Semasa menginap di hotel Rowadha Al Aqiq , makanan bermenukan nasi Arab setiap kali makan tengah hari dan makan malam menjemukan. Nasib baik , antara kami ada yang membawa bekalan seperti maggie , sambal dan serunding. Setiap kali makan, kami akan berjemaah dan berkongsi makanan. Peristiwa ini amat manis bagi kami. Selama 7 hari , kami saling mengenali serba sedikit latar belakang dan sikap antara kami.
Ada yang rajin membasuh pakaian setiap hari sampai dua tiga kali sehari. Ada yang suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan ada yang kurang sihat, banyak berehat sambil berbual atau bersembang hal keluarga masing-masing. Bersyukurlah kami tidak menghadapi masalah di sepanjang masa selama 7 hari walaupun ada sedikit perselisihan pendapat.
Ramai orang kata , jika di bumi Madinah atau Mekah jangan kita berkata yang tidak elok. Aku kan suka berterus terang. Memang lauk dan menunya yang setiap kali nasi arab, lauk ayam atau ikan selang tiga hari dan sesekali sotomg. Menu ini agak menjemukan, sebab itu ramai yang makan maggie. Kami pernah terserempak seorang daripada jemaah kami membawa magie satu beg besar yang bersaiz muatan 18 kg . Bayangkan setiap hari makan magie, menurutnya mereka (suami isteri ) , suaminya tidak lalu makan nasi, dia makan maggie. Mulutku tiada insurans, maka aku beritahu tak elok makan maggie setiap hari. Harga secawan maggie di sini SR 5 dan roti yang bersaiz seperti roti RM1.20 berharga SR 2.
Semasa di Madinah, kami dibawa melawat Raudhah, makam Nabi Muhammad s.a.w dan perkuburan Baqi. Kami dibawa melawat kebun kurma dan membeli belah di sana. Kemudian, kami dibawa ke Bukit Uhud dan makam gugurnya para syuhada semasa perang Uhud. Di sini ada menjual banyak barangan seperti jubah, herba, dan peralatan seperti payung, Oleh kerana cuaca panas , aku membeli sekaki payung dan sebuah topi.
Kami juga dibawa menziarahi Masjid dua kiblat . Kami sembahyang sunat di masjid , Terdapat jualan juga di sini. Ramai pelancong yang dibawa menziarahi masjid ini.
Tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan selain sembahyang setiap waktu di Masjid Nabawi. Ingin juga kubawa kawan-kawan menzirahi Muzium AlMaul Husna / muzium nama-nama Allah, Muzium yang berhampiran tetapi semuanya ditutup, mungkin dalam penyeleranggaraan. Selain itu ada juga masjid sahabat nabi s.a.w seperti masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Omar dan masjid saidina Ali yang dalam kepungan, hendak diruntuhkan untuk membina bangunan baru. Semua pengalaman ini aku dapati daripada ziarah umrah Sahedah Travel pada Disember 2017.
Sebenarnya kalau hendak membeli jubah , sejadah, kopiah atau cenderamata belilah di Madinah. harga barang-barang lebih murah dan banyak pilihan di bazar-bazar dan gedung pakaian yang berdekatan dengan hotel. Aktivit membeli -belah dinasihatkan membeli dengan kawan-kawan, jadi kita dapat tawar dengan lebih murah. Kalau membeli -belah janganlah tawartetapi tidak mahu beli.
Mereka akan mengatakan kita kedekut. Masih terbayang di benakku, apabila mereka menyatakan orang Malaysia bagus, Indonesia tak bagus. Aku malas nak layan . Mereka masih menganggap bekas perdana menteri kita Dato' Sei Najib perdana menteri Malaysia, rasa nak gelak pun ada.
Ada peniaga, yang menawarkan rasalah jualan seperti kurma, kacang, kismis, zaitun, kacang cerdik dan sebagainya. Katanya sebiji halal , kali kedua haram. Ada yang buat tak layan jika datang ke gerai mereka. Nasiblah, kita pun pilih gerai yang mesra pelanggan.
Di Madinah kurang peniaga yang menjual makanan seperti selera orang Malaysia. Suamiku selalu dapat beli nasi lemak atau bihun daripada peniaga Indonesia tetapi jualannya terhad, kalau lambat dah habis. Kami memang tidak diberi sarapan pagi, jadi sarapan pagi pandai-pandailah urus sendiri.
Seronok juga tinggal di Madinah terutama merebut peluang pergi ke raudhah . Aku hanya sempat 3 kali memasuki raudhah di sepanjang 7 hari di sini. .
....bersambung perjalanan ke Mekah
Sunday, November 11, 2018
Saturday, November 10, 2018
Tragedi di Madinah 2018
Kami bertolak ke Madinah dahulu selama 7 hari dan 39 hari di Mekah. Perjalanan bermula pada 30 Julai , 8.00 malam. Kami menetap di Rowadha Al Aqiq hotel lebih kurang 450 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Penerbangan kami KY 17B dan maktab 75.
Kami berenam dalam satu bilik 505, bermakna tingkat 5 . Kami diberi dua kunci bilik. Jadi, kami berpecah dalam2 kumpulan. Masing-masing bilik lelaki dan bilik perempuan sebelah menyebelah mengikut pasangan suami isteri.
Semua roomate kami orang Melaka. Rata-rata berumur 50-an dan 60-an dan seorang 70-an.. Selalunya kami ke masjid dalam kumpulan setiap waktu kerana dekat. Banyak trajedi yang berlaku dalam bilik ini.
Pertama, hidup umpama adik beradik kita mestilah bertolak ansur dan saling menjaga kebersihan bilik. Pada mulanya, bilik kami terlalu sejuk penghawa dinginnya. Sudah beberapa kali kami memberitahu pihak pengurusan supaya membaiki atau dapat kami mengurangkan kesejukan suhu di bilik kami. Namun dah 2 hari , kami tak berjaya menemu juru teknik. Hampanya harapan kami untuk membantu Kak Feah. Dia terpaksa berkerusi roda kerana kekajang urat di kaki.
Beberapa kejadian yang tak terduga menimpa kami. Salah seorang kakak ini tidak tahan sejuk, maka kakinya seakan-akan kejang. Menangis kekejangan , sukar hendak berjalan.. Akhirnya suaminya, membeli kerusi roda untuk memudahkannya bergerak dan sembahyang di masjid.
Aku dengan ringan mulut memberitahu salah seorang sahabat tabung haji. Nasib kami baik, setelah diberitahu cara mengawal penghawa dingin itu, aku berjaya mengawal suhu bilik, selesai satu masalah..
Kemudian, timbul masalah lain pula. Ada antara kami yang tidak tahu menggunakan tandas duduk atau tidak sempat hendak membuang air besar. Atau ada kemungkinan membuang air besar dalam mangkuk tandas tetapi cebok di bawah atau di atas lantai, maka ada sisa najis. Memandangkan hal ini, aku dengan sukarela meletakkan selipar di dalam bilik air untuk mengelakkan terkena sisa najis atau air najis tersebut. Tambahan pula, aku dah biasa pakai selipar di dalam bilik air.
Tragedi yang tidak dapat kulupakan ialah apabila salah seorang daripada roomate kami terkunci di dalam bilik air. Nasib baik kami bertiga ada dalam bilik. Kalau tidak aku tak tahu apa akan terjadi kepada kawan kami tu., Lama juga terkunci, sehingga mangsa hampir sesak nafas. Memang tindakan pertama, aku memanggil pihak pengurusan hotel, Nasib baik ada telefon di dalam bilik hotel ini.. Memudahkan aku menghubungi pihak hotel dan suami agar membantu. Akhirnya juru teknik datang Apabila aku memberitahu "urgent and we need help." dengan segera juru teknik datang . Dia cuba memberitahu aku dan meminta mangsa melakukan seperti yang diberitahu. Namun gagal. Aku beria-ia menerangkan tindakan kami. Namun Pak Arab ini memang degil kot, aku juga dimaarahinya. Setelah usahanya tidak berjaya, dia mengumpil tombol pintu dan memasang semula. Dua kali dia turun naik bawa peralatan seperti pemutar kru, sepanar dan sebagainya. Sejak hari itu, kami tidak mengunci bilik air apabila menggunakannya.
Kami tutup atau rapat sahaja.
Seperkara lagi, kami berharap setiap suami apabila memanggil isteri , jangan terlalu kerap, mengganggu ketenteraman kami yang berada di dalam bilik. Terlalu kerap , kalau sekali dua, dalam sehari ok juga. Begitu juga , penggunaan bilik air, biarlan memberi laluan kapada rakan yang lain hendak membasuh pakaian dan menggantung pakaian.
Banyak pengajran yang perlu kita pelajari daripada kehidupan 7 hari di Madinah. Tragedi terkunci di bilik air menguji sikap setia kawan, menguji kesabaran, tolah ansur dan saling bekerjasama untuk mendapat haji mabrur dan umrah yang mabrurah.
........bersambung pengalaman di Mekah 2018

Sunday, October 28, 2018
Majlis persaraan PO , Pn Rokiah Awang
Majlis bermula lebih kurang pukul 12.00 tengah hari dengan dimulai dengan ucapan Guru Besar dan Pn Rokiah bt Awang , pembantu operasi N11 yang berkhidmat selama hampir 4 tahun setengah di SKBR. Majlis persaraan dibuat dengan tujuan menjimatakn masa, tenaga dan perbelanjaan. Tambahan pula , majlis persaraannya pada 25 Mei 2018. Oleh kerana Pn Rokiah masih mempunyai banyak cuti, maka dihabiskan cutinya. Tarikh keramatnya persaraannya dibuat serentak dengan Hari Guru.
Pn Rokiah merupakan po yang rajin dan jujur. Semua kerja dilakukan dengan baik. Aku baru kenal 2 bulan sahaja, namun kemesraan seperti sudah lama terjalin. Kami senang mesra kerana kak Kiah merupakan seorang pekerja yang mudah didekati serta melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
Majlis diserikan dengan bacaan biodata dan tayangan media sepanjang kak Kiah berkhidmat di sekolah ini, Video tersebut adalah ucapan akhir daripada guru besar, barisan pentadbir dan warga sekolah. Acara kemuncak bamenghargai jasa dan perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah adalah penyampaian hadiah kepada Pn Rokiah dan majlis sent off, mengetik kad kehadiran di mesin perakam waktu dan lambaian kasih dengan aktiviti bersalam-salaman dengan murid tahap 2. Oleh kerana kesuntukan masa, murid sepatutnya pulang maka majlis lambaian kasih dilakukan dahulu dan majlis jamuan makan bagi tetamu yang diraikan Pn Rokiah bt Awang.....Selamat tinggal dan selamat bersara pada usia 58 tahun.

Tercapai Impian 2018
Banyak kenangan manis buat keluarga ku pada tahun ini. Di sepanjang tahun ini, perkara yang tak diduga dan apa yang ku harapkan telah tertunai. Pertama, aku dapat mengerjakan haji setelah menunaikan umrah pada Disember 2017.
Syukur Alhamdulillah, niat dan impian dah terlaksana. Aku memang bersungguh-sungguh berdoa di Raudhah dan di hadapan Kaabah semasa menunaikan umrah. Sekembalinya aku ke tanah air dari Mekah 2017, 18/12/2017 aku membuat surat rayuan Haji bersama-sama dengan suamiku bagi tahun 2018M/1439 H di Tabung Haji Alor Gajah.
Bulan April, suamiku mendapat panggilan telefon daripada TH Masjid Tanah. Malangnya dia hanya seorang yang mendapat tawaran mengerjakan haji, Bagaimana pula dengan aku? Suamiku hendak menolak kerana dia dapat pergi seorang. Tetapi aku memintanya menerima dahulu dan beri jawapan pada malam itu juga di UTC. Tak apalah aku mungkin pergi sendiri nanti, kalau ada rezeki.
Mengapa suamiku dapat tawaran seorang, jawapannya ialah kerana suamiku daftar haji bulan April 2008 , aku pula bulan 8 pada tahun yang sama.
Sebenarnya aku telah membuat persiapan ssejak tahun 2014, sekiranya aku tidak berkesempatan menunaikan haji, aku ada membuat caruman PELAN SIMPANAN MABRUR di mana banyak kemudahan yang boleh kudapati sekiranya apa-apa terjadi kepadaku. Pelan ini akan membuat badal haji kepada pencarum.
Aku juga meminta supaya suamiku memohon rayuan buatku sekali lagi. Pihak TH tidak memberikan jawapan yang pasti. Selama tempoh itu , perkara ini mengganggu fikiranku. Mana tidaknya , aku teringat dahulu , Tuan Hj Dzulkifli bin Mahmood, mantan guru besarku ada mengemukakan soalan, cikgu Kalsom tak mahu mengerjakan haji. Terpaku aku. Terlontar jawapan daripada aku, cikgu tengok muka saya ini, adakah saya tidak mahu. Beliau tidak tahu, gaji bersihku setiap bulan RM200 sahaja. Itu belum kira perbelanjaan harian, nasib baik rumahku dengan sekolah dekat sahaja, setiap hari berjalan kaki, SK Paya Keladi , selasma 8 tahun aku di sini.
Kemudian teringat aku, ketika mengajar karangan yang bertajuk "Sekiranya Aku Jadi Jutawan. Aku marahkan muridku, Impian dan cita-citanya kecil sahaja. Mereka hanya hendak membeli basikal dan rumah sahaja. Maka aku pun memberikan jawapan seperti membawa ibu mengerjakan haji di Mekah. Maka secara spontan seorang muridku , Mohd Syafid bin Hussin mengemukakan soalan, " Cikgu dah pergi Haji?" Seingatku peristiwa itu sekitar pada tahun 2010Tekejut aku, berani sungguh dia mengemuka soalan itu.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat tawaran mengerjakan haji pada 30/7/2018 - 13/9/2018 setelah mendapat penggilan telefon memintaku datang ke TH Alor Gajah. Tawaran haji di Alor Gajah dan jawapan di TH Masjid Tanah. Maka aku pun sibuk menguruskan sendiri mengambil gambar untuk passport dan buku kesihatan. Segala urusanku dipermudahkan ....aamiin
bersambung pangalaman mengerjakan haji...
Contoh surat rayuan haji
contoh surat pengesahan penerimaan tawaran Haji

Saturday, October 27, 2018
Hari Guru 2018 - SKBR
Tarikh keramat 16 Mei 2018, Sambutan Hari Guru di SKBR. Menjadi lebih bersejarah kerana sambutan tersebut dua dalam satu. Sambutan hari guru dan majlis persaraan po pembantu operasi Pn Rokiah bt Awang.
Sambutan Hari Guru 2018 disambut berbeza kerana agihan masa. Pada mulanya semua guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan. Kemudian semua guru beratur dalam dua barisan diarak menngambil tempat. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah sempena sambutan bulan Ramadhan, yang disambut pada 17 Mei 2018.
Kemudian nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perutusan ketua Menteri Melaka, ucapan guru besar .Acara sambutan hari guru terbahagi kepada 3 acara, guru lelaki memasak, guru perempuan menyertai pertandingan nasyid dan anyaman ketupat. Masa begitu cepat berlalu, pukul 10.30 kehadiran Pn Rokiah sedangkan majlis hari guru belum habis kerana acara pertukaran hadiah, cabutan nombor bertuah dan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut.
Walaupun majlis berselang seli , akhirnya majlis selesai pada jam 1.30 petang.

Tuesday, June 26, 2018
Kejutan 2018
Banyak peristiwa yang terkejut-terkejut tahun ini.
..awal 2018 ....ditukarkan ke SK Paya Rumput
6/3 .... panggilan telefon dan pelantikan GPK HEM SK Bukit Rambai
4/6 .... panggilan tel dapat surat tawaran haji selepas membuat rayuan
suami dapat surat dahulu 16/4/2018 kemudian dia buat rayuan lagi
19/6 .... dapat tahu kereta Atos total lost MBB 2245
20/6 ... Cari bengkel kereta Kin Huat, katanya kereta tak boleh ditengok lagi
21/6 ....Minta surat insuran dan geran kereta melalui wassap
22/6 .... pergi ke Etiqa insuran minta surat kereta total lost
21/6 ... pergi cari bengkel kereta, jumpa dan minta kunci, rotax kereta
22/6 .... minta ambil gamba, kunci kereta dan rotax kereta
24/6 ... pokok durian yang ku tanam berbuah sulung
25/6 ...pergi UTC untuk matikan rotax kereta, tak boleh. ke JPJ, Bukit Katil, matikan rotax
dan ke Etiqa Insuran
26/6 ..pergi ke TH, ambil surat penerbangan ke Mekah pada 30/7
30/6 ..Kursus Perdana Haji di Stadium Hang Jebat dan Masjid China
30/7 ..akan berangkat ke Madinah
10/8 ..akan menyambut hari lahir di Mekah.....
Doakan agar perjalanan hidupku diberkati Allah s.w.t.....aamiin yarabbal'alamiin

Friday, June 22, 2018
Sedih, kukehilangan 2018
Tarikh pembelian kereta Atos MBB 2245 aku tidak ingat, yang pastinya aku beli tahun 2004. Berdasarkan kewangan yang ada padaku bukanlah aku mampu hendak membeli kereta yang lebih baik daripada itu , walaupun gaji ku guru lepasan Ijazah DG 41. Banyak perkiraan yang kubuat.
Dengan adanya kereta ini mudah aku pergi ke sekolah dan menghantar si anak ke hulu ke hilir.
Aku membeli kereta dengan hasrat memudahkan pergerakanku ke sekolah tambahan pula kereta ini menjimatkan. Orang kata, kereta buatan Korea ini tidak ada kualitinya, biarlah, yang penting aku dapat bergerak dengan mudah.
Seingatku, keretaku telah beberapa kali terlibat dengan kemalangan. Kali pertama , berlaku di kawasan Sekolah Teknik Mat Zain , di Pengkalan. Aku, semasa itu memandu perlahan-lahan, tetiba di selekoh sebuah kereta keluar dengan lajunya tanpa mengikut bahagian jalan, maka dia telah melanggar pintu kereta, kemek pintu sebelah pemandu. Nasib baik aku memandu perlahan, maklumlah dalam kawasan sekolah.
Pernah juga si Atos dilanggar di bahagian hadapan kerana kereta di hadapanku berundur. Kejadian ini berlaku semasa aku parkir kereta. Memang geram hatiku, seorang anak muda mengundur kereta tanpa melihat di belakang. Kemek juga . Tetapi aku bernasib baik apabila bawa ke bengkel , Cina tu tarik sahaja bahagian yang kemek itu dengan tangan.
Kali kedua pula kemalangan pada tahun 2009 dengan seorang mahasiswa UiTM Lendu. Dia berlumba dengan kawannya. Ketika itu aku sudah berhenti dan memberi signal masuk ke kanan menuju ke rumah. Sebaik sahaja aku membelok ke kanan, si penunggang motosikal ini terus melanggar keretaku. Motosikalnya terkena pintu sebelah pemandu, kemek lagi pintu sebelah kanan. Dia akhirnya melambung jatuh di atas enjin keretaku, memang jelas kelihatan dia tergolek di atas enjin kereta kemudian jatuh berguling-guling masuk ke dalam longkang di hadapan rumahku. Kes ini lambat selesai kerana aku berpindah ke Sabah. Aku dapat perkhabaran bahawa dia luka berjahit 20 jahitan di dalam dan di luar di kepala, Memang kepalanya berdarah pada masa kejadian. Kes ini selesai setelah aku berpindah di SK Sungai Sireh Selangor, pada tahun 2012 di mana pegawai insurans datang menemuiku untuk menandatangani untuk menutup kes.
Setelah berpindah ke Sabah, keretaku digunakan oleh anak sulungku. Kereta ini juga dipandu oleh kakakku ketika aku tinggalkan Si Atos, di Kuala Lumpur. Malang bertimpa lagi, kakakku pula mengantuk dan terlanggar kereta di hadapan. Nasib baik tak teruk dan masih boleh bertahan lagi.
Sebelum berakhir riwayat , kereta ini dipandu oleh anak keduaku. Dua kali kemalangan. Salah satu antaranya ialah abang kepada pensyarah di Sungai Buluh. sekali lagi dengan seorang lelaki Cina yang sudah berumur, kali ini kereta ini agak teruk. Lama juga duduk di bengkel.
Akhirnya pada 8 Mac 2018, kemalangan yang menamatkan riwayatnya kerana Atos ini total lost, mungkin enjin yang melibatkan puluhan ribu. Aku sebenarnya agak terkilan kerana tidak diberitahu kereta ini tidak boleh diperbaiki lagi, terus diletakkan ke dalam stor sebelum tuan empunya melihatnya. Pada hari Selasa , 19 Jun 2018 aku mendapat wassap daripada menantu mengatakan kereta ini total lost.
Dalam hati memang rasa terkilan, sayang kereta baru pertamaku. Tetapi tak apalah, banyak juga jasanya dan ramai pemandunya. Kereta ini telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun. Jauh juga perjalanannya ke Cameraon Highlands, ke Johor dan IAB apabila suamiku memandunya ketika kereta Unser beerada di dalam pelayaran dari Sabah menuju ke Melaka.
Dapatlah aku RM7000 sebagai ganti rugi daripada insurans etiqa.
Aku sedih kehilangannya......terpaksaku melepaskanmu.
Tuntutan insurans dalam prosesnya selama sebulan
hantar borang 25 Jun 2018
dokumentasi - matikan rotax di JPJ
- geran kereta
- salinan kad pengenalan
- kunci
-borang insurans
5 Julai dah dapat duit insurans...cepatnya bertindak...terima kasih ..aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)