat ini menjadi laluan kapal nelayan yang menggunakan pelbagai kaedah menangkap ikan sama ada menggunakan pukat, sangkar atau pukat jerut.
    Untuk keterangan lanjut saya kepilkan maklumat mengenainya.

JETI Shahbandar Kuantan River Cruise.
KALAU berkunjung ke Kuantan, Pahang jangan lupa singgah ke Jeti Shahbandar dan menaiki bot Kuantan River Cruise yang menjanjikan keseronokan menyusuri muara Sungai Kuantan sambil melihat kehidupan burung helang atau kera bergayut di pokok bakau air masin serta aktiviti bot nelayan di pesisiran sungai dekat situ.

Andai bernasib baik reptilia paling ditakuti manusia seperti buaya tembaga juga boleh ditemui berjemur tetapi jangan risau kerana reptilia ini tidak pernah dilaporkan mengganggu manusia.

Kuantan River Cruise pernah beroperasi di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan hari ini diuruskan oleh Bukit Gambang Resort City (BGRC). Sejak diambil hampir dua tahun, BGRC memberi nafas baharu dengan membawa pelancong melihat bandar Kuantan dari sungai.

Bermula di Jeti Shahbandar Dua bot diberi nama Star 1 dan Kuantan 2 yang mampu memuatkan 50 pelancong bersedia membawa penumpang menyusuri perkampungan nelayan yang pernah menjadi laluan kapal dagangan satu masa dulu.

Perjalanan bersiar-siar menyusuri muara Sungai Pahang ini bermula di Jeti Shahbandar di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Ia akan membawa pelancong kelima lokasi, iaitu Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kawasan pembiakan kelipkelip, Jambatan Tanjung Lumpur, kawasan pokok bakau sebelum berakhir di muara sungai Laut Cina Selatan.

Di lokasi ini, kita akan dibawa melihat aktiviti bot dan nelayan dari Kampung Peramu dan Tanjung Lumpur berulang-alik dan memunggah hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber terpenting bekalan protein kepada penduduk seluruh Pahang.

KUANTAN River Cruise pernah beroperasi di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan hari ini diuruskan oleh Bukit Gambang Resort City (BGRC). - Foto Faiz Anuar
Nikmati makanan laut di Tanjung Lumpur Penulis bersama jurupandu pelancong Kuantan River Cruise, Asrul Hanif Baharuddin, meninjau sepanjang laluan 9.8 kilometer hingga ke muara sungai Laut China Selatan dengan pakej Sunset Cruise sekitar jam 6 petang.

Perjalanan dua hala dari jeti Shahbandar hingga ke muara sungai Laut China Selatan dengan bot berkelajuan lapan batu nautika sejam dirasakan terlalu singkat tatkala penulis sedang asyik melilau pemandangan hutan bakau dianggarkan berusia 500 tahun di sepanjang laluan 9.8 kilometer (km) itu.

Sambil bot Catamaran menyusuri ombak kecil, Asrul memberi penerangan ringkas mengenai lokasi kami lalui dengan mengaitkan sejarah Sungai Kuantan dan jaluran penduduk yang tinggal di sepanjang sungai ini.

Keseronokan kemuncak menyusuri sungai ini ketika waktu matahari terbenam dan waktu malam. Ketika itu suasana menjadi tenang ditambah pula cahaya lampu jalan melimpah permukaan air sungai pasti memukau sesiapa yang menggunakan perkhidmatan Kuantan River Cruise ini.

Seri limpahan lampu ketika perjalanan balik ke jeti kira-kira jam 8 malam, Bandar Kuantan kelihatan `hidup' apabila lampu limpah berwarna-warni dari Jambatan Tanjung Lumpur dan Esplanade Benteng Kuantan.

Asrul menjelaskan, Esplanade Benteng Kuantan meriah pada Sabtu dan Ahad apabila pelancong tidak melepaskan peluang mengunjungi pasar malam sepanjang satu hingga 2 km.

Lebih bermakna lagi apabila anda menaiki bot persiaran ini bersama keluarga menikmati panorama waktu malam, sambil melihat kelip kelip dan selepas itu menjamu selera makanan laut di Tanjung Lumpur yang diberitakan cukup sedap pada harga berpatutan.



Sunday, April 10, 2016

BAHANA ELNINO

Cuaca yang panas dan kering melanda negara kita , menyebabkan berbagai insiden.  KPM pula melarang murid-murid atau pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah malahan pemergian seorang guru di utara akibat bahana ini menyebabkan sekolah di utara ditutup selama 2 hari.
   Aku pula pada awalnya mendapati bibirku mula merah-merah.  Kemudian bengkak akhirnya tiga biji mata ikan timbul di sebelah atas kiri lidah manakala sebelah atas kanan bibir juga bengkak.  Sebiji anak ikan yang besar.  Keadaan ini menyebabkan aku terpaksa makan bubur dan quaker oat.
Dah 2 kali suamiku beli bubur nasi di MD. Selain itu aku makan biskut cicah air sahaja, 
   Aku minta petua dari rakan-rakan fb.  Bermacam-macam diberi.  Kalau bonjela dah nak habis setiub. Kemudian berkumur-kumur dengan air garam, walaupun pedih ku cuba jua.
 Minum pula air buah-buahan. Air kelapa laut dan air kelapa muda.  Setakat ini dah hampir seminggu.
  Selain itu, gigi pula bergoyang. Mahu ku buang sahaja kerana selalu mengganggu. Akhirnya ku gagahi juga ke Klinik Gigi Doktor Faizal. Gigi geraham bongsuku dicabut dengan mudah, memang tak terasa langsung.  Sebatang gigi yang dicabut berharga RM50.00 .  Hari ini 11/4/2016 aku mc.  Semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik.

Saturday, March 19, 2016

Operasi pelupusan ...Jumaat & Sabtu, 18 & 19/3/2016

Pokok mangga dan pokok jambu yang ku upah tebang RM750 bersama 2 batang pokok mangga serta sebatang pokok jambu yang dibuang dahan.  Aku katakan harganya agak mahal, walaupun saudara Midon tu ada kena mengena dengan mak mertuaku.  Maklumlah apabila duit ,mana ada ingat hubungan saudara mara.
  Terkena batang hidungku apabila ketiga-tiga orang polis yang datang ke rumah. Omelannya, rumah besar, orang tiada dan perlukan pekerja kemaskan rumah.  Bagaikan panahan petir bagiku. Tak kisahlah rumahku.  Memang aku tak berdaya untuk membuat semuanya.  Harapkan yang lain seolah-olah menyepi nampaknya.
   Hari ini, aku mengumpulkan kudrat tulang 4 kerat, membakar batang-batang kayu tersebut yang dah benar-benar kering.  Sejak semalam , petang Jumaat pukul 6.00 petang aku membakar batang-batang kayu tersebut. Hari ini, Sabtu aku meminta anak sulungku angkat beberapa batang kayu untuk membakarnya sementara si suami mengangkat sedikit. Puas ku minta dia membakarnya, namun lain pula yang dibuatnya, meracun rumput pula dah.  Aku minta dia racun di kawasan bawah di pagar tu,nampaknya banyak pokok-pokok yang melilit.  Tambah marah , aku dengan jiran sebelah, semua sampah-sampah diletakkan di tepi pagar, hangin juga.
   Untuk menjimatkann masa, aku membuat 4 longgokan. Kira dari petang semalam ada bara, senanglah api membakar kayu-kayu tersebut, kalau buat lemang sedapnya....tapi siapa pula yang ada kemahiran.  Teringat pula arwah ibu mertuaku, dulu rajin juga dia bakar lemang, maklumlah ada kudrat sikit tetapi akhirnya dah bercucu -cicit , dah tak buat.
  Syukurlah , selesai juga kayu-kayu tersebut, petang pula bakar yang di bawah. Aku kelilingi dengan siraman air takut mati pula pokok pisang dan pokok manggaku yang masih belum berbuah.





syukurlah selesai juga tugasku.

Thursday, March 17, 2016

Insiden 17 Mac 2016

Pagi-pagi lagi lebih kurang pukul 7.30 , suamiku bertanya kepadaku, beg duit siapa di atas kusyen. Nampak sahaja beg hitam tu, tentulah kepunyaan ibuku, bila masa pula dia keluar rumah, Sejak kebelakangan ini dia hanya tidur, bangun dan makan. Aku pun tak fasal-fasal berleter, entah mana duit RM60.00 dibuang.
   Kemudian suamiku menuju ke keretanya.  Barulah dia tahu ada orang pecah cermin keretanya. habis diselongkar dashboard . berseleraklah surat-surat di dalamnya. Habis duit simpanan RM400 yang disimpan diselit-selitnya. Dia pun hairan kerana bilamasa pula dia tak tutup cermin tingkap.
  Sebenarnya malam tadi, aku ada terdengar bunyi , krik, krik,krik. tetapi bunyi itu sekejap sahaja. Kadangkala bunyi tersebut mungkin kucing atau musang. Kejadian ini merupakan kali ketiga kecurian di rumahku.
  Kali pertama, bulan puasa lebih kurang 3.15 pagi pada tahun 2001. Mereka masuk ke rumahku melalui pintu gril dan sliding door. Suamiku terjaga , dan melihat seorang demi seorang masuk ke dalam rumah dengan berseluar pendek. Suamiku bingkas  bangun dan menutup pintu sambil menyuruhku mengambil mertun di bawah katil. Mereka berpaling dan kami berlawan tutup dan buka pintu.  Akhirnya kami berjaya menutup pintu. Aku pula mula menarik sliding windor dan menjerit, tolong, tolong, tolong!. Aku diminta tidak menjerit , suara dari luar tingkap siap mengetuk cermin tingkap dan mengarahkan aku jangan menjerit.. Memandangkan semua dah terjaga , mereka keluar dari rumah dan suamiku pula memasang semua lampu di dalam dan di luar rumah . Sempat juga dia mengejar pencuri tersebut. Mereka lari dan melompat pintu pagar rumahku. Keesokannya, ku lihat dawai pagarku telah dipotong. Mereka  membuat dua lubang, di depan dan di belakang rumahku.
    Kali kedua pula, balik dari sekolah  gril tingkapku dah senget . aku tanya ibuku, katanya ada orang masuk ke dalam rumah dan minta duit daripadanya. Nasib baik tak diapa-apakan ibuku. Semasa kejadian mungkin pukul 12.00 tengah hari lebih...semasa itu akan akan pulang dari sekolah. Aku dah lupa kejadian itu mungkin tahun 2008, sebab kejadian itu berlaku ketika aku membaiki dapur rumahku yang terbakar.
   Dalam kejadian ini, gerak hatiku sentiasa benar tetapi aku ini  jenis tak berapa kisah sangat. Mungkin Allah mengujiku....selalunya begini apabila kejadian itu sudah berlaku barulah aku ingat segala-galanya.  Berbalik insiden tadi,polis hanya datang merakamkan gambar selain mengambil gambar nombor rumah. Mereka datang bertiga.  Kami disarankan pasang cctv, dan mereka menyatakan suspek mungkin budak Lendu yang baru keluar parol ,adalah dua tiga orang yang habitnya mencuri, tertoleh pula mereka pekerja kebun sayur di sebelah rumahku, mereka ingatkan pekerja Indonesia, tetapi pekerja Bangladesh....wallahu'alambissawab...semoga kejadian ini tidak berulang lagi....aamiin.
  Kehilangan wang adalah dalam RM460 dan baiki cermin kereta RM200 termasuk upah. Kehilangan wang boleh dicari tetapi kehilangan kepercayaan bahawa kampungku dah tak aman lagi........