Aku, suami dan anakku yang bongsu akan berangkat balik ke Felda Sahabat. Kami telah menaiki kapal terbang Air Asia pada pukul 7.20 pagi 26 Disember 2010. Itulah penerbangan awal pagi. Setelah berlepas dan kira-kira pukul 8.50 pagi kami diberitahu bahawa ada kebakaran di Kota Kinabalu. Oleh kerana pesawat ini tidak mendapat maklumat arahan mendarat di Tawau dan kami diarahkan berpatah balik ke LCCT . Pesawat tersebut terpaksa terapung kerana hendak menghabiskan minyak sementara menunggu arahan mendarat di Lapangan Terbang KLIA. Tepat pukul 9.20 kami telahpun turun dan berehat di Balai Menunggu. Di Balai itu kami melihat ramai penumpang yang tertanya-tanya dan tersadai berehat di kerusi dan ada yang berdiri serta duduk di atas lantai kerana ketiadaan tempat duduk. Semua penerbangan ke negeri bawah bayu ini tergendala.
Berbagai gelagat manusia yang dilihat. Kami ingatkan kebakaran besar berlaku di Kota Kinabalu, rupa-rupanya kebakaran kecil , petugas-petugas di pusat kawalan itu semua panik meninggalkan radar. Penerbangan kemudian diteruskan semula. Kami menaiki pesawat itu semula pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Tawau pukul 2.30 petang. Akhirnya kami sampai ke rumah Felda Sahabat pada pukul 8.00 malam. Jauhnya perjalanan kami membosankan tetapi syukur alhamdulillah. Inilah pengalaman perjalanan yang terpaksa berpatah balik.
No comments:
Post a Comment